Cara Jadi Dropship Shopee Malaysia

39
Cara Jadi Dropship Shopee Malaysia | Sejak Shopee mula diperkenalkan pada 2015 dengan pendekatan pengguna boleh melakukan urusan jual beli dengan mudah, ramai yang mula menggunakan e-dagang ini.

Mana tidaknya, dengan hanya menggunakan telefon pintar anda boleh buat bisnes online dengan menjual barang di Shopee.


[Baca] Cara Jual Barang di Shopee

Berniaga secara online dapat mengurangkan banyak kos seperti sewa kedai, logistik, gaji, dan lain-lain. Ciri inilah yang membuatkan Shopee lebih standout berbanding platform e-dagang lain. Ia menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana menjual produk-produk mereka di atas talian.

Selain menjual produk sendiri, anda juga boleh melakukan dropship. Dropship Shopee ini lebih kurang seperti anda deal dengan seller dengan menjual produk mereka. Katakan seller jual produk tersebut dengan harga RM10. Maka anda jual dengan harga RM15. So anda untung RM5.


Kelebihan dropship Shopee

  • Tidak perlu simpan stok
  • Tidak perlu pos barang di pejabat pos
  • Shopee adalah platform popular.

[Baca] Kelebihan Jual Barang di Shopee

Sejak ramai yang dah berjaya buat dropship Shopee ini, saya yakin ramai yang tertanya-tanya macam mana untuk melakukannya?

Melalui artikel ini saya akan tunjukkan dua cara jual barang dropship di Shopee.

Bagaimana menjadi dropship shopee



1. Melalui seller Shopee


Shopee sendiri telah membina sistem di mana anda boleh melakukan dropship melalui seller sedia ada di platform ini. Saya yakin anda biasa lihat di mana produk sama tetapi ia dijual dengan harga berbeza.

Anda beli dengan harga rendah, dan menjualnya dengan harga sedikit tinggi berbanding seller asal.

Adakah ia percuma? Tidak! Anda kena dahulukan duit anda untuk beli barang dari seller.


Step 1: Cari barang yang anda rasa ada potensi untuk catat keuntungan. Contohnya pakaian kanak-kanak atau phone case.

Step 2: Pilih "Chat Now"

Step 3: Pilih "Make Offer"

Step 4: Pilih kuantiti dan letakkan harga yang anda nak beli dari seller tersebut. Katakan barang tersebut bernilai RM15.90, anda nak beli dengan harga RM10 supaya anda boleh jual dengan harga RM18.

Step 5: Pilih " Make An Offer"

Katakan seller tersebut bersetuju, anda akan menerima mesej daripada beliau. Jadi, anda boleh upload gambar produk yang anda nak jual ke kedai Shopee anda sendiri. Cuma, pastikan anda masukkan alamat pelanggan ketika anda beli barang dengan seller asal. Seller asal yang akan pos barang tersebut kepada customer.

Mudah kan?

2. Direct dropship dari supplier


Cara kedua adalah direct dropship dari kilang. Method ini juga ramai yang buat. Yang anda dengar "dropship Shopee China" tu. Di Malaysia pun ramai yang jadi supplier. Kena pandailah buat research. Contohnya jadi agent dropship Taobao, AliExpress dropship, dan lain-lain.

Kaedah ini juga memerlukan anda dahulukan duit anda untuk beli barang. Kemudian alamatkan kepada pelanggan anda. 

Untuk jadi agent macam ni anda memerlukan modal sekitar RM500 untuk beroperasi. Ramai yang tak sanggup. Tapi, ramai orang shopping di Shopee tau. Katakan anda berjaya membuat 5 jualan sehari dengan keuntungan RM7 untuk satu barang.

Baca: Cara Daftar Tiktok Shope 2023

Selamatkah dropship Shopee?


Ada juga yang takut nak buat dropship ini. Bimbang sekiranya pelanggan order barang tetapi barang tersebut tidak sampai.

Untuk pengetahuan, tak ada seller boleh tipu di Shopee. Pihak Shopee telah menetapkan syarat yang seller hanya akan dapat bayaran selepas pelanggan menerima barangan mereka. Sekiranya barang tidak sampai, Shopee akan kembalikan wang kepada pelanggan.


Apa yang saya ceritakan dalam artikel ini adalah secara ringkas sahaja. kalau anda betul-betul berminat, baca - ebook Panduan Bisnes Shopee.

Ebook tersebut bakal menerangkan dengan terperinci bagaimana untuk memulakan perniagaan, tips, supplier dropship, dan cara untuk tingkatkan jualan di Shopee. Panduan ini ditulis oleh individu yang mempunyai pengalaman dropship di Shopee.



Semoga artikel cara jadi dropship Shopee ini bermanfaat kepada anda yang bercadang ingin memulakan bisnes online.
Tags

Post a Comment

39Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. mcm menarik ni! senang je untuk sapa2 yang nak try bukak bisnes sendiri... you have to be good at marketing the products je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara dia tu tak boleh jadi. Sebab A beli dengan B(awak) .sedang B tak ada stock . B beli dengan C. Dan B tu boleh letak penerima alamat A.tapi tracking nombor tu tak boleh. Sebab awak beli dengan C. Dan tracking tu Hanya antara B dan C saja nampak. B saja. A tu tak boleh tracking. Sebab barang tu bukan B awak yang post

      Delete
    2. Bila A terima barang..n tidak klik order receive bagaimana si B nk dapatkan duitnya..

      Delete
    3. Saya mengalami situasi macam ini. Customer saya dh terima barang, tapi tiada button utk klik order received. Yang hanya tulis dekat detail dia , contact seller. Macam mana tu?

      Delete
    4. kalau customer tak klik order received pun korang masing akan dapat bayaran. Shopee pantau benda ni. jangan risau ye. sebab ramai je customer lupa klik.

      Delete
  2. waah menarik, asben saya berminat nak bisnes dlm shoppe jugak ni..utk pnjualan perabot pallet dia

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni memang lambakan kedai online ada di mana-mana. Rajin dan yakin rezeki datang dari Allah, pasti menemui jalan. InsyaAllah, Shopee tak pernah mengecewakan lagi. Memang platform yang terbaik.
    Hee..

    ReplyDelete
  4. Kita ada juga produk sendiri untuk dijual. Tapi tak sempat nak promote di shopee.
    Kena belajar betul betul kalau nak berniaga di shopee.
    Thank you bg info.ni.

    ReplyDelete
  5. sekarang ni ape2 pun beli dgn shopee..terbaiklah kalau boleh bisnes dgn shopee

    ReplyDelete
  6. Oh, macam tu rupanya buat dropship melalui shopee. sepanjang saya buat bisnes shopee memang insyaAllah terjamin. sbb dia pegang duit dulu.

    ReplyDelete
  7. sblum ni tau jual brg thru shopee..yg ni jd drpship pn bole...peluang ni bgs sbb mmg rmi juga yg suka jd dropship kn...tq share info

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing bout this. Always wanted to try dropshipping cari duit tambahan kononnya tapi taktau mana nak start. This could be one way of it.

    ReplyDelete
  9. mudahnya nak buat dropship sekarang ye. dah ada shopee lagi cepat barang terjual.

    ReplyDelete
  10. menariknya. lepas ni bole lah ramai orang kita buat side income dengan jadi dropshi shopee. good info

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yg menarik....boleh juga nk mencuba jdi dropship kt shoppee ni...

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yg bagus. Sis pun mmg dah gunakan shopee utk jual barang2 sis. Alhamdulillah ada gak sales..tapi kena mendalami lagi ilmu jual kat shopee

    ReplyDelete
  13. Very good information. Thank you for sharing. Will be very useful

    ReplyDelete
  14. Shopee pun dah ad dropship? Wah menarik ni klu nk buat tambah2 duit tepi. Teringin pulak nk try. Thanks for sharing yer!

    ReplyDelete
  15. platform yg bagus ni kan.
    utk peniaga, dah boleh kembangkan bisnes cara shopee.
    menggalakkan org bekerja dari rumah.

    ReplyDelete
  16. thank you for the information - it was clear and helped to understand better. Now I can consider of giving it a try. Thanks!

    ReplyDelete
  17. Wahhh info yg sangat berguna. Saya jual jugak dekat shopee tapi jual barang yg memang sy pegang stok. itu pun tak banyak. Jual secara sampingan je

    ReplyDelete
  18. Wah. Shopee pun dah ada dropship skim ye. Bagus camnie. InsyaAllah akan membantu ramai orang yang sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan.

    ReplyDelete
  19. Menarik juga. Secara tidak langsung mendatangkan pendapatan sampingan. Jadi dropship kena rajin jer sebenarnya hehe

    ReplyDelete
  20. Ohh, macam ni la cara dia yang tengah viral tu. Takde la susah mana nak jual. Boleh buat duit sampingan kan.

    ReplyDelete
  21. Yeap jadi dropshipper leh dapat duit walaupun tak banyak tapi satisfied i rasa kawan i pun buat macam ni juga... dia hanya ambil order je tak yah simpan stok bagai... heee... tak semestinya shoppe je mana mana pun sama...

    ReplyDelete
  22. info yang berguna. boleh simpan dulu tips ni.. nnt kita bolah try.

    ReplyDelete
  23. Tak boleh. Macam mana awak nak update tracking nombor ke buyer kita ? Sedang barang kita beli dari seller lain. Alamat boleh tukar ke buyer kita . Tracking tu tak boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. supplier akan update la nanti. tu semua kena deal awal-awal.

      Delete
  24. Hi nak tanya, contohnya kalai sekarang i dah deal dengan supplier shopee utk join dropship dan saya ambik content supplier shopee, pastu promote kat facebook/whatsapp/ig. Once dah dpt customer, cust transfer duit to my account and nnt saya order barang kat supplier shopee mcm biasa guna details customer apa semua. So, method mcm ni sebenarnya boleh guna pakai tak? Or akan ada apa apa masalah? Nak tanya pendapat dulu sebelum start, thanks in advance.

    ReplyDelete
  25. Klu buat step ke 5...
    Barang sudang sampai ke alamat pembeli..tetapi pembeli tidak tekan order receive ..bagaimana nk dapatkan duit pembeli

    ReplyDelete
  26. Hii sis nak tanye sy try step yg sis tunjukkan bile sy klik pade Step 2: Pilih "Chat Now" sepatutnya akan keluar Step 3: Pilih "Make Offer" tapi sy cube takde keluar Step 3: Pilih "Make Offer" mcm mane yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, terima kasih sudi baca. kalau takde make offer tu maknanya seller tak buat dropship atau dia disable function tu. kalau nak berurusan juga, kena contact dia terus.

      Delete
    2. Saya kurang faham step ke 5,,klo kita make offer,,n supplier setuju, nanti belian kita dr supplier ikut hrga make deal tu mcmna? Snb kan klo buat belia da mng dia letak harga kan..boley tolong

      Delete
  27. Hi.,nak tnye..kalau kte buat dropship shppg kne klik ape?other ke?n kalau supplier da bg no track kte nk update no track kt custmer kte..shoppe x dapat detect ke ad dua no trackg yg same..

    ReplyDelete
  28. Sis..conth lah kita jadi dropship shoope...jual di instagram..Betul ke logo shoope ada di item pembelian tu?

    ReplyDelete
  29. Katakan customer beli dengan kita dan kita pulak beli dengan supplier, supplier hantar brg ke customer kita, dan mcm mana plak progress traking kita ke customer kita plak, langsung xde pergerakan, sbb xde langsung pihak pengeposan scan product dr kita, sbb customer beli guna order id kita dan traking kita, bkn customer beli dengan supplier, cuba terangkan detail admin, sbb shopee just monitor progress order id kita.. mgkin admin bole perjelaskan lebih detail, maaf sgt sy kurang paham cara dropship ni..

    ReplyDelete
  30. Salam. Nak tanya kalau kita jual barang secara dropship dari berlainan supplier. Kemudian ada buyer beli 2 atau 3 barang dari shopee kita. Barang-barang tu pulak dari supplier yang berlainan. Macamana kita nak pecahkan order tu dan bagi pada supplier tu secara asing ye. Sebab tracking no (AWB) hanya ada satu je kan.

    ReplyDelete
  31. Salam tuan..maaf nk bertanya..ada ke tuan kenal siapa² yang boleh tolong setup kan kedai shoppe utk saya....sebb saya tk reti n pandai nak buat..mohon cadangkan tuan utk saya..terima kasih..🙏🙏

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top