Khamis, 21 Februari 2019

Pengalaman Menggunakan Xiaomi Mi A2 Lite

Pengalaman Guna Xiaomi Mi A2 Lite | Sebenarnya agak terlambat untuk saya terbitkan artikel ini kerana saya mula menggunakan peranti Xiaomi sejak awal Disember 2018 lagi. But I want to write it anyway. Ini merupakan pertama kali saya guna telefon Xiaomi. Selepas banya membaca tentangnya, I chose Xiaomi Mi A2 Lite.

Sebelum itu, mari saya terangkan secara ringkas tentang jenama Xiaomi.

Xiaomi merupakan sebuah pengeluar barangan elektronik khususnya gajet dari China. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Xiaomi Malaysia mula diterima ramai. Ini kerana mereka menjual telefon berspesifikasi tinggi pada harga rendah.

Kebanyakan ciri yang ada setanding iPhone dan beberapa telefon high-end lain. Begitu juga dengan smartwatch fitness tracker seperti Fitbit dan Amazfit. Testimoni Xiaomi juga dilihat baik setakat ini.

Kenapa beli Xiaomi?


Well, saya ada iPhone 5s yang menang dari contest iPhone 5s Gajet Impian anjuran Denaihati itu masih boleh digunakan. Tetapi memandangkan storage-nya cuma 16GB, saya tidak dapat melakukan kemaskini iOS. Jadi banyak apps penting seperti Twitter, Instagram, Unfold, Snapseed, dan lain-lain sudah tidak boleh digunakan.

[Baca] Cara Semak Xiaomi Original

Oppo R1L juga masih elok, tapi masih menggunakan Android KitKat. Juga menyebabkan banyak apps tidak boleh dimuat turun.


Jadi, saya tertarik dengan Xiaomi Mi A2 Lite. Ia merupakan telefon yang spesifikasinya sedikit kunrang berbanding Mi A2.

Mi A2 Lite juga dinilai baik oleh majoriti tech Youtubers sehingga mengangkat peranti ini sebagai smartphone terbaik pada harga bajet.

Jika anda tengah usha telefon baharu, dan nak tahu sama ada Xiaomi ok ke tak, teruskan membaca artikel ini. Saya akan ulas dengan terperinci tentang pengalaman pakai handphone Xiaomi. Anggap je artikel ini adalah ulasan Xiaomi Mi A2 Lite.

Pengalaman Menggunakan Xiaomi Mi A2 Lite


Sistem Operasi Android One


Xiaomi Mi A2 Lite dijana berasaskan Android One, iaitu sistem operasi keluaran Google sendiri. Android One memberikan pengalaman penggunaan Android asli, selain kemaskini lebih pantas, dan boleh mengemaskini Android yang terkini.

Pada saya Android One memang lancar dan padu. Masa saya beli, ia menggunakan Android 8.1 Oreo. Dan kini menjana Android 9 Pie. Kemaskini terbaharu mengalamai banyak penambahbaikkan, dari segi shortcut, interface, fungsi radio, dan banyak lagi.


Untuk pengetahuan, hanya peranti Android One sahaja yang bakal menerima kemasikini automatik ini.

Cip Mi A2 Lite menggunakan cip Snapdragon 625, pilihan memori 3GB/4GB RAM. Ia membawakan cip lapan-teras Cortex-A53 2.0 GHz dengan penggunaan GPU Adreno 506, Agak berkuasa. Especially at this price point.

Skrin


Hadir dengan skrin 5.84-inci Full HD+ dengan nisbah 19:9. Hampir menggunakan Skrin Infinity, tetapi diganggu dengan kehadiran notch atau takuk untuk memberi ruang kepada kamera. Which I dont really mind the existence of the notch.

Kamera


Kamera yang terbina pada peranti ini agak rendah jika dibandingkan dengan Mi A2. Peranti ini disokong dengan dual-camera. Iaitu sensor utama 12MP f/2.2 dan sensor kedua 5MP f/2.2 untuk keupayaan kesan bokeh.

Kamera Mi A2 Lite jika dirakam di outdoor atau dalam pencahayaan yang terang memang mantap. Tetapi pada penggambaran low-light, ia agak mengecewakan. Malah, kadang-kala kesan bokehnya tampak tidak natural.

Pada saya ini bukanlah satu masalah besar jika dilihat pada harga peranti ini. Kalau anda mahukan kualiti kamera yang lebih baik, saya cadangkan beli Mi A2. 


Night photo

Selfie

Disclaimer: I am not in this photo.



Rekaan


Salah satu sebab utama mengapa saya berminat pada peranti ini adalah rekaannya yang menawan. Ia dibina berasaskan logam yang memperlihatkan kesan premium. Sekilas panda yang kelihatan seolah peranti kelas atasan.

Pengimbas jap jari diletakkan di bahagian belakang, dan jangka masa unlock yang pantas.


Bateri


Percaya atau tidak, Mi A2 Lite ini hadir dengan bateri 4000 mAh. Ia dapat dicas sepenuhnya dalam masa kira-kira 2 jam.

Sebagai pengguna sederhana, saya menggunakannya selama 3 hari selepas pengecasan penuh. Yup. Itu termasuk browsing, sosial media, menonton video, dan 4 hingga 5 PUBG matches.

Speaking of PUBG, anda boleh bermain permainan video high end dengan lancar tanpa lagging. Telefon ini hanya memberikan haba suam yang sangat minimal. For a budget phone, this is impressive.

Harga Xiaomi Mi A2 Lite Malaysia


Hah, dah berkali-kali saya sebut ini adalah telefon bajet kan? Kalau nak tahu harganya cuma RM729 (3GB/32GB) dan RM849 (4GB/64GB).

Tetapi saya beli secara online di Lazada dengan harga RM679 untu versi 4GB/64GB. Saya membayarnya dengan harga RM604 sahaja selepas menggunakan voucher RM70. Murah kan? Ini adalah salah satu kelebihan telefon Xiaomi.


[Baca] Pengalaman Beli Handphone di Lazada

Murahkan? Anda boleh beli dari seller gStore di Lazada. Seller ini dipercayai dan dinilai baik dari pelanggan.

Beli di sini - https://goo.gl/Lqcs6J


Kalau anda nak tengok testimoni Xiaomi, survey sahaja video review di Youtube.

Kelebihan dan kekurangan Xiaomi


Kekurangan
  • Kualiti gambar pada low-light tidak memuaskan.
  • Tidak menawarkan sokongan USB-C
  • Tiada pengecasan pantas
  • Kemunculan sejumlah iklan Adsense pada peranti. Ini kerana ia dijual harga berpatutan. Jangan risau, ada cara buang iklan pada telefon Xiaomi. Akan saya terangkan dalam artikel akan datang. 

Kelebihan
  • Android One
  • IR Blaster yang berfungsin untuk mengawal mengawal sejumlah perkakasan elektrik seperti TV.
  • 3.5mm Audiojack
  • Kualiti kamera selfie dan outdoor yang memuaskan.
  • Bateri 4000 mAh,
  • Skrin 19:9
  • Dual sim card
  • Slot microSD

Kesimpulan
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan fungsi dan spesifikasi yang ditawarkan Xiaomi Mi A2 Lite. Walaupun ia cuma peranti middle-end pada harga bajet, spesifikasinya setanding dengan peranti premium.

Jika ditanya telefon Xiaomi bagus atau tidak, pada saya sangat bagus dan berbaloi. Mi A2 Lite adalah antara peranti terbaik pada harga bawah RM1,000. Paling best, ia dijana dengan Android One.

20 ulasan:

  1. suka gak dengan brand xiomi ni. antara top brand gak untuk mereka yang sedang survey hp.

    BalasPadam
  2. hm... i guess the function is not so bad for that price..

    BalasPadam
  3. Saya pun tercari2 gak hp baru ni..tgh survey2..ok jugak fon xiomi ni dgn harga dia yg mampu milik

    BalasPadam
  4. Gambar dia cantik2 juga. Terutama gambar selfie. Kalau ikut spec dengan harga yg ditawarkan memang berbaloi sangat

    BalasPadam
  5. Skang ni mudah nak cari smart phone yg sesuai dgn diri. Mcm2 dah ada. Mcm2 specs yg boleh dibanding2kan.
    As for Aida, vivo 9 pun dah ok la hi hi hi...

    BalasPadam
  6. Hebat jugak spec phone xiomi ni. Tak pernah try lagi brand ni tpi nampak keupayaan yang diberikan nmpk terbaik daripada pesaing-pesaing sama kelas dgn phone ni. Boleh la try untuk second phone.hehehe

    BalasPadam
  7. Ni antara phone yg masuk dlm list i nak beli sbb i peminat mi phone...sbb masa keluar a1 dulu mmg teruja sgt ngan feature dia..moga ada rezeki nnt

    BalasPadam
  8. Tak pernah lagi guna brand ni. Tapi ada la dengar yang brand ni okay. Not bad juga la. Tengah survey fon juga ni. Sebab nak buat standby untuk no lain.

    BalasPadam
  9. Wahhh cantik lah telefon ini memang best lah tak pernah nak cuba lak bila tengok spek dan juga harga boleh lah ni buat spare hehehehhee...

    BalasPadam
  10. With the price tag, this Xiaomi Mi A2 lite is actually a bargain as it is relatively powerful given its affordable price. Besides it has performance that can rival more expensive models. :)

    BalasPadam
  11. Wahh cantik jugak ya gambar-gambar dari phone ni. Harga pun not bad, bolehlah jadikan phone ke 2..tapi tunggu kumpul duit dulu le..:D

    BalasPadam
  12. xiomi ni pun not bad sebenarnya..spec dia pun bagus..kalau untuk bekerja memang tak sesuai pakai ni, kalau biasa-biasa je, bolehla guna..

    BalasPadam
  13. Phone ni memang ada banyak kelebihan. Yang penting camera depan belakang ambik gambar yang cantik beru puas.

    BalasPadam
  14. Tak pernah lagi pakai hp jenama nj. Tapi selalu juga dengar feedback positif hp ni. Skrg banyak jenama bersaing dekat luar sana .Tak payah nak beli ho yg mahal. Harga Yang mampu milik pun boleh dapat spesifikasi terbaik .

    BalasPadam
  15. Rawlins pun kekadang terpengaruh bila melihat iklan di TV atau di pawagam - nasib baik Rawlins penggemar tegar Apple so takde la membeli. Tapi memang sekarang banyak phone android yang makin mempunyai spek yang meletup.

    BalasPadam
  16. I've never used a Xiomi before. Tapi nampak camera dia macam bagus. Gambar low light pun better and tak byk noise. Might consider ni kalau nak tukar phone yg dah bertahun2 x tukar ni.

    BalasPadam
  17. phone Xiaomi camera dia pun cantik kan? hehehe gini la perempuan. Bukan nak tengok spec, tapi tengok camera dulu.

    BalasPadam
  18. Wah kamera xiaomi memang tak mengecewakan Saya pun guna xiaomi a4 sebelum ni .Memang gambar cantik dan puas hati. Kalau xiaomi memang sukalah . performance memang terbaik

    BalasPadam
  19. Adik akak pakai fon Xiaomi ni..memang gambar yang dia ambik cantik2 belaka..nanti kalau ada rezeki lebih teringin juga nak beli satu..sebab akak memang suka bergambar

    BalasPadam
  20. Wah tak sangka fon bawah rm1000 pun boleh hasilkan gambar2 menarik macam ni. Ramai gak baca review user brand ni cakap beli fon ni sangat berbaloi

    BalasPadam