Ahad, 31 Mac 2019

Netflix vs iFlix Yang Mana Lebih Baik

Netflix vs iFlix Yang Mana Lebih Baik | Perkhidmatan penstriman video semakin diterima ramai termasuklah di Malaysia. Dengan kandungannya yang pelbagai dan menghiburkan, masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk melanggan demi menonton filem dan siri kegemaran. Di Malaysia, kita didedahkan dengan dua penstriman utama iaitu Netflix dan iFlix.

Sebelum itu saya ingin terangkan apa itu Netflix dan iFlix? Ia adalah syarikat penstriman video yang menawarkan pelbagai kandungan hiburan seperti filem, siri, dokumentari, dan banyak lagi. Kandungan ini hanya boleh ditonton melalui peranti pintar dan sambungan internet.


Apa yang best tentang penstrima video ini adalah anda boleh menonton rancangan kegemaran tanpa henti, tidak perlu menunggu episod baharu, dan tiada iklan.

Persoalannya, yang mana patut anda langgan? Yang mana satukah yang berbaloi dan sesuai dengan kemampuan citarasa anda?

Jom lihat antara kelebihan dan kekurangan antara Netflix dan iFlix ini.

Kandungan


Netflix


Tiada siapa yang boleh menyangkal yang Netflix menawarkan kandungan yang jauh lebih menarik. Ribuan filem dan siri tv popular dari Amerika Syarikat yang boleh anda tonton. Lebih menarik Netflix sendiri memilik banyak kandungan original.

Kandungan original bermaksud ia tidak disiarkan di mana-mana platform dan hanya boleh ditonton oleh pelanggan Netflix sahaja.


Antara original movies dan seiris popular adalah seperti Black Mirror, Velvet Buzzsaw, To All The Boys I've Loved Before, Bird Box dan banyak lagi.

Bagi siri tv pula, Netflix menyiarkan banyak siri eksklusif berkualiti serta menarik. Sampai saya pun mula terjebak. Pada saya, siri terbaik yang pernah saya tonton di Netflix setakat ini adalah Stranger Things dan The Haunting of Hill House. Anda boleh baca review di pautan:

Ulasan Stranger Things Season 1 / Season 2
Ulasan The Haunting of Hill House
Ulasan 13 Reasons Why

Untuk peminat setia Marvel, siri original seperti Jessica Jones, The Punisher, Defenders, dan Daredevil.

Netflix juga sudah mula menyiarkan filem Melayu seperti One Two Jaga, Paskal, dan Pulang.

Akan tetapi penonton Netflix Malaysia tidak dapat menikmati kandungan seperti di USA. Ini adalah berikutan masalah perlesenan. Ramai menggunakan VPN  untuk mengakses kandungan penuh.

iFlix


Kandungan iFlix juga menarik dan lebih dekat dengan hati rakyat Malaysia. Siri Friends, Big Bang Theory, How I Met Your Mother, Mr Robot, Gotham, boleh ditonton oleh pengguna. Pilihan filem juga menarik dan pelbagai genre dan bahasa


Memandangkan ia adalah penstriman di Asia sahaja (buat masa sekarang) maka banyaklah kandungan filem Melayu, Hindi, Korea, dan Filipina di iFlix. 
Bagitu juga dengan peminat bola sepak tempatan. Anda boleh tonton Liga Malaysia di iFlix secara Live. Memandangkan cuma beberapa perlawanan sahaja disiarkan di kaca tv, iFlix mengambil langkah untuk menyiarkan Liga Super, Piala FA, dan Piala Malaysia, Sumbangsih, serta perlawanan terpilih dari Liga Perdana.

Kualiti Visual dan Audio


Netflix selangkah dihadapan dalam menawaran kualiti visual. Mereka menawarkan resolusi SD, HD dan UHD. Menontonnya pada peranti yang menyokong kualiti 1080 memang mantap!

Untuk iFlix pula, mereka mula menyokong kualiti HD pada 2017 dan turut menaik taraf audio yang lebih baik. Ia dapat dinikmati oleh semua pengguna mobile, komputer, dan Chromecast.


Menonton rancangan kegemaran dalan resolusi tinggi ini perlu menggunakan internet berkelajuan tinggi. Seeloknya 5 Mbps ke atas.

Penapisan konten dewasa


Netflix


Kecoh baru-baru ini di mana Ahli Parlime Barisan Nasional (BN) mahu kerajaan menapis babak berunsur seksual dan LGBT yang dilihat semakin berleluasa di Netflix.

Ya, tidak dinafikan Hollywood semakin berani menyemai budaya LBGT dalam karya mereka.


Saya baru sahaja selesai menonton The Umbrella Academy, iaitu sebuah siri 10 episod. Siri ini juga menyelitkan unsur LGBT di dalamnya. Memandangkan ia berkonsepkan superhero, maka sudah tentulah menarik perhatian golongan kanak-kanak.

Untuk mengelak anak-anak dari menontonnya, anda perlu mengawasi dengan tidak membenarkan mereka dalam menonton rancangan yang diklasifikasikan 'MATURE'.


Buat masa sekarang Netflix tidak menapis kandungan mereka. Harap di masa akan datang Netflix mempunyai butang 'skip' untuk babak seks. Dan ini boleh menjadikan kelebihan Netflix Malaysia.

iFlix


Berita baik, kerana iFlix menapis kandungan mereka. Mungkin kerana ia berpengkalan di Asia, dan budaya orang Asia lebih sopan. Mereka menapis babak Hallelujah dalam Watchmen.

Ditonton pada pelbagai peranti


Kedua-dua Netflix dan iFlix boleh ditonton pada smart tv, telefon pintar, tablet, dan computer. Jika anda ingin menontonnya pada skrin besar tetapi tidak memiliki smart tv, anda boleh menggunakan Chromecast.

[+] Chromecast 3 RM187 (Beli DI SINI)

Netflix turut boleh ditonton melalui PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360 dan Xbox One.

Harga


Antara faktor penting lain yang perlu diambil kira sebeli melanggan Netflix atau iFlix adalah harga. iFlix jauh leboh murah berbanding Netflix. Perlu diambil kira, Netflix mempunyai ratusan kandungan original berkualiti serta menampilkan pelakon A-list seperti Sandra Bullock, Ben Affleck, Will Smith, dan ramai lagi.

Harga iFlix Malaysia 2019
  • Sebulan - RM10
  • Setahun - RM96

[Baca] Cara Daftar Netlfix Malaysia
[Baca] Cara Daftar iFlix Malaysia

Harga Netflix Malaysia 2019 
Terdapat TIGA jenis pakej bulanan disediakan iaitu:
  • Basic - RM33
  • Standard - RM42
  • Premium - RM51

Setiap pakej memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing dan anda boleh rujuk gambar di bawah.


Cara bayar iFlix dan Netflix Malaysia


Anda boleh menontonnya secara percuma selama sebulan. Sekiranya berpuas hati, anda boleh melanggan secara bulanan menggunakan kad kredit.

Bahkahn, 7 Eleven turut menjual gift card Netflix dan iFlix. Card ingin mengandungi nombor kod langganan sebulan.


Sekiranya anda merupakan pelanggan TM Unifi, anda sudah memperoleh langganan iFlix secara percuma selama setahun.

Kelebihan Netflix dan iFlix


  • Murah
  • Ribuan siri TV & filem paling popular
  • Terdapat siri dan filem Melayu
  • Visual berkualiti di semua peranti
  • Muat turun dan tonton di luar jaringan
  • Tiada kontrak, boleh unsubscribe bila-bila masa
  • Tiada iklan
  • Sarikata dalam Bahasa Melayu, Cina, Tamil & transkrib dalam Bahasa Inggeris

Kesimpulan


Jika ditanya, Netflix Vs iFlix yang mana lebih baik? Itu terpulang pada keperluan, citarasa, dan bajet. Kandungan Netflix lebih baik kerana ia penstriman international dan banyak original content, tetapi agak mahal. Manakala iFlix pula lebih kepada kandungan Asia dan menepati citarasa penonton Malaysia dan harganya cuma RM10. Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam membuat perbandingan sebelum melanggan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan