Khamis, 25 April 2019

Fakta Menarik Avengers Endgame

Peminat di Malaysia cukup bertuah kerana menjadi antara negara terawal yang dapat menonton filem yang dinanti-nantikan, Avengers Endgame. Ada yang sanggup mengambil cuti dan membeli tiket seawal jam 7 pagi pada 24 April. 

Selepas kekacauan yang berlaku sejurus Thanos mengumpul kesemua Infinity Stones, peminat sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui kesinambungan kisah epik ini.


Apa yang pasti Endgame bakal menjadi penutup kepada 10 tahun pertama MCU atau 'Infinity Saga' yang menjadikan Infinity Stones sebagai fokus utama. Jangan risau, empayar MCU bakal diteruskan dan hala tujunya telahpun dicorakkan oleh penerbit, Kevin Feige.

[Baca] 10 Filem Terbaik 2018

Pada saat artikel ini ditulis, Endgame menerima respon positif baik dari peminat dan pengkritik filem. Malah ia mendapat markah 97% dari laman Rotten Tomatoes.

Peminat bukan sahaja tidak sabar untuk menyaksikan pasukan Avengers mengalahkan Thanos. Bahkan ingin melihat bagaimana mereka mengembalikan semua yang telah menjadi debu.


Sinopsis


Dengan bekalan oksigen dan makanan yang terhad, Tony Stark menghantar mesej kepada Pepper Potts. Manakala beberapa orang ahli Avengers yang tinggal, Black Widow, Captain America, Hawkeye, Hulk, Thor, dan War Machine, mereka kini merancang untuk sekali lagi menghapuskan Thanos dan mengembalikan rakan-rakan yang lain.

Pengarah: Anthony dan Joe Russo
Pelakon: Robert Downey Jr, Scarlett Johansson, Brie Larson, Chris Hemsworth, Jeremy Renner, Josh Brolin, Chris Evans.
Durasi: 3 jam 1 minit
Tarikh tayangan Malaysia: 24 April 2019

Fakta Menarik Avengers Endgame


-Bukan sahaja plot filem ini dirahsiakan, bahkan tajuknya juga didedahkan hanya pada trailer pertama. Marketing department melakukan tugas yang bijak dalam memasarkan Endgame dalam memastikan peminat kekal tertanya-tanya.

- Filem ke-22 dalam dunia MCU dan siri terakhir dalam fasa ketiga.

- Filem ke 4 dalam dunia MCU yang diarahkan oleh Joe dan Anthony Russo. 

- Melalui satu temu bual, Joe dan Anthony Russo mengesahkan pertemuan antara Tony Stark dan Captain America seperti yang dipaparkan dalam trailer tidak dimuatkan dalam filem. Babak itu dilakonkan khas untuk trailer sahaja.


- Seperti Avengers Infinity War, para pelakon tidak mengetahui plot dan kesudahan filem ini. Mereka hanya diberikan skrip melibatkan babak mereka sahaja.

- Ingin memberi kejutan buat peminat, tajuk trailer filem ini diletakkan sebagai "Marvel Studios' Avengers - Official Trailer". Tajuk filem hanya muncul pada penghujung trailer. 

- Endgame merupakan filem MCU yang memiliki durasi terpanjang iaitu 3 jam 1 minit.

- Menurut penerbit, Kevin Feige, trailer dan klip yang dipaparkan kepada umum hanya merangkumi 3% dari filem sebenar.


- Menjadi filem paling banyak menerima tiket 'pra-tempah' dalam masa kurang 24 jam.

- Penonton tidak perlu menunggu hingga ke akhir kredit kerana Endgame telah disahkan tidak mempunyai end credit scene. Buat pertama kalinya filem dari MCU tidak mempunyai babak end credit.

- Bintang siri 13 Reasons Why, Katherine Langford diumumkan mempunyai watak rahsia sebaik selesai menjalani penggambaran. 

- Feige memberi bayangan yang Endgame bakal menjadi filem MCU yang paling banyak memuatkan unsur intensiti dan penuh emosi.


- Menjalani penggambaran di Pinewood Studios, Georgia, USA.

- Infinity War dan Endgame dirakam sepenuhnya menggunakan kamera IMAX menggunakan ratio 1.9:1.

- Tajuk filem ini pertama kali disebut dalam filem Avengers Age Of Ultron. Ia kemudian diberi bayangan oleh Dr Strange dalam Infinity War.

- Seminggu sebelum tarikh tayangan, klip Endgame tertiris di internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Klip tersebut memaparkan beberapa babak penting filem ini.

- Brie Larson turun ke set penggambaran Endgame terlebih dahulu sebelum menerima skrip Captain Marvel.


- Marvel melakukan kesilapan dengan tidak memasukkan nama Danai Gurira (Okoye) dalam poster. Ia menjadi bahan jenaka di media sosial dan ada juga mengatakan Marvel bersikap rasis. Marvel kemudian memuat naik semula poster berkenaan.

- Pelakon Aaron-Taylor Johnson dilihat berada diset penggambaran. Ini memberi bayangan yang karakternya, Quicksilver, muncul dalam babak 'flashback'.

- Endgame adalah filem terakhir yang menampilkan cameo dari pengasas komik Marvel, iaitu mendiang Stan Lee. Lee meninggal dunia beberapa bulan lalu. Penampilan khas beliau pastinya akan dirindui peminat.

- Pelakon Gwyneth Paltrow mengatakan Endgame mungkin adalah filem terakhirnya dalam MCU dengan berseloroh yang beliau sudah terlalu tua untuk memegang watak Pepper Potts.


3 ulasan:

  1. Kutipan selama seminggu dah cecah berbillion usd. Memang terbaik perfilemannya. Tetapi yang tak baiknya saya pun tak dapat tengok lagi. :(

    BalasPadam
  2. minggu depan baru saya tengok sebab malas nak tengok lewat malam tiket kena booking sebab slot dah penuh . hebat gila penangan film ni

    BalasPadam
  3. saya sendiri tak tgk lagi. mungkin esok. :)

    BalasPadam