Fakta Menarik Filem Shazam

0
Fakta Menarik Filem Shazam | Komik DC kembali  dengan sebuah lagi filem adaptasi, Shazam! Shazam dilihat bakal mengikut jejak langkah Wonder Wonder dan Aquaman berdasarkan penerimaan penonton dan rating dari pengkritik profesional.

DC dan Warner Bros mendengar keluhan peminat yang sudah muak dengan tema gelap dan serius DC Extended Universe (DCEU) sejak filem Man Of Steel.


Batman V Superman Dawn of Justice, Suicide Squad, dan Justice League juga dikritik hebat. Enggan melihat empayar DCEU musnah, mereka memperkenalkan karakter baru iaitu Shazam yang ringan, berwarna-warni, dan berunsur humor.

Shazam mempertaruhkan Zachary Levi sebagai pelakon utama dan diarahkan oleh David Sandberg, seorang pengarah yang terkenal dengan kaerianya dalam arena seram.

Ramai yang tidak sabar mahu menonton filem ini. Saya sendiri yang menggemari lakonan Levi sejak siri Chuck, agak teruja yang beliau akhirnya menerajui sebuah filem blockbuster.

Sinopsis Shazam


Billy Batson, 14, mendapat kuasa adiwira setiap kali menyebut perkataan 'Shazam'! Bersama dengan rakannya, Billy mengenal pasti apakah kekuatan yang ada pada dirinya. Dalam masa sama dia perlu bersedia dengan ancaman Dr. Thaddeus Sivana.

Pelakon: Zachary Levi, Asher Angel, Jack Dylan Grazer, Mark Strong, Djimon Hounsou
Pengarah: David Sandberg
Durasi: 2 jam 12 minit
Tarikh tayangan Malaysia: 4 April 2019

Fakta Menarik Filem Shazam


- Ini bukan kali pertama Zachary Levi berlakon dalam filem superhero. Beliau pernah muncul dalam dua filem dari Marvel Cinematic Universe (MCU), iaitu Thor The Dark World, dan Thor Ragnarok, sebagai Fandral.


- Henry Cavill khabarnya bakal membuat penampilan khas sebagai Superman. Tetapi kekangan waktu dan kepadatan jadual berlakon Mission Imposible Fallout tidak membenarkan beliau turun ke lokasi.

- Zachary Levi merupakan antara pelakon yang berada dalam senarai terakhir untuk memegang watak Peter Quill/Starlord. Namun watak itu diberikan kepada Chris Pratt.

- Filem ini turut mengambil inspirasi dari filem Big (1988) dan siri Stranger Things (2016).


-  Tajuk filem ini ketika post-production adalah "Billy Batson & The Legend of Shazam".

- Memandangkan pengarah, David Sandberg, pernah mengarahkan Annabelle: Creation, patung mistik Annabelle diletakkan dalam satu babak sebagai 'easter egg'.

- Menurut penerbit, Peter Safran, Shazam termasuk dalam DCEU dan berada di dalam dunia yang sama dengan Batman, Superman, Wonder Woman, dan Aquaman. Namun, kebarangkalian Shazam akan muncul dalam filemtersebut masih belum dipastikan.


- Mengikut komik, nama lain bagi Shazam adalah Captain Marvel, sama seperti karakter dari komik Marvel. Malah, Marvel sendiri menayangkan filem Captain Marvel pada tahun yang sama. Anehnya, kedua-dua filem ini dibintangi Djimon Hounsou.

- Aktor Zachary Levi yang sebelum ini terkenal dengan karier televisyen serta watk Flynn Rider dari animasi Tangled.

- Levi perlu meningkatkan berat badan sebanyak 20 pounds untuk menjayakan watak Shazam.

- Filem ini berlatar belakangkan Philadelphia, USA. Tetapi menjalani penggambaran di Toronto, Kanada.


- Jake McDorman, Parker Young, Joshua Sasse, Derek Theler, dan John Cena, merupakan antara nama-nama yang disebut untuk memainkan watak Shazam.

- Untuk mengelakkan set penggambaran mendapat perhatian orang awam dan paparazi, produksi menamakan papan tanda 'Franklin'.

- Pelakon yang terkenal melalui siri This Is Us, Ron Cephas Jones, terpaksa menolak tawaran melakonkan watak Wizard kerana jadual kerja yang ketat.



Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top