Ulasan Filem Avengers Endgame

21
Ulasan Filem Avengers Endgame | Selama satu dekad membina empayar, sebanyak 22 buah filem yang telah diterbitkan. Endgame menjadi penutup kepada 'Infinity Saga', di mana setiap filem sepanjang 10 tahun ini tertumpu ke arah Infinity Stones.

Pada saat ulasan ini ditulis, Endgame telah berjaya mengumpul lebih USD1.5 billion dalam masa kurang seminggu ditayangkan di pawagam. Ini mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai filem francais paling berjaya dalam sejarah perfileman.


Mula ditayangkan pada 24 April lalu, dan saya baru berpeluang menontonnya beberapa hari lepas. So here is my review.

Ulasan ini TIDAK MENGANDUNGI SPOILERS untuk menghormati mereka yang masih belum berpeluang menonton untuk merasai pengalaman menonton buat kali pertama.

[Baca]  Fakta Menarik Avengers Endgame

Pelakon: Robert Downey Jr, Chris Evans, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner Mark Ruffalo, Josh Brolin, Paul Rudd.
Pengarah: Anthony dan Joe Russo. 


Ulasan Filem Avengers Endgame


Cukup mengagumi Infinity War, saya mengangkatnya sebagai filem terbaik 2018. Oleh kerana itu saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi buat Endgame.

Saya sangka Infinity War adalah filem superhero paling hebat pernah dihasilkan. Nyata jangkaan saya meleset. Avengers Endgame melepasi penanda aras menjadikan ia sebagai karya agung dalam arena filem adiwira.

[Baca] 10 Filem Terbaik 2018

Jalan ceritanya sungguh mempersonakan. Bagaimana enam orang ahli Avengers merancang strategi bukan sahaja untuk sekali lagi menumpaskan Thanos, tetapi mengembalikan mereka yang telah menjadi abu.


Babak demi babak disusun rapi dan menjadi jamuan mata yang mengasyikkan dari minit pertama hingga ke penghujung.

Berdurasi tiga jam , ramai menyatakan Endgame agak meleret dan tidak memuatkan banyak aksi seperti Infinity War. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat itu. Memang benar filem kali ini slow-paced dan penuh dengan babak percakapan atau dipanggil 'dialogue-heavy". Tetapi setiap babak dan bait dialog yang diungkapkan sangat penting dalam membawa penonton memahami keseluruhan jalan cerita.

Tiga jam berlalu dengan begitu sahaja.


Setiap perincian diolah dengan teliti. Oleh itu amat digalakkan anda menonton semua filem MCU sebelum ini supaya tidak terkapai-kapai dalam memahami jalan cerita. 

Seimbang dari segenap aspek


Avengers Endgame memiliki rencah yang cukup. Biarpun ia sepatutnya menjadi filem serius kerana kebanyakan watak masih lagi bersedih, unsur humornya diletakkan pada momen yang tepat. Malah, setiap karakter diberi peluang untuk menyinar. Tidak lupa juga elemen kejutan yang pasti membuat penonton ternganga. "Perfectly balanced".

Skor muzik yang ditulis oleh Alan Silvestri turut memainkan peranan penting ketika bermain dengan emosi dan meningkatkan adrenaline pada babak genting. Ketika menulis review ini saya sedang mendengar track kegemaran dan runut itu sekali lagi meremangkan bulu roma.

Menyentuh perasaan


Sebagai penamat kepada Infinity Saga dan 10 tahun pertama, Endgame sarat dengan babak emosi yang menyentuh perasaan. Mana tidaknya, ia menjadi penamat kepada 22 kisah yang dirangka MCU. Penonton telah melihat jatuh bangun karakter-karakter ini, mustahil untuk tidak mengalirkan air mata saat menontonnya.

I personally cried few times. Not just some tears, but I was bawling my eyes out.


Pertempuran akhir yang hebat


Tidak cukup dengan itu, pertempuran akhir yang mencipta klimaks memberikan kepuasan maksimum kepada penonton. Inilah waktu di mana anda bakal tersenyum dan bersorak gembira melihat bagaimana pasukan Avengers bersatu menentang Thanos dan ribuan bala tenteranya.


Ditambah pula dengan sudut pandang kamera yang sempurna dan lagu tema Avengers yang bergema. Momen ini adalah babak paling epik yang pernah dihasilkan Hollywood!

Without spoiling anything, there was one particular scene yang melibatkan karakter kegemaran membuatkan saya gembira dan berbunga-bunga. Heee!

Ingin juga saya sentuh tentang villain utama, Thanos, yang dimainkan dengan jayanya oleh Josh Brolin. Nyata Thanos bukan sekadar hebat dengan Infinity Gaunlet, tetapi bijak, kuat, dan berkarisma. Dia satu-satunya villain yang tidak mahu menguasai dunia. Sebaliknya, hasrat agung Thanos adalah untuk seimbangkan alam semesta dengan melenyapkan 50% populasi.  
 

Kelemahan


Endgame hampir tiada cacat celanya. Jalan cerita, lakon layar, lakonan, serta aspek teknikal seperti, skor muzik, suntingan, kesan khas, semuanya bersatu dalam menzahirkan sebuah karya hebat.

Cuma sinematografi babak pertempuran pada kemuncak filem agak gelap, namun ia langsung tidak menjejaskan pengalaman menonton momen epik itu.

Endgame Layak bertanding anugerah Oscar?


Black Panther memberi harapan buat filem dari genre ini untuk diiktiraf. Jika ditanya, layakkah Endgame dicalonkan dalam anugerah Oscar, jawapannya YA. Endgame layak dicalonkan dalam kategori Best Adapted Screenplay, Best Visual Effects, dan Best Original Score.

Again, sesiapa yang menyatakan filem superhero adalah mengarut dan melabelkan genre ini hanya untuk tontonan kanak-kanak, think again. Disney dan Marvel Studio tidak bodoh. Filem seumpama ini dirancana dengan baik. Penuh dengan pengisian dan elemen kasih sayang. These movies feel more human than any other realistic films. 

Setinggi-tinggi pujian harus diberikan kepada penulis lakon layar, Christopher Markus and Stephen McFeely, serta pengarah, Anthony dan Joe Russo yang berjaya merangka sebuah naskah yang gemilang.


Kesimpulannya, Avengers Endgame adalah sebuah mahakarya terhebat dalam seni perfileman moden. Penutup kepada 10 tahun pertama dan Infinity Saga. Saya tidak fikir yang akan ada filem se-epik ini dalam masa terdekat. Tetapi ini bukan pengakhiran dunia MCU, bahkan satu permulaan kepada pengembaraan terbaharu.

AVENGERS ENDGAME
10/10

Post a Comment

21Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Since kite tak berapa minat cite ni so tak penah kesah. Tpi bila baca post ni terusa rasa nk tengok. Dulu tgok yang black panther je. Tak tengok full series. hehehe

    ReplyDelete
  2. Terlalu ramai yg memang mempersetujui akan kehebatan filem ni. Tak dinafikan filem ini memang menjadi bualan hangat saat filem ini ditayangkan. Ternyata pengarah dan produksinya berjaya memberikancimpakcyg terbaik kepada penonton..

    ReplyDelete
  3. Best.. ye.. memang best.. TB dah tengok.. hehe.. taknak jadi spoiler.. bagi rakan-rakan lain tengok dulu.. part yang pertempuran tu memang ada bahagian yang macam gelap sikit.. tapi masih boleh dimaafkan.. haha.. yang penting.. ending dia tu... hemmm...

    ReplyDelete
  4. tak sanggup nak tengok Endgame sebab last movie tapi katanya dalam spiderman homecoming ada hint multiverse so I can't wait for another journey with Marvel & Avengers!

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  5. Tak rasa tiga jam dalam panggung tu! Like serious tak rasa. Sedar-sedar dah habis. Yes, banyak moment yang menyayat hati. Semua ada. Lawak, sedih, geram, gembira, excited. Eh semua.

    ReplyDelete
  6. Ramai kata puas hati tgk yg endgame ni. Wawa xsempat nak tengok sampai sekarang... Naseb baik tak spoiler jln cerita cmne. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Ramai kata best cite ni. Sis bwlum ada masa terluang lagi nak gi tengok, tunggu anak habis exam baru boleh gi. Dia yg paling suka tgok cite2 mcm ni..ikut kan sis mwmang malas..hehehe

    ReplyDelete
  8. Tak berkesempatan nak tengok lagi, tapi berdasarkan ulasan ramai, memang best ceritanya. Lagipun castingnya semua mantap-mantap dan menjamu mata. Tu satu lagi pluspoint tu. Bilalah ada masa nak pergi tengok endgame ni? Tak sabar betul

    ReplyDelete
  9. Dah tengok movie n .memang best.ada lawak ada sedih.paling sedih oart iron man mati tu.memang meleleh lah air mata tau.lupa nak bawa tisu lap dengan tuding.tapi memang bestlah.puas tengok

    ReplyDelete
  10. Kita dah tengok, tapi frust sebab ada yang mati. Isk, tolongla hidupkan balik watak tuuu. Captain america pun dah tua, takleh tengok dah muka hensem dia, hahah

    ReplyDelete
  11. Ingatkan fenomena apa la bila ramai update kat facebook pasal Avengers Endgame ni. Rupanya filem. Hehhe
    Tak sempat nak layan filem.
    Tapi kalau dah tertengok mesti layan kan..
    Sebab cerita dia menjadi bualan orang.

    ReplyDelete
  12. Alaa, taknak baca lagi. Belum tengok cerita ya kat wayang. Kalau boleh nak pi tengok tapi bila balik kerja bulan-bulan puasa ni dah penat. Tunggu hujung minggu ni kot baru curi masa pi tengok cerita ni. Tak sabar sebenarnya nak tengok cerita ni. Rata-rata orang cakap best.

    ReplyDelete
  13. wahhhh dah ada ulasan avengers. sekarang boelh lah ulas sebabnya dh ramai yg tengok. kalau awal2 movie tu keluar dulu, nanti mesti kena kecam. hahahaha. sy belum tgok lagi avengers nie. tak berapa minat

    ReplyDelete
  14. Avengers End Game kita dah tengok kat pawagam dan juga kat online wakakakakak... Memang cite ni ending menarik cuma mula-mula tu yang agak bosan sikit but time sedih tu ada juga yang menangis dalam pawagam hehehehe...

    ReplyDelete
  15. Setuju sgt! Filem paling epik dan sangat menyentuh jiwa dari awal sampai habis ..tak terasa 3 jam berlalu time tgk citer ni. Rasa nk repeat lagi tgk kali kedua..suka sgt pada klimaks movie ni! Best sgt2 tgk semua superheroes bersatu

    ReplyDelete
  16. BBL tengok masa 1st day movie ni keluar, tak sedar pun dekat 3 jam duduk dalam cinema sebab khusyuk sangat tengok citer tapi puas hati la dapat tahu ending cerita. tak sabar nak tunggu fasa baru marvel ni

    ReplyDelete
  17. Setuju dgn ulasan u. Endgame memang best! Awal awalnya ada laa rasa meleret sikit, tapi lepas tu makin lama makin best. Lakonan semua mmg mantap. Sedih mmg sedih..tambah bila fikir this is the end sebab I follow semua crita Avengers dr awal lagi.

    ReplyDelete
  18. Memang terbaik kan, puas kan movie it. I also like it very much and your review is pretty intensive too.

    ReplyDelete
  19. I loved it so much...but right now I am really waiting for another alternative movie/storyline for LOKI since he got escaped one of the timeline already. Hahahahah hope I am not spoiling for anyone else.

    ReplyDelete
  20. Best sgt2 cita nie huhuhu
    lagi2 tgk telatah diroang dalam pawagan
    lepas nie movie baru plak abis dah conflict

    ReplyDelete
  21. Gabungan antara aksi dan elemen sentimental menjadi End Game filem terbaik untuk filem superhero ni. Scene paling best dan menegakkan bulu roma bila Captain America dapat lift up Thor punya hammer. Yang ni memang...wow!!!. Paling sedih bila Natasha korbankan diri dan Tony punya scene masa dia nak mati. Still tak boleh move on lagi dengan End Game. Agak kecewa sikit bila scene captain Marvel hanya sikit lawan Thanos. Apa pun ini adalah filem terbaik superhero sepanjang zaman.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top