Fakta Menarik Spiderman Far From Home

1
Fakta Menarik Spiderman Far From Home | Marvel Studios tidak akan berhenti dari terus menghasilkan filem dunia Marvel Cinematic Universe (MCU) yang diadaptasi dari komik Marvel.  Sekuel demi sekuel diterbitkan, terbaharu, Spider-Man Far From Home menanti untuk menjadi jamuan mata penonton.

Selepas Avengers Endgame, peminat tertanya-tanya apakah kesinambungan dunia MCU? Lebih-lebih lagi ia memfokuskan karakter kegemaran ramai, Peter Parker atau alter egonya, Spider-Man.

[Berkaitan] Ulasan Filem Avengers Endgame


Kejayaan filem pertama Spiderman Homecoming (2016) mencetuskan sekuel untuk tatapan peminat. Apatah lagi pengkritik profesional dari laman Rotten Tomatoes Spiderman Homecoming mendapat markah tinggi iaitu 91%. Which is such a big deal. Lol!

Menjadi penyumbang utama terhadap kecemerlangan francais ini sudah tentulah pelakon utamanya, Tom Holland. Seawal kemunculannya yang pertama lagi melalui Captain America Civil War mencuri hati peminat. Karisma Holland telah memberikan justifikasi terhadap watak Spiderman. Menjadikan beliau sebagai Peter Parker dan Spiderman paling sempurna yang pernah diangkat ke layar perak.

Sekiranya anda masih belum menonton Avengers Endgame, filem terbaharu Spiderman ini mendedahkan spoiler besar.


Apakah yang akan berlaku kepada ahli pasukan Avengers? Apakah rancangan Marvel Studios dan Disney dalam membawa hala tuju dunia MCU? Siapakah sebenarnya watak Mysterio yang dimainkan Jake Gyllenhaal?

Sinopsis Spiderman Far From Home


Selepas kejadian dalam Avengers Endgame, Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah. Di sana, Parker harus melunaskan misi menyelamatkan dunia dari ancaman terbaharu.

Pelakon: Tom Holland, Jake Gyllenhaal, Samuel L. Jackson, Zendaya, Jon Favreau, Marisa Tomei.
Pengarah: Jon Watts
Spiderman Far From Home release date Malaysia: 3 Julai 2019

Fakta Menarik Spiderman Far From Home


- Jake Gyllenhaal hampir menggantikan tempat Toby Maguire dalam Spiderman 2 (2004) kerana Maguire mengalami kecederaan set penggambaran Seabiscuit.

- Ini merupakan filem ke-23 dalam dunia MCU.

- Pengarah, Jon Watts mengesahkan pelakon Michael Keaton, Laura Harrier,  dan Michael Mando tidak akan kembali untuk filem kali ini.


-  Buat pertama kalinya dalam sejarah perfileman, pihak produksi perlu memberikan peringatan di awal trailer yang ia bakal mendedahkan spoiler untuk filem Avengers Endgame. Holland muncul di awal trailer memberitahu yang anda perlu menonton Avengers Endgame terlebih dahulu sebelum menonton trailer Spiderman Far From Home.

- Far From Home menjadi penutup kepada Fasa Ketiga MCU.

- Tajuk filem ini didedahkan oleh Holland melalui laman Instagram beliau.

- Di dalam trailer, Spiderman ada menyebut 'Captain Marvel'. Ini merupakan kali pertama watak dari MCU memanggil Carol Denvers dengan nama berkenaan.


-Beg pakaian tertera huruf 'BFP' yang merupakan singkatan kepada bapa saudara peter, Benjamin Franklin Parker. Uncle Ben merupakan watak penting dalam filem-filem Spiderman sebelum ini kerana kematiannya memberikan inspirasi untuk menjadi Spiderman.

- Aktor popular, Matt Damon khabarnya menolak tawaran dalam memegang watak villain.

- Filem ini menelan belanja sebanyak 160 juta USD.

- Spiderman Far From Home menjalani penggambaran sekitar England, Czech Republic, Itali, New York, dan California.
Sumber: IMDb

Marvel movies in order


Nah, ini adalah senarai filem MCU mengikut urutan dari tahun yang diterbitkan 2008 hingga 2019.


Selamat menonton Spiderman Far From Home!

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top