Ahad, 15 September 2019

Cara Bayar Bil TM Unifi Streamyx dengan MYUNIFI App

Bagaimana cara semak dan bayar bil TM Unifi dan Streamyx dengan mudah? Untuk pengetahuan, Telekom malaysia (TM) kini menyediakan aplikasi 'myUnifi' untuk memudahkan pelanggan semak bil perkhidmatan yang disediakan oleh TM.

Jika sebelum ini pelanggan boleh menyemaknya dari portal unifi.com.my, kini anda boleh melakukannya dengan mudah melalui aplikasi myUnifi pada telefon bimbit sahaja.


Lebih mudah dan cepat berbanding menggunakannya pada laman web.

Sebagai pelanggan Streamyx, aplikasi ini memang sangat membantu untuk membuat bayaran dan menyemak bil terkini dan terdahulu. Untuk itu, saya akan tunjukkan cara-cara untuk membuat bayaran bil Streamyx. Pengguna wifi Unifi atau bil telefon TM juga menggunakan cara sama.

Muat turun aplikasi myUnifi dari Google PlayStore (Android) atau App Store (iOS) terlebih dahulu.


Selesai muat turut anda perlu log in ke akaun. Caranya mudah sahaja, cuma masukkan email dan cipta satu password. Untuk mengesahkan akaun TM, masukkan nombor akaun Streamyx/Unifi anda.

Cara Bayar Bil TM Unifi Streamyx dengan Aplikasi myUnifi


Langkah 1: Buka aplikasi myUnifi dan pilih 'Pay Bills'.
Anda juga boleh bayar bil untuk orang lain dengan pilih 'Pay for anyone'. Contohnya tolong bayarkan bil telefon TM untuk ibu bapa.

Langkah 2: Pilih 'Pay my bills' untuk membayar bil terkini.



Langkah 3: Jumlah bil terkini. Sebagai contoh, bil terkini adalah RM69.95 seperti gambar di atas.

Langkah 4: Pilih 'Pay RM69.95' untuk meneruskan pembayaran.



Langkah 5: Pada langkah ini anda kan diberi pilihan sama ada untuk membuat bayaran menggunakan Credit/debit cardatau perbankan online.

Langkah 6: Anda akan dibawa ke portal bank pilihan untuk meneruskan pembayaran.



Selepas membuat pembayaran, email pengesahan akan dihantar. Rekod pembayaran akan disimpan di bahagian 'Overview' untuk rujukan di masa akan datang.

Senang bukan? TM bill payment menjadi lebih mudah berbanding kaedah 'Jompay Unifi' pada portal perbankan.

[Baca] Cara Bayar Bil Astro, TM, Unifi, TNB, Air dengan JomPAY CIMB 

Apa lagi yang boleh anda lakukan dengan aplikasi myUnifi ini? Aplikasi ini sebenarnya memudahkan pelanggan TM untuk menguruskan apa sahaja perhidmatan yang ditawaran oleh mereka. Senang cerita, semua servis yang disediakan disatukan dalam satu aplikasi sahaja.



Kegunaan aplikasi myUnifi


  • Membuat semakan bil servis yang anda langgan
  • Bayar bil Unifi atau TM dengan mudah
  • Sejarah pembayaran bil
  • Lihat promosi istimewa seperti pakej Unifi dan Streamyx
  • Khidmat pelanggan TM yang beroperasi 24 jam

Melaporkan masalah kepada pegawai khidmat pelanggan
Berkenaan TM careline, sebelum ini anda boleh menghubungi talian '100' untuk melaporkan sebarang masalah. Kini, talian berkenaan hanya beroperasi pada waktu berkerja sahaja iaitu dari 9 am hingga 5.30 pm sahaja.

Kelebihan aplikasi myUnifi


  • Dapat membuat bayaran semua jenis perkhidmatan TM
  • Mendapat notifikasi jumlah bil setiap bulan
  • Mendapat kod voucher istimewa seperti dari Zalora, Tune Hotel, dan Legoland
  • Boleh buat pembayaran bil untuk orang lain.
  • Aplikasi mesra pelanggan dan senang untuk dinavigasi

Unifi Lite - RM69 sebulan


Eh, anda tahu tak tentang pakej Unifi Lite? Pengguna Streamyx sedia ada akan menikmati pakej baru pada harga RM69 sebulan dengan data berkelajuan sehingga RM8Mbps (tanpa had).

Manakala pelanggan baharu Streamyx akan menikmatinya pada harga RM89 sebulan.


Ia merupakan pakej istimewa buat pelanggan Streamyx yang tidak boleh menaik taraf wifi kepada Unifi kerana tidak mendapat liputan.

Saya pun plan nak upgrade Streamyx. Nanti saya kongsikan cara memohon Unifi Lite ini dalam artikel akan datang.

Jadi mulai bulan hadapan bolehlah anda bayar bil TM dengan aplikasi myUnifi!

1 ulasan:

  1. Untuk kalian yang kesulitan ketika ingin mengakses situs utama dari permainan poker online kalian. Kini kalian bisa menggunakan link alternatif yang telah saya buat ini. Semoga dengan adanya link alt ini kalian tidak lagi kesulitan ketika ingin mengakses situs utama yang sedang kalian mainkan
    asikqq
    dewaqq
    sumoqq
    interqq
    hobiqq
    rajawaliqq
    http://192.254.236.33/qqonlinebet/
    paito vegas morning
    paito warna oregon 03
    paito warna oregon 12

    BalasPadam