Sinopsis Lelakimu Yang Dulu di Tv3

3
Sinopsis Lelakimu Yang Dulu di Tv3 | Terbaharu di Slot Akasia, Tv3 bakal menayangkan sebuah drama Melayu bersiri iaitu Lelakimu Yang Dulu untuk menceriakan petang penonton setianya.

Drama Lelakimu Yang Dulu merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta dari tajuk yang sama tulisan Farah Darianna. Novel ini khabarnya cukup popular. Anda boleh membacanya di laman Wattpad - Lelakimu Yang Dulu Bab 1.


Di bawah arahan Eoon Suhaimi, drama ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada penggemar drama Melayu. Ini kerana ia sekali lagi menggandingkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai pelakon utama.

Selain itu Lelakimu Yang Dulu turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Syafnida Shuhaimi, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Jalaludin Hassan, dan Dian P.Ramlee.

Sinopsis drama Lelakimu Yang Dulu di Tv3


Berkisarkan sepasang suami isteri, Hazrul dan Daliya yang dilanda musibah apabila Hazrul dipenjarakan atas kesalahan merogol. Si Hazrul pula mendiamkan diri. Sedikit pun tidak menafikan tuduhan keatas dirinnya.
 

Daliya membawa diri, tidak sangka suaminya sendiri sanggup melakukan perkara terkutuk itu.

Dua tahun berlalu, Hazrul mendapat perkhabaran yang Daliya menyembunyikan rahsia daripadanya. Rupanya mereka berdua mempunyai zuriat.

Hadirnya cahaya mata, Heidi, menguatkan lagi keinginan Hazrul untuk mendapatkan kembali keluarganya. Diaturnya bermacam-macam rancangan supaya Daliya kembali ke pangkuannya.

Tidak semudah itu Daliya memaafkan Hazrul walaupun mereka masih sah sebagai suami isteri. Ditambah pula dengan kehadiran Nazli yang setia disampingnya semenjak Hazrul dipenjarakan.


Lagu tema: Hafiz & Adira - Takdir Tercipta

Untuk peminat drama Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7. Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

 Eh, betul ke boleh tonton drama online di DMF2U? Korang dah cuba?

Lelakimu Yang Dulu bakal bersiaran mulai 19 September 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 pm hanya di Tv3.
Tags

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. macam macam ada drama dalam TV zaman sekarang..

    tak cukup masa pulak nak tengok sebab tiada TV di rumah hehehe

    ReplyDelete
  2. Ada tengok iklan dia..mcm best ..Nanti nak tengok bila ada masa. Tq for the review :)

    ReplyDelete
  3. owh... cerita ke yang orang duk sembang dalam fb hari tu... huhuhu.. tak sempat nak tgk dari mula hari tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top