7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons

31
7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons | Buat mereka yang mempunyai masalah kulit kering, memilih pencuci muka yang sesuai bukanlah tugas mudah. Mereka haruslah menggunakan pencuci muka yang melembapkan kulit dengan nilai PH yang sesuai.

Pencuci muka yang mengandungi kandungan yang melembabkan sangat disyorkan. Contohnya kandungan glycerin dan sorbitol. Ini adalah untuk meredakan permukaan kasar dan melembutkan kulit.


Selain itu, memilih pencuci muka/cleanser yang low pH juga penting. Kulit wajah kita mempunyai nilai pH rendah iaitu sekitar 4 hingga 7. Menggunakan cleanser dengan nilai lebih tinggi boleh mengganggu kestabilannya. Kulit akan lebih kering dan jerawat akan mula tumbuh.

Kandungan pencuci muka untuk kulit kering

  • Nilai pH rendah
  • Tidak mempunyai alkohol
  • Tidak mengandungi SLS
  • Elakkan kandungan fragrance (pewangi)
Jadi saya akan senaraikan beberapa pencuci muka untuk kulit kering. Kesemuanya mempunyai kandungan sesuai untuk menambah kelembapan. Ia dicadangkan netizen yang mempunyai jenis kulit yang sama.


Semua produk ini boleh didapati di Watsons. Tapi saya sertakan juga link untuk anda beli di Lazada, Shopee, atau Hermo. Kadang-kala produk di online beauty store lebih murah dari kedai fizikal.

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons

SIMPLE Moisturising Facial Wash

Antara jenama skincare paling popular. SIMPLE Moisturising Facial Wash ini adalah pencuci muka untuk kulit kering dan sensitif.

Kandungan Pro-Vitamin B5, Vitamin E and Bisabolol, membantu melembab dan melembutkan kulit. Tanpa buih, which is bagus untuk kulit kering. Malah, harganya juga berpatutan.

Harga: RM22
Beli di sini: https://invl.io/cljnclt

Artikel berkaitan:

+ 8 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering dan Kusam

SIMPLE Water Boost Micellar Facial Gel Wash

Simple memiliki beberapa jenis pencuci muka dalam rangkaian mereka. Micellar Facial Gel Wash adalah yang terkini yang dapat menangani masalah kulit kering. Ia memiliki formulasi untuk membantu dehidrasi, kulit kusam dan sensitive.


Tekstur gelnya tidak berbuih dan meninggalkan kesan lembut.

[Baca] Pencuci Muka Untuk Kulit Berjerawat

Kita semua tahu, skincare yang tertulis 'micellar' boleh menanggalkan makeup. Nah, pencuci muka ini mampu menanggalkan kesan makeup yang tertinggal pada wajah. Tapi anda haruslah menggunakan makeup remover terlebih dahulu ya?

Harga: RM16.39
Beli di sini - https://invol.co/cl8x22w

 


HADA LABO Mild & Sensitive Skin Face Wash

Rangkaian skincare dari Jepun ini mula menambat hati pengguna Malaysia dengan keberkesanannya. Nilai pH nya adalah sekitar 5, which is perfect for our skin.

Tekstur jenis krim (hampir seperti susu) dan menghasilkan buih yang minimum. Ia mengandungi liquorice, calendula, dan ekstrak daun ginkgo biloba yang boleh melembutkan kulit. Hyaluronic acid  pula melembab dan mencegah kekeringan.


Packaging baharu

Agak berbuih tetapi tidak meninggalkan iritasi terutama pada kulit sensitif.  Anda boleh baca banyak review positif tentang Hada Labo ini.

Harga: RM22
Beli di sini - https://invol.co/cl8x25h

SAFI Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser

Nah, Safi adalah antara produk skincare tempatan yang berkualiti dan setanding dengan jenama antarabangsa. Kandungan bagus, sudah mula buat packaging pink yang cute.

Dari segi kandungan, nilai pH nya cuma sekitar 5.5 sahaja. Tidak mengandungi SLS, alkohol, dan paraben.

Bertekstur gel dan transparent, serta menghasilkan buih yang cukup minimal.

Ciri-ciri ini penting untuk mereka yang mengalami kulit kering kerana ia tidak menegangkan dan tidak pedih. Ia juga meninggalkan kesan lembut selepas penggunaan.

Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser pencuci muka untuk kulit kering drugstore yang mudah untuk didapati.

Harga: RM24
Beli di sini - https://invl.io/cljncmu

Baca: 5 Sunscreen Terbaik di Watsons

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Jenama yang tidak asing lagi dalam arena pembersih muka. Malah, ia turut disyorkan oleh dermatologi kerana keberkesanannya dalam membersih, melembab, dan merawat kulit.


Biarpun ia terkenal sebagai pembersih muka untuk kulit berjerawat dan sensitif, ia diformulasikan supaya sesuai untuk semua jenis kulit.

[Baca] Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak di Watsons

Jenis 'Gentle Skin' ini cukup ringan, tidak berbau dan tidak berbuih. Nilai pH nya yang rendah turut membantu dalam menjaga kesihatan kulit. Yang ni memang highly recommended. Saya sendiri menggunakannya.

Buat jejaka di luar sana, ini adalah pencuci muka untuk kulit kering lelaki yang sesuai untuk anda okay?

Harga:
dari RM18

Beli di sini: https://invol.co/cl20zuw

COSRX Good Morning Low pH Gel Cleanser

Okay, jenama Cosrx tidak dijual di Watsons atau mana-mana drugstore di Malaysia. Anda kena beli secara online. Saya sertakan link untuk anda beli pada harga termurah.

Cosrx merupakan jenama popular dari Korea. Rangkaian produknya tidak pernah mengecewakan.



Seperti Cetaphil, cleanser ini juga sesuai untuk semua jenis kulit. Termasuklah sebagai pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Ia membersih liang pori, minyak, kotoran, dan dalam masa melembabkan kulit. Kandungan AHA dan BHA nya juga boleh berfungsi sebagai exfoliator. Yang paling best, cleanser ini juga menanggalkan makeup berlebihan.

Saya pernah guna, boleh baca ulasan di - COSRX Good Morning Low pH Gel Cleanser Review

Harga: RM22
Beli di sini - https://invol.co/cl8x293

GARDEN OF EDEN Gentle Milk Cleanser

Kalau anda biasa ke Watsons, pasti perasan akan produk Garden of Eden ini. Ini adalah produk tempatan. Bila dah masuk Watsons, bermakna ia adalah jenama yang dipercayai dan selamat.


Cleanser ini memiliki nilai pH yang seimbang untuk kulit. Tanpa paraben, SLS, mineral oil, animal ingredients, dan pewarna tambahan.

Cecair jenis krim memang melembab, membersih dan menyegarkan kulit kering. Pada packaging nya mengatakan ia turut menanggalkan makeup dan minyak berlebihan.

Harga: RM16
Beli di sini - https://invol.co/cl8x2a4

Cara mengatasi kulit kering

  1. Menggunakan skincare dengan kandungan 'hydrating'
  2. Cuci muka 2 kali sehari
  3. Tidak menggunakan produk dengan kandungan alkohol
  4. Produk rendah pH
  5. Minum air secukupnya (it's good for your body!)
Atau korang ada lagi cadangan produk pencuci muka untuk kulit kering di Watsons? Boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.
Tags

Post a Comment

31Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. memang tak pakai.

    ada tu ada.

    tapi berapa kali pakai, sampai kena beli baru sebab dah lama tak pakai. haha

    ReplyDelete
  2. Good write-up indeed with your recommendations from high-end to pocket-friendly facial cleanser.

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing..akak suka Cetaphil tu..dan tengah consume sebab baru- baru ni kan masa jerebu kulit muka akak rosak sikit..jerawat halus banyak tumbuh..

    ReplyDelete
  4. ramai orang suggest Simple as one of the best drugstore and affordable brand tau. cetaphil pun ramai guna. kalau jumpa seller dari luar macam thailand ke, boleh try CeraVe juga, brand di drusgtore kat sana. sangat affordable and many good reviews juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, cerave pun popular dan ramai cakap bagus. tapi saya cuba usha kat watsons mmg takde. hehe

      Delete
  5. terbaiklah artikel ni. pernuh lengkap dengan ilmu2 berkenaan pencuci muka. saya sekarang ni pun dalam proses nak menjaga wajah. terima kasih share ya.

    ReplyDelete
  6. Cataphil tu jer jenama yang kita pernah guna hehehe jenama lain tak pernah cuba lagi. Orang perempuan suka lah kalau ada semua macam ni banyak pilihan dan senang nak shopping...

    ReplyDelete
  7. Kalau masuk Watsons memang boleh rambang mata nak pilih mana satu produk kan. Ada macam-macam pilihan yang ada. Macam saya pun memang beli produk skincare di watsons jugak..

    ReplyDelete
  8. Produk kat watson mmg terbukti selamat digunakan dr produk timbang kilo tu. Sis pun beli pencuci kat watson je..murah pun murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. saya takut betul nak cuba produk mcm tu. keluarkan duit lebih sikit takpe janji kulit selamat. barang kat watsons semua dipercayai

      Delete
  9. good sharing! Iza bukan kulit kering tapi rasa macam nak try pulak cleanser-cleanser ni. Tapi selalu baca hada labo memang best untuk kulit kering. Iza skarang pakai hada labo yang for sensitive skin tu. sumpah best.

    ReplyDelete
  10. kita kategori kulit kering! sekarang guna Safi Dermasafe. Tak sangka ada dalam list!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best guna safi? ramai cakap best sebab buat muka lembut dan harga murah

      Delete
  11. Wow nice entry. Membantu bagi mereka yang ada masalah kulit kering. Mek kategori kulit semi berminyak (berminyak di kawasan tertentu sahaja) yang lain part okei (normal skin).

    ReplyDelete
  12. Info best utk mereka yg berkulit kering. Mesti sgt2 bermanfaat utk dorang kan sharing ni. Adik ipar nur kulit kering pun guna cleanser simple tu haa. Ramai juga yg review brand simple tu bagus

    ReplyDelete
  13. Biasa guna garnier for men tu. Rupanya byk lg brand lain ye. Tk berani lg cuba takot tk sesuai dgn kulit. Yg mana paling rekemen guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cetaphil! sebab sesuai utk semua kulit. pastu ph rendah.

      Delete
  14. Sebenarnya banyak produk dengan harga mampu milik di drugstore kan. Tak payah nak berbelanja tinggi sedangkan kualiti peosuk drugstore pun dah cukup bagus.

    ReplyDelete
  15. Airah dah pernah try Cetaphil dan Simple punya face wash tu dan dah buat review dekat blog jugak. Suka guna dua tu sebab memang tak keringkan kulit muka

    ReplyDelete
  16. bagus review ni... sy pon dry skin..dan skrang mmg nak mencari facial wash... bole suggest kan pelembab yg bagus utk kulit kering jugak tak ?

    ReplyDelete
  17. Thank you for sharing. Sy mmg lg yakin dgn drug store punya skin care. Kulit saya sesuai dgn brand simple n harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  18. Akak pakai pencuci Muka dari Althea.. Best Sgt... Muka soft n moist ja lepas pakai tu.. Tak rasa kulit kering lpas pakai

    ReplyDelete
  19. suka Safi punya cleanser, pernah cuba. Sekarang mouse mommy pakai Some By Mi punya cleanser bar.

    ReplyDelete
  20. Saya guna cetaphil dan kulit muka saya jadi gatal, macam mana ye tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya tak sesuai dgn kulit, kena tukar produk lain

      Delete
    2. Untuk kulit sensitif x ada ka?

      Delete
  21. Untuk kulit sensitif x dak ka?��

    ReplyDelete
  22. Thanks for sharing info about these cleansers

    ReplyDelete
  23. Produk yang mana yang sesuai untuk jenis kulit kering bagi yang berusia 40an

    ReplyDelete
  24. Saya pun skin bermasalah jugak..Jenis kulit kering susah nak suaikan dengan kulit.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top