Tempat Menarik di Hatyai Waktu Malam | TERKINI 2024

14
Bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan di Hatyai pastinya menyeronokkan. Ini kerana banyak sekali tempat menarik di Hatyai yang unik serta berbaloi untuk dikunjungi. Tidak kirang siang mahupun malam. Melalui artikel ini saya akan senaraikan beberapa tempat menarik di Hatyai waktu malam yang happening.

Kehidupan malam di Hatyai memang happening. Sesuai sekali untuk pelancong yang datang untuk melihat budaya dan makanan tempatan. Sebab itulah rugi kalau anda memerap sahaja di bilik hotel. Jom lihat antara tempat menarik di Hatyai yang boleh anda lawati.

Khlong Hae Floating Market


Wajib selitkan Hatyai Floating Market ini dalam senarai kerana ia adalah lokasi yang paling terkenal di sini. Seperti pasar malam, cuma semua gerai beroperasi di atas perahu yang berlabuh di tebing sungai.

Banyak makanan yang dijual di sini dan semuanya halal dan dijual oleh orang Islam di sini. Beraneka jenis juadah boleh anda cuba seperti mi sup daging, pulut mangga, sup ayam rebung, telur puyuh goreng, nasi khomok, ice cream, lokcing, dan banyak lagi.

Boleh dikatakan memang banyak makanan sedap di Hatyai FLoating Market yang anda kena cuba. Ada yang travel jauh-jauh hanya untuk singgah ke sini tau!

Menariknya, sesetengah hidangan dimasak di atas perahu. Malah terdapat minuman yang dijual di dalam buluh, seramik, dan macam-macam lagi.

Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad | 1 pm - 9 pm
Lokasi: Google Maps

Asean Night Bazaar Hatyai

Rugi kalau anda tak singgah ke Asian Night Bazaar. Salah satu tempat shopping murah di Hatyai yang menjadi perhatian pelancong. Kalau mencari pakaian, aksesori, pakaian kulit, mahupun barang borong, bazaar inilah lokasinya.

Kerepek dan snek juga dijual pada harga berpatutan. Bolehlah anda beli untuk dijadikan sebagai cenderamata. 

Disamping itu, kedai makanan juga menjad tumpuan. Banyak gerai makanan halal boleh anda temui di food court.Boleh cuba pancake, nasi khomok, teh ais Thailand, mi celup, sotong bakar, dan banyak lagi. Nak makan kat situ pun boleh. Banyak meja dan selesa. 

Pada waktu malam lebih meriah dengan kehadiran pengunjung. Terang benderang, dari jauh lagi anda sudah dapat lihat aktiviti jual beli. Oh ya, jangan lupa tawar menawar harga ya? Manalah tahu sekiranya anda boleh dapat harga yang lebih murah.

Waktu operasi: 4.30 pm - 10.30 pm | Tutup pada Isnin
Lokasi: Google Maps

Greenway Food Station

Dah nama pun Food Station sudah tentu ia menjadi syurga makanan buat pelancong dan banyak gerai yang mesra Muslim di sini. 

Greenway Food Station merupakan sebuah medan selera  yang menempatkan ratusan buah gerai. Pelbagai jenis juadah dijual di sini dari masakan Thailand, western, Japanese, Arab, dan termasuklah makanan Malaysia.

Dessert, snek, dan minuman yang paling mendapat perhatian di sini. Ice blended, teh tarik, pulut mangga, lokcing, dan banyak lagi. 

Kawasannya kondusif, selesa, bersih, dan anda bebas untuk duduk di mana-mana sahaja. Dekorasi medan selera ini juga cantik. 

Waktu operasi: 5 pm - 10 pm | tutup pada Isnin

Lokasi: Google Maps

[Baca] Percutian Menarik Hatyai Part 1

Central Hatyai

Tempat shopping Hatyai seterusnya adalah Central Hatyai, nama lamanya adalah Central Festival Mall. Sama sahaja dengan pusat membeli-belah di Malaysia, tapi apa salahnya kalau singgah. Mana tahu ada yang berkenan dan murah.

Terdapat Manchester United Official Store di sini. Untuk peminat pasuk bola gergasi itu, anda boleh mendapatkan jersi dan pelbagai jenis merchandise rasmi.

Selain itu Beautrium pastinya bakal mendapat perhatian para wanita. Kalau nak tahu Beautrium adalah drugstore seperti Watsons. Pelbagai produk kesihatan, kecantikan, penjagaan kulit, dan makeup boleh anda temui. Paling b
est, produk popular Thailand yang tidak dijual di Malaysia pun banyak. Semuanya berkualiti tau. Bukan timbang kilo.

Apa yang patut anda cuba di sini adalah makan di food court nya. Saya sendiri pernah cuba, memang sedap!

Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm
Alamat: Google Maps

Kim Yong Market

Tempat menarik di Hatyai Waktu malam seterusnya adalah Kim Yong Market. . Yang ini lebih kurah seperti Uptown atau Petaling Street. Terletak di bahu jalan, ratusan buah kedai menjual pelbagai jenis barangan berpatutan. Jersi, tshirt, kasut, pakaian kanak-kanak, handbag, dan aksesori.

Baca: 10 Tempat Shopping Murah di Hatyai

Waktu siang menjual barangan basah seperti sayur dan buah-buahan. Ia bertukar meriah saat malam menjelma.

Memang rambang mata melihatnya. Cukup bingit, kerana masing-masing sibuk melakukan urusan jual beli dan tawar menawar.


Ia terletak di tengah-tengah bandar. Jadi senanglah untuk anda terus ke beberapa restoran atai kedai menarik berhampirannya. 

Alamat: Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Kai Tod Decha Halal Restaurant

Selain jalan-jalan dan shopping, menikmati makanan sedap juga menjadi faktor utama mengapa rakyat Malaysia gemar berkunjung ke Hatyai. Restoran yang wajib anda lawati adalah Kai Tod Decha Halal Restaurant. 

Viral dengan keenakan nasi komok dan ayam gorengnya. Nasi komok di sini, cukup rasa, lembut, dan dimakan pula bersama ayam goreng garing dan sos istimewa.

Bukan sekadar nasi komok, Kai Tod Decha turut menyediakan masakan panas, kerabu mangga, serta pancake. 

Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm

Lokasi: Google Maps 


Hotel menarik di Hatyai

Selain rancang untuk shopping, penginapan selesa haruslah di ambil kira. Oleh itu saya senaraikan juga beberapa hotel menarik dengan harga berpatutan, serta dekat dengan tempat-tempat menarik. 

Baca: 13 Hotel Murah di Hatyai | Bawah RM200

PM Residence

Merupakan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang terletak 0.9km sahaja dari Greenway Food Station. Lokasinya tidak terlalu sibuk, sesuai sekali untuk mereka yang tidak gemarkan suasana bising. Bilik-biliknya mempunyai dekorasi berwarna ceria dan moden.


Lengkap dengan kolam renang infinity, membolehkan anda berenang sambil melihat pemandangan bandar Hatyai dari pandangan atas.

Kemudahan: Wifi dan parking percuma, bar/lounge, mini pantry, bilik keluarga

Jarak dengan tempat menarik:
  • Central Festival - 0.6 km
  • Magic Eye 3D Museum - 0.9 km
  • Santisuk Market - 1.5 km
  • Kim Yong Shopping Centre - 1.7 km
Harga bilik: dari RM120 - TEMPAH DI SINI

 

Clover Hotel Hatyai

Kalau nak tahu, Clover Hotel ini adalah antara hotel di Hatyai yang murah iaitu sekitar RM100 semalam. Bilik luas dan selesa. Idea buat mereka yang ada anak kecil dan bercadang nak ambil tilam tambahan. 

Memang berbaloilah menginap di sini. Bilik-biliknya lengkap dengan peti ais mini, tv satelit, pancuran air panas, dan pembancuh kopi.

Boarpun hotel ini tiada restoran, usah risau kerana lokasinya amat dekat dengan restoran halal.

Baca: 12 Tempat Sarapan Halal di Hatyai

Jarak dengan tempat menarik:

  • Magic Eye 3D Museum - 6 km
  • Food Villa Hatyai - 3.5 km
  • Kim Yong Market - 2.5 km

Harga bilik: dari RM106  - TEMPAH DI SINI

V.L. Hatyai Hotel


Sebuah lagi hotel murah di Hatyai adalah V.L. Hotel. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang selesa untuk penginapan keluarga. Lengkap dengan pembancuh kopi, pancuran air, katil empuk, dan wifi percuma.

V.L Hotel turut mempunyai restoran, iatu Benjarong Restoran yang bakal menghidangkan sarapan percuma kepada anda. Jika anda mendapat bilik di tingkat atas, dapatlah menikmati view menari bandar Hatyai.

Dekorasi hotel ini biasa sahaja, tetapi tahap keselesaanya memang tiptop. Seronok dapat beristirehat selepas seharian shopping di bandar Hatyai.

Jarak dengan tempat menarik:
  • Floating Market - 5.6km
  • Central Festival - 3.3km
  • Asian Night Bazaar - 2.9km
  • Ice Dome - 8.5km
Harga bilik: dari RM153  - TEMPAH DI SINI

Tidak hairanlah mengapa daerah selatan Thailand ini sering menerima kunjungan pelancong.
Senarai tempat menarik di Hatyai waktu malam ini pastinya akan menceriakan percutian anda di Hatyai. Keluarlah jalan-jalan untuk menyaksikan kehidupan malam Hatyai yang happening.

Post a Comment

14Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. teringin sangat nak perg i Hatyai..Banyak tempat menarik, makanan sedap dekat sana..selalu tengok kawan post je..harap ada rezeki pergi luar negara..hehee..

    ReplyDelete
  2. saved ! plan ke hatyai julai 2020. insyaAllah semoga menjadi lah trip luar negara mek pada tahun depan.

    ReplyDelete
  3. Teringin nak pergi Hatyai sebab kat sana memang banyak tempat menarik untuk dilawati. Hopefully impian nak pergi Hatyai lepas ni tercapai

    ReplyDelete
  4. Menarik dan happening Hatyai. Teringin juga ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  5. Bestnya jalan jalan kat hatnyai. Saya sendiri tak pernah sampai lagi sini. Dah banyak kali plan tapi tak pernah jadi hahaha

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian. in shaa Allah saya ada merancang untuk ke hatyai. bolehlah nanti refer dengan artikel ni untuk buat itinerary nnti. :)

    ReplyDelete
  7. Memang best kalau dapat pergi hatyai kan.. Mcm2 boleh beli kat sana... Nk share la kat family in law sbb dorg akan pergi hujungbulan ini.

    ReplyDelete
  8. Rawlins dah sampai Songkla/ Hatyai. Tapi tak menyempat nak ke Pasar Terapung tu je. Yang lain sempat jelajah (sebab pergi urusan kerja). Nie teringin nak ke sana tapi nak naik keretapi hehehe

    ReplyDelete
  9. Malam-malam pun ramai orang membeli belah. Syoknya tengok keadaan kat situ. Bab beli belah memang best di sana kan

    ReplyDelete
  10. Happeningnya Hatyai, no wonder ramai malaysian yang skrg suka pergi sana by car or train je. sebab macam2 ada. Hotel tu pun nampak menarik & murah!

    ReplyDelete
  11. wow adding this to my travel list! Great pictures and thank you for sharing!

    ReplyDelete
  12. Cantek nua. Tak pernah smpi Hatyai tapi mmg ramai yg cakap best kalau dtg bercuti ke sini. Macam2 lokal food sana boleh dicuba

    ReplyDelete
  13. nk ke sana raya cina ni..alhamdullillah baca blog ni..blh la buat panduan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top