Cara Daftar Free Shipping Shopee

35
Cara Daftar Free Shipping Shopee | Bagi peniaga Shopee, anda sanggup buat apa sahaja untuk memastikan pelanggan membeli barang dari kedai anda berbanding seller lain. Mana tidaknya, puluhan seller menjual produk yang sama. Your products need to shine, dan harus mempunyai keistimewaan dari seller lain. Apa yang mesti anda lakukan adalah menawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan!

Ya. Anda boleh menawarkan penghantaran percuma kepada pelanggan. Di mana anda sebagai seller dan pelanggan tidak perlu membayar kos penghantaran. Jadi, potensi pelanggan membeli barang dari kedai anda lebih tinggi. Tetapi anda harus mendaftar dengan Shopee Free Shipping Program terlebih dahulu.


Shopee Free Shipping Program

Merupakan kolaborasi antara Shopee Malaysia dengan PosLaju, DHL, dan J&T untuk memudah dan melancarkan urusan jual beli online. Melalui program ini, seller dan pelanggan dapat menikmati KOS PENGHANTARAN PERCUMA untuk barang di bawah 5 kg (Poslaju), 3kg (DHL dan J&T).



Macam mana nak register Shopee Free Shipping Program ini? Teruskan membaca artikel ini.


Kelebihan Shopee Free Shipping Program

  • Pendaftaran percuma
  • Anda dan pelanggan tidak perlu menanggung kos penghantaran.
  • Drop barang di mana-mana cawangan kurier yang anda pilih
  • Tidak perlu ambil nombor atau beratur di pejabat pos. Terus ke kaunter serahan.
  • Tidak perlu isi borang Poslaju, cuma cetak WayBill sahaja.
  • Dengan menawarkan pengantaran percuma, pelanggan akan membeli dari anda berbanding seller lain.

Syarat menyertai Shopee Free 5kg Shipping Program

  • Berat barang harus di bawah 5Kg (3kg untuk DHL dan J&T) untuk Semenanjung Malaysia & di bawah 1Kg untuk Sabah/Sarawak.
  • Seller hendaklah menghantar sendiri barang ke pejabat pos.
  • Setiap penghantaran haruslah disertakan'waybill' yang harus anda cetak.
  • Seller akan bertanggungjawab sekiranya berat barang melebihi syarat 5kg.
Okay, cara apply free shipping Shopee memang mudah. Tetapi ada beberapa perkara perlu anda sediakan untuk menikmati program ini.

Perkara yang harus anda sediakan sebelum memohon Shopee Free Shipping Program
  • Sebuah printer untuk print 'Waybill' yang hanya boleh dicetak selepas pembelian dibuat oleh pelanggan.
  • Jika anda memilih PosLaju, ambil Borang PL9 yang boleh didapati di mana-mana cawangan PosLaju.

Cara Daftar Free Shipping Shopee


1. Layari https://shopee.com.my/events3/code/1725753499/.
Pilih satu di antara tiga kurier iaitu Poslaju, DHL, dan J&T. Setiap kurier menawarkan kelebihan yang tersendiri.


2. Baca prosidur kurier, dan klik 'Sign Up Now' untuk mendaftar.

3. Anda akan dibawa ke laman mendaftar. 
Isi maklumat peribadi, tanda pada 'I agree to Shopee's T&C...", dan tekan 'SUBMIT'.

Shopee free shipping program sign up form

Untuk mengetahui sama ada permohonan anda lulus atau tidak, anda boleh semak di kedai Shopee anda. Di bahagian 'My Shipping' Jika perkataan "Shopee Supported Logistics" sudah terpapar, ini bermakna permohonan anda telah diluluskan.


Contoh Waybill


Sebaik sahaja diluluskan, anda sudah boleh cetak Waybill seperti gambar di bawah. Satu salinan untuk anda selitkan pada parcel, satu lagi serahkan di kaunter pejabat pos.

SIAP!

Artikel berkaitan: 
- Cara Jual Barang di Shopee
- Cara Pos Barang di Shopee
- Cara Jual Barang Dropship di Shopee 


Mudah je. Rugi kalau anda tak manfaatkan peluang ini. Kalau nak lebih berjaya boleh baca - Panduan Shopee. Ebook ini menerangkan dengan lebih detail tentang cara jana ribuan ringgit dengan betul. Manalah tahu, kalau dapat tingkatkan jualan Shopee anda.


Semoga artikel cara daftar free shipping Shopee ini dapat membantu dalam melancarkan bisnes online anda. Best juga kalau dapat menikmati penghantaran percuma ini. Kalau dulu PosLaju sahaja, kini Shopee telah berkerjasama dengan DHL dan J&T. Good Luck!

Post a Comment

35Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. suka shopping di shopee sebab boleh jimat free shipping ni. teringin juga nak menjual di shopee ni tapi tak yakin cukup masa tak nak handle.

    ReplyDelete
  2. Sis memang ada akaun Shopee ni dan memang enjoy sangat soping dan free delivery dia hehehhe

    ReplyDelete
  3. Makin rancak la orang shopping dekat shopee lepas ni sebab ada free shipping. Bagus lah shopee ni, makin lama makin mesra pelanggan

    ReplyDelete
  4. Good post. Thank you for sharing this valuable information. Saya hardly shop at shopee. Have a good day.

    ReplyDelete
  5. info yang bagus untuk semua peniaga shopee. akak pun suka shopping kat sini sebab ada certain produk yang harganya murah dari pasaran dan yang pasti free shipping dan boleh collect coin ;$.

    ReplyDelete
  6. Boleh lah rujuk entri ni. Memang platform yang bagus sbb ena pon suka shopping online. Banyak pilihan seller.

    ReplyDelete
  7. ouhhh macam ni untuk dapatkan free shipping, bolehlah zul ajar kawan yang buat business

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yg cukup detail..terbaik. Nanti nak cuba ikut tips yg di atas. Jarang shopping sebenarnya sb tu byk yg tak tahu

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas artikel yang sangat lengkap ni. memang selalu pun beli barang dekat shopee ni. :)

    ReplyDelete
  10. heheh wah tips yang bagus ni. thank you for sharing boleh apply later ni.

    ReplyDelete
  11. Wah info yg sangat menarik terutama buat mereka yg mmg kaki shopping kat shoppe

    ReplyDelete
  12. Marina selalu beli barang kat shopee. Boleh claim free postage. Hehe. Ada akaun niaga shopee jugak. Tapi belum tahap nak print waybill sendiri lagi.hihi

    ReplyDelete
  13. Wahh.. bagus la ada kemudahan macam ni. Hopefully makin ramai penjual yg menggunakan khidmat ni. Kita sebagai pembeli pun untung jugak. Ye la, kalau ada pilihan free shipping sape yang tak nak kan.

    ReplyDelete
  14. siapa tak suka free shipping ni? senang tak payah tambah duit tuk postage dah. menarik.. boleh la try apply nanti

    ReplyDelete
  15. Bagus la u share pasal ni! senang sgt I nak refer nnti! Very very good info! Thanks! :)

    ReplyDelete
  16. Info yg sgt bermanfaat utk online seller di luar sana. Tq share

    ReplyDelete
  17. nice post!
    thanks for sharing with us. keep this blog update

    ReplyDelete
  18. wah bestnya. terima kasih atas perkongsian cara-cara ni. memang memudahkan sapa2 nak apply.

    ReplyDelete
  19. cool. suke beli barang kt shopee bila jumpe seller yg trusted. i could apply this as well.

    ReplyDelete
  20. Baru tau proses dia. Bagus untuk seller shopee kan. Dah jimat dah kat sini. Patut masa nak shopping kat shopee ade option free shipping.

    ReplyDelete
  21. Ok.. Thanks for sharinh.. Tertanya2 juga mcm mna nk dpt free shipping utk seller ni.. Tq so much again

    ReplyDelete
  22. okay, Thanks for share. I will put these things and try on tm speed test for my purchases. Lovely.

    ReplyDelete
  23. As salam, nak tnya, klu nak apply utk jnt n dhl mcm mne plk? Sbb pos laju punye free shipping mmg da activate

    ReplyDelete
  24. SALAM NAK TANYA, SAYA DAH APLLY FREE SHIPPING PROGRAM DAN SUDAH PUN DAPAT MESEJ YANG KEDAI SAYA BERJAYA DAPAT FREE SHIPPING, TAPI KENAPA CUSTOMER SAYA STILL KENE BAYAR SHIPPING TIME BELI DENGAN SAYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, terima kasih sudi baca. mungkin customer tak redeem voucher free shipping sebelum beli. setiap free shipping yg ditawarkan kena guna voucher. setiap customer cuma boleh guna beberapa kali sahaja setiap bulan.

      Delete
    2. salam, maksudnya walaupun kita dah apply macam cara yang tuan ajar diatas, seller still kena buat voucher ya? macam tu ke?

      Delete
  25. Hello nk tnya ..daftar free shipping tu sekali je ke atau setiap kali ada pembelian mesti hantar "waybill" ke post laju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. daftar sekali je. setiap kali ada pembelian mesti sertakan waybill tu kepada poslaju

      Delete
  26. Salam sis ..saye nak sangat belajar..tapi saye ni kalau belajar manual MCM ni macam susah nk faham

    Saye Kene direct ..sudi tak sis ajarkan saye niage kat shope ni secara praktikal terus

    ReplyDelete
  27. salam terima kasih posting ni membantu sangat tapi macam mana nak dapat gambar yang ada free shiping tu dekat picture kita di shopee ya...saya dah buat daftar tapi xnampak gambar lori free shiping mcm org lain punya...huhuhu sye masih baru nak belajar...boleh mohon pencerahan...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, tq sudi baca artikel ni. logo free shipping tu akan ada secara automatic bila permohonan dah diluluskan. sesetengah seller mungkin makan masa dlm beberapa hari.

      Delete
  28. You ought to basically fantastic not to mention solid advice, which means notice: https://samevaginaforever.com/

    ReplyDelete
  29. In this case you will begin it is important, it again produces a web site a strong significant internet site: here

    ReplyDelete
  30. hmm Great Thanks of such information but sometime we get internet connection problams so bofor buy any thing test you network speed.

    ReplyDelete
  31. You Right poslaju tracking is the best one in malay thanks for share such info.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top