Khamis, 20 Februari 2020

Texas Chicken Kota Bharu

Texas Chicken Kota Bharu | Agak terlambat untuk saya update artikel review Texas Chicken di Kota Bharu. Yup. Untuk pengetahuan, restoran rangkaian Texas Chicken baru sahaja membukan cawangan pertama mereka di Aeon Mall Kota Bharu.


It took yeaaaarss for them to arrive in this state. Mengambil lot kedai yang dahulunya disewa Big Bob Burger, Texas Chicken Aeon Mall Kota Bharu yang memulakan operasi pada 23 Januari 2020, tidak pernah lekang dengan kehadiran pelanggan.

Saya dah lama teringin nak cuba Texas Chicken dek kerana terpengaruh dengan video mukbang di Youtube.  So, saya dah makan di Texas Chicken tempoh hari and here is my review.

Texas Chicken Kota Bharu


Merupakan rantaian restoran makanan segera khusus dalam hidangan ayam goreng, Texas Chicken menawarkan variasi menu dan set untuk pelanggan.

[Baca] Boat Noodle di Aeon Mall Kota Bharu


Tidak hanya terhad kepada ayam goreng semata-mata, Texas Chicken hadir dengan menu menari seperti:

  • Ayam goreng (original/spicy)
  • Chicken tender (original/spicy)
  • Nuggets
  • Mexicana Burger
  • Spicy Tex Supreme
  • Classic Burger
  • Mexicana Wrap
  • Tex Wrap
  • Tender Wrap

Hidangan sampingan (side dishes)
  • Honey-butter biscuits
  • French fries
  • Coleslaw
  • Jalapeno Bombers
  • Mashed potatoes
  • Bubur


Desserts
  • Shortcakes
  • Sundae
  • Chocolate volcano
  • Ice cream cone

Menu Texas Chicken Malaysia


Gambar: budakbandunglaici.blogspot.com

Review Texas Chicken Aeon Mall Kota Bharu


Saya order set combo yang hadir dengan lima ketul ayam, dua side dishes iaitu french fries dan mashed potatoes, dua honey-butter biscuits, dan segelas air soda.

What do I think? It was glorious! Sedap!

Rasanya berbeza dengan ayam goreng KFC dan McDonald's. Slightly seasoned, tetapi cukup untuk membangkitkan keenakan ayam bersalut tepung ini. Sedap dimakan bersama atau tanpa sos cili.


Apa yang saya perasan, gabungan tepung dan kulit ayam tidak meloyakan seperti KFC. Jangan salah faham, saya mudah rasa mual sekiranya makan kulit ayam KFC. Tetapi tidak pada Texas Chicken. I ate everything!

Hidangan sampingan seperti kentang goreng dan mashed potatoes nya juga menyelerakan dan hadir dengan portion yang banyak.

Fun facts
Nama asal Texas Chicken adalah CHURCH's CHICKEN. Berasal dari Texas, Amerika Syarikat dan diasaskan oleh George W. Church Sr. Restoran ini menggunakan nama Texas Chicken di beberapa negara Islam, kerana bimbang nama "Church's" yang membawa maksud 'gereja' akan menimbulkan keraguan pelanggan.


Honey-butter biscuits


Tak pelik pun kalau ia dipanggil biscuit walaupun teksturnya mirip muffin. Ini kerana Texas Chicken ini berasal dari Amerika Syarikat di mana 'biscuit' di Amerika dan Kanada, lebih bersifat lembut dan rangup di bahagian luar.


I have been wanting to try those biscuits for a really long time. Puas hati, rasanya seperti cookie dough. Lembut di dalam, dan rangup dan manis pada bahagian luar. Honey-biscuit ini hadir bersama beberapa set, ia juga boleh di beli secara berasingan.


Aiskrim Sunday nya juga sedap, cukup manis dan creamy. Malah, ia cuma berharga RM1 sahaja! Ini memberi sedikit kelebihan buat Texas Chicken kerana mengeluarkan aiskrim jenama mereka sendiri.

Oh ya, Texas Chicken menggunakan konsep 'free flow drinks' di mana anda boleh menambah minuman sebanyak yang anda mahu pada satu harga sahaja.

Laman web: https://www.texaschickenmalaysia.com/
Facebook: https://www.facebook.com/TexasChickenMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/texaschickenmalaysia/?hl=en
Alamat: Lot G41, Ground Floor, AEON Mall Kota Bharu, Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Apa yang pasti, saya akan cuba lebih banyak menu pada masa akan datang. Seperti burger, chicken wrap, dan bubur di Texas Chicken Kota Bharu.

12 ulasan:

  1. Lama tak makan Texas ni, paling suka honey biscuits tu haaa..makan pepanas sedapnyaa...
    Aishh tiba-tiba teringin laaa plak..

    BalasPadam
  2. Texas Chicken belum ada lagi kat tempat saya. Baca artikel ni belum makan tengahari lagi, hehe...lapar la pulak... - Blog Sofinahlamudindotcom

    BalasPadam
  3. Paling suka makan T-rex wrap Texas sebab sedap. Ayam dalam wrap pun banyak. Tak suka sangat honey biscuits dia sebab manis sangat.

    BalasPadam
  4. wow baru baru ini ialah chicken fever lol everyone eats chicken in MY. I like Texas Chicken better that kapci because it is delicious

    BalasPadam
  5. Wah! Tahniah Kota Bahru sebab dah ada Texas Fried Chicken. I love Texas Fried Chicken especially the honey biscuit. Hope org2 KB will love Texas.

    BalasPadam
  6. Wahhh Texas Chicken dah ada kat Kota Bharu hebat lah hehehehe kita kalau datang sini suka mereka punya roti tu nak kata roti bukan tapi macam dessert pun adakan sedap.. Air boleh tambah ikut suka tu yang best kat sini hehehehe..

    BalasPadam
  7. Tak pernah makan Texas chicken lagi..hahaa..kesian kan..Bagusla dah buka cawangan abru dekat Kota Baru..

    BalasPadam
  8. Texas mmg antara kedai fav kita. Kat kl ni kedai ni selalu yg kita terjah

    BalasPadam
  9. yeszaaa, saya pun suka makan kat Texas Chicken. Paling best sebab ada honey butter biscuits tu. Sedap kan. Tambah plak kalau makan time panas-panas. memang besttt

    BalasPadam
  10. Wah dah ada Texas Chicken kat Kota Bharu! Sy suka makan honey butter biscuit tiap kali ke sana. Memang swdap tambahan ayam kat Texas Chicken lagi besar berbanding tempat lain hahaha

    BalasPadam
  11. banyak kali dh dgr orang kata texas chicken ni sedap tp tetap jugak tak pernah cuba2. lps baca ni rasa betul2 teringin pulak. masuk gaji next week boleh la serbu. hihi

    BalasPadam
  12. Mmg sedap Texas Chicken ni. Antara yg paling fav sy selain mcd & kfc.

    BalasPadam