Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap

2
Resepi Nasi Ayam Madu | Nasi Ayam Madu merupakan salah satu hidangan yang digemari ramai. Ia tidak jauh bezanya dengan nasi ayam biasa, tetapi ayamnya yang diperap dengan madu menjadikan ia lebih sedap dan memiliki aroma yang memikat. Keenakkannya membuatkan ia sesuai dimakan pada bila-bila masa.

Resepi nasi ayam madu ini tidaklah terlalu rumit. Bahkah boleh dimasak pada waktu yang singkat. Untuk pengetahuan, saya telah menggabungkan resepi milik oleh, Nasi Ayam Legend Che Nom, dan AidaSue supaya rasa nya lebih mantap. Kedua-dua resepi ini yang telah mendapat lebih 19k perkongsian di laman Facebook.


Anda pun boleh cuba!

Resepi nasi ayam madu sedap!


Bahan-bahan perapan ayam


  1. Madu
  2. Kicap
  3. Halia
  4. Bawang putih
  5. Garam
  6. Minyak bijan

Bahan-bahan sup ayam


  1. Ayam (1 ekor)
  2. 12 ulas bawang putih
  3. Inci halia
  4. Tulang atau kaki ayam (untuk lebih sedap)
  5. Sup bunjut
  6. 1 biji bawang besar yang dikisar
  7. 1 sudu kecil lada putih
  8. Garam
  9. Gula
  10. Daun sup
  11. Daun bawang
  12. Kentang
[Baca] Resepi Nasi Ayam Sedap dan Padu!



Bahan-bahan kicap


  1. Air lebihan perapan ayam
  2. Air lebihan sup ayam
  3. Kicap manis
  4. Sos tiram

Bahan-bahan untuk sos


  1. 4 biji cili merah
  2. 2 sudu besar cuka
  3. Cili api (jika suka pedas)
  4. Garam
  5. Gula
  6. Air rebusan ayam
  7. Cuka makan

Bahan-bahan untuk nasi


  1. 1/2 senduk mentega
  2. 1 kayu manis
  3. 5 biji buah pelaga
  4. Bunga lawang
  5. 2 helai daun pandan
  6. 1 batang serai
  7. 4 1/2 cawang air rebusan ayam
  8. Garam 1 sudu kecil serbuk kunyit


Cara masak nasi ayam madu


Cara rebus ayam


  • Rebus air terlebih dahulu
  • Tumbuk bawang putih bersama halia sahaja. (tumbuk untuk empat kegunaan iaitu sup, perap ayam, nasi, dan sos)
  • Lumurkan ayam yang telah dibasuh dengan bahan yang ditumbuk tadi.
  • Masukkan ayam kedalam air rebusan yang telah mendidih
  • Masukkan kiub ayam


* Jangan rebus terlalu lama untuk mengelak ayam overcooked dan hancur sewaktu digoreng.

Cara perap ayam


Bawang putih dan hali yang ditumbuk sebentar tadi
Campurkan 2 sudu sos tiram
Masukkan 1 sudu kicap manis
Sedikit minyak bijan
Masukkan madu
Gaulkan semua bahan ini dan lumurkan pada ayam yang telah direbus tadi
Perap sekitar 30 minit atau lebih


Cara masak nasi


  • Panaskan mentega di dalam periuk nasi atau kuali.
  • Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi
  • Masukkan 1 batang serang yang telah di ketuk
  • Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, garam, serbuk kunyit, daun pandan, dan serai yang telah diketuk
  • Masukkan beras yang telah dibasuh
  • Masukkan air rebusan ayam (anggaran masak nasi seperti biasa)


Cara masak sos


  • Hiris 4 biji cili merah (setengah inci)
  • Hiris 1 biji cili api (kalau suka pedas)
  • Masukan bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi
  • Masukkan air rebusan ayam
  • Masukkan cuka makan, gula, dan garam secukup rasa
  • Kisar kesemua bahan-bahan ini
  • Setelah siap dikisar, renih dengan api perlahan supaya cili tersebut masak dan untuk tahan lama
  • Pada waktu ini anda boleh tambah gula dan garam secukup rasa


Cara masak kicap


  • Masukkan air lebihan perapan ayam
  • Masukkan air rebusan ayam
  • Kicap manis dan garam secukup rasa
  • Renih bahan-bahan ini dengan api perlahan sehingga mendidih


Cara masak sup ayam


  • Renihkan kesemua air rebusan ayam bersama tulang dan kaki
  • Masukkan kentang
  • Masukkan bawang besar yang dikisar halus
  • Masukkan lada putih, sup bunjut, garam dan gula secukup rasa
  • Tunggu sehingga mendidih, kemudian tabur hirisan daun sup dan daun bawang

Cara goreng ayam


  • Panaskan minyak menggunakan api perlahan
  • Goreng ayam yang telah diperap tadi
  • Goreng sehingga keperangan
  • Jangan goreng terlalu lama kerana ayam tersebut sudah pun masak
* Pada langkah ini, anda juga boleh menggunakan air fryer untuk menggoreng. Terpulang.

Air fryer jenama Russell Taylors memang popular dan berkualiti. Cuma RM179.99. Review dari pelanggan semuanya positif. Beli di Lazada >> https://invol.co/clm116



Nasi ayam madu sudah siap untuk dihidang! Oh ya, jangan lupa salah, tomato dan timun batang untuk hiasan.

Kredit: Nasi Ayam Legend Che Nom & AidaSue .

Menarikkan resepi nasi ayam madu ini? Artikel ini diterbitkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan susulan virus COVID-19 yang menular. Jadi, bolehlah anda rujuk resepi ini untuk santapan tengah hari mahupun makan malam. Anak-anak pasti suka! Saya akan kongsikan resepi Nasi Ayam Hainan pula pada artikel akan datang.

Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kalau ada masa lapang boleh cuba ni
    Terima kasih berkongsi resepi

    ReplyDelete
  2. Waaah... macam nampak senang je kan masak nasi ayam ni. time macam ni, memang sedap!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top