Khamis, 23 April 2020

Sinopsis Bukan Gadis Biasa di Tv3

Sinopsis Bukan Gadis Biasa di Tv3 | Stesen nombor satu negara bakal mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri hebat iaitu BUKAN GADIS BIASA, yang bakal menghiasi hari-hari anda sepanjang Ramadan ini di Slot Akasia.

Turut diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama tulisan Liza Nur, Bukan Gadis Biasa bakal menggandingkan Remy Ishak dan Ayda Jebat sebagai teraju utama.


Terbitan JS Picture dan diarahkan oleh Azman Haji Yahya (Ringgo) ini turut dibantu oleh Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Maskhan, Lia Natalia,  Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, dan ramai lagi.

Mana peminat Ishak dan Ayda Jebat? Pastikan anda tonton drama ini kerana, Ayda bakal membawa watak gadis tomboy!

Sinopsis drama Bukan Gadis Biasa di Tv3


Berdepan denga kemelut keluarga sejak kecil kerana terpaksa menjaga anak buah selepas kematian kakaknya, Johana berubah perwatakan kepada tomboy.

Pun begitu, niatnya cuma satu iaitu hanya ingin membesarkan anak buahnya, Aisya, yang kini memanggilnya dengan gelaran 'emak'.


Tanpa diduga, bapa saudara Johana mengupah penyiasat persendirian, Suffian, untuk mencari opah mereka yang telah lama hilang.

Opah yang telah nyanyuk, dijumpai Johana lalu diajaknya untuk tinggal bersama. Suffian pula yang telah berjaya menjejakki opah, mula tertarik dengan gadis tomboy yang menjaga orang tua itu.

Dalam masa sama, rakan baiknya sendiri, Amirul dalam dia menyimpan perasaan cinta terhadapnya.


Lagu tema / OST Bukan Gadis Biasa: Aisha Hanim - Angkara

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama online di laman Tonton dan saluran Youtube TV3Malaysia Official. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7.

Saksikan drama Bukan Gadis Biasa di Tv3 mulai 23 April 2020, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

Tiada ulasan:

Catat Komen