Rabu, 27 Mei 2020

Handphone Murah Bawah RM300 [Edisi 2020]

Handphone Murah Bawah RM300 [Edisi 2020] | Telefon pintar sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, tidak semua golongan mampu untuk memilikinya dek kerana harganya yang mencecah ribuan ringgit.

Namun, masih ada handphone murah bawah RM300 yang menawarkan ciri-ciri menarik, setanding dengan telefon pintar kelas pertengahan. Biarpun murah, anda masih lagi boleh menikmati ciri seperti kamera, bermain permainan video, video call, melayari internet, dan bermacam lagi.



Pelbagai jenama telefon murah di pasaran yang masih relevan untuk digunakan pada tahun 2020. Saya cuba usha Huawei bawah RM300, sayangnya tiada. Hehe..

Anda boleh membelinya dengan harga yang jauh lebih murah secara online. Saya sediakan link Lazada atau Shopee (trusted seller) supaya senang untuk anda beli.

1.  Neffos C5 Plus


Neffos merupakan syarikat pengeluar aksesori popular dan turut mengeluarkan telefon pintar mampu milik beberapa tahun lepas.


Kamera hadapan 2-megapixel, selain kamera belakang 5-megapixel, dan sistem pemprosesan yang Neffos C5 Plus sudah cukup kegunaan harian. Ramai yang jadikan telefon ini sebagai hadiah buat anak-anak.


Menggunakan Android Go iaitu pelancar yang dioptimasikan untuk telefon berspesifikasi rendah. Pun begitu, ia sesuai untuk menonton video dan permainan video yang tidak berat dan santai. 

CPU: MediaTek MT6580M Quad-Core Processore
OS: Android 8.1 Oreo Go Edition
Memori: 1 GB RAM + 8 GB ROM 
Skrin: 5.34" IPS 18:9 
Bateri: 2200mAh Li-Polymer Battery
Kamera: 5MP (Belakang), 2MP (Depan) 

Harga: RM165
Beli di sini: https://invol.co/clo6ya

2. Redmi 7A


Harganya melebih RM300, tapi tak banyak pun. Masih lagi murah. Saya sendiri pernah order telefon ini sebanyak 3 unit di Shopee tahun lepas. Untuk anak-anak buah. masih elok dan lancar.

Dengan cip pemprosesan Qualcomm SDM439 Snapdragon Octa-core, Redmi 7A lancar untuk kegunaan harian, sosial media, dan permainan video berat seperti Mobile Legend. Ketahanan bateri pula terbaik iaitu 4,000mAh!

Main PUGB Mobile percuma tanpa lag? Daftar Yoodo sekarang >> https://bit.ly/2KXl0Wa


Berbaloi juga guna telefon ini. Smooth, dan lengkap dengan pelbagai sokongan bak telefon kelas pertengahan! 

CPU: Qualcomm SDM439 Snapdragon Octa-core
OS: Android 9.0 (Pie)
Memori: 2GB RAM
Storage: 16 / 32GB
Skrin: 5.45” IPS LCD
Bateri: 4,000mAh Non-Removable Li-Po
Kamera: 13MP (Belakang), 5MP (Depan) 

Harga: RM319
Beli di sini - https://invol.co/clo5l3

3. Wiko Jerry 3


Peranti yang baik untuk dijadikan sebagai telefon pintar pertama. Biarpun jenama ini kurang dikenali, ia tetap memberikan pengalaman terbaik pada skrin 5.45 inci.



Malah, ia didatangkan dengan 5-megapixel kamera hadapan dan 8-megapixel kamera belakang, ia sudah cukup untuk merakam gambar selfie yang memuaskan.

Prestasinya juga baik dan lancar untuk penggunaan internet, menonton video, dan permainan video yang sederhana.


CPU: Quad Core CPU
OS: Android 7.0 Nougat
Memori: 2GB RAM
Storage: 1GB RAM + 16GB ROM
Skrin: 5.45” IPS LCD
Bateri: 2500 mAh
Kamera: 8MP (Belakang), 5MP (Depan)

Harga: RM299
Beli di sini: https://invol.co/clo71j

4. Leagoo M10


Handphone murah bawah RM300 2020 yang seterusnya adalah Leagoo M10. Saya pasti anda pernah lihat jenama ini di kedai-kedai telefon. Leagoo sering hadir dengan telefon dan tablet yang menawarkan harga mampu milik.

Dengan pemprosesan 1.3GHz Quad Core CPU (MTK6580), Leagoo mampu beropersi dengan baik setanding telefon kelas pertengahan. Tiada sebarang masalah ketika menggunakan banyak aplikasi pada satu masa, media sosial, dan lain-lain.


Apa yang menarik tentang Leagoo M10 adalah kemampuan kamera belakangnya yang boleh menghasilkan kesan bokeh. Iaitu gambar yang mengaburkan latar belakang dan memfokuskan subjek utama.

Ia juga didatangkan dengan finger print scanner sebagai sistem sekuriti. Cukup mengagumkan pada harga bawah RM300.

CPU: Quad Core 1.3 GHz
OS: Android GO 8.1
Memori: 1GB RAM + 16GB ROM
Skrin: 5.5" HD + IPS Full View Display
Bateri: 2,850mAh 
Kamera: 8MP (Belakang), 5MP (Depan)

Harga: RM289
Beli di sini: https://invol.co/clo7g7

Itu sahaja untuk bawah RM300. Kalau anda mencari telefon Vivo murah, akan saya kongsikan dalam artikel akan datang. 

Kalau anda bukan seorang pengguna tegar atau 'heavy user', telefon murah sudah memadai dalam menjalankan tugas harian dan hiburan di waktu lapang. Atau, ada juga yang ingin mendapatkan telefon kedua untuk tujuan perniagaan.

Semoga artikel handphone murah bawah RM300 ini dapat menjadi rujukan dalam mendapatkan peranti bajet.

3 ulasan:

  1. Bagus juga ada list macma ni. Boleh lah bajet-bajet beli untuk kegunaan spare atau pembelajaran anak-anak.

    BalasPadam
  2. Smartphone sudah menjadi keperluan. Bila ada harga mampu milik boleh dijadikan telefon kedua selain telefon utama. :)

    BalasPadam
  3. boleh juga menggunakan telefon begini sebagai peranti gajet yang kedua..atau back up sahaja.

    untuk anak-anak yang masih sekolah pun ok..masih dalam bajet rendah

    BalasPadam