Rabu, 6 Mei 2020

Plextone G20 Review | Earphones Gaming Padu RM30!

aPlextone G20 Review | Mungkin agak terlambat untuk saya tulis review tentang earphones Plextone G20 ini memandangkan ia dikeluarkan pada pertengahan tahun 2019. I just got it recently berikutan earphones saya rosak, dan membaca pelbagai review menarik tentangnya.

Kalau anda sedang mencari best gaming headset brands atau all-in-one earphones untuk digunakan pada telefon dan komputer, Plextone G20 adalah pilihan terbaik kerana ia dijual pada harga sekitar RM30 sahaja! Bahkan, ia hadir dengan beberapa aksesori tambahan.


Kalau nak tahu tentang kualitinya, teruskan membaca review ini, dan saya akan recommend pautan pembelian Plextone G20 original secara online.

Plextone G20 Review


Sekali pandang, rekabentuk dan warnanya seakan headphones Razer, jenama yang sudah tidak asing lagi dalam arena penghasilanan aksesori permainan video.


Apa yang ada di dalam kotak?


Surprisingly, Plextone G20 hadir bersama dengan beberapa aksesori tambahan. Ia termasuk:
  • 3 pasang earbuds tambahan
  • Klip
  • Anti slip ear fins
  • Klip kabel
  • 90 cm cable extension
  • 18 cm computer audio patch cord
  • Earphones

Rekaan


Tidak dinafikan, rekaan Plextone G20 tampak premium dan elegan. Biarpun persis jenama Razer, ia tetap berada di kelasnya yang tersendiri. Dengan harga bajet, saya cukup kagum dengan kemasannya.

[Baca] Realme Buds Air Wireless Earphones Terbaik?

Kabelnya leper dan jenis getah menjamin ketahanan earphones ini. Penggunaan jenis getah ini juga mengelakkan ia dari berbelit. Bahagian belakang fon telinga juga bermagnet untuk memudahkan penyimpanannya.


Control center juga dibina dengan baik iaitu volume control jenis slide berserta butang pause. Butang ini berfungsi pada semua jenis music player dan Youtube.

Dengan audio jack 3.5mm 'L-shape' pastinya tidak akan mengganggu keselesaan sewaktu bermain permainan video.


Ia hadir dengan tiga warna iaitu hijau, merah, dan hitam. Saya memilih warna hitam untuk mengelak ia kelihatan seperti Razer.

Kualiti bunyi (gaming)


Nah, aspek yang paling penting untuk sesebuah earphones, iaitu KUALITI BUNYI. Sebagai earphones yang dikhaskan untuk permainan video, ia sememangnya cukup padu! Bunyinya jelas dan kuat.

[Baca] Review Bose Soundsport Wireless di Lazada 

Saya dah cuba pada PUBG Mobile, bunyi tembakan dan tapak kaki musuh dari kiri dan kanan memang jelas dan power! Seolah berada di dalam permainan itu sendiri. Kualiti ini sebenarnya membantu anda dalam mengesan kedudukan musuh.

[+] Guna simkad Yoodo dan nikmati 20GB data PERCUMA untuk bermain PUBG Mobile. Rujuk sini >> https://bit.ly/2KXl0Wa

Apatah lagi kalau menggunakan earphones ini untuk bermain game lumba kereta. Bunyi enjin kereta dan turbo memang menggegarkan otak!

And this could be your best PC gaming headset too, kerana iajuga sesuai digunakan ketika bermaina permainan video pada PC.


Kalau anda sedang mencari earphones gaming yang padu tetapi murah, Plextone G20 adalah pilihan terbaik. Ia bakal memberikan pengalaman bermain permainan video yang mengasyikkan!

Audio yang keluar dari mikrofon yang terbina juga wajar diberi pujian.

Kualiti bunyi (muzik)


Ternyata earphones ini memang direka khas untuk permainan video sahaja. Bassnya terlalu kuat sehingga menenggelamkan instrument lain. Suara penyanyi pula agak bergema. But not in a bad way.

For someone yang suka menghayati bunyi-bunyi halus seperti runut bunyi dari Hans Zimmer dan Justin Hurwitz, saya tidak dapat mendengar instrumen dengan baik. Begitu juga ketika mendengar white noise seperti 'birds chirping' atau 'sound of coffee shop', saya tidak dapat mendengar bunyi yang nyata.

Again, kalau anda sendiri tidak kisah dengan bunyi bass ini, Plextone G20  should be fine.

Noise cancelling


They did not lie about the noise-cancelling. Earphones ini menutup keseluruhan telinga sekali gus boleh menikmati permainan video dan muzik tanpa gangguan bunyi luar. Bunyi-bunyi asing hampir tidak kedengaran. Namun, hati-hati disaat memakainya. Mungkin boleh mencetuskan pergaduhan dengan orang sekeliling yang perlu bercakap dengan anda. LOL!

Keselesaan


I have to be honest, earphones ini mudah tercabut tidak kiralah saiz apa yang saya pakai. Cukup menjenggkelkan apabila kedudukannya perlu diubah pada setiap minit. Pemakaian yang tidak selesa inilah yang membuatkan saya sedikit kecewa dengan Plextone G20.

Harga


Beli di mana?Plextone G20 Malaysia boleh didapat di kedai-kedai aksesori komputer dan telefon. Tapi kalau korang beli online lebih murah. Saya sarankan anda beli di Lazada dari seller yang dipercayai.

Harga: RM31.40
Beli DI SINI: https://invol.co/clnep2



So far, dari kualiti bunyi, Plextone sememangnya mengagumkan. Bunyi bass memang padu dan sesuai untuk kaki gaming yang mahukan pendengaran yang jelas. Malah ia masih sesuai untuk mendengar lagu dan menonton filem.

Secara kesimpulannya, Plextone G20 adalah earphones yang cukup baik khususnya untuk pengalaman permainan video yang mengagumkan. Biarpun bassnya terlalu kuat untuk menikmati muzik, kualiti bunyi yang dihasilkan sudah cukup bagus pada harga serendah RM30. Highly recommended. Dari anda beli earphones RM10 yang tak best langsung tu, apa salahnya berbelanja lebih untuk menikmati muzik yang menyeronokkan.

Tiada ulasan:

Catat Komen