Selasa, 12 Mei 2020

Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap

Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap | Nasi Ayam Hainan adalah yang paling digemari dalam keluarga nasi ayam. Heee! Kelembutan ayam dengan titisan kicap di atasnya memang membangkitkan selera. Di makan pula bersama sup panas, nasi yang lembut, serta sos istimewa.

Hidangan ini juga tampak istimewa dan memiliki aroma yang membangkitkan selera. Ia juga digelarkan sebagai 'Nasi Ayam Hainan Chinese Style.


Resepi ini simple sahaja dan tidak banyak beza dengan nasi ayam yang lain. Perbezaannya terletak pada cara memasak ayam di mana ia tidak digoreng, sebaliknya hanya dilumur kicap selepas direbus

Kalau anda makan di Chicken Rice Shop, ia boleh mencecah RM13 untuk 1 hidangan lengkap. Mahal bukan? Bayangkan kalau makan beramai-ramai. Berapa pula harganya.

Untuk itu, saya kongsikan resepi nasi ayam hainan sedap dan mudah ini. Resepi ini saya ambil dari saluran Youtube Limau Nipis dan resepi Che Nom yang telah kami sekeluarga cuba.

Resepi berkaitan:
- Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap
- Resepi Nasi Ayam Sedap dan Padu
- Resepi Pancake Gebu

Untuk pengetahuan, resepi ini menggunakan ayam sebanyak 1/3 sahaja.


Bahan-bahan untuk masak nasi ayam


Bahan untuk rebus ayam / sup


Kaki ayam (kalau ada lebih bagus untuk membangkitkan aroma)
Ayam 1/3 sahaja
1/2 inci halia
Daun bawang
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 kiub ayam

Bahan untuk kicap


3 sudu besar kicap cair
1 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil gula
3 sudu besar air rebusan ayam

Bahan untuk nasi


Beras
1/2 senduk mentega
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
Bunga lawang
2 helai daun pandan
1 batang serai
4 1/2 cawang air rebusan ayam
Garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kiub ayam

Bahan untuk sos


4 biji cili merah
1 sudu besar cuka
Cili api (jika suka pedas)
Garam Gula
Air rebusan ayam
Bawang putih dan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan


Untuk ayam

Bersihkan ayam, masukkan ke dalam air
Masukkan bahan-bahan seperti halia daun bawang, garam, kiub ayam, dan minyak bijan
Rebus sehingga masak sepenuhnya
Setelah masak, keluarkan ayam sahaja, dan biarkan air rebusan.


Untuk kicap


Masukkan kesemua bahan-bahan yang disebut di atas seperti kicap cair, bawang putih, minyak masak, minyak bijan, gula, dan air rebusan ayam.
Kicap ini digunakan untuk 2 tujuan iaitu untuk dilumur pada ayam yang telah direbus, dan untuk dimakan bersama nasi kelak.
Lumurkan pada ayam yang telah direbus tadi, dan biarkan seketika.


Untuk nasi


Panaskan mentega di dalam di dalam periuk nasi
Masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk
Masu
kkan 1 batang serai yang telah diketuk
Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, garam, serbuk kunyit, kiub ayam, dan daun pandan
Masukkan beras yang telah dibasuh
Masukkan air rebusan ayam (mengikut anggaran masak nasi seperti biasa)


Untuk sos


Kisar cili merah, cili padi, bawang putih & halia, garam, gula
Setelah siap dikisar, renih dengan api perlahan supaya cili masak
Masukkan air rebusan ayam dan cuka
Renih sehingga mendidih



Siap! Anda boleh titiskan kicap ke atas ayam sekali lagi sewaktu hidangan, barulah sama seperti resepi nasi ayam hainan Ipoh. Hehe! Hidangkan sup, sos, kicap, dan hiaskan dengan salad, timun, serta tomato. Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Komen