Tips Memilih Pelembap Muka

16
Tips Memilih Pelembab Muka | Saya rumuskan yang anda semua suda sedia maklum tentang kepentingan memakai pelembap muka. Tidak kiralah apa jenis kulit sekalipun pemakaian pelembab atau moisturizer adalah WAJIB bagi mengekalkan kelembapan wajah dan menangani masalah kulit seperti jerawat.

Melalui artikel ini saya kongsikan sedikit tips memilih pelembap muka. Ini kerana setiap pelembap atau moisturizer dirumus untuk jenis kulit tertentu. Jangan pula guna moisturizer jenis krim sedangkan anda mempunyai kulit berminyak. Nanti makin berminyak pula.


Sebelum itu, berikut adalah cara untuk mengetahui jenis kulit.
Basuh muka seperti biasa
Jangan sapu apa-apa pada wajah
Biarkan kering sekitar 30 minit hingga 1 jam
Periksa sama ada kulit kering, berminyak, atau normal. Kalau kering dan berminyak di sesetengah kawasan, itu adalah jenis kombinasi.

Artikel berkaitan: 10 Pelembap Muka Terbaik

Tips memilih pelembap muka

Kulit kering -  pelembap jenis krim
Kulit berminyak - pelembap krim cair atau gel
Kulit kombinasi - pelembap krim cair atau gel
Kulit berjerawat - pelembap gel atau water based

Saya kongsikan produk yang sesuai untuk anda pakai mengikut jenis kulit. Produk-produk ini boleh di beli di drugstore. Saya sertakan juga link untuk anda beli secara online untuk harga yang lebih murah.

Kulit kering - guna pelembap jenis krim

Sekiranya kulit rasa tegang dan ketat selepas dicuci, ini bermakna anda memiliki kulit kering. penting untuk anda menggunakan moisturizer jenis krim. Pelembap jenis krim mempunyai kandungan minyak dan air yang boleh membantu menyeimbangkan kelembapan kulit. 

Jika dibiarkan, kulit tampak kusam, munculnya jeragat, dan jerawat. Oh no!

SIMPLE Hydrating Light Moisturiser

Merupakan pelembap muka terbaik di Watsons dek kerana kualiti dan harganya yang berpatutan. Produk dari UK ini memiliki tekstur yang sangat lembut dan cepat meresap ke dalam kulit. Pelembap muka ini sangat sesuai untuk kulit kering kerana ia memberikan kesan glowing dan tampak segar.


Harga: RM18
Beli di SINI: https://invol.co/cl8yksp


CERAVE Moisturizing Cream

Cerave Moisturizing Cream ini diakui keberkesanannya sebagai pelembap muka untuk kulit kering terbaik.

Teksturnya jenis krim pekat mampu memberi kelembapan kepadan kulit dari pagi hingga malam. Bagaimanapun, ia tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah. Moisturizer ini banyak membantu mereka yang mengalami kulit tegang akibat kekeringan.

Dalam masa sama ia menjadikan kulit lembut dan segar. Kalau anda mencari skincare untuk kulit kering dan sensitif, boleh cuba Cerave, packaging WARNA BIRU ya?

Harga: RM38

Kulit berminyak - guna pelembap jenis gel

Memiliki kulit berminyak boleh mendatangkan stress. Mana tidaknya, muka akan nampak berkilat hingga terbit rasa tidak selesa di hadapan umum. Jangan sangka muka berminyak tidak perlu pakai moisturize ya? Jika tidak pori akan tersumbat dan muncul pula jerawat durjana!

Pelembap muka untuk kulit kering yang perlu anda guna adalah produk yang berasaskan air. Ini supaya ia dapat mengurangkan minyak berlebihan sekaligus mengekalkan kelembapan semulajadi.

Hada Labo Hydrating Water Gel


Jenama yang tidak asing lagi dalam arena produk penjagaan kulit. Ramai yang memuji keberkesanannya. Moisturizer ini jenis gel dan langsung tidak berminyak dan ringan. Cepat meresap ke dalam kulit.

Hada Labo turut menekankan yang moisturizer ini mengandungi aqua oil volume matrix yang memberikan nutrien terus ke dalam pori. Jadi, ia bukan sahaja boleh mengawal minyak tetapi boleh memperbaiki tona kulit.


Agak mahal, tapi berbaloi. Highly recommended.

Harga: RM51
Beli di SINI: https://invol.co/cl8ykve

BIO-Essence Moist-in Water Gel

Bukan sahaja melembapkan kulit, tetapi memperbaiki kulit agar tampak segar. Tekstur jenis gel ini mudah meresap dan kekal lama.

BIO-Essence claims yang moisturizer ini mempunyai pH rendah, which is bagus untuk kulit dan tidak menyebabkan iritasi.



Harga: RM46.32
Beli di SINI: https://bit.ly/2NkXbsF

NEUTROGENA Hydro Boost Water Gel


Produk ini juga cukup popular di kalangan pemilik kulit berminyak. Biarpun agak mahal, keberkesanannya tidak dapat dinafikan. Pelembap ini mengandungi hyaluronic acid yang boleh melembap dan melembutkan kulit sepanjang hari.


Ia jenis gel, cukup ringan. Bagaikan tidak memakai apa-apa selepas di sapu. Yang ni pun highly recommended. Kalau anda baca review pelembab untuk kulit berminyak, produk ini pasti ada dalam senarai. Kalau beli di Shopee lebih murah sebab kat Watsons mahal and kena tunggu sales.


Harga: RM46.50
Beli di SINI: https://bit.ly/3egdyTa

Kulit kombinasi - guna pelembap jenis gel atau krim

Ramai yang memiliki kulit kombinasi, iaitu di mana berminyak di kawasan T-zon dan kering di kawasan lain. Situasi ini membuatkan anda keliru. Untuk itu anda disaran untuk menggunakan produk yang lebih ringan dan tidak mempunyai nilai pH yang tinggi.


SAFI Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturizer

Pelembab muka Safi ini bukan calang-calang tau. Ia adalah produk buatan tempatan yang hebat. Cepat menyerap dan mampu hydrate kulit sehingga 24 jam. Maka, kulit akan nampak segar, lembut, dan tidak melekit. Lihat sahaja teksturnya dalam gambar di bawah.

Kandungan niacinamide berfungsi untuk mengecilkan pori dan mengurangkan kekusaman.

Gambar: ajwinajeera.blogspot.com

Harga: RM33.93
Beli DI SINI: https://invol.co/cln2wf

SIMPLE Oil Balancing Moisturizer

Kalau tadi botol warna hijau, ini botol biru yang dirumus khas sebagai pelembab muka untuk kulit berminyak dan berjerawat. Cukup popular di Watsons dan Guardian.

Moisturizer ini sangat ringan, dan tidak meninggalkan kesan berminyak selepas di sapu. Ramai yang mengatakan ia juga boleh jerawat dan membaiki tona kulit.

gambar: Instragram - @chizubunny

Harga: RM25
Beli di SINIhttps://invol.co/cl8ynqj

Kulit berjerawat dan sensitif

ROSKEN Skin Repair Sensitive Skin Cream

Jenama Rosken ini menjadi rekomendasi oleh pakar kulit. Diformulasi sebagai cream untuk wajah berjerawat dan berminyak, serta sensitif. Menariknya, pelembap ini tidak mengandungi SLS, paraben, fragrance, warna, dan mineral oil.

Ia kaya dengan bahan semulajadi yang selamat digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Sering menjadi rekomendasi warga net. Cubalah, harganya juga amat berpatutan.


Harga: RM15
Beli di SINI: https://invol.co/cl8ynsb

Hah! Itu dia antara tips memilih pelembap muka. Banyak produk di pasaran, kalau boleh jangan terus beli, baca dulu review di internet. Boleh try and error, tapi biarlah tahu produk yang sesuai dengan jenis kulit. Semoga bermanfaat.




Tags

Post a Comment

16Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. banyak pilihan.. jenama bukan sembarangan juga..

    ReplyDelete
  2. Rawlins pun sejenis yang memilih produk untuk kulit yang kombinasi dan sensitif. Now menggunakan L'Oreal dan Neogence. Alhamdulilah, kulit tidak memberikan masalah langsung.

    ReplyDelete
  3. Tips yang sangat berguna. Mudah nak faham, ringkas dan padat.

    ReplyDelete
  4. Memang kita kena ketahui jenis kulit muka kita dahulu sblm memilih krim mana yg sesuai.

    ReplyDelete
  5. I memang pakai rosekin tu, siang malam memang apply dekat muka. Jerawat pun dah makin surut lepas guna. Berbaloi sangat beli

    ReplyDelete
  6. wajib pakai lepas cuci muka dengan cleanser, kalu tak memang kering jelah muka ni.. oh baru tahu tips pakai pelembab muka nie

    ReplyDelete
  7. Jangan lupa pakainpelembap y brsesuaian dengan korang.. Pakai dpd muda tak apa supaya aging process tu slow sikit

    ReplyDelete
  8. Tips yang bagus. Setiap manusia mempunyai kulit yang berbeza dan kita perlu ada kesedaran betapa penting memakai pelembap muka. Macam saya jenis kulit berminyak. Memnag pakai pelembap jenis gel.

    ReplyDelete
  9. saya guna moistruiser dengan SPF sekali. cuaca kita mmg sangat memerlukan ada sekali sunscreen

    ReplyDelete
  10. Oh bagus ni entry ni boleh jadi panduan untuk sis2 diluar sana. Kadang2 orang perempuan ni tahu beli je tapi tak kenal jenis kulit muka ��

    ReplyDelete
  11. Terima kasih di atas perkongsian ini, memang setiao jenama punya bahan yang berbeza jadi kita kena tau keserasian untuk kulit wajah kita, yang mana sesuai selesa untuk digunakan, sy suka guna serum sebagai pelembab muka

    ReplyDelete
  12. Bagus lah tips-tips kat sini sangat membantu dan berguna untuk kita yang tak tahu apa-apa pasal pelembab muka ni hehehe bila baca rupanya ada banyak huhuhu selalu beli satu jer guna yang tu jer lah..

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian tips.. iena kulit combination..hehe selalu iena pakai produk2 review client bagi..product yg memang iena pakai hadalabo..lepas abes review product bact to jenama hadalabo balik hehe

    ReplyDelete
  14. Ngeeee banyak juga rupanya tips dan produk yang boleh digunakan. Thank you sharing tips dan jenama² yang sesuai ikut kulit muka.

    ReplyDelete
  15. Dulu kini Sis pakai Hada Labo je tu, simple anak pakai..setakat ni alhamdulilah, takde masaalah kulit buat Sis..mudah-mudahan laa serasi, sebab malas nak tkr lain dah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top