Cara Beli UC PUBG Mobile

21
Cara Beli UC PUBG Mobile | Rasanya semua sudah tahu akan permainan video popular PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile bukan? Ia berkonsepkan 'battle royale' di mana pemain/pasukan perlu menjadi terakhir yang hidup untuk memenangi perlawanan.

Pemain perlu mencari senjata, peluru, baju kalis peluru, dan lain-lain untuk bertempur dengan pihak lawan. Namun, bermain PUBG tidak lengkap tanpa menggunakan 'skin' cantik. Tanpa skin, senjata masih mempunyai kekuatan yang sama, namun ia tampak bosan dan hambar.


Setiap pemain akan mendapat skin percuma, namun skin yang cantik dan eksklusif perlu dibeli menggunakan Unknown Cash (UC).

Apa itu UC PUBG Mobile?


UC adalah matawang digital dalam PUBG. Untuk mendapatkan UC, anda perlu membelinya dengan wang sebenar. Dengan UC inilah anda boleh mendapatkan skin dan baju-baju cantik untuk dipakai sewaktu bermain.


Cara Beli UC PUBG Mobile

UC boleh dibeli terus menerusi aplikasi PUBG Mobile, namun ia sedikit mahal. Jadi saya sarankan anda membelinya di laman web yang sah seperti:
  • Seagm
  • Codashop
  • Republic GG
  • Midasbuy

Saya dah semak satu persatu dan mendapati Sea Gamer Mall (SeaGM) menjual UC paling murah. Rata-rata menjualnya pada harga RM42.++ untuk 690 UC, tetapi SeaGM cuma RM38.80 sahaja. Saya sendiri beli di SeaGM ni. Kalau nak beli UC PUBG murah, SeaGM la tempatnya.

Cara Beli UC PUBG Mobile di SeaGM

Langkah 1: Layari https://www.seagm.com, dan klik 'Register' untuk mendaftar.
Masukkan email, dan sahkan pendaftaran dengan verification link yang dihantar ke Inbox. Atau, daftar menggunakan sosial media.


Langkah 2: Pilih 'PUBG Mobile UC (MY)
Di sini, anda diberi pilihan jumlah UC berserta dengan harga yang ditetapkan. UC paling sedikit bernilai RM4.85 (81 UC) manakala yang paling mahal berharga RM2,910 (58,803 UC).

Beli ikut kemampuan dan keperluan, Royal Pass Pack cuma berharga RM38 sahaja. Murahkan?


Langkah 3: Pilih jumlah UC yang diinginkan, dan masukkan 'Player ID' di bahagian bawah.
Pastikan anda masukkan nombor ID yang tepat. Kemudian tekan 'Buy Now'.

Langkah 4: Semak pembelian anda, dan tekan 'Checkout'


Langkah 5: Pilih cara pembayaran.
Di sini anda boleh guna Touch N Go, Boost, PayPal, UMobile, Online Banking, Credit/Debit Card, dan boleh membayarnya di 7-Eleven, atau di mesin ATM.

Saya guna Online Banking kerana lebih mudah dan cepat.

Siap!

Selepas membuat pembayaran, tunggu seketika. UC akan di masukkan ke dalam akaun PUBG anda. 






690 UC ini cukup untuk beli Royal Pass bagi satu season. Bolehlah anda memiliki pelbagai skin dan outfit menarik. Kalau nak buka crate pun boleh, terpulang.

Oh ya, saya pasti korang aware tentang telco Yoodo. Berbaloi teruk guna Yoodo ni. Korang adjust sendiri data apa yang korang nak monthly. Lepas tu boleh Add-on data PUBG 20GB PERCUMA setiap bulan. Main PUBG dah tak kacau main data tau. Ping around 40 je.

Then, dapat data 7GB and simcard percuma. Boleh daftar kat sini > https://bit.ly/2KXl0Wa
 


Mudahkan cara beli UC PUBG Mobile? Sebenarnya banyak lagi cara untuk top up UC. Antaranya guna kredit Celcom, Maxis, Digi, dan UMobile. Nanti saya akan tunjukkan dalam artikel seterusnya.

Semoga artikel cara beli UC PUBG Mobile ini membantu.

Tags

Post a Comment

21Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Bagi mereka yang nak upgrade game experience mereka ataupun membeli uv di PUBG memang boleh jadikan ini sebagai panduan.

    ReplyDelete
  2. PUBG ni akak dengar aje game yang sedang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Tapi cara main atau apa konsep, akak pun tak tau. Hahaha. Yang minat sila download. Panduan yang bagus.

    ReplyDelete
  3. perrghhhhh ni Nisa boleh share dengan adik Nisa. dia kaki PUBG hahahhaa.

    ReplyDelete
  4. Ini permainan anak anak muda sekarang. Bagi kat kak mampus la tak pandai main haha..

    ReplyDelete
  5. I’m not a fan of mobile games. However, thank you for your review. Interesting story.

    ReplyDelete
  6. Alamak kita bukan kaki PUBG hehehe kita main candy crush jer wakakakakaka tapi kalau buat tips macma ni memang ramai anak muda cari ni heheheh good...

    ReplyDelete
  7. Tahu pon sebab suami obses main. Hahaha. Siap kite pon boleh hafal lagu PUBG tu. Suami dok play je. Dah anak pon pandai main.

    ReplyDelete
  8. cun lah, nanti boleh bagitahu dekat member office sebab diorang sakan dok main PUBG sekarang ni haha

    ReplyDelete
  9. Tips ni memang my husband, daughter and son suka benor laaa... Semua hantu game... Saya je dah kurang main game camni... Dah ada tips ni bolehlah main balik... #eh

    ReplyDelete
  10. Sis tak tau nak komen apa sebab Sis tak main game ni...kalau anak Sis ya..nanti Sis sahre kat derang, tapi rasa macam anak pun tau ni...

    ReplyDelete
  11. Pubg ni mmg makanan anak2 lelaki.. selain pubg, tekken pun antara diaorang suka

    ReplyDelete
  12. Yup, pakai yoodoo boleh ubahsuai data sendiri. Sesua la utk main pubg ni.. Nad tak reti la game2 ni.. Pakai utk internet biasa jela

    ReplyDelete
  13. wow.. memamng style lah boleh upgrade dan beli macam ni untuk game PUBG. Patutlah ada orang pakaiannya dah lain-lain, rupanya dorang beli

    ReplyDelete
  14. Kaki2 gamers mesti suka tgk entry ni. Yelah dpt tmpt beli UC paling murah. Harap anak tk nampak post ni, haha. Kena paw nanti. Anyway thanks for showing us

    ReplyDelete
  15. Fuh za dah lama stop main pubg. Tak tau dah apa upgrade ada. Dulu last main masa time zombie tu lpastu x main dah sejak ada anak kedua ni. Hihi

    ReplyDelete
  16. game ni la yang adik adik ika dok main haha nnt boleh share dgn dieorang info ni

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing this information and also the way to purchase this mobile

    ReplyDelete
  18. Ni game Mobile Legend boleh beli dekat sini tak? Saya main ML je. Tak main PUBG. Pening kepala tengok skrin.

    ReplyDelete
  19. Boleh jugak beli dekat instagram @rilkura.shop ya 😊

    ReplyDelete
  20. The content of your blog is exactly what I needed, I like your blog,
    I sincerely hope that your blog a rapid increase in traffic density,
    which help promote your blog and we hope that your blog is being updated.
    wordpress
    blogspot
    youtube
    ប្រដាល់ថៃ

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top