Rabu, 1 Julai 2020

Cara Buat Diskaun di Shopee

Cara Buat Diskaun di Shopee | Sebagai peniaga Shopee, sudah tentu anda mahu jualan meroket! Dengan persaingan yang sengit dan ramai seller lain menjual produk sama, anda perlu cari jalan agar pelanggan tertarik untuk beli produk anda. Salah satu cara yang berkesan adalah menawarkan potongan harga!

Siapa tidak suka potongan harga kan? Kalau anda sendiri pun, sudah pasti mencari produk termurah, ada diskaun, dan penghantaran percuma. Inilah yang menarik minat pelanggan.


Lihat sahaja gambar di bawah. Produk yang mengenakan diskaun lebih menyerlah dan paling banyak dibeli berbanding yang lain. Possibility pelanggan untuk membeli barang yang ada potongan harga adalah lebih tinggi.

Jadi saya ingin kongsikan cara buat diskaun di Shopee. Ia merupakan teknik terhebat sebagai cara naikkan sale di Shopee. Rugi tak guna tools ini, percuma dan anda boleh tetapkan potongan harga pada bila-bila masa sahaja.


Artikel berkaitan:

Cara Buat Diskaun di Shopee

Sebelum itu, anda perlu tahu yang diskaun ini hanya boleh dilakukan di komputer sahaja. Ia tidak tersedia dalam aplikasi Shopee pada telefon pintar.

Langkah 1: Login ke Seller Center > https://seller.shopee.com.my/

Langkah 2: Pilih 'Marketing Center'.


Langkah 3: Pilih 'My Discount Promotion' > Tekan 'New Discount Promotion'

Langkah 4: Create Discount Promotion
Di sini masukkan nama promosi dan tetapkan tempoh diskaun yang bakal berlangsung. Contohnya namakan diskaun tersebut sebagai "End February" dan setkan tarikh pilihan anda.


Kemudian tekan 'Save & Continue"

Langkah 5: Pilih produk yang anda ingin kenakan diskaun.
Cuma tick produk pilihan seperti gambar di bawah. Anda boleh pilih sebanyak mana yang anda mahu. Kemudian, tekan 'Confirm'.


Langkah 6: Tetapkan jumlah diskaun
Setkan jumlah diskaun dan had item yang boleh dibeli pada harga diskaun dalam ruang yang disediakan. Contohnya 10% dan 1 item sahaja. Kemudian tekan 'Update all products', dan 'Done'.



Gambar: bantumula.com

Siap!

Secara automatik produk akan ada label diskaun berwarna kuning. Harga barang juga akan berkurangan mengikut jumlah diskaun yang anda tetapkan sebentar tadi.

Banyak kaedah yang Shopee Seller Center sediakan untuk para usahawan Shopee guna untuk meningkatkan jualan.

Dalam artikel akan datang saya akan kongsikan:
- Cara Buat Iklan di Shopee (My Ads)
- Cara Buat Voucher di Shopee
- Cara Buat Campaign Shopee

Kalau nak tahu cara menjual di Shopee dengan lebih detail berserta teknik, rahsia, cara jual barang dropship di Shopee berserta senarai supplier, anda boleh rujuk - Panduan Bisnes Shopee.


Sebab ebook ni dah bantu ramai peniaga Shopee dalam melariskan jualan mereka. Anda pun boleh cuba.

Semoga cara buat diskaun di Shopee ini dapat membantu anda dalam meningkatkan jualan!

1 ulasan:

  1. ciktom pun guna voucher utk buyer kt shopee..tq sharing..

    BalasPadam