Sabtu, 22 Ogos 2020

Cara Berniaga di Shopee

Cara Berniaga di Shopee | Berniaga di atas talian sudah menjadi perkara biasa pada hari ini. Jimat kos dan mudah membuatkan ramai yang ingin mencuba nasib untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Pelbagai platform boleh anda gunakan, salah satu yang paling berkesan adalah SHOPEE. 


Shopee merupakan e-commerce paling popular di Malaysia. Kenapa? Kerana semua barang dijual pada harga rendah, banyak promosi menarik, dan aplikasinya yang mesra pelanggan dan peniaga. Ini adalah cara paling mudah untuk mulakan bisnes online. 

 

 

Saya juga ada pengalaman berniaga di Shopee Muat naik produk, dan selang beberapa hari terus ada pembeli. 


Melalui artikel ini saya akan tunjukkan beberapa perkara penting termasuklah:

  • Cara daftar Shopee sebagai penjual
  • Cara meletakkan poduk anda di laman Shopee
  • Cara pos barang 
  • Cara tingkatkan jualan


Cara berniaga di Shopee

 

Langkah 1: Daftar akaun Shopee terlebih dahulu di > https://shopee.com.my/

 

 

Masukkan butiran seperti nama, alamat, nombor telefon, dan lain-lain dengan lengkap. Setelah siap daftar, anda sudah boleh membeli dan menjual di Shopee.  

 

Langkah 2: Login ke Seller Center iaitu laman khas untuk menjual. 

Login ID dan password adalah sama seperti yang anda daftarkan sebentar tadi. Anda akan dibawa ke dashboard Seller Center. Di sinilah anda akan menguruskan segala urusan jualan nanti.  

 

 

Langkah 3: Tetapkan 'Shop Profile' kedai anda. 

Masukkan nama kedai, gambar/logo, dan 'Shop Description' iaitu perkara berkaitan produk yang anda jual. Isi butiran agar tampak menarik dan dipercayai.  



 


Langkah 4: Klik 'Shop Settings' untuk tetapkan pelbagai jenis fungsi seperti Wallet dan sebagainya. 

Setkan 'Wallet Pin' iaitu password untuk akses keuntungan yang bakal anda terima kelak. Kemudian, anda sudah sedia untuk memasukkan produk yang ingin dijual.  

 

Langkah 5: Klik 'My Product', dan klik 'Add A New Product'.

 

 

Langkah 6: Masukkan diskripsi produk dengan lengkap. 

 

Masukkan butiran produk dengan lengkap seperti nama produk, kategori, saiz, warna, dan diskripsi yang jelas. Nyatakan sekiranya produk tersebut baru, atau preloved (terpakai). Nanti saya kongsikan cara jual barang preloved di Shopee. 



Langkah 7: Isi butiran di bahagian 'Sales Information'.

 

Masukkan harga barang, stok terkini, dan variasi sekiranya produk anda terdapat saiz dan warna berlainan. Abaikan 'Whosale' jika and tidak menjualnya pada harga borong. 

 

Langkah 8: Muat naik gambar produk. 

 

Pilih gambar yang jelas dan cantik yang benar-benar mengambarkan produk. Hanya 9 gambar dibenarkan yang bersaiz di bawah 2MB.  

 

 

Langkah 9: Nyatakan berat dan, kurier kos penghantaran yang anda kenakan.

 

Pastikan maklumat ini tepat. Pilih kurier yang anda akan gunakan nanti. Contohnya PosLaju, J&T, atau lain-lain.  

 

Di bahagian 'Pre-order', abaikan sekiranya anda tidak menjual produk dropship.  

 

Langkah 10: Tekan ' SAVE and PUBLISHED.'

 

Selepas berpuas hati dengan butiran yang diisi, tekan SAVE and PUBLISHED. Dengan ini, anda telah berjaya meletakkan produk anda di Shopee dan boleh dibeli pelanggan.  

 

SIAP! 


Segala jualan yang masuk akan dipaparkan di bahagian 'Order'. Pastikan anda tidak terlepas pandang.


Pos barang kepada pelanggan

Bila dah dapat jualan, bagaimana pula cara untuk pos barang tersebut kepada pelanggan? Hah, ada DUA cara pos barang iaitu: 

 

  1. Secara manual - Pos barang seperti biasa di pejabat pos berdekatan
  2. Shopee Free Shipping Program - Program khas di mana anda dan pelanggan tidak perlu membayar kos penghantaran.

 

Saya dah sediakan tatacara lengkap di artikel - Cara Pos Barang di Shopee

Bila anda akan dapat bayaran?

 

Selepas pelanggan menerima barang mereka, Shopee akan masukkan bayaran tersebut ke dalam 'Wallet', dan anda boleh terus transfer ke akaun bank anda.  


Banyak lagi yang perlu anda ketahui agar produk anda mendapat perhatian pelanggan dan terus buat pembelian. Contohnya: 

 

  1. Buat diskaun
  2. Daftar Shopee Free Shipping Program 
  3. Boost produk
  4. Letak nama produk yang 'mengundang' 
  5. Buat dropship 
  6. Shopee Ads
  7. Jual barang dropship

 

Artikel berkaitan Shopee:

- Cara Jadi Dropship di Shopee 

- Cara Naikkan Sales di Shopee

- Cara Buat Diskaun di Shopee

 

Kalau anda nak tahu cara menjual di Shopee dengan lebih detail berserta teknik, rahsia, cara jual barang dropship di Shopee senarai supplier, anda boleh rujuk - Panduan Bisnes Shopee



Banyak betul perkara yang bermanfaat yang dikongsikan dalam ebook ini. Antaranya: 

 

  1. Cara berniaga di Shopee tanpa modal
  2. Senarai supplier dropship
  3. Facebook Group Support
  4. Teknik promosi berkesan 

 

Baca dulu panduan tu okay?

 

Alah, senang je cara berniaga di Shopee ni. Kalau ramai yang dah jana ribuan ringgit, kenapa korang tak boleh?

3 ulasan:

  1. mudah rupanya cara berniaga di shopee

    BalasPadam
  2. Nice sharing. Berminat lak nk berniaga kt shopee bila bc entry ni..

    BalasPadam
  3. saya dah cuba, letak produk, cuma belum ada sales lagi.. haha

    BalasPadam