Jumaat, 23 Oktober 2020

5 Handphone Murah Bawah RM400

Handphone Murah Bawah RM400 | Ramai yang ingin memiliki telefon pintar pada harga bajet. Maklumlah, tidak semua mampu memiliki telefon kelas atasan atau flagship. Lagipun, banyak telefon murah dipasaran dengan ciri dan kualiti yang mengagumkan.


Sebab dengan harga bawah RM400, telefon-telefon ini mampu digunakan untuk kegunaan harian seperti melayari internet, sosial media, menonton video, dan gaming.  

 

Baca: Handphone Murah Bawah RM300

 


 

Kalau tengah cari handphone murah untuk Whatsapp sahaja, telefon kedua, atau untuk dihadiahkan kepada anak-anak, anda boleh consider untuk dapatkan telefon-telefon yang saya senaraikan di bawah. Saya sertakan juga link pembelian online (trusted seller) supaya anda boleh beli secara online pada harga yang lebih murah.


 

Handphone Murah Bawah RM400

Redmi 9A 

Dengan harga RM349, peranti ini hadir dengan specs berbaloi seperti cipset Helio G25 dan bateri sebesar 5,000 mAh. 


Kalau nak tahu, kemampuan cipset Helio G25 hampir sama dengan Snapdragon 625. Jadi, performance telefon ini untuk kegunaan harian seperti texting, sosial media, menonton video, dan light gaming amat lancar.  

 


 

Bercakap soal gaming, anda masih boleh main PUBG Mobile pada Redmi 9A. Tetapi pada setting 'Smooth - Medium' dan fungsi Gyroscope tidak disediakan.


Artikel berkaitan:

+ Yoodo beri 20GB data Pubg Mobile PERCUMA setiap bulan - https://bit.ly/2KXl0Wa

+ Cara Beli UC PUBG Murah



Walaupun tiada fingerprint scanner, Redmi 9A hadir dengan face-unlock sebagai sistem keselamatannya.


CPU: MediaTek Helio G25

Processor: OS: Android 10, MIUI 12

Memori: 2GB RAM, 32GB ROM 

Skrin: 6.53 inci, IPS LCD, 1600x720 tiada ketahanan Gorilla Glass

Bateri: 5000 mAh

Kamera: 13MP (Belakang), 5MP (Depan), AI Portrait Mode

 

Harga: RM349

Beli di sini: https://invol.co/cl1juwm


Vivo Y91C

Telefon ini menggunakan cipset Helio P22 yang banyak digunakan pada telefon kelas bawahan. Prestasinya mantap, lancar, dan tidak mendatangkan masalah jika anda guna banyak app dalam satu masa.  

 


 

Biarpun tidak menyertakan portrait mode anda anda juga tidak dapat merakam gambar dengan kesan bokeh, kualitinya masih baik. Kualiti kamera selfie pun amat memuaskan. 


Pada tanda harga RM379, anda bakal menikmati bateri sebesar 4030 mAh. Ia mampu bertahan selama 2 hari dengan pengecasan penuh dan penggunaan sederhana.

 

CPU: Mediatek MT6762 Helio P22

Processor: OS: Android 8.1 (Oreo); Funtouch 4.5

Memori: 2GB RAM, 32GB ROM 

Skrin: 6.22 inci,  1720 x 1520

Bateri: 4030 mAh

Kamera: 13MP (Belakang), 5MP (Depan)

 

Harga: RM349

Beli di SINI: https://invol.co/cl1jux0

 

Wiko View4 Lite

Bagi yang mencari telefon murah tapi berkualiti, saya cadangkan jenama dari Wiko. Wiko View4 Lite Terbina dengan skrin sebesar 6.52 inci dan menyokong memori 64GB ROM. Cukup berbaloi untuk dimiliki pada harga RM399!  

 


 

Peranti ini cukup lancar untuk kegunaan harian seperti menonton video, texting, dan scrolling media sosial. Bateri sebesar 4000 mAh nya juga mampu bertahan selama 2 hari dengan pengecasan penuh. 


Kemampuan kamera pula wajar dipuji. Kualiti gambar yang dihasilkan dari dwi-kamera belakang cukup mengagumkan. Anda juga bakal menikmati Android 10 dan menggunakan butang khas untuk mengaktifkan Google Assistant. 



CPU: Octa-core 1.8 GHz, Mediatek Helio A25

Processor: OS: Android 10

Memori: 2GB RAM, 64GB ROM 

Skrin: 6.52 inci,  720x1600 HD+

Bateri: 4000 mAh

Kamera: 13 MP + 2 MP (Belakang), 5MP (Depan)

 

Harga: RM399

Beli di sini

 

Realme C2

Handphone murah bawah RM400 yang seterusnya adalah Realme C2 yang dilancarkan pada tahun lalu. Kita semua tahu yang Realme sentiasa hadir dengan telefon murah dengan spesifikasi setanding peranti kelas pertengahan. 

 

Baca: Realme Smartwatch Terbaik dan Murah

 


 

Bagi C2, spesifikasinya memang mantap! Dijana dengan Helio P22, skrin 6.1 inci HD+, dan bateri 4000 mAh. Kameranya pula sederhana, tetapi sudah memadai untuk di muat naik di media sosial. 


Kelebihan C2 adalah di mana anda bakal menerima kemaskini Android yang terkini. Realme C2 adalah smartphone bawah RM400 tahun 2020 yang masih relevan untuk digunakan.


CPU: Mediatek Helio P22, 8x Cortex

Processor: OS: Android 9

Memori: 2GB RAM, 32GB ROM 

Skrin: 6.52 inci,  720x1600 HD+

Bateri: 4000 mAh

Kamera: 13 MP + 2 MP (Belakang), 5MP (Depan)

 

Harga: RM399

Beli di sini: 

 

Redmi 8A

Pada tanda harga RM399, anda bakal menikmati skrin HD+, bateri 5000 mAh, dan kamera dengan fungsi portrait mode.


Dikuasakan dengan Snapdragon 439, jadi penggunaan hari memang smooth! Selain itu ia juga didatangkan dengan USB type-C, fast charging 18W, kalis percikan air, dan Corning Gorilla Glass 5 di mana skrinnya tidak mudah calar dan pecah.  

 

 

Pada saya, Redmi 8A adalah yang terbaik setakat ini dari segi penawaran specs dan harganya yang berpatutan. Redmi 8A adalah telefon terbaik pada harga RM400. 


Kalau anda tengah cari smartphone murah, boleh consider telefon yang saya senaraikan di atas. Dari segi spesifikasi, handphone murah bawah RM400 ini sesuai untuk mereka yang berbajet rendah, pelajar, dan mereka yang bukan heavy user.

 

Tiada ulasan:

Catat Komen