Rabu, 25 November 2020

11 Moisturizer Untuk Kulit Berjerawat

Seronoknya kalau muka bebas jerawat! Mana tidaknya, siapa mahu wajah dipenuhi bintik-bintik merah ini. Bukan sahaja meninggalkan cela, bahkan ia cukup sakit! Apakah solusinya? Menggunakan produk seperti moisturizer untuk kulit berjerawat adalah salah satu cara untuk menangani masalah ini. 


Sebelum itu, anda perlu tahu jerawat berpunca daripada sebum, bakteria, dan sel kulit mati yang terkumpul di dalam liang pori.  

 


 

Punca jerawat

  • Perubahan hormon - Remaja sering berdepan dengan masalah jerawat .
  • Bakteria - Tukar cadar dengan kerap, elak dari sentiasa sentuh muka.
  • Pemakanan - Elak makanan segera dan berminyak
  • Stress - Amalkan tidur yang cukup dan bersenam untuk elak stress.
  • Alat makeup - Bersihkan makeup sebelum tidur.
  • Cahaya matahari - Pakai sunscreen setiap kali keluar rumah walaupun cuaca mendung!
  • Tuala lap muka - Jangan guna tuala mandi untuk lap muka.


Selain mengamalkan diet seimbang dan menjaga kebersihan, penggunaan skincare khususnya moisturizer yang sesuai juga boleh mengurangkan jerawat. Jangan guna yang sembarangan, kerana terdapat moisturizer yang diformulasikan khas untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat.


Untuk itu saya senaraikan sejumlah moisturizer di mana kandungannya mampu merawat dan mencegah jerawat. 


Moisturizer Untuk Kulit Berjerawat


1. COSMODERM Tea Tree Day & Night Moist

Kandungan utamanya adalah tea tree oil yang sudah terkenal dengan keberkesanannya dalam merawat jerawat. Ia juga boleh menghilangkan parut dengan meningkatkan pertumbuhan sel kulit mati. 

 

Cosmoderm Tea Tree Day & Night Moist ini memiliki SPF15 yang boleh melindungi sinaran panas terik. Namun, anda harus juga memakai sunscreen tau. SPF15 masih tidak mampu untuk melindungi sinaran UV.  

 


 

Jenama Cosmoderm ini local brand tau, dari Malaysia. Tetapi berkualiti dan dipercaya sehingga boleh dijual di Watsons.

 

Harga: RM18.81

Link pembelian: https://bit.ly/3fz1yxy



2. CLINELLE Moisture Glow

Ringan, oil-free, dan boleh dipakai oleh pemilik kulit normal, berminyak, dan berjerawat. Moisturizer ini membantu 'membanteras' jerawat dengan kandungan Ammonium Glycyrrhizate.  Disamping itu, teksturnye yang agak cair membuatkan kulit lembap, segar, dan mengurangkan kedutan.  

 


 

 Ia juga memiliki Pro Vitamin B5 yang mampu merawat kulit agar bebas cela. 

 

Harga: RM32.64

Link pembelian: https://bit.ly/3maijBG

 

3. HADA LABO Hydrating Water Gel

Jenama yang cukup popular! Mereka yang berkulit mulus, pasti menggunakan salah satu daripada produk Hada Labo. Merupakan moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi. Berkualiti, dipercayai, dan terbukti berkesan.  



Hada Labo memiliki puluhan produk yang diformulasi untuk kulit-kulit tertentu. Untuk kulit berjerawat, Hada Labo Hydrating Water Gel adalah moisturizer yang terbaik. 

 

Kandungan ceramide, Vitamin B3, Aloe Vera, dan beberapa herba lain menjadikan wajah tampak segar dan sihat.


Selain merawat jerawat, ia juga bakal memberikan kesan flawless! 


Harga: Rm50.90

Link pembelian: https://bit.ly/2N5dHNf


4. AIKEN Tea Tree Oil Moisturizer

Tea tree oil merupakan kandungan yang paling popular dalam merawat jerawat. Ia boleh mengurangkan kemerahan dan benjolan jerawat.  

 

Berkaitan: Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berjerawat


Teksturnya water-based iaitu cream cair dan diformulasi khas buat kulit berminyak dan berjerawat agar pori sentiasa bersih. Selain itu, pelembap ini juga memiliki UV protection. 

 


 


Moisturizer ini memang terkenal dikalangan pemilik kulit kering dan berjerawat dek kerana keberkesanannya. Selain itu, harganya juga amat berpatutan.


Harga: RM11.12

Link pembelian: https://bit.ly/375Hz5E


5. ROSKEN Sensitive Skin Cream

Sudah tidak asing lagi bagi pemilik kulit berjerawat. Rangkaian berwarna biru dirumuskan buat mereka yang memiliki wajah berminyak, sensitif, dan berjerawat.  

 


 

Krimnya agak pekat, tetapi mudah meresap dan langsung tidak meninggalkan kesan berminyak. bahkan memiliki slight cold sensation setiap kali disapu. Ia mengekalkan kelembapan dan dalam masa sama melembutkan kulit.


Harga: RM21.50

Link pembelian: https://invol.co/cln2wi

 

Artikel berkaitan:

+ 10 Pelembap Muka Terbaik

+ Tips Memilih Pelembap Muka

 

6. SIMPLE Hydrating Gel Cream

Moisturizer drugstore untuk kulit berminyak paling popular. Dulu dikenali sebagai Simple Oil Balancing Moisturizer. Kini Hydrating Gel Cream. Range yang berwarna biru ini memang diformulasi buat kulit normal - berminyak, kombinasi, dan berjerawat.  


Pic: heysparkle.com

 

Kulit berasa segar selepas sapuan. Ini kerana ia memiliki teksur gel yang cepat cepat menyerap dan menghilangkan kesan berminyak pada wajah.


Pemakaian di waktu siang dan malam boleh membantu mengurangkan jerawat anda! Highly recommened. Ia adalah jenama dari UK, popular, dipercayai dan murah. I might use this one once my current moisturizer dried out!


Harga: RM20.93

Link pembelian: https://bit.ly/3nVdY5O


7. NEUTROGENA Oil Free Moisture Combination Skin

Dicipta khas buat kulit berminyak. Ini kerana extra sebum lah yang menjadi salah satu punca jerawat. Sapuannya pada wajah tidak meninggalkan kesan berkilat, cepat menyerap, dan kulit lembut sepanjang hari.  

 


 

Banyak kelebihan pelembap muka ini. Antaranya tak ada fragrance dan alkohol which is good. Some people with sensitive skin cukup alah dengan dua bahan ini. Selain itu ia hadir dalam pump bottle yang baik dari segi kebersihan. 



Harga: RM29.90

Link pembelian: https://bit.ly/3m5rVNN


8. PAPULEX Oil Free Cream

Kalau nak tahu selain dari jenama Cetaphil, Papulex juga menjadi rekomendasi pakai dermatologi. Papulex is clinicly proven to help clear blemish tau. Dirumus khas untuk menghilangkan jerawat. 

 

Antara kandungan utamanya adalah Nicotinamide, Zinc PCA, dan EU Patented ABA Technology yang membantu mengurangkan kemerahan, mengawal minyak berlebihan, dan membunuh bakteria pada kulit. 




Teksturnya juga ringan dan cepat meresap. Bebas paraben dan fragrance. Sesuai disapu pada siang dan malam.


Kalau kulit anda berjerawat teruk, menggunakan Papulex adalah pilihan tepat. 


Harga: RM45

Link pembelian: https://bit.ly/3617Kef


9. NEUTROGENA Hydro Boost Water Gel

Biarpun agak mahal, keberkesanannya tidak dapat dinafikan. Pelembap ini mengandungi hyaluronic acid yang boleh melembap dan melembutkan kulit sepanjang hari. Ia juga pelembap non-comedogenic (won't clog pores) untuk kulit berjerawat.


Juga jenis gel dan ringan. Rasa macam tak pakai apa-apa pada kulit. Produk ini cukup familiar dikalangan mereka yang memiliki kulit muka berminyak. Ia juga salah satu moisturizer untuk mencerahkan wajah. 




Saya cadangkan beli sewaktu sales di Watsons. Atau beli je online.


Harga: RM40

Link pembelian: https://bit.ly/3egdyTa

 

10.  WARDAH Acnederm Day Moisturizer

Lihat pada nama pun dah tahu yang moisturizer ini memang untuk pemilik wajah berjerawat. Juga tidak berminyak dek kerana tekstur water-based nya. 



Selain merawat jerawat, moisturizer untuk kulit kombinasi & berminyak ini juga memiliki SPF 15 untuk melindungi kulit dari sinaran UV.



Wardah merupakan jenama dari Indonesia yang sudah mula mendapat perhatian ramai. Kalau tidak, masakan ia boleh dijual di Watsons.


Harga: RM12

Link pembelian: https://invol.co/cl1wh97


11. SAFI Acne Solution Soothing Gel

Formula yang ringan, mengawal minyak berlebihan dan mengembalikan kelembapan semula jadi kulit. Berbentuk gel dan mudah menyerap. 


Pelembap ini turut mempunyai AHA, BHA dan Neem yang kita sudah tahu akan keberkesanannya dalam menjadikan kulit mulus dan bebas cela. 



Safi ni bukan calang-calang tau! Mereka mengeluar pelbagai jenis produk mengikut jenis kulit. Range 'Acne Solution' adalah untuk wajah berjerawat. Malah, harganya juga amat berpatutan. 


Harga: RM20.800

Link pembelian: https://invol.co/cl1whce


Kesemua moisturizer untuk kulit berjerawat ini adalah hasil rekomendasi orang ramai yang telah mencubanya. Semoga bermanfaat.


14 ulasan:

  1. These are good moisturizers for acne prone skin. I only have sand pimples bila time nak dtg bulan. Hehehe. And I use Innisfree Bija gel for my acne. It works. Syukur Alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Thank you for the review. After tried many moisturizers, I found my favourite moisturizer too. It is hydra gel moisturizer from Kiel's.

    BalasPadam
  3. Thank you for this review! I agree with Kayathre! Been using Kiehls mosturizer as well and it works wonder. Maybe I should try one of these products soon.

    BalasPadam
  4. Thanks for compiling this amazing list of moisturizer that will be useful for a lot of people who need them especially ladies.

    As for me...I am not using any of them. Ha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. well, u should la after this. take care of your skin! hehe

      Padam
  5. Dalam beberapa jenama yang diketengahkan tu kak cuma oernah guna Safi dan Wardah je... kain brkum try.

    BalasPadam
  6. a.. i pernah guna Neutrogena tu - memang best, kulit lembut dan rasa basah je.. tapi !! hee~ tak lama.. i try produk lain plak.. cis !! tak setia betul..

    BalasPadam
  7. Saya suka produk2 hada labo. Memang sangat moisturizing. Sebab semua jenis kulit perlukan moisture, sama ada kulit kering, berminyak, atau berjerawat.

    BalasPadam
  8. Simple dan neutrogena tu memang bagus sangat! Yang lain lom pernah try. Bagus ada artikel camni senang nak rujuk

    BalasPadam
  9. Boleh share kat anak Sis, dia tengah naik jerawat tu haa..
    Tapi cosmederm hijau tu memang bagus, Sis sampai sekarang gunakannya..

    BalasPadam
  10. I suka brand aiken. And it suit me well. I guna sejak zaman remaja

    BalasPadam
  11. Macam-macam jenis moisturizer kat pasaran. Kena pilih ikut jenis kulit muka kita kan. Kadang ada yg tak sesuai ngan kulit muka

    BalasPadam
  12. i love the list that you have created. all the brands are affordable and can easily be purchased. thanks for sharing about this! :)

    BalasPadam
  13. mcm mcm pilihan kan. sekarang ni tengah pakai cetapahil. best sangat!

    BalasPadam