realme 7 5G Bikin Semua Boleh Miliki Telefon 5G

16

Now everyone can own a 5G smartphone! Kenapa saya cakap begitu? Ini kerana realme baru sahaja melancarkan realme 7 5G yang menjadi smartphone paling mampu milik yang menyokong rangkaian 5G.

 

Apa yang saya boleh katakan, ia realme 7 5G bukan menyokong 5G semata-mata. Tetapi hadir dengan cipset, bateri, dan skrin berkuasa pada tanda harga RM1299.   

 


 

“Hari ini, kami berbangga untuk melancarkan inovasi terbaharu dari realme untuk rakyat Malaysia. realme 7 5G adalah telefon dengan 5G paling mampu milik yang boleh anda dapatkan dipasaran hari ini. Kami telah menunaikan janji untuk membawakan trend 5G ‘Dare to Leap’ untuk pengguna muda. Adalah menjadi hasrat kami untuk mempelopori teknologi ini bagi membolehkan pengguna realme menikmati ciri menarik dan rangkaian stabil pada harga yang lebih rendah". - Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.


Jom baca antara spefikasi best yang ada pada realme 7 5G.



Cipset MediaTek Dimensity 800U

Memberikan performance yang padu, lancar, dan berkuasa. Kemampuan CPU adalah 11% lebih pantas, manakala GPU pula 28% lebih laju. Jika dibandingkan dengan pemproses siri Dimensity 700, pemproses pada realme 7 5G menawarkan kelajuan pembukaan aplikasi 1.4 kali lebih pantas.


  • Cipset Mediatek Dimensity 8000U 5G (7nm)
  • Dua teras Cortex-A76 ; Enam teras Cortex-A55  
  • Cip grafik Mali –G57 GPU

Artikel berkaitan - realme 7 5G Hadir Dengan Dimensity 800U + 120Hz Yang Berkuasa

 

5G+5G DSDS

Anda boleh menikmati pada kedua-dua sim untuk pengalaman internet berkelajuan tinggi tidak kira telco mana yang anda guna.  

 

Manakala 5G-CA (2CC 5G Carrier Aggregation) pula meningkatkan kestabilan panggilan.  


Skrin 120Hz

Tidak hanya hebat dari kelajuan internet dan cip berkuasa, skrin realme 7 5G juga menghasilkan 120Hz frame rate. Ini bermaksud sentuhan skrin, bukaan aplikasi, swipe, dan lain-lain amat lancar dan responsif. Cukup responsif berbanding peranti lain yang hanya menawarkan 60Hz pada tanda harga sekitarnya.  

 


 

Bateri 5000mAh + 30W Dart Charge

Tidak perlu risau akan telefon kehabisan bateri, realme 7 5G menawarkan bateri sebesar 5000mAh dan pengecasan 30W Dart Charge. Ia mampu mengecas hingga 100% hanya dalam masa 65 minit sahaja. 


Artikel berkaitan: realme 7 5G Beri 5000 mAh dan Penjimatan Bateri Maksimum

 



Sesuai untuk gaming

Sokongan cip MediaTek Dimensity 800U, skrin 120Hz, dan bateri besar menjanjikan pengalaman gaming yang mengagumkan tanpa sebarang lagging atau gangguan. Ini penting terutama buat PUBG Mobile players. Trust me, I know!   


 

Kamera

Dari sudut kamera pula bukan calang-calang. 48MP Quad Camera Samsung S5KGM1ST dapat menghasilkan hasil fotografi bak profesional. Gambar lebih sharp, natural, dan smooth.  


  • 48MP Quad Camera Samsung S5KGM1ST   
  • 8MP ultra-wide + 2MP macro + 2MP depth sensor   
  • 16MP kamera hadapan

Harga realme 7 5G Malaysia

8GB + 128GB – RM1299. Hadir dengan dua warna iaitu Mist Blue dan Flash Silver. Flash Silver merupakan warna dan rekan terkini realme. Menampilkan logo realme dengan kesan ‘three-dimensional’ yang tampak lebih premium.  


 Link pembelian (realme official store)- https://invol.co/cl25ylt

 


 

Dengan spesifikasi dan harga jualan realme 7 5G ini, lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati internet berkelajuan tinggi 5G yang stabil. Telefon ini juga menjadi pelengkap citarasa golongan muda untuk melakukan aktiviti harian dan pengalaman hiburan tanpa perlu bayar lebih. 

 

Stay tuned guys, sebab pada 2021 realme akan melancarkan smartphone yang disokong dengan cip pemprosesan 5G pula. Which makes it even more powerful!   


Layari maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, sila layari:  

Website: https://www.realme.com/my/    

Facebook: https://www.facebook.com/realmeMalaysia


Post a Comment

16Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. rindu pula kita dekat realme eh! hahaha powerlah realme sebab makin advance. ingat lagi masa dulu-dulu diperkenalkan adalah realme 5 sekarang dah 7 fuhhh cepatnyaaaa

    ReplyDelete
  2. baru je tukar phone tahun ni, tak ada plan lagi nak beli phone baru..hehe
    tapi selalu juga orang review best pasal realme :)

    ReplyDelete
  3. Wah cun dan makin canggih telefon realme. Sukalah tengok heheheh

    ReplyDelete
  4. wah best pula baca review phone 5G realme ni. inshaAllah tabung penuh nanti boleh la beli satu phone ni.

    ReplyDelete
  5. wow realme is really ahead of other brands when it comes to 5G. never used it before but it seems great

    ReplyDelete
  6. Suka produk keluaran realme ni. Antara jenama telefon pintar mampu milik di pasaran. Powernya kamera dia, 48mp tu!

    ReplyDelete
  7. aduhhh bateri dengan kamera dia paling best sekali bab realme ni. Sesuai sangat untuk gamers guna sebab main game tak payah risau dengan ketahanan bateri

    ReplyDelete
  8. Memang tengah survey hp untuk Suami ni, bolehlah try tengok RealMe ni haa.. nampak bagus juga ni..

    ReplyDelete
  9. Wah memang telefon pintar realme ni specs ok tip top and harga pun mampu milik untuk semua.

    ReplyDelete
  10. I'm still hesitating to grab the latest iPhone sebab tengah tunggu realme punya next gen phone.. realme never failed to surprise us bah... tahan dulu tahan dulu.. :)

    ReplyDelete
  11. Suka fon realme. Spec ok, harga ok. Berbaloila kalau beli

    ReplyDelete
  12. That's it. time for me to change to realme. you just convinced to me woohoo

    Cara Kak Su buat Duit Affiliate USD



    ReplyDelete
  13. Tak pernah cuba lagi brand ni.. Tapi kakak suka pakai brand ni.. My sister suka selfi

    ReplyDelete
  14. Kita tak berapa pandai bab spec smartphone tapi asal gambar dan video cun dah kira bagus untuk kegunaan kita. Tertarik jugak ngan Realme ni sebab harga mampu beli..!! Dah tergoda dah ni. HAhaa

    ReplyDelete
  15. Makin power spec realme nie. Buat hati ini teringin sangat-sangat.

    ReplyDelete
  16. I am excited for new phone! Since this year I am going to change phone, I can consider this!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top