Jumaat, 11 Disember 2020

Wajarkah Cukai Ke Atas Rokok Elektronik?

Kita tidak boleh menafikan keburukan tabiat merokok. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita didedahkan dengan rokok elektronik yang kurang bahaya berbanding rokok tembakau. Sadly, kerajaan mengenakan cukai pula.

 


 

Rokok elektronik alternatif kepada rokok tembakau

I'm not saying that rokok elektronik itu bagus untuk kesihatan. Tetapi ia terbukti alternatif yang kurang berbahaya rokok yang berasaskan tembakau. (sumber: SinarHarian). Malah, ada yang berjaya berhenti menghisap kedua-duanya selepas mencuba rokok elektronik. Isn't that great?


Ada juga rokok elektronik yang tidak membakar, membebaskan asap, dan abu rokok. Tahap bahan kimia berbahaya dapat dikurangkan dengan ketara berbanding asap rokok kerana tidak melibatkan proses pembakaran.


Cukai ke atas rokok elektronik adalah tidak wajar

Ketika ramai yang mula mencari alternatif lebih baik dari tembakau, kerajaan pula bakal menaikkan cukai terhadap semua jenis peranti rokok elektronik, bukan eletronik, serta cecair & 'flavor&' akan dinaikkan 40 sen per milileter. 

 


 

When it does more good, kenapa dikenakan cukai pula?


I don't smoke. Tapi saya tahu bukan senang untuk berhenti merokok. But some people around me said it is freaking hard to stop!


Bila dah ada alternatif sebegini, diharap ia tidak membeban mereka yang ingin berhenti merokok dengan menaikkan kadar cukai.



Kesan cukai terhadap rokok elektronik

Bayangkan sekiranya cukai ini dilaksanakan, kemungkinan besar akan ada pengusahan yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan harga dari yang sepatutnya. 

 



Perokok tegar yang ingin berhenti menghisap rokok tembakau mula gelisah. Mana tidaknya, kos rokok elektronik yang kurang berbahaya ini sudah mula meningkat. Peranti tu sendiri berharga sekitar RM100 ke atas. Apatah lagi cecairnya.


Kesannya, mereka akan kembali kepada rokok tembakau.


Peratusan perokok Malaysia menurun

Kementerian Kesihatan, peratusan perokok Malaysia telah menurun sebanyak sejak 2019 dan ini berikutan peningkatan rokok elektronik. Kajian Public Health England juga membuktikan menghisap rokok elektronik lebih baik berbanding merokok.


Pada saya, cukai terhadap rokok elektronik dan cecairnya adalah tidak wajar. Pihak kerajaan harus meneliti semula pelaksanaan ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen