Wajarkah Cukai Ke Atas Rokok Elektronik?

9

Kita tidak boleh menafikan keburukan tabiat merokok. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita didedahkan dengan rokok elektronik yang kurang bahaya berbanding rokok tembakau. Sadly, kerajaan mengenakan cukai pula.

 


 

Rokok elektronik alternatif kepada rokok tembakau

I'm not saying that rokok elektronik itu bagus untuk kesihatan. Tetapi ia terbukti alternatif yang kurang berbahaya rokok yang berasaskan tembakau. (sumber: SinarHarian). Malah, ada yang berjaya berhenti menghisap kedua-duanya selepas mencuba rokok elektronik. Isn't that great?


Ada juga rokok elektronik yang tidak membakar, membebaskan asap, dan abu rokok. Tahap bahan kimia berbahaya dapat dikurangkan dengan ketara berbanding asap rokok kerana tidak melibatkan proses pembakaran.


Cukai ke atas rokok elektronik adalah tidak wajar

Ketika ramai yang mula mencari alternatif lebih baik dari tembakau, kerajaan pula bakal menaikkan cukai terhadap semua jenis peranti rokok elektronik, bukan eletronik, serta cecair & 'flavor&' akan dinaikkan 40 sen per milileter. 

 


 

When it does more good, kenapa dikenakan cukai pula?


I don't smoke. Tapi saya tahu bukan senang untuk berhenti merokok. But some people around me said it is freaking hard to stop!


Bila dah ada alternatif sebegini, diharap ia tidak membeban mereka yang ingin berhenti merokok dengan menaikkan kadar cukai.



Kesan cukai terhadap rokok elektronik

Bayangkan sekiranya cukai ini dilaksanakan, kemungkinan besar akan ada pengusahan yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan harga dari yang sepatutnya. 

 



Perokok tegar yang ingin berhenti menghisap rokok tembakau mula gelisah. Mana tidaknya, kos rokok elektronik yang kurang berbahaya ini sudah mula meningkat. Peranti tu sendiri berharga sekitar RM100 ke atas. Apatah lagi cecairnya.


Kesannya, mereka akan kembali kepada rokok tembakau.


Peratusan perokok Malaysia menurun

Kementerian Kesihatan, peratusan perokok Malaysia telah menurun sebanyak sejak 2019 dan ini berikutan peningkatan rokok elektronik. Kajian Public Health England juga membuktikan menghisap rokok elektronik lebih baik berbanding merokok.


Pada saya, cukai terhadap rokok elektronik dan cecairnya adalah tidak wajar. Pihak kerajaan harus meneliti semula pelaksanaan ini.

Tags

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Good topic. Apa je yang tak dikenakan cukai? Even keje masuk ofis pon kena bayar cukai. Cuma untuk rokok elektronik ni sama level keperluan macam rokok normal dan arak. So, dr situ boleh jana ekonomi untuk negara. Malaysia Boleh! Jangan berasap di tempat awam. Itu je akak minta.

    ReplyDelete
  2. Semua kena cukai kat Malaysia ni. Tapi kan sekarang ni sis tengok kat kedai makan pun mereka yang tak bertanggungjawab merokok atau vape. Asap dia tuh huishhhh.....

    ReplyDelete
  3. Isu yang agak taboo utk dibincangkan. Tp setuju je dgn cadangan kerajaan asalkan merokok di tempat yang dibenarkan.

    ReplyDelete
  4. semua benda kena cukai. malaysia oh malaysia. tapi isu yang baik untuk di bincangkan.

    ReplyDelete
  5. Isu cukai ni ada pros and cons. Ikutkan ni salah satu sumber pendapatan untuk ekonomi negara juga but yang pasti akan membebankan golongan perokok ni.. Either stop, reduce or continue even harga bakal naik semua depend on the perokok itself.. Sebab tengok trend, harga rokok dah naik how many percent in the recent years, perokok hanya bising time kenaikan harga jer, lepas tue, semua dah get use to the price and diam dah... Smoke as usual..

    ReplyDelete
  6. Tak salahnye dikenakan cukai.Kan boleh claim balik kalau layak. Kita sendiri pon kena bayar cukai. Hihi

    ReplyDelete
  7. Susah nak komen., benda kata haram pun masih ramai yang hisap,. so tak tau nak kata apa.. cukai mahal ke tak pun, naik harga ke tak ke, memang kalau dah tagih, ye beli dan bayo aje kannn..

    ReplyDelete
  8. hmm, no komen. bab kerajaan, cukai, rokok semua topik yang huda tak minat nak ambil tahu. apa2 pun, kerajaan berhak nak kenakan cukai pada sektor yang di rasakan perlu. nak tak nak rakyat kita hadap jer lah

    ReplyDelete
  9. wait what ? xberani nak komen panjang2 tp apa yg sy boleh cakap, di mana ada peluang, di situ mereka datang. jadi begitulah. hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top