Rabu, 3 Mac 2021

Handphone Murah Bawah RM500 [Edisi 2021]

Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan, ramai yang mula mencari peranti seperti handphone/tablet/komputer untuk memenuhi kepeluan anak-anak mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Handphone murah bawah RM500 sudah memadai untuk mereka yang memiliki bajet sederhana. 


Anda tidak memerlukan telefon berspesifikasi tinggi. Cukup sekadar lancar dan dapat memuat naik aplikasi terkini seperti Google Meet, Zoom Google Classroom, dan Microsoft Teams.  

 


 

Mungkin juga anda memerlukan telefon kedua untuk handle urusan perniagaan atau sebagainya. Handphone bajet ini amat sesuai tugasan-tugasan ringan seperti video call, WhatsApp, menonton penstriman, dan sosial media.


Saya senaraikan handphone murah bawah RM500 berserta spesifikasi dan link pembelian online agar anda boleh beli pada harga yang lebih murah. 



Handphone Murah Bawah RM500

1. Realme C11

Dilancarkan pada Julai 2020, C11 merupakan peranti kelas pertengahan yang baik dengan cipset Helio G35, 2GB RAM + 32GB, dan hadir dengan bateri sebesar 5000mAh.  

 


 

Sekali pandang, C11 ini kelihatan seperti telefon flagship dek kerana skrin bernisbah 20:8 dan hampir penuh. Cukup lancar untuk kegunaan harian, tidak lag biarpun menggunakan beberapa aplikasi dalam satu masa. Bahkan, sesuai untuk gaming seperti PUBG Mobile dan Mobile Legend. 


Baca: Realme C11 - Handphone Murah Bawah RM500 Terbaik


Chipset: MediaTek Helio G35 (12 nm)

Processor: Android 10, realme UI 1.0 

Memori: 2GB RAM, 32GB ROM 

Skrin: 6.5 inci 

Bateri: 5000 mAh 

Kamera: 13 MP, 2 MP, (Belakang), 5MP (Selfie)


Harga: RM448 

Beli di sini: https://invol.co/cl2uy2i


2. Vivo Y11

Dengan RAM 3GB + ROM 32GB sudah cukup untuk membantu anda dalam menjalankan tugasan harian seperti video call, text, dan lain-lain. Cipset Snapdragon 439 ini lancar, dan dipadankan mula dengan kamera yang menghasilkan kualiti memuaskan.  

 



BACA: 5 Handphone Murah Bawah RM400


Vivo bawah RM500 ini dan menjadi pilihan ramai khususnya pengguna sederhana. Malah, design telefon ini juga masih segar.  

 


 

Chipset: Snapdragon 439 

Processor: Android 9, Funtouch OS 9 

Memori: 3GB RAM, 32GB ROM 

Skrin: 6.35 inci 

Bateri: 5000 mAh 

Kamera: 13 MP, 2 MP, (Belakang), 8MP (Selfie)


Harga: Rm410

Beli di sini: https://invol.co/cl2uywx


3. Oppo A5S

Biarpun dilancarkan pada 2019, Oppo A5S masih menjadi pilihan mereka yang mencari telefon bajet. Designnya juga masih lagi boleh diterima pakai dan relevan untuk digunakan pada 2021. 3GB RAM + 32 GB ROM sudah mampu menjalankan tugasan harian seperti menonton penstriman Netflix, video call, dan permainan video yang ringan.  

 


 

Oppo bawah RM500 ini amat sesuai dijadikan sebagai telefon pertama anak-anak. 


Chipset: Mediatek MT6765 Helio P35 

Memori: 3GB RAM, 32GB ROM 

Skrin: 6.2 inci 

Bateri: 4230 mAh 

Kamera: 13 MP, 2 MP, (Belakang), 8MP (Selfie)


Harga: RM399

Beli di sini: https://invol.co/cl2uyy0


4. Redmi 8A

Handphone murah bawah RM500 yang seterusnya adalah Redmi 8A. Jenama di bawah naungan Xiaomi ini dilancarkan pada 2018 tetapi masih relevan untuk digunakan. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab saya sendiri guna telefon Redmi 8A ini sebagai telefon kedua.  

 


 

Pada saya ia masih lancar dan dapat menerima update terkini dari semua aplikasi. Tak ada masalah lag untuk buat video call dan browsing. Recommended. 


Chipset: Qualcomm Snapdragon 439

Processor: Android 9

Memori: 2GB RAM, 32GB ROM 

Skrin: 6.22 inci HD Dot Drop Display

Bateri: 5000 mAh 

Kamera: 12MP, (Belakang), 8MP (Selfie)


Harga: RM459

Beli di sini: https://invol.co/cl2uyzo


5. Realme C12

Ini merupakan versi yang dikemaskini, lebih lancar berbanding Realme C11 yang saya sebut di atas. Dikeluarkan pada September tahun 2020, C12 menjadi telefon yang cukup popular di kalangan golongan muda kerana memenuhi kehendak hiburan.

 



BACA: Handphone Murah Bawah RM300 [Edisi 2020] 


Mana tidaknya, lihat sahaja designnya bak telefon premium. Pemproses MediaTek Helio G35 dengan gabungan memori 3GB RAM dan ruang storan 32GB sudah cukup untuk menikmati hiburan seperti permainan video, penstriman, sosial media, dan lain-lain.  

 


 

Saiz bateri 6000mAh juga cukup besar dan anda tidak perlu risau akan bateri habis. Realme bawah RM500 ini memang berbaloi! 


Chipset: MediaTek Helio G35 

Processor: Android 10, Realme UI 

Memori: 3GB RAM, 32GB ROM 

Skrin: 6.5 inci 

Bateri: 6000 mAh 

Kamera: Triple camera 13 MP, 2 MP, 2 MP  (Belakang), 5MP (Selfie)


Harga: RM489

Beli di sini: https://invol.co/cl2uz20


6. Redmi 9

Pada harga bawah RM500, anda boleh nikmati pelbagai spesifikasi mantap seperti chipset Helio G80, mengguna empat buah kamera, bateri sebesar 5020mAh, dan menggunakan kabel USB Type-C. 



Redmi 9 ini hadir dengan 3GB RAM + 32 GB ROM, malah anda boleh tambah RM100 lagi kalau nak yang 4GB RAM.  

 


 

Telefon ini juga agak besar, kalau tengok video memang puas hati. Penggunaan harian memang memuaskan! 


Chipset: MediaTek Helio G80 

Processor: Android 10, MIUI 12 

Memori: 3GB RAM + 32GB ROM  | 4GB RAM + 64GB ROM

Skrin: 6.53 inci FHD

Bateri: 5020 mAh | 18W Fast Charge

Kamera: Rear AI Quad 13MP (Belakang), 5MP (Selfie)


Harga: RM439

Beli di sini: https://invol.co/cl2uz2z


7. Honor 9a

Saya tak temui telefon Huawei bawah RM500. Bagaimanapun, anda boleh cuba lihat Honor 9a di mana Honor pernah berada di bawah syarikat Huawei. 


Apa yang menarik pada Honor 9a? Ia menggunakan Mediatek MT6762R yang cukup efisyen untuk harian, terdapat 3 buah kamera belakang yang pada saya cukup impresive untuk tanda harganya.  

 


 

Saiz bateri 5000mAh, bermakna anda tidak perlu kerana ia bakal bertahan sepanjang hari biarpun untuk penggunaan berpanjangan. 


Chipset: Mediatek MT6762R

Processor: Android 10

Memori: 3GB RAM + 64GB ROM 

Skrin: 6.3 inci 

Bateri: 5000 mAh 

Kamera: 3MP+5MP+2MP, FHD 1080p (Belakang), 8MP (Selfie)


Harga: RM482

Beli di sini: https://invol.co/cl2uz49



8. realme C3

Handphone murah tapi berkualiti seterusnya adalah realme C3 yang dipasarkan pada Mac 2020. realme C3 cukup berkuasa untuk kegunaan harian dan prestasi gamingnya juga amat memuaskan. Sesuai untuk anda yang nak main PUBG Mobile atau Mobile Legend.  

 


 

Kualiti kamera pula tidak mengecewakan. Anda masih boleh mendapatkan kesan bokeh dan selfie yang menawan. Sangat berbaloi untuk dimiliki, terutamanya golongan remaja. 


Chipset: Mediatek Helio G70

Processor: Android 10, realme UI 1.0

Memori: 32GB+2GB RAM | 32GB+3GB RAM | 64GB+3GB RAM | 64GB+4GB RAM

Skrin: 6.5 inci 

Bateri: 5000 mAh 

Kamera:  12 MP + 2 MP (Belakang), 5MP (Selfie)

 

Harga: RM499

Beli di sini:  https://invol.co/cl2uz5h


Semoga artikel handphone murah bawah RM500 ini dapat menjadi rujukan anda dalam mendapatkan telefon bajet. Biarpun murah, tak bermakna murahan tau. Ia masih berspesifikasi mantap dan membantu anda menjalankan tugasan harian. 

18 ulasan:

  1. smartphone price in malaysia below rm500

    BalasPadam
  2. teknologi semakin bagus.. kita kena bijak buat pilihan

    BalasPadam
  3. gajet sekarang sudah terlalu banyak...budak tadika pun tak guna dah mainan HP..HP betul terus

    BalasPadam
  4. teringat pula kenangan dengan realme dulu hiks. penah pakai phone yang bawah rm500 bawah. bagus entry ni jadi rujukan utk sapa yang nak beli phone murah utk mak ayah especially

    BalasPadam
  5. kebanyakannya handphone jenama Realme yang tawarkan harga rendah. No wonder lah boleh naik cepat dalam market gadget ni. Jadi pilihan para gamers pulak tu

    BalasPadam
  6. Wow biar betul ni? Sis tak tahu pun bawah RM500, bukan apa nak cari satu untuk anak sekolah menengah sis. Senang nak call kalau apa2 hal nanti. Nak bagi yang ribu ribu tu sis tak nak la kan.....Kalau ada yang murah mengapa tidak kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, budak budak ni kena pakai yang harga macam ni je. kalau nak yg mahal tunggu dia kerja nanti. haha

      Padam
  7. Nanti tulis nama brand kat depan Redmi tu. Xiaomi Redmi. Sebab ramai confuse Realme dan Redmi. Dua-dua peranti berlainan jenama tu. Akak suka telefon bawah rm 500 dengn cipset Snapdragon. Manfaat dia, telefon tak cepat panas. Kalau parent cari telefon bawah rm 500 utk anak-anak mesti fikir kegunaan ofkoz mesej mesej, game, melayari internet dan layan video muzik or tik tok. Hehehe. Harap pantau apa dalam telefon anak. Ajar mereka jaga storage. Jangan install banyak game. Kahkahkah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. ramai konfius. Realme under Oppo. Redmi under Xiaomi.

      Padam
  8. Terus Sis share kat adik-adik sebab haritu memaisng cari hp untuk anak-anak tapi under budget rm500 gini.. bagus dah ada info ni.. kalau Sis kenan Realme tu aaaa

    BalasPadam
  9. Murah la hp kat sini. Nak cari utk anak best ni.. sangat berbaloi

    BalasPadam
  10. Wah.. Memang tengah cari phone untuk anak bajet kurang RM500. Nak forward kat husband kasitau dia

    BalasPadam
  11. realme ni tak pernah mengecewakan ye.. No wonder cepat naik.. Tengok phone dia pun tip top plus harga sgt murah, mampu milik

    BalasPadam
  12. Kita paling suka kalau yg real me... Sbb harga dia berpatutan dan spesifikasi dia pun boleh tahan macam smartphone yg lain

    BalasPadam
  13. Bagus ada smartphone bawah rm500 ni. Bukan untuk anak2 saja, tapi juga untuk mak ayah kita yg mungkin tak perlukan feature yg canggih2, cukup sekadar yg asas.

    BalasPadam
  14. Not bad the specification for all these mobiles, walaupun under RM500 kan. Kalau I baca this article awal, senang I nak buat pilihan masa cari mobile for my nieces and nephews aritu hehe

    BalasPadam
  15. kalau bagi kat mak ayah yang tak main game okaylah khusus untuk basic things tele whatsapp and call.. tapi kalau nak main heavy game atau GPS agak agak boleh ke ? heee...

    BalasPadam
  16. cant believe there are so many affordable phones out there with such great features and offers. thanks for sharing!

    BalasPadam