IKEA Kini Jual Merchandise Hoodies dan T Shirt!

0

Berita baik buat penggemar produk IKEA! Ikea kini memperkenalkan koleksi merchandise berbentuk pakaian dan aksesori yang cool buat pelanggan untuk tempoh masa terhad. 


Kalau sebelum ini Ikea terkenal dengan perkakasan rumah, perabot, dan meatballs nya yang sedap. Terkini syarikat dari Sweden ini hadir dengan merch dengan rekaan bertemakan Ikea yang minimalis. 

 

 

Merchandise Ikea Malaysia

Menurut laman web Ikea Malaysia, koleksi merchandise ini dinamakan 'EFTERTRÄDA' yang bermaksud 'successor'. Koleksi ini terdiri daripada: 


  1. Hoodies
  2. T-shirt
  3. Botol air
  4. Tote bag
  5. Tuala


 


Kesemua koleksi merch ini memiliki identiti Ikea yang minimalis dan 'timeless'. Dalam masa sama Ikea turut menekankan kombinasi kualiti dan fungsinya dalam kegunaan seharian.  

 

BACA: 11 Android Box Terbaik dan Berbaloi

 

Identiti Ikea terserlah dalam setiap koleksi. Iaitu sederhana, minimalis, dan 'timeless'. Contonya hanya meletakkan logo Ikea dan barcode sahaja seperti produk hebat mereka yang lain. Harga merch ini masih belum diumumkan.

 

 

Oh ya, barcode yang terpapar pada hoodies dan T-shirt merupakan barcode rak buku, BILLY, yang merupakan produk Ikea yang paling laris. 


Koleksi merchandise Ikea edisi terhad ini dijual di semua gedung Ikea Malaysia bermula 4 Mac 2021 manakala pembelian online bermula 11 Mac 2021. Anda boleh tengok ribuan barang di - Ikea dalam Ikea Malaysia Online Catalogue.



Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top