Ahad, 28 Mac 2021

realme Buds Air 2 Wireless Earphones Terbaik Bawah RM200

realme memperkenalkan aksesori terbaharu iaitu Buds Air 2 yang membawakan beberapa fungsi hebat seperti Active Noise Cancellation dan ketahanan bateri selama 25 jam. Menariknya, wireless earphones kali ini direka oleh kumpulan DJ popular, The Chainsmokers. Sudah tentulah kualiti bunyi mengagumkan. 

 

realme Buds Air 2 layak diberi gelaran wireles earphone terbaik bawah RM200 kerana membawakan sejumlah fungsi dan kualiti bunyi setaraf earphone premium. Buds Air 2 menawarkan pelbagai peningkatan ketara berbanding generasi sebelum ini - realme Buds Air 2020



 

Nak tahu apa lagi spesifikasi menarik pada Buds Air? Ciri ditawarkan melayakkan peranti ini menjadi wireless earphone terbaik Malaysia.


Spesifikasi realme Buds Air 2


Active Noise Cancelling

Fungsi utama sudah tentulah Active Noise Cancellation (ANC) yang sebelum ini hanya ditawarkan pada earphones premium sahaja. ANC ini membolehkan anda menikmati audio tanpa gangguan bunyi luar. 

 

Ia mengurangkan bunyi bisig sehingga 25dB dengan saringan bunyi frekuensi rendah seperti bunyi pengangkutan awam dan peralatan rumah. 

 


 

Bukan itu sahaja, ia juga tersedia dengan mode Transparency, iaitu anda boleh mengaktifkannya untuk mendengar bunyi luar dengan satu klik sahaja. Maknanya anda masih boleh berbual dan mendengar perbualan tanpa menanggalkan earphones. Everything is under your control.  

 

Artikel berkaitan:

+ realme NARZO 20 Pro - Handphone Gaming Terbaik 

+ realme Watch Smartwatch Terbaik dan Murah RM299

+ Best Earbuds 2020 Malaysia

 

Bateri Bertahan Selama 25 Jam

Kalau korang asyik complaint yang wireless earphones ni kerap kehabisan bateri, Buds Air 2 is the solution! 



Buds Air 2 bertahan selama 25 jam dengan sekali pengecasan penuh tanpa mengaktifkan ANC. Manakala dengan 22.5 jam sekiranya ANC diaktifkan. Anda boleh mengawalnya menggunakan aplikasi realme Link




Sekiranya anda cas selama 1 jam, earphone ini mampu bertahan selama 5 jam dengan penderangan music tanpa henti. Ini sekali gus menjadikan aksesori ini sebagai wireless headphone terbaik.

 

Latensi Serendah 88ms (wireless earphone untuk gaming)

Sebagai jenama earphone terbaik di Malaysia, realme juga memenuhi permintaan peminat mobile gaming. Buds Air 2 memiliki latensi serendah 88ms. Maksudnya ia seragam dari askpek suara dan visual. Atau dalam bahasa mudah, 'sound tak delay' seperti kebanyakan wireless earphones lain. 

 


 

Keseragaman suara dan dan visual ini boleh meningkatkan prestasi permainan. Malah, genggaman telefon lebih selesa tanpa andanya wayar. Kan? 


Bukan itu sahaja, ia disokong dengan Bluetooth 5.2 yang memastikan sambungan stabil dengan jarah sehingga 10 meter. Anda masih boleh mendengar music biarpun berada jauh dengan telefon. 


What did The Chaismokers do?

Seperti yang saya cakap tadi, realme Studio berkerjasama dengan kumpulan DJ The Chainsmokers dalam menghasilkan peranti ini. Apa yang mereka lakukan adalah meningkatkan kualiti suara dengan penggunaan diafragma karbon, mengurangkan distortion sehinggap 0.5%. Ini merupakan standard tertinggi dalam industri muzik.



10mm Hi-Fi Bass Boost Drive and New Bass Boost+ Mode

Di samping itu, realme turut melancarkan Bass Boost+ Mode sebagai penyelesaian peningkatan bass yang memanfaatkan sepenuhnya kekuatan gegelung dinamik dan diafragma, menjadikan bunyi bass seperti ‘live’. 

 

Power kan? Patut la penggunanya claim realme menghasilkan headphone wireless yang bagus dan murah. 


 

Dua mode tambahan iaitu:

 

  • Bass Boost+ - mengimbangi suara bass, treble, mid. 
  • Bright - meningkatkan suara manusia yang ideal digunakan ketika mendengar podcast & audio book. 


Fungsi awesome lain pada realme Buds Air 2

 

Open-up Auto Connection - disambungkan ke telefon secara automatik sebaik membuka bekas pengecasan.

Google Fast Pair - membantu melancarkan proses pairing buat pertama kali.

realme Link - menetapkan segala kawalan seperti mengetuk dua kali untuk ‘Play’ atau ‘Pause’ dan mengetuk pada sisi realme Buds Air 2 (kanan atau kiri) tiga kali untuk ke lagu seterusnya.

Smart Wear Detection - menghentikan muzik jika salah satu earbuds dikeluarkan.

Rekaan trendsetting -  rekaan kali ini lebih trendy dan lain dari yang lain. 

Kalis air IPX5 - earbuds kalis percikan air & peluh yang sesuai digunakan aktiviti fizikal. 



Harga realme Buds Air 2 Malaysia

Buds Air 2 ditawarkan pada RM199. Jualan OFFLINE di store rasmi & pengedar sah pada 3 April 2021 & secara ONLINE di Lazada pada 8 April 2021. 


Beli di sini: https://invol.co/cl37y3g


Ciri menarik yang ada pada realme Buds Air 2 ini sudah cukup untuk mengangkatnya sebagai wireless earphones terbaik bawah RM200.

1 ulasan:

  1. Wow... menarik ni... boleh tahan sampai 25 jam pulak tu

    BalasPadam