Jumaat, 16 April 2021

Kelebihan dan Kekurangan Android Tv Box Malaysia

Permintaan terhadap Android tv box semakin meningkat dek kerana kandungan perkhidmatan penstriman video yang berkualiti dan berbaloi untuk ditonton. Bukan itu sahaja, Android box juga membolehkan anda melayari internet dan menonton Youtube. 


Apa itu Android Tv?

Dalam bahasa mudah, Android Tv adalah kotak yang boleh membawa hampir semua fungsi telefon pintar pada televisyen. Ia menggunakan sistem operasi khas yang boleh digunakan pada tv. Dengan sambungan internet/Wifi, anda boleh melakukan carian, menonton Youtube, Netflix, Disney Plus Hotstar, HBO GO, bermain game, dan sebagainya.

 

Malah, tak perlu beli smart tv. Dengan Android box ini boleh transform tv lama into a smart one! 

 


 

Tips memilih Android Tv Box

Pelbagai soalan bermain difikiran di saat ingin mendapatkan Android box. Namun yang mana satu yang patut anda beli? Apakah perbezaannya? 


Segalanya bergantung kepada BAJET dan KEPERLUAN anda. Contohnya:


Saiz RAM - Sama seperti handphone, saiz RAM memainkan perananan besar dalam menentukan prestasi Android box. Secara asasnya, 2GB - 3GB sudah mencukupi untuk menonton penstriman video atau browsing ringan.  

 

Storan - Saiz storage ini bergantung kepada pemilik. Sekiranya anda gemar memuat turun video, movie, siri tv, aplikasi atau menyimpan file, maka pilihlah yang menawarkan saiz ROM yang besar. Pada saya, 16GB - 32GB sudah lebih dari cukup.  

 


 

Sokongan 4k - Pastikan anda memiliki tv yang menyokong resolusi 4k terlebih dahulu. Banyak Android box yang menyokong resolusi 4k dan harganya sedikit mahal. Jika tidak memiliki tv 4k, maka anda tidak dapat menonton filem dalam resolusi hebat ini.  

 

Sokongan channel antarabangsa - Sesetengah Android box telah menyediakan ratusan saluran dari dalam dan luar negara. I termasuk dari USA, UK, Singapore, Taiwan. Korea Selatan, Thailand, dan banyak lagi. Namun, anda harus tahu yang hanya Android box jenama Long Tv sahaja yang mendapat kelulusan SKMM.  

 



OTA Update - Pastikan peranti tersebut menyokong Over-The-Air-Update (OTA)yang membolehkan anda mengemaskini untuk memastikan ia kekal up-to-date untuk jangka hayat yang lama. 

 

Artikel berkaitan:

+ Android Box Terbaik Malaysia

+ Cara Daftar Netflix Malaysia 

+ Handphone Murah Bawah RM500 [Edisi 2021]

+ Cara Tengok Netflix Percuma  

+ Cara Daftar Disney Plus Hotstar Malaysia

 

Kelebihan dan Kekurangan Android Tv Box Malaysia


Kelebihan

  • Jauh lebih murah berbanding tv satelit (Astro). 
  • Sekali bayar, tiada kontrak. 
  • Tiada bayaran bulanan kecuali melanggan servis penstriman seperti Netflix, HBO GO, dll.
  • Senang dipasang dan mudah digunakan.
  • Jadikan tv hampir seperti telefon pintar/tablet .    
  • Hanya memerlukan sambungan internet/wifi sekurang-kurangnya 1.5Mbps     
  • Portable. Anda boleh bawa ke mana sahaja contohnya balik bercuti/balik kampung.
  • Menawarkan ribuan saluran dalam dan luar negara     
  • Boleh menonton ribuan filem secara percuma
  • Cuaca buruk tidak menjejaskan tontonan 
  • Tidak memerlukan smart tv, sambung sahaja ke mana-mana tv yang ada port HDMI

 

Kekurangan

  • Sesetengah Android box agak mahal sekiranya anda mahukan fungsi yang 'advance'     
  • Paparan iklan yang banyak     
  • Biarpun menawarkan ribuan channel, namun tidak semua boleh diakses.
  • Tidak semua aplikasi boleh dimuat turun seperti handphone. Hanya yang direka khas untuk tv sahaja. 

 

Android tv box terbaik 2021 Malaysia

Saya senaraikan beberapa Android box yang berbaloi berserta dengan link pembelian online. Kedai jual Android box yang boleh anda tuju adalah seperti kedai telefon dan komputer. Tapi saya sarankan beli online untuk harga lebih murah. 


1. Mi Tv Stick

Android box pertama dalam senarai ini adalah Mi TV Stick dari Xiaomi kerana saya sendiri menggunakannnya. Mi Tv Stick ini boleh dikatakan sebagai best Android tv box Malaysia 2021 kerana murah dan berkualiti. 


 

Saiz peranti ini umpama pendrive, cuma sambung di port HDMI pada tv, dan ia sedia untuk ditonton. Dengan 1GB RAM + 8GB ROM, ia amat lancar, smooth dan tidak mengalami sebarang lagging. Anda boleh jadikan tv macam telefon. Boleh browsing, download apps pada Google Play, termasuklah main game yang specially made for tv! 

 

Antara mukanya juga amat lancar dan mudah untuk digunakan. Terbina dengan Google Assistant dan Chromecast, jadi anda boleh menggunakan arahan suara untuk melakukan apa-apa tugasan. Contohnya, "Ok Google, play me a song." Dah berbulan saya pakai, berbaloi teruk.

 

Harga: RM144

Link: https://invol.co/cl3ivma

 



2. TX6 Android Box

Ini adalah Android box paling popular. Ramai yang telah memiliki peranti ini sehinggakan menjadi salah satu produk hangat di Shopee. Murah, dan banyak variasi storage 2GB + 8GB hinggalah 4GB + 64GB.  

 


 

 Ramai yang memilih TX6 kerana ia memiliki ribuan saluran televisyen dari dalam dan luar negara. Bukan itu sahaja, seller juga telah menyediakan beberapa aplikasi yang membolehkan anda menonton sejumlah filem dan siri tv secara percuma. Filem Hollywood, Korea, Melayu, you name it!    

 

Harga: RM120

Link: https://invol.co/cl5p7m7

 

3. Xiaomi Mi Box S

Berbeza dengan Mi Tv Stick, Xiaomi Mi Box S menyokong video beresolusi 4K dan RAM dan ROM yang lebih besar. 


Memandangkan ia mempunyai slot USB, jadi anda boleh menyambung wireless keyboard atau Air Mouse agar lebih mudah sewaktu menaip. Design nya juga amat elegan.

 


 

Harga: RM238

Link: https://invol.co/cl2u9lc

 

4. Long Tv

Satu-satunya Android box yang mendapat kelulusan SKMM, jadi anda boleh menonton ratusan channel dari luar negara secara 'halal' termasuklah beberapa saluran Astro. 

 


 

1GB RAM + 8GB ROM, menyokong video 4K penggunaannya amat lancar tanpa sebarang lag.  Ia juga tersedia dengan port ethernet dan USB andai kata anda ingin menggunakan wireless keyboard/mouse.

 

Harga: RM399

Link: https://invol.co/cl5p7hw

 



Hah, itu lah antara Android box yang paling banyak dibeli di negara ini. Ini kerana peranti tersebut murah dan menawarkan pelbagai channel menarik untuk ditonton.  

 


 

Memiliki Android box ini sebenarnya amat berbaloi. Ini kerana banyak sekali kandungan menarik yang boleh anda tonton menerusi platform penstriman khususnya Netflix. Malah, ia amat murah. Lebih jimat sekiranya anda beli shared account yang berharga RM9.90 sebulan. 


Link pembelian: https://invol.co/cl3j7ml


Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam meneliti kelebihan dan kekurangan Android Tv Box Malaysia.

 

14 ulasan:

  1. Oh, ada banyak jenis rupanya. Yang selalu tengok drama dan movie, boleh laa kan

    BalasPadam
  2. Saya pakai TX6, dah setahun. mula2 iklan tak banyak keluar sekrang makin meriah iklannya rasa nak lempar je android box tu hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Campak bg sy... Saya guna premium underground app... X ada iklan. Hahaah...

      Padam
  3. Now I know why my sister minta belikan Long TV tu. Hehe. Thanks for the information - I boleh counter-recommend kat my sister mana yang lebih murah hehe

    BalasPadam
  4. ramai yg kongsi ttg android box ni.. hr tu br survey yg datang dengan tv spec ni...mcm menarik juga ya

    BalasPadam
  5. runah saya pun pakai android box nih . dah buang astro terus ambik yang ini. tapi hahah belum sempat jugak tgk semua movie dalam tu

    BalasPadam
  6. Owh baru tahu ada banyak jenis android box rupanya. Sebelum ni tak pernah heran pun. Thanks sharing.

    BalasPadam
  7. Nampak menarik juga sebab ada tengok rumah sedara pakai. tapi dia kata tak tertengok movie apa smua dkt situ hehe.

    BalasPadam
  8. Akak pun kalau diberi pilihan dan pada masa akan datang akan beralih ke android tv macam Long TV. Sebab mereka dah siap-siap install semua. Tinggal nak tengok je. Iklan sama macam kat siaran langsung tv. Akak tergoda juga tengok org jual dua tahu lepas.. Nasib baik COVID-19 dan PKPD. Tak keluar la kan. Hahahaa.

    BalasPadam
  9. Banyak benda baru kak Nina tahu. HAhaa... Sian kita. Pastu dah pass kat husband, dia gelakkan aje katanya tu laaa lain kali extra baca. Thanks Nik!

    BalasPadam
  10. Jika guna android box dan potong Astrilo,adakah akan ada gangguan dalam siaran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde gangguan. astro & android box adalah 2 servis berbeza..

      Padam
  11. nak tanya, mcm unifi ada sediakan pakej internet plus box tv. tapi kalau beli android box ni, tak perlu la amik pakej yg dgn tv box tu kan...tapi legal ke tak cara tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak legal. cuma long tv je yang sediakan live tv secara halal.

      Padam