10 Toner Untuk Kulit Berminyak

0

Toner Untuk Kulit Berminyak | Penggunaan toner tidak harus dipandang ringan. Khususnya bagi pemilik kulit berminyak, toner banyak membantu mengawal minyak berlebihan, mengecilkan pori, meratakan tona kulit, serta mengeluarkan kotoran yang tidak dapat dilakukan oleh pencuci muka. 

Macam mana cara memilih toner untuk kulit berminyak?  Pelbagai jenis dan jenama toner yang boleh anda temui di pasaran. Susah nak cari yang sesuai.

Pilih yang mengandungi AHA, BHA, dan glycolic acid yang mampu membersihkan liang poring dan mengurangkan sebum. Bagi sesetengah kulit, kandungan alkohol yang minimum amat perlukan.

Jadi, saya kumpulkan sejumlah toner untuk kulit berminyak untuk rujukan anda kelak.

Kebanyakannya boleh didapati didrugstore seperti Watsons dan Guardian. Atau anda boleh beli secara online ada harga lebih murah. 

10 Toner untuk Kulit Berminyak

1. Wardah Lightening Face Toner

Jenama dari Indonesia yang semakin mendapat tempat dihati pengguna Malaysia. Menariknya dengan toner ini adalah ia memiliki glycolic acid as its third ingredient. Seperti yang kita tahu, glycolic acid ni boleh mengeluarkan sel kulit mati. So, kulit sentiasa segar dan 'glowing'.  

Selain itu ia juga boleh menanggalkan kotoran yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka. Hasilnya, kulit cerah dan kekal segar sepanjang hari. 

Produk Wardah dijual pada harga sangat berpatutan. Tidak hairanlah ramai yang menggemarinya. 

Harga: RM7.90

Beli di sini: https://invol.co/cl417zh



2. Hada Labo Hydrating Lotion (Light)

Hada Labo Hydrating Lotion (Light) adalah toner yang paling popular dalam senarai ini. Biarpun mahal, namun kerana kualiti dan hasil yang mengagumkan, ramai yang sanggup membelinya.

Baca: Toner Terbaik Untuk Kulit Kering

Berkandungan ringan dan sesuai dijadikan sebagai hydrating toner untuk kulit berminyak, kombinasi, dan normal. Ia memiliki 4 jenis Hyaluronic Acids yang mengekalkan kelembapan semula jadi agar kulit sihat dan lembut. 

Tambahan pula ia memiliki ceramide protect kulit daripada hilang kelembapan dan kotoran persekitaran. 

Harga:  RM37

Beli di sini: https://invl.io/clhr0wf

3. Pixi Glow Tonic

Pixi Glow Tonic gets such rave reviews, ramai beauty bloggers dan influencers memuji keberkesanannya. Katanya produk ini buat muka jadi glowing. Saya sendiri terjebak dan menggunakannya. 

Mengandungi AHA dan merupakan toner jenis exfoliator yang mengeluarkan sel kulit mati dan mengurangkan kekusaman. 

Kandungan Pixi Glow Tonic      

  • Glycolic Acid - Form of AHA yang mengeluarkan sel kulit mati untuk bantu hasilkan kulit baru yang lebih segar/mulus.     
  • Aloe Vera - Melega dan menghidrasi kulit     
  • Glycerin - Agen pelembap kulit yang paling berkesan, menghalang kekeringan. 

Kesemua kandungan ini amat membantu mengurangkan kekusaman dan buat muka jadi glowing. 

Harga: RM19.48 (Trial bottle 30 ml) 

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvxc 

4. Simple Soothing Facial Toner

Ini adalah 'toner untuk kulit berminyak remaja' dek kerana kandungannya yang ringan dan harga mampu milik. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak.


Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel, dan Allantoin amat membantu menyegarkan kulit agar tampak lembap sepanjang hari. Pemilik kulit berminyak, usah risau kerana toner ini mudah meresap dan tidak meninggalkan kesan berkilat. 

 

Artikel berkaitan:  

+ 10 Toner Untuk Kulit Kombinasi di Watsons

+ 10 Sunscreen Untuk Kulitk Berminyak 

+ Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

+ 10 Toner Untuk Kulit Kombinasi 


Harga: RM15.76

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvgg

5. Nano White Refining Treatment Toner

Jenama ini tidak kurang juga hebatnya. Salah satu toner untuk kulit berminyak di Watsons yang popular. Diperkaya dengan Omega White C, Allantoin, Orange Extract, Lemon Extract, dan Bilberry Extract. 

Kesemua kandungan ini mengecilkan pori dan mengurangkan sebum tanpa mengeringkan kulit. Toner jenis astringent ini sesuai digunakan dua kali sehari.

Bertekstur cair dan ada bau lemon yang menyegarkan. Harganya juga amat berpatutan. 

Harga: RM21

Beli di sini: https://invl.io/clhqzeb

6. Benton Aloe BHA Skin Toner

Exfoliationg toner yang agak famous di laman Hermo. Mengandungi aloe dan salicylic acid sudah terkenal dengan fungsi membersihkan pori agar kulit sentiasa segar. 


Aloe BHA banyak membantu mengeluarkan sel kulit mati dan blackheads. Ini sekaligus menghalang jerawat dari tumbuh tau. 

Shopee: RM7.90 - 29.90 https://invol.co/cl417vh

Hermo: RM39.16 https://invol.co/cl3xbql



7. COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment

I love Cosrx! Sebab itulah saya selitkan toner nyadalam senarai toner untuk kulit berminyak ini. Banyak kandungan yang bagus untuk kulit agar segar dan glowing seperti AHA & BHA.

Ia boleh mengurangkan kekusaman, parut jerawat, membersih pori, mengeluarkan sel kulit mati. This is mild exfoliator, so boleh pakai 2 kali sehari.  

Anda akan rasa kulit lebih bersih dan lembut. 

Harga: RM31

Beli di sini: https://invol.co/cl417us

8. Neutrogena Alcohol-Free Toner

Sesuai untuk semua jenis kulit, saya sendiri menggunakan toner ini biarpun memiliki kulit kombinasi - oily. So far dah guna 3 botol. 

Diformulasi untuk membersih dan menyegarkan tanpa menggunakan alkohol. Ia mengekalkan kelembapan semula jadi and lock that moisture dari hilang akibat cuaca dan keadaan persekitaran. 

Apa yang saya suka dengan toner ini ada ia bileh menanggalkan kotoran yang tidak dapat dibersihkan oleh cleanser. Kalau guna cotton pad, anda boleh lihat saki baki daki yang tertanggal. So impressed! 

Harga: RM12.50

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvu6

 



9. Thayer Witch Hazel Toner

Thayer Toner ini tidak kurang juga hebatnya. Terkenal seantero alam dan mendapat rating 5/5 bintang dari 8,000 pengguna di laman Amazon. Bebas alkohol, membuatkan toner ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak. 

Formula yang digunakan oleh Thayers melindungi kulit dari rosak akibat pencemaran persekitaran, cahaya matahari, makeup, and other impurities. 

Witch hazel ini juga boleh mengeluarkan minyak berlebihan, merawat jerawat, dan mengurangkan kemerahan. 

Trial bottle: RM22  |  Normal bottle: RM45 

Beli di sini: https://invol.co/cl417rg

10. Klairs Supple Preparation Toner

Produk terakhir dalam senarai toner untuk kulit berminyak adalah dari Klairs. Fungsi utamanya adalah utnuk menghidrasi kulit agar kekal segar. Dalam masa sama kulit dari produce more oil. 

Dengan kelembapan yang seimbang, kulit akan lebih cerah dan segar. Formula terbaharu ini lebih cepat meresap dan bertindak dan memberikan kelembapan lebih 20% berbanding produk lain yang memiliki hyaluronic acid. 

Toner ini juga agak mahal, tapi anda boleh beli trial bottle pada harga yang lebih rendah.

Harga: RM13.50 - RM55

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvv9

Semoga artikel toner untuk kulit berminyak ini dapat membantu anda dalam mengurangkan sebum dan dalam masa sama menjadikan kulit lebih sihat dan mulus. Good luck.



Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top