Rabu, 28 Julai 2021

5 Kelebihan Telefon 5G realme

Perlaksanaan 5G di Malaysia dilihat seiring dengan keperluan teknologi semasa. Ini kerana memiliki telefon pintar dengan fungsi asas sahaja tidak cukup. 5G bukan sekadar menambah baik dari segi kelajuan dan keperluan teknologi akan datang yang tidak diduga.

 

realme saw it coming. Oleh itu mereka keluarkan sejumlah telefon pintar 5G agar pengguna dapat menikmati pengalaman melayari internet mengagumkan yang berkali-kali ganda lebih baik dari 4G pada hari ini.   




Jadi, apakah kelebihan telefon 5G? Dalam artikel ini, saya akan senaraikan sejumlah kelebihan telefon 5G realme.


1. 5G Processors - Meningkatkan prestasi gaming

 

Telefon 5G adalah pilihan ideal buat penggemar permainan video (gamers). Ini kerana peranti ini hadir dengan download speed 10 kali ganda lebih baik dan ada low latency Gaming Mode. Ini bermakna permainan video tidak akan terganggu dan lebih stabil.  

 


 

Baca: (Yoodo) Simkad PERCUMA, Data Pubg Mobile 20GB PERCUMA


Cubalah game yang berat seperti PUBG Mobile, Mobile Lagend, COD, dan lain-lain. Tiada lagi masalah lagging, delay, atau "frame rate jatuh". Pengguna telefon 5G akan menikmati sambungan rangkaian 5G yang lebih lancar dari segenap sudut. .


2. Nikmati pengalaman menonton filem dengan lancar

We are living in the 'streaming era' di mana kita boleh menonton filem dan siri tv di mana dan pada bila-bila masa sahaja. Tonton filem kegemaran di Netflix dan ia akan lebih menghiburkan tanpa buffering. 


Telefon realme 5G hadir dengan skrin padu 'ultra smooth display' membuatkan tontonan video penstriman lebih terang dan jelas.  

 


 

Artikel berkaitan: 

+ Cara Daftar Netflix Malaysia

+ Cara Daftar Disney Plus Hotstar Malaysia 

+ realme 7 5G Bikin Semua Boleh Miliki Telefon 5G


3. Rekaan trendy dan selesa di tangan

Tidak hanya memfokus kepada spesifikasi semata, telefon 5G realme hadir dengan design segar. Ia direka dengan saiz ideal. Nipis, agar selesa dipegang tidak kiralah sama ada anda berjalan, berlari, atau bersantai di atas katil.  

 


 

Rekaan badannya langsung tidak membebankan ketika dipegang. Pilihan warnanya juga cantik. Lembut dan sesuai untuk golongan muda pada masa kini. 


4. Telefon hebat menjadikan anda lebih produktif

Bebaloi ke beli telefon 5G? YA! Kerana kita banyak menggunakan telefon untuk melakukan tugasan membalas komen pelanggan, editing gambar, menghantar email penting, dan lain-lain. Gabungan chipset dan kelajuan internet memudahkan lagi tugasan harian.


Dengan synchronize e-mel pada peranti, anda juga dapat berhubung dan berkolaborasi dengan rakan sekerja di aplikasi Google untuk membuat dan menyemak dokumen.

 

Baca: realme AIOT Sports Gajet Terbaik untuk Bersukan


Selain rangkaian 5G pantas, cipset berkuasa, saiz bateri turut memainkan peranan penting. Teknologi fast charging pada peranti 5G realme meningkatkan produktiviti. 

 

Anda tidak perlu menunggu lama bahkan saiz bateri 4500mAh hingga 5000mAh cukup untuk penggunaan sepanjang hari. 


5. Rakam memori indah dengan kamera telefon 5G


Selain ciri hebat yang saya nyatakan di atas, anda turut boleh merakan gambar berkualiti dengan kamera AI dan built-in camera filters. Kamera ini sesuai untuk pengguna sosial media tegar yang ingin merakam video Youtube mahupun TikTok.  

 


 

Anda pasti teruja akan hasil gambar dan videonya yang jelas dan tajam. Fungsi Super Nightscape Mode mampu mengambil gambar malam yang sempurna! 


Senarai telefon 5G Malaysia (realme)


Kelebihan telefon 5G realme ini didedikasikan khas buat golongan muda yang bakal menikmati perkembangan teknologi yang tidak terjangka. Telefon 5G realme kini boleh didapati pada harga mampu milik dan nantikan juga peranti hebat yang bakal dilancarkan kelak. 


Facebook: https://www.facebook.com/realmeMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/realmemalaysia/?hl=en


1 ulasan:

  1. Waah, boleh tahan juga kelebihan 5G realme ni. gamers suka yaaa

    BalasPadam