7 Telefon Murah Tapi Berkualiti 2023

6

Musim pandemik ini, masing-masing perlu mengurus kewangan dengan bijak. Masalah telefon rosak atau perlu telefon baharu untuk PdPR amat memeningkan kepala. Jadi, ramai yang mencari telefon murah tapi berkualiti.


Jalan terbaik adalah dengan mendapatkan telefon mampu milik. Biarpun murah, tidak bermaksud tidak berkualiti. Telefon tersebut haruslah memiliki performance yang baik untuk membantu anda menjalankan tugasan harian. Anda harus ambil kira dari segi:


Things you should consider:

  1. Prosesor
  2. RAM sekurang-kurangnya 4GB
  3. ROM atau storan dalaman 32GB dan ke atas
  4. Bateri 4000 mAh
  5. Skrin besar untuk video call/sesi Zoom.
  6. Kualiti kamera memuaskan



 

Dalam artikel ini saya senaraikan sejumlah telefon sekitar RM1000 dan ke bawah untuk rujukan anda. 


1. XIAOMI MI 11 LITE

Xiaomi memang gemar melancarkan telefon versi 'Lite' atau berspesifikasi lebih rendah berbanding versi premium. Xiaomi Mi 11 Lite merupakan telefon kelas pertengahan tetapi membawakan specs padu seperti telefon high-end. 

 

Pemprosesan Snapdragon 732G sudah pasti melancarkan tugasan harian tanpa lag biarpun anda guna banyak apps dalam satu masa. Selain itu, fresh rate 90Hz membuatkan setiap tap dan swipe lebih smooth tanpa stutter. Ia juga menjadikan telefon ini amat baik untuk permainan video berat seperti PUBG dan ML.  



 

Baca: Main PUBG 20GB setiap bulan PERCUMA dengan simkad Yoodo!

 

Apa yang saya maksudkan adalah anda main PUBG, dan turun bootcamp pun tak akan lag. Lol! 

 

Cipset: Snapdragon 732G

Sistem operasi: Android 11 | MIUI 12

RAM: 8GB

ROM: 128GB

Kamera: Belakang 64, 8, 5 MP | Hadapan 16MP

Bateri: 4250mAh

Skrin: 6.55" FHD | 90Hz Amoled


Harga: RM1,199

Beli di sini: https://invol.co/cl5ei23

 



Artikel berkaitan:

+ Telefon Murah Bawah RM300

+ 5 Kelebihan Telefon 5G realme

+ Handphone Murah Bawah RM500 [Edisi 2021]

+ 7 Telefon gaming Murah 2022 


2. realme 8 5G

Telefon ini baru sahaja dilancarkan beberapa bulan lalu. Kiranya masih fresh lagi. terbaik dari segi performance yang menggunakan cip Dimensity 700 5G Processor. Rangkaian 5G ni kira yan gpaling latest dan boleh tampung teknologi yang terjangka.  

 


 

Spesifikasinya mantap dari segenap sudut termasuklah kamera 48MP, bateri 5000mAh, berserta dengan fast charging 18W. Kalau tengah cari telefon terbaik bawah rm1000 tahun 2021 ni, better angkat realme 8 5G ni. 


Cipset: Mediatek Dimensity 700

Sistem operasi: Android 11

RAM: 8GB

ROM: 128GB (UFS 2.1)

Kamera: Belakang 48, 2, 2 MP | Hadapan 16MP

Bateri: 5000mAh

Skrin: 6.5" 1080P | 90Hz Amoled

 

Harga: RM899

Beli di sini: https://invol.co/cl5ei4u

 

3. Narzo 20 Pro

Telefon murah tapi berkualiti yang seterusnya adalah Narzo 20 Pro yang direka khas buat golongan muda yang gemarkan hiburan. Narzo 20 Pro adalah telefon gaming murah terbaik yang boleh anda dapat dipasaran pada hari. 

 

Baca: Narzo 20 Pro - Handphone Gaming Terbaik


Cipset ini cukup berkuasa dalam menjalankan tugasan harian termasuklah permainan video berat. Dengan RAM 8GB, storan 128GB, ia memang cemerlang dari segi performance. Tambahan pula, ia disertak dengan 65W 65W SuperDart Charge.  

 


 

Amat berpatutan jika dilihat dari sudut spesifikasinya.

 

Cipset: MediaTek Helio G95 (setanding Snapdragon 730)

Sistem operasi: Android 10

RAM: 8GB

ROM: 128GB

Kamera: Belakang 48MP AI Quad Camera| Hadapan 16MP

Bateri: 4500mAh

Skrin: 6.5" 1080P | 90Hz Amoled

 

Harga: RM1,199

Beli di sini: https://invol.co/cl5ei6z



4. Redmi Note 10 5G

Jenama di bawah naungan Xiaomi ini juga tidak kurang hebatnya. Ia hadir dengan 3 variasi iaitu Redmi Note 10, Note 10S, dan Note 10 5G. Spesifikasnya dan harganya lebih kurang sama. Tapi saya cadangkan ambik yang 5G terus untuk kepantasan internet yang mengagumkan!

 


 

Note 10 5G dikuasakan dengan MediaTek Dimensity 700, Quad camera 48MP, dan saiz bateri sebesar 5000mAh. Sedap untuk main game memandangkan ia ada skrin IPS LCD 90Hz.


Cipset: MediaTek Dimensity 700

Sistem operasi: Android 11

RAM: 8GB

ROM: 128GB

Kamera: Belakang 48MP+2MP+8MP | Hadapan 16MP

Bateri: 5000mAh | 18W Fast Charging

Skrin: 6.5" FHD | 90Hz


Harga: RM799

Beli di sini: https://invol.co/cl5dx37

 

5. Oppo A73

Oppo juga sering mengeluarkan telefon mampu milik dengan ciri mantap. Model Oppo A73 wajar untuk anda consider memandangkan ia turut didatangkan dengan sejumlah fungsi bagus. 

 

Menggunakan cipset Snapdragon 662, dan RAM sebesar 6GB, ia cukup berkuasa untuk handle tugasan berat. Rekaan badannya juga tidak kurang hebatnya, tampak premium biarpun berharga bawah RM1000. Saling tak tumpah macam iPhone. Haha.  

 
 



Telefon ini disokong dengan skrin AMOLED, jadi anda boleh scan cap jari pada skrin. Paparannya sedap untuk main game dan tonton Netflix. Paling best, telefon ini menyokong 30W Fast Charging (VOOC). 

 

Cipset: Qualcomm SM6115 Snapdragon 662 (11 nm)

Sistem operasi: Android 10

RAM: 6GB

ROM: 128GB

Kamera: Belakang 16 MP + 8MP + 2 MP + 2MP| Hadapan 16MP

Bateri: 4015mAh | 30W Fast Charging

Skrin: 6.44" Amoled 1080 | 90Hz

 

Harga: RM779

Beli di sini: https://invol.co/cl5dxle

 


6. Poco M3

Smartphone bawah RM600 yang boleh anda dapatkan di pasaran pada 2021 adalah Poco M3. Berharga sekitar RM567, memiliki fungis mantap dengan gabungan cip Snapdragon 662 dan RAM 4GB. Jenama Poco ini mendapat perhatian ramai sejak kemunculannya beberapa tahun lepas.  

 


 

Model ini boleh dikatakan sesuai untuk mereka yang berbajet rendah tetapi masih mahukan performance yang lancar. Percayalah, telefon ini tidak akan mengecewakan. 


Cipset: Octa-core Qualcomm Snapdragon 662

Sistem operasi: Android 10

RAM: 4GB

ROM: 64GB or 128GB

Kamera: Belakang 48 MP + 2 MP + 2MP | Hadapan 8MP

Bateri: 6000mAh | 30W Fast Charging

Skrin: 6.53" 1080P

 

Harga: RM567

Beli di sini: https://invol.co/cl5dzmn


7. realme C12

Saya selitkan sebuah lagi peranti dari realme dalam senarai ini iaitu realme C12 yang dilancarkan pada tahun lalu. realme sering hadir dengan telefon mampu milik dengan penawaran fungsi yang tidak mengecewakan.

 



realme C12 adalah pilihan ideal untuk mereka yang mencari smartphone bawah RM500 terbaik 2021. Pemproses MediaTek Helio G35, 3GB RAM dan storan 32GB sudah cukup untuk menikmati hiburan seperti permainan video, penstriman, sosial media, dan lain-lain.  


Malah telefon ini juga 'mewah' dengan bateri iaitu sebesar 6000mAh! 


Cipset: MediaTek Helio G35   

Sistem operasi: Android 10, Realme UI   

RAM: 3GB

ROM: 32GB

Skrin: 6.5 inci HD+

Bateri: 6000 mAh   

Kamera: Belakang 13 MP, 2 MP, 2 MP | Hadapan 5MP 


Harga: RM569 (lebih RM500, tapi amat berbaloi)

Beli di sini: https://invol.co/cl5eh67

 

Itulah antara telefon murah tapi berkualiti 2021 yang saya boleh rekomen. Telefon ini boleh membantu anda melengkapkan tugasan harian dalam tempoh beberapa tahun. Kalau ada cadangan lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

 

Tags

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. All looks interesting and I think my nephew might choose one of these phones for his birthday.

    ReplyDelete
  2. wow the phone all very affordable but still equipment with good camera and function!good sharing!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bg info menarik nti bila nak belibtepon baru blhlahvrefer kat sini sbb kita bknnya reti nak beli jenama apa yg murah tp berkualiti

    ReplyDelete
  4. realme tu mmg kita guna.. mmg teebaik.. btw tq for this list mmg sgt membantu

    ReplyDelete
  5. Sekarang dah banyak phone dengan spesifikasi canggih. Yg penting make sure band spec tu ngam dengan Telco malaysia ye. Karang tak pasal lak tak de line.

    ReplyDelete
  6. Absolutely a good list for those exploring to own a new phone now, helpful informative. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top