10 Toner Untuk Kulit Kombinasi (2024)

0

Susah juga nak cari toner untuk kulit kombinasi. Mana tidaknya, sebahagian kulit berminyak sampai berkilat, manakala sebahagian lagi normal atau sangat kering. Pemakaian produk tepat adalah penting untuk menyelesaikan masalah ini. 

Toner kebiasaannya dipakai selepas pencuci muka. Ia berfungsi untuk mengeluarkan kotoran yang tidak dapat dibersihkan cleanser dan memperbaiki teksur dan tona kulit. 

Bagi kulit kombinasi, toner tersebut haruslah mampu mengurangkan minyak berlebihan dan seimbangkan kelembapan wajah. 

Saya senaraikan sejumlah toner untuk kulit kombinasi berserta dengan link pembelian online yang termurah. 

1. Simple Soothing Facial Toner

Toner untuk kulit kombinasi Watsons yang paling popular. This product is famous for a reason okay. Ia hadir dengan sejumlah kandungan baik untuk kulit seperti niacinamide, Pro-Vitamin B5, Chamomile, dan Witch Hazel.

Simple toner untuk kulit kombinasi ni ada niacinamide, ia bagus untuk whitening. Tapi tak ketara sangat. Boleh menghidrasi dengan sekata, tak melekit dan tidak mempunyai fragrance. And, harganya sangat berpatutan. 

Harga: RM20

Beli di sini: https://invl.io/clkipg6 



 

2. Innisfree Balancing Skin Toner

Ramuan toner ini dirumus khas buat pemilik kulit kombinasi dan berminyak. Ia boleh replanish new skin dan memberi kelembapan sempurna sepanjang hari.  

Hasilnya, t-zone kurang berminyak dan kulit akan tampak segar dan mulus. Untuk pengetahuan, tekturnya sedikit pekat berbanding toner lain dipasaran. Tetapi langsung tidak melekit malah cepat meresap pada kulit.  

Gambar kat atas tu botol baru tau. New look! 

Harga: RM15 (30 ml)

Beli di sini: https://invl.io/clkiuwe


Artikel berkaitan: 

+ Skincare Untuk Kulit Kombinasi Malaysia

+ 10 Sunscreen untuk Kulit Kombinasi

+ 8 Toner Untuk Kulit Kering di Watsons

+ 8 Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi di Watson 

3. Beauty Of Joseon Green Plum Toner AHA BHA

Seterusnya adalah toner jenis exfoliating yang berfungsi untuk keluarkan sel kulit mati, elak whiteheads dan blackhead. Ini sekali gus menyerlahkan kulit segar dan bersih sepanjang masa. 

Anda boleh cuba toner AHA BHA dari Beauty Of Joseon. Mengandungi 25% green plum water, 2% glycolic acid dan 0.05% salicylic yang bertindak buang sel kulit mati, bersihkan pori agar tidak berminyak dan elak tumbuhnya jerawat. 

Bukan sekadar remove dead skin cell, bahkan ia menghidratkan kulit, melembut, dan anti penuaan.

Amat ideal untuk kulit kombinasi dan kusam. Disarankan guna 2 hingga 3 kali seminggu sahaja untuk elak kulit kering.

Toner ini amat popular dan antara exfoliating toner terbaik di pasaran. Highly recommended. 

Harga: RM49 (150 ml)

Beli di sini: https://invl.io/clkiv33

 


 

 


Harga: RM70

Beli di sini: https://invol.co/cl5xiub


4. Mamonde Rose Water Toner

Mengandungi 90% ramuan rose water yang banyak khasiatnya untuk kulit wajah. Ia mengurangkan sebum berlebihan dan mencegah masalah kulit seperti blackheads, whiteheads, dan jerawat.  

Cara guna Mamonde Rose Water Toner sama seperti toner lain iaitu sama ada terus sapu pada muka atau titiskan pada cotton pad. Boleh pakai 2 kali sehari agar kulit kekal segar dan berseri. 

Harga: RM40

Beli di sini:  https://invl.io/clkip1k

5. Pixi Glow Tonic

Pixi Glow Tonic merupakan exfoliating toner untuk kulit kombinasi. Exfoliating tu ada untuk buang sel kulit mati dan bantu replanish kulit baru supaya kulit sentiasa segar. Produk dari USA ni memang hype gila sebab ia adalah toner untuk kulit kusam and boleh buat anda glowing!  


 

Kandungan Pixi Glow Tonic            

  • Glycolic Acid - Form of AHA yang mengeluarkan sel kulit mati untuk bantu hasilkan kulit baru yang lebih segar/mulus.          
  • Aloe Vera - Melega dan menghidrasi kulit          
  • Glycerin - Agen pelembap kulit yang paling berkesan, menghalang kekeringan. 


Harga: dari RM17

Beli di sini: https://invl.io/clkiptp

6. Hada Labo Hydrating Lotion Light

Hada Labo merupakan jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Setiap pemilik wajah glowing pasti guna salah satu produk rangkaian dari Jepun ini. Ramai yang sanggup membelinya walaupun agak mahal.  

Hydrating Lotion Light merupakan hydrating toner untuk kulit kombinasi, berminyak, dan normal. Mengandungi 4 jenis Hyaluronic Acids yang mengekalkan kelembapan semula jadi agar kulit sihat dan lembut.  

Then, ada ceramide yang 'lock' kelembapan kulit. 

Harga: 

7. Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Face Toner

Toner untuk kulit kombinasi seterusnya adalah dari Cosmoderm. Toner ini khas untuk kawasan berminyak seperti t-zone dan mereka yang mempunyai kulit berjerawat. Mencegah minyak berlebihan adalah kangkah awal dari tumbuhnya jerawat.  

Ia bebas paraben dan frangrance. Botol lama berwarna hijau, manakala botol berwajah baru berwarna biru. 

Harga: RM17

Beli di sini: https://invl.io/clkiw7i

8. Aiken Tea Tree Oil Toner

Tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh harm kulit seperti paraben, mineral oil, dan triclosan. Sebaliknya kaya dengan tea tree oil dan extrak tumbuh-tumbuhan. Kandungan ini boleh rawat jerawat dan kurangkan minyak pada wajah.  

It also claims mampu melembutkan kulit, mengekalkan kelembapan, membersihkan liang pori. 

Harga: RM10

Beli di sini: https://invl.io/clkiw7r

9. Neutrogena Alcohol-Free Toner

Toner ini sesuai untuk semua jenis kulit. Menyegarkan kulit tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi. Tidak mengandungi alkohol. 

Selain itu, ia mempunyai 'mild purifiers' yang mampu membersih kotoran pada liang pori. Saya dan guna beberapa botol. Apa yang paling best tentang toner ini bila guna cotton pad, anda boleh lihat saki baki daki yang tertanggal. So impressed!  

Harga: RM17

Beli di sini: https://invl.io/clkip2w

10. Klairs Supple Preparation Toner

Klairs adalah produk terkenal seantero dunia! Bagi Supple Preparation toner, ia berfungsi agar kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari tanpa ada kesan melekit. Ini adalah formula yang dah diperbaharui. 

Kali ini ia mampu memberi 20% kelembapan berbanding produk yang ada hyaluronic acid. Selain itu, ia mengandungi kandungan organik (vegan) yang baik untuk kesihatan kulit wajah. Ramai yang berpuas hati dengan toner Klairs ni.

Harga: dari RM19

Beli di sini: https://invl.io/clkiw9t

Semoga artikel toner untuk kulit kombinasi ini dapat membantu anda dalam mencari toner yang sesuai untuk mendapatkan kulit sihat, segar, dan glowing!


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top