Singgah Kerteh - Hotel di Kerteh Sesuai Untuk Famili

9

Hotel Singgah Kertih terletak di tengah-tengah pekan Kerteh menjadikan ia persinggahan strategik buat mereka yang bergerak dari arah Kuantan mahupun Kuala Terengganu. Hotel bertaraf tiga bintang ini menawarkan penginapan dan layan yang terbaik pada tanda harganya. 


Kalau nak tahu Singgah Kertih baru sahaja menerima pengiktirafan taraf 3 Orkid dari Kementerian Pelancongan. Iaitu pengiktirafan taraf paling baik kepada premis penginapan pelancong bertaraf hotel bajet

 


 

Jika anda ingin mencari hotel di Kerteh, Singgah Kertih adalah pilihan ideal. Ini kerana mereka menyediakan bilik selesa dengan design elegan, lengkap dengan kemudahan, layanan mesra, dan harga yang berpatutan. 


Hiasan dalaman menarik


Memasuki ruang lobi Singgah Kertih membuatkan anda terpegun dengan hiasan dalaman dan pemilihan perabot yang elegan. Biarpun kategori hotel bajet di Kertih, namun hiasannya tidak ubah seperti hotel mahal.  

 


 

Artikel berkaitan: 

+ Pakej Percutian Bajet Bagi Penerima Vaksin Lengkap

+ Chalet Ada Kolam Renang di Terengganu [AWESEOME!]  

+ Tempat Shopping Murah di Hatyai 


 


Bilik lengkap dengan fasiliti


Menawarkan 48 buah bilik dengan 4 jenis bilik berbeza mengikut kapasiti dan bajet anda. Fasilitinya juga tidak mengecewakan. Lengkap dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan agar anda dan keluarga dapat bermalam dengan selesa. 

 

  • Tv (satellite channels)
  • Aircond
  • Wifi
  • Tempat letak kenderaan
  • Mini pantry
  • Toiletries 
  • Water heater / bidet





Biik-biliknya dihias moden dan sedap mata memandang. Bagi mereka yang ada anak kecil, anda boleh request katil bayi dengan caj tambahan.  

 

Baca: Apa yang ada di Pasar Payang Terengganu?


Restoran Lengquas


Selain itu Singgah Kertih turut menyediakan sebuah restoran iaitu Lengquas Cafe yang beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Antara menu menarik seperti masakan panas, satay, dan western.

 

Jarak dengan tempat menarik: 


  • McDonald's - 1 km
  • Kerteh Airport - 3.7 km
  • Mesra Mall - 8 km
  • Pantai Kerteh - 4.7 km 
  • Awana Kijal - 14.7 km 


Tawaran RM300 untuk 3 hari 2 malam


Kalau nak tahu, Singgah Kertih adalah anak syarikat di bawah Kopetro yang kini sedang mengadakan promosi 'Book Now Stay Later" sehingga 31 Dis 2021. 




Melalui promosi ini anda akan menikmati harga serendah RM300 untuk Standard Room + Breakfast + Welcome drink. 


Untuk maklumat lanjut tentang Hotel Singgah Kertih dan pakej penginapan yang ditawarkan, layari www.singgah.com.m

 

Dengan fasiliti dan harga menarik ini tidak ada alasan lagi kenapa anda tidak menginap di Singgah Kertih. Selamat bercuti! 

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Ok. Beres. Nie boleh masuk dalam list untuk Cuti-Cuti Malaysia nie. Murah betul pastu banyak plak lokasi berdekatan kan.

    ReplyDelete
  2. bg yg nak budget hotel..hotel ni dia punya kemudahan pon ok..environment hotel dan bilik pon ok juga....nice

    ReplyDelete
  3. Wow... I like the interior of this hotel. It look so chic and stylish. Love the combination of lime and aqua. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. Ok, kalau jalan-jalan makan angin di sana nanti, boleh menginap di hotel ni. Nampak selesa sangat!

    ReplyDelete
  5. Rentas negeri dah boleh. Jadi mesti boleh jadi salah satu pilihan untuk menginap. Nampak sangat selesa.

    ReplyDelete
  6. promo rm300 tu.mmg berbaloi dan sangat murah.. kalau ke kerteh boleh singgah

    ReplyDelete
  7. Nampak clean and clear je hotel ni. Harga promo tu memang berbaloi. boleh rehat tiga hari

    ReplyDelete
  8. fuyoo...cantik betul hotel ini.

    ada peluang mahu juga pergi

    ReplyDelete
  9. Sports betting is a "significant opportunity" for Disney, according to the company's CEO Bob Chapek. Rakesh Sharma is a writer with 8+ 코인카지노 years of experience in regards to the intersection between technology and enterprise. Rakesh is an skilled in investing, enterprise, blockchain, and cryptocurrencies. Innovative 'HotBet' feature that allows you to copy the bets of profitable punters & type analysts. For instance you would lay a wager against Tiger Woods to win a golf tournament.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top