Selasa, 12 Oktober 2021

6 Telefon Gaming Bawah RM500 Terbaik!

Bagi golongan muda, telefon pintar bukan sekadar untuk berkomunikasi. Tetapi peranti hiburan tanpa had. Selain mengambil gambar, menggunakan sosial media, menonton video, kebolehan telefon untuk handle permainan video juga amat penting. Oleh itu saya senaraikan sejumlah telefon gaming bawah RM500 untuk rujukan anda. 

 

Untuk mereka yang berbajet rendah, jangan risau. Masih ada telefon gaming yang sedap untuk anda layan Mobile Legend, PUBG Mobile, COC, dan lain-lain. Telefon ini boleh support grafik 'smooth/extreme' dan boleh disable gyroscope. 


 

Biarpun murah ia masih boleh handle gaming, berbaloi, dan masih relevan untuk digunakan tahun ini. 

 

1.  Xperia XZ2


Cukup popular ketika pertama kali dikeluarkan. Kini harganya skitar Rm370 sahaja. Sangat berbaloi kerana dikuasakan dengan Snapdragon 845, 4GB Ram dan storan 64GB. Power kan? Saiz skrinnya pula memang cukup nice untuk main game. 

 


 

Boleh main PUBG dengan guna setting 'smooth + extreme + HDR Ultra', manakala gyroscope nya pula amat lancar.  Xperia ini adalah keluaran Sony, jadi ia hadir dengan speaker stereo speaker yang padu.


Paling best, ada game mode, dan anda boleh rakam gameplay untuk dimuat naik di Youtube atau mana-mana sosial media. Ia boleh dikategorikan sebagai Smartphone bawah RM500 terbaik 2021.


Cipset - Snapdragon 845

Pemprosesan -  Android 10

Skrin - 5.7" Full HDR FHD+ (2160x1080), TRILUMINOS™ Display

Bateri - 3180mAh

Kamera - 19MP

 

Harga: RM378

Beli di sini: https://invol.co/cl6h3rs

 

Artikel berkaitan:

+ 7 Telefon Murah Tapi Berkualiti

+ Cara Beli UC PUBG Mobile

+ Handphone Murah Bawah RM300

 

2.  LG V30 Pus


Harganya hampir mencecah RM500, dikuasakan dengan cip Snapdragon 835. Dah cukup powerfull untuk main PUBG Mobile dan boleh guna grafik 'smooth + extreme'. Gyroscope pun stabil.Malah, korang ko;eh turun di kawasan ramai enemy seperti Bootcamp atau Pochinki tanpa lagging. 




Apa yang saya suka tentantelefon gaming ini, adalah rekaan bandannya yang lebih fresh. Bingkai yang minimal, ada audio jack 3.5mm, boleh record gameplay, dan kualiti kamera pun cemerlang. 


Cipset - Snapdragon 835

RAM/ROM - 4GB + 64GB

Pemprosesan -  Android 9

Skrin - 6 inci  P-OLED, HDR10, Dolby Vision, Gorilla Glass 5

Bateri - 3300mAh , fast charging 18W

Kamera - Belakang 16MP + 13MP | Hadapan 5MP


Harga: RM369

Beli di sini: https://invol.co/cl6nox5

 

3. NARZO 30A

 

realme NARZO 30A ini memang dicipta untuk golongan muda yang gemarkan hiburan khususnya gaming. Pada tanda harga RM499, anda dah boleh menikmati pengalaman gaming memuaskan setanding telefon premium. 

 

 

 

Baca: realme NARZO 20 Pro - Handphone Gaming Terbaik

 

Dikuasakan dengan Helio G85 Gaming Processor, 4GB + 64 GB sudah cukup cemerlang tau. Bahkan, saiz baterinya pula adalah sebesar 6000mAh! Telefon ini masih fresh di pasaran. Ramai yang pakai terutama kaki gaming yang perlukan phone pada harga bajet. 


Cipset - MediaTek Helio G85 (12nm)

RAM/ROM - 4GB + 64GB

Pemprosesan -  Android 10, Realme UI

Skrin - 6.5 inci, 720 x 1600 pixels

Bateri - 6000mAh , fast charging 18W

Kamera - Belakang 13MP + 2MP | Hadapan 8MP

 

Harga: RM499

Beli di sinihttps://invol.co/cl6noy6


4. Redmi Note 8


Saya cuba cari telefon Redmi bawah RM500 untuk gaming, namun gagal temui yang betul-betul berbaloi untuk anda. Jadi saya selitkan Redmi Note 8 yang berharga sekitar RM528.

 

Cukup cemerlang dari segi performance. Lancar dan padu dari segenap aspek, berbanding jenama lain pada tanda harga sama. 

 


 

Dilengkapi dengan Snapdragon 665, bateri 4000mAh, dan Android 9. Kameranya juga menghasilkan kualiti yang padu kalau nak buat video TikTok atau Youtube.


Best untuk main game sebab skrin besar dan tidak berdepan dengan lagging yang ketara. Kalau anda tengah cari telefon realme bawah RM500 untuk anak, this is the one. 


Cipset - Snapdragon 665

RAM/ROM - 4GB + 64GB

Pemprosesan -  Android 10, Realme UI

Skrin - 6.3 inci, IPS LCD 1080 x 2340 pixels

Bateri - 4000mAh , fast charging 18W

Kamera - 4 Belakang 48MP + 2MP | Hadapan 13MP


Harga: RM528

Beli di sini: https://invol.co/cl6noyj

 

5. realme C12

 

Dilancarkan pada Ogos 2020, realme C12 merupakan telefon bajet tetapi menawarkan ciri sama yang ada pada telefon kelas pertengahan. Spesifikasi seperti bateri 6000mAh, reverse charging, triple camera, dan gaming processor memang diperlukan oleh mereka yang suka main game. 

 


 

C12 menggunakan cip Helio G35 Gaming processor yang boleh handle PUBG, Mobile Legend dan CoC dengan baik. Boleh guna setting 'smooth + medium', tapi tidak digalakkan guna gyroscope. 

 

Cipset - MediaTek Helio G35

Pemprosesan -  Android 10, realme UI

Skrin - 6.5 inci, IPS LCD, HD+

Bateri - 6000mAh

Kamera - Belakang Triple camera 13MP / Hadapan 5MP

 

 

Harga: RM499

Beli di sinihttps://invol.co/cl6np00


Mempunyai bajet rendah tidak bermakna tak boleh main game. Sekarang korang dah tahu telefon gaming bawah RM500 yang berbaloi untuk dimiliki. Korang boleh cari telefon di atas di kedai atau beli online melalui link yang disediakan.

 

2 ulasan:

  1. Banyak juga telfon gaming yang bagus-bagus rupanya. Asalkan tahan lama dan bebaloi, ok lah kan

    BalasPadam
  2. ada juga jenama yang baharu saya kenal

    BalasPadam