Jumaat, 14 Januari 2022

8 Tips Berniaga di Shopee

Tips berniaga di Shopee? Tips yang bakal saya senaraikan dalam artikel ini amat sesuai untuk diamalkan oleh peniaga baru dan mereka yang nak tingkatkan jualan. Rugi kalau tak ambil tahu teknik berniaga di Shopee.


Platform ini bukan sahaja percuma, bahkan segala tools untuk boost jualan sudah tersedia untuk anda guna. Lagipun Shopee menerima berpuluh juta pelawat setiap bulan. Malah, berniaga di Shopee tak perlu SSM. Jadi, ambil kesempatan ini untuk lariskan jualan.


Kalau anda masih terkial-kial, cuba guna tips berniaga di Shopee ini.

 


 

1. Guna gambar jelas dan menarik


Gambar adalah first impression pelanggan terhadap produk yang anda jual. Penggunaan gambar yang baik amat penting untuk menjelaskan kualiti produk dan servis anda. Pastikan gambar utama memfokuskan produk tanpa gangguan item lain. 


Gambar juga haruslah terang. Biarpun anda sendiri yang ambil gambar produk, edit sehingga gambar tersebut jelas dan nampak mengundang.  

 

Gambar KIRI lebih baik dan jelas.

 

2. Daftar Shopee Free Shipping Program


Semua pelanggan tak suka bayar kos penghantaran sampai sanggup tunggu hari promosi untuk shopping semata-mata untuk menikmati "penghantaran percuma".



 

Shopee Free Shipping Program ini sangat bagus kerana anda sebagai seller serta pelanggan tidak perlu bayar kos penghantaran terhadap produk bawah 5kg.


Sebagi mendaftar label 'Free Shipping' akan tertera pada produk. Kelebihan inilah yang akan menarik perhatian pelanggan! Daftar percuma - https://shopee.com.my/web/events3/code/1869732280/?


Artikel berkaitan:

+ Cara Jual Barang Dropship di Shopee

+ Cara Daftar Free Shipping Shopee

+ Cara Naikkan Sales di Shopee

+ Dropship Shopee Tanpa Modal

 

3. Buat diskaun


Selain penghantaran percuma, diskaun juga boleh buat pelanggan rambang mata. Shopee sediakan tools di mana anda boleh buat potongan harga dan jumlah diskaun akan tertera pada produk. 


Pelanggan mudah tertarik pada potongan harga, jadi label warna kuning itu amat penting.  

 



Cara buat diskaun

  1. Pilih 'Marketing Center'
  2. Create New Discount Promotions
  3. Isi jumlah diskaun dan tempoh diskaun berjalan
  4. Pilih produk yang ingin anda kenakan diskaun
  5. Pilih 'Done' 


Tutorial penuh di - Cara Buat diskaun di Shopee 


4. Sertai kempen jualan


Shopee sering adakan kempen jualan besar-besaran seperti setiap tarikh 11.11, 6.6, Payday, atau musim perayaan. Nah, inilah masanya untuk anda sertai 'My Campaign'. 

 

Pada promosi khas ini, jumlah pelanggan meningkat lebih tinggi berbanding hari biasa. Pada waktu ini, anda perlu letak diskaun dan tawarkan Free Shipping. Hanya seller yang sertai kempen sahaja yang akan memaparkan logo Free Shipping dan promosi khas. Tengok gambar di bawah. 

 

5. Boost Now

 

Tips berniaga di Shopee seterusnya adalah 'Boost Now'. Tools percuma yang Shopee sediakan. Iniadalah salah satu cara untuk anda naikkan sales di Shopee.


Boost Now ini bertujuan untuk pastikan produk anda mudah dilihat pelanggan setiap kali mereka buat carian.  

 


 


Macam mana nak Boost? Mudah sahaja. Pergi ke bahagian 'Me > pilih produk > tekan "Boost Now".  Anda cuma boleh boost 5 produk sahaja dalam masa 4 jam. 



6. Beli printer


Printer merupakan satu pelaburan terbaik dalam bisnes Shopee. Printer ini bertujuan untuk anda cetak airway bill dan invois yang perlu anda tampal pada bungkusan. 


Airway bill tersebut memaparkan nama serta alamat seller dan pelanggan, QR kod, dan maklumat berkaitan untuk memudahkan urusan penghantaran kelak. 

 


Anda boleh guna printer biasa, atau thermal printer. Better guna thermal printer kalau solely nak print airway bill je. Saya sediakan link pembelian di bawah. 


 

7. Jual barang dropship

 

Dropship adalah di mana anda tidak perlu simpan stok ataupun pos barang kepada pelanggan. Anda cuma beli stok dari pembekal, setup kedai Shopee, dan promosi. 

 

Sebaik sahaja ada jualan, anda perlu notify pembekal, dan merekalah yang akan bungkus dan pos barang tersebut kepada pelanggan. Cara berniaga di Shopee sebagai dropship ni lebih mudah dah tak perlu bersusah payah. Plus, memang menguntungkan!


 

8. Rujuk Panduan Bisnes Shopee

 

Satu lagi perkara yang wajib anda buat adalah baca Panduan Bisnes Shopee. Panduan ini ajar secara detail dari cara setup kedai Shopee hinggalah tips jana 4 angka seminggu. 



Panduan ini turut memuatkan:

  1. Teknik rahsia dapatkan 1000 followers seminggu
  2. Cara berniaga di Shopee 2022 (paling latest!)
  3. Selesaikan masalah barang tak sampai pada pelanggan
  4. Cara buat dropship Shopee
  5. Senarai pembekal dropship yang dipercayai
  6. Senarai produk panas & laku keras
  7. Produk tanpa pesaing

 

Berbaloi baca panduan ni. Korang boleh baca di - Panduan Bisnes Shopee

 

Semoga artikel tips berniaga di Shopee ni dapat bantu anda lariskan perniagaan. Good luck! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan