ABOUT

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di NIKKHAZAMI.COM. Ini merupakan blog peribadi ditulis oleh Nik Khazami Nik Aziz yang mengandungi perkongsian maklumat, kembara, pengalaman peribadi, serta turut memuatkan informasi berguna. Menerusi platform Blogger, penulis mengambil peluang yang ada untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dengan pengguna-pengguna internet.

Blog ini dibina pada tahun 2009 lagi, ketika itu penulis sedang menuntut di sebuah kolej swasta dalam jurusan Diploma Kewartawanan. Perjalanan blog ini bermula dengan nama nikkhazami.blogspot. Saban tahun, jumlah pengunjung blog ini semakin meningkat dan mendapat respon yang positif. Penulis mengambil keputusan untuk meningkatkan jenama dengan memiliki domain sendiri. Dan kini blog ini dikenali sebagai NikKhazami.com.

Sebagai seorang blogger, saya berusaha untuk cuba menyampaikan informasi yang berguna dan tepat buat pembaca.  Penulis juga tidak akan menyebarkan khabar angin atau maklumat yang belum jelas akan kesahihannya. 

Selain berusaha untuk mengisi blog ini dengan maklumat menarik, penulis juga ingin memastikan NikKhazami.com mendapat tempat terbaik di laman carian Google.com dengan memantapkan ilmu-ilmu SEO (Search Engine Optimization). 

Penulis komited dalam menjadikan blog ini berdiri sebaris dengan blog-blog tempatan yang hebat lain dengan memaparkan informasi yang berguna buat pembaca pada masa akan datang. 

Terima kasih. 

0 comments:

Catat Ulasan