Memaparkan catatan dengan label adsense. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adsense. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Mac 2016

,

Cara Buat Duit dengan Blog. Ada yang tanya, macam mana seorang blogger boleh buat duit dengan blog? Buat blog memang mudah, tapi tak semua tahu bagaimana cara nak jana income tambahan melaluinya terutamanya blogger baru.

Tulis blog dapat duit ke? Mestilah boleh, kalau kena caranya. Peluang untuk jana pendapatan sampingan terbuka luas dengan hanya sebuah blog. Ia boleh datang dari pelbagai cabang. Lebih banyak cara yang anda guna, lebih banyak income yang blogger boleh dapat.

Ada yang dibayar dalam ringgit, ada yang dibayar dalam USD.

Dalam entri ni saya akan kongsikan beberapa tips jana income melalui blog berdasarkan pengalaman sendiri.

Cara Buat Duit dengan Blog


Adsense


Adsense merupakan cara paling digemari dan memang 100% menghasilkan pulangan. Kalau nak tahu, Adsense merupakan sebuah syarikat pengiklanan kendalian Google yang memaparkan iklan pada laman web, Youtube, serta aplikasi telefon pintar.

Cara buat duit dengan Youtube pun guna Adsense tau! Dengan Adsense lah Youtuber mendapat pendapatan puluhan ribu sebulan.

Ia menjadi kegemaran ramai kerana anda akan dibayar dalam mata wang USD! Setiap iklan yang dipaparkan mempunyai nilai yang berbeza. Ada yang bernilai US$0.20 ada yang mencecah US$3.66 untuk satu klik.



Lebih banyak artikel, lebih banyak pengunjung. Lebih banyak pengunjung, maka banyaklah jumlah klik yang akan ada perolehi. 

Itu adalah sebab mengapa buat duit dengan blog Adsense menjadi pilihan blogger. 
Cara buat duit dengan Adsense ini bukan sekadar, tulis artikel dan letak kod iklan sahaja. Anda kena tahu SEO, dan keyword yang bernilai tinggi. 


Saya syorkan anda rujuk Panduan Adsense Revive untuk ketahui teknik yang betul dalam menghasilkan earning Adsense yang lumayan.

Panduan tersebut mengandungi step by step dari memohon Adsense hinggalah cara untuk tackle keyword bernilai tinggi. Anda boleh terus ke pautan ini - Panduan Adsense Revive

Nuffnang


Syarikat pengiklanan Nuffnang lebih kurang sama seperti Adsense. Tetapi ia berpengkalan di Malaysia dan anda dibayar dalam matawang Ringgit.

Cara buat duit dengan blog Nuffnang jauh lebih mudah. Bahkan cara pasang iklan pada blog juga senang dan cepat. Mungkin sebab itulah ramai blogger baru memilih Nuffnang sebagai alternatif kepada Adsense.
Saya sendiri masih memapar iklan Nuffnang dari tahun 2010. Masyuk jugak tau!

Advertorial dan review produk


Berdasarkan kualiti blog, kekuatan Search Engine Optimization (SEO), serta jumlah pengunjung, sebuah blog mampu menarik minat syarikat besar ataupun usahawan untuk menulis review tentang produk/servis mereka. Pengiklan akan bayar anda dengan jumlah yang telah dipersetujui untuk satu post.

Kenapa mereka sanggup bayar? Kerana orang akan Google produk mereka dan baca review yang anda tulis. Pengiklan sanggup bayar dari harga RM30 hinggalah ratusan ringgit untuk promosi. Blogger pulak dapat bayaran dan trafik organik.

Cara buat duit dengan Instagram menggunakan konsep sama. Anda boleh rujuk artikel - Cara Berniaga di Instagram

Sewa ruang iklan

Buat duit dengan iklan pun mendatangkan hasil yang lumayan. Sebelum buka ruang iklan pastikan blog anda terima ribuan trafik sehari. Saya ulang, ribuan. Berbaloi ke pengiklan sewa tapak iklan di blog anda? Ramai ke yang akan tengok iklan tu? Kalau hanya 30 views sehari, baik lupakan hasrat. Kesian pengiklan tak dapat pulangan.


Yakinkan mereka dengan traik blog harian, mingguan, dan bulanan. Tak cukup dengan tu bagi sekali ranking Alexa dan Google Pagerank. Pastikan pengiklan yakin sewa ruang iklan di blog anda benar-benar berbaloi dan dilihat ramai pengunjung. Jangan pulak penuhkan setiap ruang blog dengan iklan, nanti lambat loading blog terus hilang viewers. Orang tamak selalu rugi.


Buat duit dengan affiliate


Dalam bahasa mudah, affiliate adalah komisen yang anda perolehi sekiranya berjaya mendapat jualan hasil dari promosi.

Affiliate ni anda cuma perlu daftar dan buat promosi melalui tulis artikel promosi, hantar email, atau post link pada sosial media.

Kalau ada blog lagi mudah. Tulis artikel promosi dan selitkan link affiliate. Pasti ada orang beli! Percayalah, saya dah cuba dan ia berhasil. 

Komisen akan dibayar sekiranya berjaya buat jualan melalui link anda. Sebab itulah anda kena tahu 'ayat menjual' untuk memujuk dan meyakinkan orang ramai supaya beli produk berkenaan melalui link anda. 

Antara program affiliate popular adalah Klikjer, dan Involve Asia. Syarikat yang jual domain dan hosting macam NetKL pun ada affiliate.


Contest


Okay, cara ni tak selalu dapat. Tapi bila dapat memang berbaloi. Ada yang menganggap sertai contest ni buang masa sebab belum tentu boleh menang. Betul. Tapi kalau tak join tak menang langsung. Sama ada contest SEO, tulis artikel terbaik, ataupun top referral, kalau buat betul-betul anda boleh menang wang tunai atau produk.

Saya sendiri dah banyak kali menang wang tunai. Segala bentuk kemenangan saya dah masukkan dalam label >> Pencapaian. Pergi baca.

Banyakkan cara buat duit dengan blog ini? Kalau tidak masa kan rama blogger yang masih kekal menulis. Kalau anda tahu caranya, blog adalah lubuk duit online yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Cubalah!