Memaparkan catatan dengan label advertorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label advertorial. Papar semua catatan

18 Oktober 2017

Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano

Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano

Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano (www.plano.co). Memberikan gajet kepada anak-anak sudah menjadi perkara biasa. Tablet, iPad, telefon pintar bagaikan 'sahabat baik' anak-anak. Mana tidaknya, sejak bayi lagi mereka telah didedahkan dengan peranti ini.

Ramai ibu bapa menggunakan alasan gajet sebagai cara untuk mengalih perhatian anak supaya tidak meragam. Memang benar, jika dilihat dari sisi positif gajet boleh memberi faedah untuk tujuan pembelajaran.

Namun perkara yang baik boleh memudaratkan jika diguna secara keterlaluan dan tidak terkawal.


Penggunaan gajet secara berlebihan akan memberi membawa perilaku negatif kerana mereka terlalu asyik dan bergantung kepada peranti itu serta tidak mahu bersosial. Dengan kecanggihan teknologi masa kini dan lambakan laman sosial, entah apa yang boleh diterokai oleh mereka.

Baca: Lokasi yang Dikaburkan Google Earth

Malah, melihat gajet pada jarak dekat dengan terlalu lama akan menyebabkan mata menjadi rosak. Disebabkan itulah ibu bapa disaran mengawal anak-anak dalam menggunakan gajet.

Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano

Peka dengan masalah ini, Pusat Mata Kebangsaan Singapura membina PLANO (parental control app) iaitu aplikasi yang membantu ibu bapa dalam mengawal penggunaan gajet anak.


Plano membolehkan ibu bapa memantau peranti anak-anak supaya mereka menggunakannya dengan sihat, selamat, dan seimbang serta melindungi keluarga dari unsur negatif.

Antara fungsi menarik yang terdapat dalam aplikasi Plano:

1. Mengurus masa mereka dengan peranti
- Membuat jadual tidak boleh guna ketika menyiapkan kerja sekolah, makan, & tidur
- Mematikan peranti mengikut arahan anda
- Menetapkan penggunaan peranti sebanyak 4 kali sehari
- Menetapkan peringatan waktu rehat & aktiviti lain

Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano

2. Mengurus kandungan yang boleh dilihat
- Tidak membenarkan mereka akses aplikasi yang telah dimuat turun
- Menyembunyikan pelayar web
- Memantau aplikasi yang digunakan

3. Menjaga mata anak
- Memastikan menggunakan peranti pada jarak yang betul
- Penapis sinar biru supaya mereka boleh tidur nyenyak
- Menerima notifikasi pemeriksaan mata
- Mengurangkan sindrom ocular


Menariknya Plano turut hadir dengan fungsi 'mata ganjaran' di mana anak akan menerima rewards jika mereka menggunakan peranti dengan baik.

Anda boleh memuat turun aplikasi Plano pada peranti iOS dan Android. Nikmati Plano secara percuma selama 30 hari.


App Store: https://itunes.apple.com/sg/app/plano-parental-control-app-for-families/id1261481045?mt=8
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=co.plano&hl=en

Entri sebelum ini - Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Terima kasih kerana membaca Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano

20 Mei 2017

Minyak Kelapa Dara Terbaik - D'Fera


Minyak Kelapa Dara Terbaik- D'Fera. Khasiat minyak kelapa dara sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Ia popular bukan sahaja di Asia Tenggara bahkan di serata dunia. Ini kerana khasiat dari buah serbaguna ini telah terbukti secara saintifik.

Kita sudah lihat banyak jenama yang berasaskan minyak kelapa dara di pasaran tapi antara yang terbaik adalah D'Fera. Ini kerana produk ini 100% asli, semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia seperti produk kebanyakkan produk lain di pasaran. Bahkan, bagi menghasilkan minyak kelapa dara berkualiti, D'Fera hanya menggunakan kelapa terbaik. 
 

Produk D'Fera merupakan 100% buatan tempatan dan turut  serta menepati piawaian dari segi Amalan Perkilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa yang menarik tentang D'Fera adalah ia memberi lebih pilihan kepada pengguna dengan menghasilkan beberapa jenis produk berasaskan kelapa dara yang setiap satunya mempunyai khasiat tersendiri. Antara produk keluaran D'Fera adalah...

Minyak Kelapa Dara Terbaik - D'Fera

BeautyFera. RM35 (SM) | RM40 (SS)
BeautyFera
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Merangsang metabolisme badan
  • Memperbaiki pencernaan
  • Mengurangkan kolestrol
  • Mengawal kencing manis & antioksidan semulajadi
  • Melancarkan peredaran darah
  • Baik untuk ibu mengandung bagi mempermudahkan proses bersalin 
  •  
Cara pengambilan  BeautyFera: Dua kali sehari. 1 sudu setiap lepas makan pagi dan malam.

Baby Oil: RM35 (SM) | RM40 (SS)
Essential Baby Oil 
  • Mengelakkan ruam panas, ruam lampin 
  • Menenangkan bayi supaya dapa tidur nyenyak
  • Sesuai digunakan oleh orang dewasa 


Bedak Sejuk: RM25 (SM) | RM30 (SS)
Rice Masker (Bedak Sejuk)
  • Dicampur dengan minyak kelapa dara dan bunga mawar. 
  • Boleh menghalus dan melembabkan kulit wajah 
  • Merawat kulit bermasalah. 

Minyak Angin: RM15 (SM) | RM20 (SS)
Magiferra (Minyak Angin)
  • Melegakan sakit kepala dan pening.
  • Melegekan sakit sendi lutut, terseliuh dan kekejangan.
  • Sesuai untuk bayi yang mengalami perut kembung, sakit tekak dan batuk

Sabun Muka: RM30 (SM) | RM35 (SS)
Facial Soap (Sabun Muka)
  • Diperkaya dengan minyak kelapa dara, madu dan vitamin T3
  • Mampu membersihkan kulit wajah 
  • Menghapuskan jerawat. 

shampoo minyak kelapa dara
Shampoo: RM25 (SM) | RM30 (SS)
Shampoo
  • Dirumus khas menggunakan minyak kelapa dara dan vitamin B5 
  • Menyuburkan rambut dari akar. 
  • Melebat dan melembutkan rambut
  • Mencegah rambut anda dari rosak dan gugur. 
  • Bebas SLS & SLES dan selemat digunakan.

Lotion: RM35 (SM) | RM40 (SS)
Lotion
  • Melembapkan kulit
  • Mencegah daripada kekeringan dan penggelupasan
  • Melambatkan kedutan
  • Menyihatkan kulit yang tidak bermaya 
  • Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk minyak kelapa dara dari D'Fera, sila hubungi:

HP: 017-3721815

Terima kasih kerana membaca Minyak Kelapa Dara Terbaik - D'Fera

12 Mei 2017

Chefmanship Akademi Bantu Elak Pembaziran Pada Ramadan


Chefmanship Akademi Bantu Elak Pembaziran Pada Ramadan. Bulan Ramadan yang bakal menjema  tidak lama lagi, dan pastinya bazar Ramadan menjadi tumpuan umat Islam mencari juadah berbuka puasa. Baik pembeli mahupun peniaga, kita dinasihatkan supaya tidak melakukan pembaziran.

Di Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menjangkakan sisa buangan di bandar ini bakal meningkat sehingga lima kali ganda berikutan cuti sekolah selama dua minggu pada permulaan Ramadan.

Baca: Senarai Taman Tema di Malaysia

Chefmanship Akademi Bantu Elak Pembaziran Pada Ramadan

Oleh itu Unilever Food Solutions Malaysia (UFS) berkerjasama dengan MPKB untuk menjayakan Chefmanship Akademi, iaitu program kesedaran buat peniaga dalam memberikan pendidikan tentang pengurusan lebihan makanan bagi mengelak pembaziran.

Pengurus Jualan Nasional UFS, Eric Chong,​ memberi penerangan lanjut tentang Chefmanship Akademi.
Program yang berlangsung di dewan Jubli Perak ini dihadiri kira-kira 400 pengendali makanan bazar Ramadan. Chefmanship Akademi memberikan penerangan tentang kualiti makanan dan perkhidmatan supaya dapat menjadi peniaga bijak dan mengelakkan pembaziran khususnya pada bulan puasa.

Sebagai syarikat pembekal barangan keperluan harian dunia, UFS komited dalam memberi kesedaran kepada orang awam dalam pengurusan sisa dan lebihan makanan. Ini kerana menurut rekod Instititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),  pembaziran  makanan oleh rakyat Malaysia berjumlah 8,000 tan sehari dan kebanyakannya masih bersih dan boleh dimakan.

Kesedaran ini penting bukan sahaja untuk mengelak pembaziran bahkan menjaga kebersihan dan kualiti makanan pada bulan Ramadan. 

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.unileverfoodsolutions.com.my/

23 Ogos 2016

Nyra Skinworks: Foundation Tahan Lama

nyra skinworks: pearl foundation

Nyra Skinworks: Foundation Tahan Lama. Perempuan, kalau nak keluar mesti kena pakai mekap sebab nak tutup jerawat dan supaya muka nampak glowing depan public. Tapi nak pakai bedak asas/foundation jenama apa?

Memilih foundation terbaik memang susah. Sudah pasti anda mahukan foundation yang sesuai dengan warna kulit, menjadikan kulit berseri, dan yang paling penting tahan lama. Tak nak pulak nanti pakai pukul 8 pagi kemudian pukul 2 petang dah mula hilang. Muka pulak nampak berminyak.

Produk tempatan, Nyra Skinworks: Pearls Foundation yang diasaskan oleh Nazatul Nazira boleh memenuhi apa yang wanita mahukan pada foundation. Kalau nak tahu, foundation ini tahan sehingga 24jam!

Nyra Skinworks: Foundation Tahan Lama

Produk ini mengandungi bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan bagus untuk kulit disamping mampu merawat masalah kulit. Ini kerana Pearl Foundation mengandungi formula semulajadi seperti:

  • Serbuk mutiara - Mencerahkan kulit
  • Minyak kelapa dara - Mengandungi vitamin A,D,E dan membantu melewatkan proses penuaan
  • Beeswax - Merawat masalah kulit kering
  • Sheabutter - Melembab dan melembutkan kulit
nyra skinworks: pearl foundation 2

Packaging

Dengan seberat 15g, ia memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana. Bentuk bekasnya pula tidak keterlaluan dan cukup senang dibuka jika ingin mengenakannya dengan pantas.

Lagi satu foundation ni mampu mengelak kulit dari menggelupas, merawat jerawat dan kulit rosak akibat sinaran UV.. Maknanya ia bukan berfungsi sebagai bedak asas sahaja.

Apa yang menarik tentang Nyra Skinworks Pearl Foundation:
  • Tahan sehingga 24 jam
  • Anti rekahan
  • Menjadikan kulit licin dan berseri
  • Tidak berminyak
  • Mempunyai perlindungan UV
  • Sesuai untuk semua warna kulit
  • Menutup cela pada wajah
  • SPF30
  • Berbau harum
Harga 
RM89 (Semenanjung) RM99 (SS)

Contact
Facebook: Nazatul Nazira

nyra skinworks: pearl foundation 3

Entri sebelum ini - Cara Semak Lenovo Original

Terima kasih kerana membaca Nyra Skinworks: Foundation Tahan Lama

6 April 2016

Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Penulis Terbitkan Karya


Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Terbitkan Karya. Berita baik buat penulis-penulis berbakat kerana karya anda bukan sahaja bakal dicetak oleh syarikat penerbitan terkenal  bahkan diadaptasi ke dalam bentuk media digital. 

Ini kerana Perbadanan Kota Buku dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menganjurkan pertandingan 'Page to Pitch (P2P) Media 360' bagi memberi peluang kepada penulis menerbitkan karya mereka.

Masih ramai penulis buku yang mampu menghasilkan karya hebat tetapi tidak diberi peluang menerbitkan karya mereka. Jadi, pertandingan P2P boleh menjadi platform untuk menerbitkan idea anda kemudian diadaptasi dalam bentuk media digital. 

Menariknya daripada sebuah buku ia bukan sahaja boleh dijadikan drama/filem,  karya anda mungkin diterbitkan menjadi dokumentari, perisian, animasi, permainan, atau portal. Ini selari dengan nama P2P Media 360 itu sendiri.

Pertandingan Page to Pitch (P2P) Media 360


P2P terbahagi kepada dua kategori iaitu:

1. Idea untuk Penerbitan (terbuka kepada peserta ASEAN) - Khusus untuk penulis baru dan pemenang peluang untuk menerbitkan buku mereka dengan Karangkraf, bakal membawa pulang RM5,000 dan karya yang diterbitkan dijangka bernilai RM50,000.

2. Penerbitan untuk Adaptasi (warganeraga Malaysia sahaja) - menyasarkan para penulis yang telah menerbitkan karya mereka untuk mengadaptasikannya ke dalam bentuk kandungan media digital bersama. Pemenang utama akan menerima Geran Pembangunan Industri Kreatif oleh FINAS bernilai RM500,000 dan wang tunai RM5,000.

Untuk pengetahuan, ini merupakan pertandingan penerbitan idea ke pelbagai media digital pertama di dunia. Bagi yang mempunyai bakat menulis tidak kira apa genre sekali pun, penyertaan anda dialu-alukan supaya idea/karya mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Syarat penyertaan
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Karya/buku haruslah diringkaskan kepada 100 patah perkataann.
  • Setiap penyertaan perlu dihantar dalam format PDF.
  • Penyertaan harus dihantar melalui email kepada [p2p360@kotabuku.my]
  • Idea mestilah asli dan tidak meniru mana-mana karya yang telah diterbitkan.
Hadiah Page 2 Pitch 360



Anda boleh memuat turun borang penyertaan di www.facebook.com/page2pitch dan boleh menghantarnya bermula sekarang sehingga 22 April 2016.

Jika anda ada pernah tulis novel dan ia masih dalam simpanan, jangan hanya 'peram' idea itu. Ini adalah platform terbaik buat anda 'unsung writers' untuk membuktikan karya anda juga layak diterbitkan seperti penulis lain.

Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook P2P 360 di http://www.facebook.com/page2pitch

Terima kasih kerana membaca Pertandingan 'Page to Pitch' Platform Penulis Terbitkan Karya

10 November 2015

Diskaun Gila-Gila Shopee 11 November!


Diskaun Gila-Gila Shopee 11 November. Berita baik buat kaki shopping kerana portal membeli-belah Shopee hari ini sedang mengadakan jualan mega satu hari pada 11 November 2015 bermula jam 11 pagi hingga jam 11 malam. Anda boleh menikmati harga diskaun sehingga 80%!

Bagi yang masih belum tahu, Shopee merupakan aplikasi telefon pintar yang memudahkan pengguna melakukan jual beli dnegan mudah, pantas serta dijamin selamat. Cuma download aplikasi Shopee pada smartphone dan anda boleh mula shopping! Saya pernah tulis tentang Shopee sebelum ni, boleh rujuk entri >> Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang


Jualan Mega Shopee 11.11

Okay, berbalik kepada diskaun gila-gila pada 11 Nov, Shopee sedang mengadakan Jualan Mega 11.11 di mana anda boleh menikmati potongan harga sehingga 80% dari 11 pagi hingga 11 malam sahaja. Menariknya, terdapat promosi dari kategori berbeza setiap jam. Contohnya dari 11am-12pm diskaun hanya pada kasut sahaja, 12pm-1pm pula pakaian wanita. Macam tu lah seterusnya sehingga jam 11 malam. Kat bawah ni saya sediakan panduan tentang masa promosi dan kategori untuk memudahkan anda.

Kategori Jualan Mega Shopee 11.11

11am - 12pm  >> Kasut
12pm - 1pm   >> Pakaian wanita
1pm - 2pm     >> Aksesori
2pm - 3pm     >> Pakaian lelaki
3pm - 4pm     >> Suppelent & peralatan sukan
4pm - 5pm     >> Jam tangan
5pm - 6pm     >> Kelengkapan rumah
6pm - 7pm     >> Beg
7pm - 8pm     >> Bayi, kanak-kanak & mainan
8pm - 9pm     >> Produk penjagaan diri & kecantikan
9pm - 10pm   >> Mobil & gajet
10pm - 11pm >> semua jenis fesyen

Cara mendapatkan diskaun

Bila dah pilih barang yang nak beli anda kena masukkan kod diskaun untuk mendapatkan potongan harga. Senang je, cuma masukkan kod pada ruang yang akan terpapar pada skrin telefon sebelum buat pembayaran.

Anda boleh dapatkan kod untuk kategori berasingan di bawah:

Kod diskaun Shopee 11 November






Musim perayaan macam ni masing-masing cuti dan nak keluar shopping tapi semua shopping kompleks penuh! Ramai sangat orang! Tapi anda boleh je duduk rumah dan shopping dengan harga murah Hoho!  Banyak kategori ada kat Shopee, anda cuma search je. 

Kena set jam sebab setiap jam ada promosi berbeza. Tak boleh lepaskan peluang sebab satu hari je ni.


Download Shopee secara percuma di App Store, dan Android di Google Play Store. Nak tahu apa yang terkini boleh ikuti Shopee Facebook, Instagram, dan laman rasmi - http://shopee.com.my/mobile/


Terima kasih kerana membaca Diskaun Gila-Gila Shopee 11 November.

17 September 2015

Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang


Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang. Sekarang ni ramai yang melakukan urusan jual beli secara online. Ia bukan sahaja senang, menjimatkan masa dan boleh disebarkan kepada semua pengguna internet. Tapi persoalannya kat mana nak jual atau beli barang paling senang?

Meh nak bagitahu. Saya ni suka baca buku fiksyen, sebab tu selalu buat review buku dalam blog ni. Saya nak cari buku baru dan lama untuk di baca. Dalam masa yang sama saya pun nak jual buku-buku yang saya dah baca. Jadi saya rasa aplikasi Shopee MY memenuhi kehendak saya dalam urusan jual beli.

Apa itu Shopee?

Shopee adalah aplikasi telefon pintar yang direka buat penjual dan pembeli supaya mereka dapat melakukan urusan jual beli dalam satu aplikasi dengan pantas. Fokus utama Shopee adalah untuk memastikan kedua-dua pihak dapat melakukan misi perdagangan dengan ringkas dan paling penting, selamat. .


Contohnya kalau anda nak jual barang, anda hanya perlu tap butang 'Sell', fungsi kamera akan keluar dan sedia untuk mengambil gambar barang yang ingin anda jual. Kemudian isikan informasi barang dan tap 'Submit'. Tak perlu isi borang panjang berjela. Kalau nak beli barang cuma 'search' dan tekan 'buy' sahaja. Ribuan produk ada, mesti tak tahu nak pilih yang mana satu. Haaa!

Sistem pembayaran yang mudah

Setiap kali nak beli barang online pastinya kita ragu-ragu sebab ia melibatkan wang ringgit. Perasaan takut kalau kena tipu tu pasti timbul bila nak buat transaksi. Tapi anda tak perlu risau sebab sistem transaksi sudah tersedia dalam Shopee. Anda boleh membuat bayaran melalui CIMB Clicks, Maybank2u, Hong Leong Connect, dan RHB Now. Paling penting ia dijamin selamat.


Shopee tidak akan kenakan apa-apa charge terhadap anda dan pembeli. Tiada caj tersembunyi.

Privasi

Bila anda dah tertarik dengan sesuatu barang, pastinya anda nak tanya si penjual sama ada barang tu masih available atau nak mintak kurangkan harga (negotiate). Anda tak perlu menghubungi penjual melalui WhatsApp lagi sebab ruangan 'chat' telah tersedia dalam Shopee. Perbualan dan tidak akan didedahkan dan hanya dilihat oleh penjual dan pembeli.

Bagi mereka yang dah berniaga di lama sosial lain, anda boleh kembangkan bisnes anda dengan menjadikan Shopee sebagai platform tambahan. 


Khidmat pelanggan Shopee sedia membantu jika terdapat sebarang kesulitan berkenaan bayaran, status penghantaran, dan kualiti produk. Walaupun Shopee baru sahaja bertapak namun dek kerana kelancaran aplikasi, mudah dan dipercayai, Shopee kini semakin dikenali.


Berkenan betul tengok buku Just Say Yes dengan lens fish eye ni. Harga pun murah je.. Kebetulan tengah cari buku baru. Hoho!


Diskaun RM10 untuk anda!

Sebagai penghargaan, Shopee bermurah hati untuk memberikan diskaun sebanyak RM10 untuk anda. Kod di bawah boleh digunakan untuk semua item di Shopee yang bernilai RM30 ke atas sahaja.


Aplikasi Shopee MY ni percuma je. Bagi pengguna iOS anda boleh download di App Store, dan Android di Google Play Store. Nak tahu apa yang terkini boleh ikuti Shopee Facebook, Instagram, dan laman rasmi - http://shopee.com.my/mobile/

Terima kasih kerana membaca Shopee - Aplikasi Untuk Jual Beli Barang

25 Jun 2015

Shopping Online Murah di Ensogo

Shopping Online Murah di Ensogo. Satu lagi portal beli-belah atas talian terbaik yang menawarkan harga murah dan barangan yang berkualiti adalah Ensogo. Secara jujurnya dah banyak perkara positif yang saya dengar tentang syarikat ni. Ada sesuatu yang istimewa untuk pembaca blog ni. Kalau nak tahu apa, baca entry ni sampai habis.

Bezanya Ensogo dengan pesaingnya adalah ia bukan sahaja menawarkan produk seperti pakaian, gajet, dan aksesori. Tetapi turut menyediakan pakej pelancongan, perkhidmatan serta hidangan buffet pada harga berpatutan.


Ensogo turut menawarkan perkhidmatan seperti salon dan pusat kecantikan pada harga terbaik. Selain itu voucher restoran pun menarik jugak. Harga serendah RM10. Hoho! Siapa nak bagi harga murah macam ni..

Barang-barang keperluan baby seperti mainan dan pakaian pun ada banyak pilihan. Parents mesti rambang mata tengok mainan berjenama dan berkualiti dijual pada harga murah. Saya tertarik dengan Mulfunction Nappy Bag. Siap ada compartment yang boleh unzip untuk dijadikan tempat tidur kalau nak salin lampin.


Saya tahu ramai yang tengah mencari powerbank original pada harga murah. Tak payah pening kepala, beli je di Ensogo. Pelbagai pilihan jenama dan ada diskaun lagi.


Bermacam promosi diadakan demi memberi harga terbaik untuk anda. Terbaharu, Ensogo mengadakan promosi Daily Essentials, iaitu barangan kegunaan harian pada harga terhebat dan dihantar terus kepada anda dalam masa 24jam (sekitar lembah Klang shj). Barangan keperluan harian dijual pada harga yang jauh lebih murah dari pasaraya.. Tengok kat sini >> Daily Essentials


Kod promosi untuk potongan harga RM20

Khas untuk pembaca blog ni, anda boleh gunakan kod promosi [NIK20] untuk mendapat potongan harga sebanyak RM20 dengan setiap pembelian RM60 ke atas. Kod ini boleh digunakan untuk semua item yang ada di Ensogo! Kod NIK20 sah selama seminggu, bermula hari ini 25 Jun - 1 Julai 2015.

Raya dah nak dekat, ni la masanya untuk beli barang-barang dengan harga terendah. Banyak lagi item yang ada di Ensogo. Boleh usha kat sini >> http://www.ensogo.com.my/#?utm_source=Blog&utm_medium=Blogpost&utm_campaign=Supermums

Kena bijak dalam membeli-belah secara online ni. Cari portal yang betul-betul menawarkan harga yang menarik dan Ensogo adalah salah satunya.

Terima kasih kerana membaca Shopping Online Murah di Ensogo.