Memaparkan catatan dengan label advertorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label advertorial. Papar semua catatan

Rabu, 24 Jun 2020

,
Shopping Murah di PGMall | Semakin ramai yang sedar bahawa membeli belah secara online lebih murah dan menguntungkan. Lebih-lebih lagi apabila pandemik Covid-19 merebak ke seluruh dunia, maka kita semua gerun untuk keluar rumah. Bimbang sekiranya dijangkiti. Cara mudah untuk mendapatkan barangan keperluan adalah dengan online shopping

Sebagai seorang yang suuukaaa online shopping, saya nak cuba beli barang di PGMall pula. Sebab terdapat pelbagai jenis barangan dan diskaun ditawarkan setiap hari. Banyak penjimatan yang bakal kita nikmati.


Sebelum itu, untuk korang yang masih belum familiar dengan PGMall, meh saya terangkan.

PGMall adalah satu-satunya platform e-commerce tempatan yang ditubuhkan pada 2017. Sejak dari itu, ia menduduki tempat ketiga sebagai laman web membeli-belah yang paling digemari oleh rakyat Malaysia (berdasarkan laporan laman iPrice). Nampak tak yang PGMall dan mula di terima dan dipercayai ramai.

Selain itu, ia juga berkonsepkan "consumerchant" di mana anda boleh menjalankan perniagaan online dengan jual barang di PGMall ni.


Murahnya Shopping di PGMall


PGMall menjual pelbagai jenis barangan dari pakaian lelaki dan wanita, gajet, barangan runcit, perkakasan rumah, sukan, pakaian kanak-kanak, produk kesihatan/kecantikan, automotif, tiket/baucer, dan termasuklah emas. Ya, emas!


Antara barang yang menjadi target saya sudah tentulah produk skincare. Pelembap muka terbaik dan cleanser dari Simple dan Cetaphil. Murah. Jauh lebih murah dari drugstore. Kalau anda pun tengah cari produk ni, baik grab sekarang.

+ Simple Oil Balancing Moisturizer (RM19.62) - https://bit.ly/2YStCUE
+ Cetaphil Gentle Skin 125ml (RM18) - https://bit.ly/3fJc049


Kesemua barangan dijual pada harga berpatutan and mostly lebih murah dari kedai fizikal. Bukan tu je, banyak diskaun dan promosi menarik. Termasuklah promosi hebat yang bermula pada 29 Jun ini.

PGMall Birthday Sale! 29th June - 5th July 2020

Bersempena dengan ulang tahun PGMall, pelbagai diskaun dan tawaran menarik diberikan kepada pelanggan pada 29 Jun hingga 5 Julai 2020. Barang-barang ni semua dah murah, tapi anda akan peroleh lebih banyak penjimatan pada promosi kali ini. Antara yang menarik sepanjang Birthday Sale nanti adalah:

Diskaun


- Potongan 10% dengan pembelian minimum RM50
- Potongan 20% dengan pembelian minimum RM100

Penghantaran percuma

- Pembeli baharu: Pembelian minimum RM30
- Pembeli sedia ada: Pembelian minimum RM60

Super Killer Deals as low as 0.99cents

Banyak produk menarik yang berharga RM0.99 sahaja! Time ni la korang boleh beli barang pada harga yang tak sampai RM1. Heee!

Top referral

Okay, yang ni pun best jugak. Anda boleh ajak rakan-rakan untuk mendaftar dengan PGMall supaya mereka boleh shopping sekali.

Hadiah:
Tempat pertama - PG Gold 1g
Tempat kedua - C-wallet bernilai RM100
Tempat ketiga - C-wallet bernilai RM50

Tak susah pun nak share link ni. Cuma kongsi di media sosial dan mendaftar dengan PGMall! Bestkan Malaysia shopping websiter baharu ni?

Daily FB Live deals

Setiap hari bermula 29 Jun - 5 Julai, akan ada promosi khas yang berlansung secara LIVE di Facebook. Anda kena tonton dan jadi pemenang bertuah. Hadiahnya cukup lumayan iaitu EMAS 0.5g bernilai RM200!



Kenapa anda perlu beli barang di PGMall?

  1. Murah
  2. Menawarkan pelbagai jenis barang keperluan harian
  3. Terdapat kedai rasmi dari jenama terkemuka
  4. Promosi hebat sepanjang tahun
  5. Mendapat pulangan sekiranya rakan mendaftar dengan referral link anda

Kongsi referral link dan dapat cashbak 0.5%

Berbeza dengan e-commerce seumpamanya yang lain, PGMall menawarkan ganjaran cashback 0.5% sekiranya rakan-rakan mendaftar PGMall menggunakan referral link anda.

Kongsi link khas dengan rakan atau di media sosial. Semakin banyak rakan yang mendaftar dengan link anda, semakin tinggi pulangan yang anda dapat!


Macam mana? 
Login PGMall > Klik 'Share' > Copy link yang tertera > Kongsi link tersebut di media sosial

Laman web: PGMall | atau muat turut aplikasi dari Google Play Store & App Store

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #PGMallBirthdaySale #PGMallBirthdayParty #PGMallCrazySale

Ambil peluang untuk membeli barang keperluan pada harga rendah. Terutama pada PGMall Birthday sale nanti okay?

Jumaat, 7 Februari 2020

,
Mommy Modern Hair Booster - Pelebat Rambut Bayi Terbaik | Melihat si kecil yang memiliki rambut sihat dan lebat adalah impian setiap ibu bapa. Namun, tidak semua bayi dilahirkan dengan rambut lebat. Mencukur selepas dilahirkan lambat menampakkan hasil.

Risau juga kalau tengok rambut anak terlalu nipis sehingga menampakkan kulit kepala. Sehingga ada yang memanggilnya 'si botak' atau 'Upin & Ipin'. Amboi...!


Sebagai ibu bapa, perkara ini sudah tentulah merunsingkan. Mujurlah ada cara melebatkan rambut bayi. 

Selain menjaga pemakanan dengan memberi si kecil makanan yang berzat untuk merangsang pertumbuhan, memakai minyak rambut atau 'hair booster' adalah salah satu cara untuk melebatkan rambut. Pelbagai produk menarik di pasaran, produk Mommy Modern Hair Booster adalah produk pelebat rambut bayi terbaik yang harus anda dapatkan.

Mommy Modern Hair Booster


Kalau nak tahu, Mommy Modern Hair Booster merupakan produk untuk melebatkan rambut. Selain itu ia turut merangsang pertumbuhan rambut agar tumbuh dengan lebat dan sihat. Ia juga menyihatkan kulit kepala, bebas kerak dan kelemumur.

Ia berasaskan berasaskan tiga bahan semula jadi iaitu lavender, minyak zaitun, dan lemon/citrus.

Kandungan


Mommy Modern Hair Booster menggunakan 3 bahan semula jadi iaitu lavender, minyak zaitun, dan citrus. Ketiga-tiga bahan ini sudah terkenal akan khasiatnya dalam menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan.

Jadi ia selamat untuk digunakan pada bayi baru lahir, malah golongan dewasa juga boleh menggunakan produk hebat ini.



Lavender
  • Mencegah dan membasmi kutu kepala (lice)
  • Merawat rambut gugur


Minyak zaitun
  • Menyihatkan kulit kepala
  • Mencegah kelemumur
  • Melembutkan rambut
  • Mempercepatkan pertumbuhan rambut

Lemon / citrus
  • Mengatasi rambut gugur dan bercabang

Anti lice / anti kutu rambut


Selain membantu melebatkan rambut, produk ini turut mencegah kutu. Anak perempuan yang berambut panjang khususnya sering terdedah kepada jangkitan kutu rambut. Ia merupakan masalah biasa tetapi siapa mahu parasit hidup di atas kepala bukan? Penghisap darah! Gatal pulak tu.

Kelebihan Mommy Modern Hair Booster

  • Melebatkan rambut
  • Mengawal kelemumur
  • Mencegah kutu rambut
  • Mencegah rambut bercabang
  • Menyihatkan rambut
  • Memberikan kesan bersinar pada rambut
  • Tidak melekit
  • Mempercepatkan pertumbuhan rambut
  • Berbau wangi (haruman lavender)


Cara penggunaan


Spray di tapak tangan atau terus pada rambut. Ratakan pada kulit kepala bermasalah serta rambut. Sapu sekitar 2 hingga 3 kali sehari, selepas mandi.

Tekstur


Oh ya, pelebat rambut Mommy Modern Hair Booster ini berminyak. Namun, ia langsung tidak berminyak atau melekit. Malah, ia mudah meresap. Plus, wangi!


Harga


RM79 (30 ml), tetapi sekarang anda boleh mendapatkannya pada harga RM59 sahaja.

Hubungi


Facebook: https://www.facebook.com/mommymodernofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/mommy_modern_official/
Nombor telefon: 012 - 444 7732

Testimoni
Setakat ini, rata-rata yang telah menggunakan hair booster ini telah menampakkan hasil. Rambut si kecil semakin tumbuh dengan sihat, berkilat, dan lebat.



Mommy Modern Shampoo & Body Wash


Kalau nak tahu, Hair Booster ini bukan satu-satunya produk keluaran Mommy Modern. Sebelum ini mereka telah keluarkan Shampoo & Body Wash yang bagus untuk kesihatan kulit si kecil. Punyalah hebat sehingga menjalinkan kerjasama dengan animasi kegemaran kanak-kanak iaitu, Omar dan Hana.

Anda boleh baca selanjutnya dalam artikel >> Mommy Modern Produk Penjagaan Bayi Organik


Sebagai ibu bapa, sudah menjadi impian untuk melihat bayi membesar dengan sihat. Tidak kiralah kesihatan dalaman mahupun luaran. Penjagaa rambut juga haruslah dititik beratkan. Semoga Mommy Modern Hair Booster, pelebat rambut bayi ini dapat melebatkan rambut si kecil!

Isnin, 4 Mac 2019

,
Mommy Modern Produk Penjagaan Bayi Organik | Kulit bayi memang sensitif. Jadi salah satu langkah untuk melindungi si kecil anda adalah dengan menggunakan produk penjagaan berasaskan bahan organik.

Risau juga jika pakai  produk sembarangan, banyak penjagaan kulit diluar sana mempunyai bahan kimia. Sebagai parents, kita harus menggunakan produk bayi terbaik melindungi kulit bayi supaya tidak terdedah kepada bahan yang meragukan.


Bila sebut soal penjagaan kulit, semuanya bermula dari mandian. Oleh itu saya nak cadangkan anda supaya menggunakan shampoo dan body wash atau sabun badan bayi, MOMMY MODERN.

Mommy Modern Produk Penjagaan Bayi Organik


Kalau nak tahu Mommy Modern merupakan sebuah jenama yang menghasilkan produk organik untuk bayi di Malaysia. Antara bahan utama yang digunakan adalah ekstrak essential oil lavender, geranium rose, dan aloe vera (yang anda sedia maklum akan khasiatnya).

Shampoo & Body Wash Organik


Nak tahu produk apa yang bagus sangat untuk baby tu? Shampoo & body wash yang boleh digunakan untuk membasuh rambut dan membersihkan badan. Dalam bahasa mudahnya, 'head-to-toe'.


Memandikan bayi kadang-kala agak rumit. Ibu-ibu pasti  biasa dengan situasi ini. Untuk memudahkan tugas, guna sahaja mandian 2 dalam 1 atau 'head-to-toe'. Sekali picit, boleh disapu pada seluruh badan.

Sudah saya katakan ia berasaskan bahan organik. Jom lihat apa khasiatnya pada badan si manja.

Kebaikan Shampoo & Body Wash Mommy Modern


  • Melembutkan kulit
  • Menghilangkan ruam pada badan
  • Mengatasi masalah mild ezcema
  • Melebatkan rambut
  • Mengawal keguguran rambut
  • Menghilangkan kelemumur / kerak air
  • Mengurangkan parut dan jerawat
  • Mengatasi masalah kulit sensitif

Itulah kelebihan kalau guna produk organik. Semuanya bagus untuk kulit bayi yang sensitif. Bukan itu sahaja, shampoo dan mandian ini juga wangi yang menyegar dan menceriakan si manja anda.




Dengan ramuan selamat tanpa bahan kimia dan banyak kebaikan, ciri-ciri ini cukup untuk menjadikan Shampoo & Body Wash dari Mommy Modern sebagai jenama mandian bayi terbaik.

Kolaborasi dengan animasi Omar dan Hana


Kalau nak tahu, tidak lama lagi Mommy Modern bakal menjalankan kerjasama dengan animasi Islamik Omar dan Hana. Animasi tempatan ini cukup popular di kalangan kanak-kanak kerana contentnya menarik, mengajak kanak-kanak bernyanyi bersama mereka diiringi muzik berunsur Islamik secara santai.


Harga Shampoo & Body Wash


RM49 (100 ml)

Dropship tanpa modal


Untuk mereka yang nak buat duit dengan menjalankan bisnes online, anda boleh cuba jadi agen dropship tanpa modal Mommy Modern. Nanti mereka akan bagi panduan dan guide anda dari zero to hero!

Agen terawal akan memperoleh:
  • Menyertai Group WhatsApp dan Telegram untuk info, knowledge, testimoni, dan lain-lain
  • Ayat iklan dan gambar akan disediakan dalam group.
  • Basic online dan offline marketing akan diajar melalui video dan personal consult.
  • Setiap Drop-shipper/sub-distributor akan diberikan nombor ID untuk membuktikan mereka ialah pengedar yang sah. 


Facebook: Mommy Modern HQ
Instagram: @mommymodernhq
Nombor telefon: 012 - 444 7732

Tak lama lagi Mommy Modern akan mengeluarkan beberapa lagi set penjagaan bayi organik. Manalah tahu lepas ni ada bedak bayi organik pula? Make sure anda follow kedua-dua media sosial Mommy Modern.

Rabu, 23 Januari 2019

,
Percutian ke Selatan Thailand sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia. Ini kerana lokasinya yang terletak di persempadanan dan tidak perlu menaiki kapal terbang membuatkan ramai yang ingin ke sana.Salah satu lokasi yang

Saya sendiri pernah bercuti di Hatyai pada 2014. Memang seronok, banyak lokasi tumpuan pelancong yang berbaloi dikunjungi. Percutian 3 hari 2 malam itu memang tak cukup, oleh kerana kekangan masa kami hanya sempat ke beberapa tempat sahaja.


Anda boleh baca artikel travel saya - Percutian Menarik Hatyai Part 1 & Percutian Menari Hatyai Part 2.

Ramai yang keliru, Hatyai dan Songkhlah bukanlah dua daerah berbeza. Tetapi Hatyai merupakan bandar terbesar dalam wilayah Songkhla. 

Untuk itu, saya akan kongsikan beberapa tempat menarik di Hatyai berserta dengan hotel yang menarik dan murah untuk anda inap. Semoga artikel ini dapat menjadi panduan anda.

32 senarai tempat menarik di Hatyai dan Songkhla


1. Samila Beach


Keindahan Pantai Samila memang tidak boleh dinafikan. Walaupun air lautnya tidak biru, ia tetap menjadi lokasi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong. Pantai Samila yang terletak di Songkhla, terkenal dengan lagenda ikang duyung.

Mengikut mitos, seorang nelayan terlihat seekor ikan duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas. Terkejut kerana dilihat manusia, ikan duyung tersebut berenang ke lautan dan meninggalkan sikat emasnya. Lalu nelayan itu menunggu kehadiran ikan duyung untuk memulangkan sikat, namun ikan duyung itu tidak pernah muncul.


Oleh itu sebuah tugu ikan duyung diletakkan di tepi pantai dan ia sudah sinonim dengan Pantai Samila ini. Pada waktu petang memang meriah dengan kehadiran orang ramai. Laluan pejalan kaki disediakan untuk anda ambil angin pantai.

Banyak aktiviti best di sini antaranya:
  • Bersantai dan berkelah
  • Menikmati makanan laut
  • Menunggang kuda
  • Menaiki kereta kuda
  • Bergambar

2. Hatyai Floating Market Klong Hae (Pasar Terapung Hatyai


Ini adalah tempat yang wajib anda tuju sekiranya bercuti di Hatyai. Konsepnya sama seperti pasar malam di mana majoriti peniaga menjual makanan. Tetapi uniknya perniaga di situ berniaga dari dalam sampan yang berlabuh di tepi sungai.

[Baca] Tips Bercuti ke Hatyai

Pelbagai jenis makanan dan minuman yang lazat dijual di sini. Peniag bukan sahaja menjual, malah, di dalam sampan yang sempit itu mereka turut memasak, menggoreng, dan membancuh air untuk dijual.


Untuk menarik perhatian pelanggan, kebanyakkan makanan dibungkus dalam bekas unik seperti seramik, buluh, dan lain-lain.

Mi sup daging, pulut mangga, sup ayam rebung, telur puyuh goreng, ikan keli bakar kerabu dan ladu ubi kayu antara yang dijual. Jangan risau, majoriti peniaga beragama Islam dan menjual makanan Halal.

Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad, Selasa | 3 pm - 9 pm
Alamat:  Khlong Hae Khutao Road, Khlong Hae, Hatyai, Thailand

3. Magic Eye 3D Museum


Saya juga sempat singgah ke Magic Eye 3D Museum ini. Memang seronok dapat melihat pelbagai lukisan dan mural yang memberikan kesan optical illusion.

Pengunjung pasti teruja dengan lukisan 3D kerana ia tampak seperti benar-benar dan membuatkan anda seolah berada dalam keadaan sebenar. Caranya, anda perlu mengambil gambar dari sudut yang telah tertentu untuk mendapatkan efek nyata.

Pengunjung boleh menjelajah zon fantasi yang mempunyai tema berlainan seperti dasar laut, tepi pantai kawasan bersalji, dan piramid.


Selain itu terdapat juga persembahan magik pada waktu-waktu tertentu.

Harga tiket: Dewasa 400 Baht | Kanak-kanak 300 Baht | Warga emas 300 Baht
Alamat: 414 Kanjanavanich Rd, Tambon Kho Hong, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

4. Songkhla Aquarium


Songkhla Aquarium juga tidak kurang hebatnya. Banyak hidupan dasar laut yang boleh anda lihat serta pelajari dari label yang disediakan. Ada juga hidupan laut yang boleh anda sentuh seperti ikan pari dan tapak sulaiman.


Salah satu keistimewaan Songkhla Aquarium adalah ia menempatkan anak jerung jenis 'nurse shark' di mana satu-satunya nurse shark di dunia yang menetas dalam akuarium kerana akuarium bukanlah habitat asalnya.

Apa yang pasti, anda perlu tunggu untuk menyaksikan demonstrasi memberi ikan dan penyu makan. Siap ada yang menari dengan penyu.

Kawasan akuarium ini juga cantik. Bolehlah anda ambil peluang untuk merakam gambar kenangan bersama keluarga.

Harga tiket: Dewasa 300 Baht | Kanak-kanak 200 Baht
Alamat: Songkhla Aquarium. 39 Leam Son Onn Rd. | Bor Yang, Songkhla 90000, Thailand.

5. Sports Shooting Club Hatyai (SSC)



Hah, untuk mereka yang gemarkan senjata dan ingin merasai sendiri pengalaman menembak, anda boleh ke Sports Shooting Club Hatyai (SSC). Kelab menembak ini menawarkan segala macam jenis pistol, shotgun, hinggalah ke rifle besar.

Jika anda sering bermain permainan video PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG), ini adalah peluang terbaik untuk pegang sendiri senjata yang pernah anda guna dalam permainan tersebut.


Disini, anda disediakan bull's eye atau papan target, untuk melihat ketepatan tembakan anda. Perlu diingat, yang mereka mengambil serius akan penggunaan senjata. Anda perlu mendengar briefing ringkas dan menanda tangani beberapa dokumen terlebih dahulu.

Harga: 890 baht/nett untuk 15 pusingan.
Waktu Operasi: 9am - 6pm
Alamat: Poonnakan Soi 11 Rd, Tambon Kho Hong, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

6. Hatyai Cable Car


Berkedudukan di Hatyai Park, kereta kabel ini membawa anda ke Phra Buddha Mongkol Maharaj. Sepanjang perjalanan menaiki kereta kabel ini anda dapat melihat pemandangan bukit bukau dan bandar Hatyai. Memang cantik.


Gondolanya agak sempit, tetapi cukup untuk memuatkan anda sekeluarga.

Tiba di Phra Buddha Mongkol Maharaj, terdapat banyak tokong-tokong unik. Ramai pelancong yang mengambil kesempatan untuk bergambar.

Harga tiket: 200 baht seorang (pergi dan balik)
Alamat: Tambon Kho Hong Amphoe Hat Yai Chang Wat Songkhla 90110 Thailand

7.  Hatyai Municipal Park


Hatyai Municipal Park merupakan taman rekreasi yang wajib dikunjungi sekiranya bercuti di Hatyai. Terdapat tarikan utama di kawasan berdekatan iaitu Ice Dome dan Hat Yai Observatory.


Tiket masuk ke Municipal Park adalah percuma di mana anda boleh melihat suasana taman, patung Buddha berdiri yang tinggi, dan bergambar bersama keluarga.

Alamat: Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

8. Ice Dome


Ice Dome ni basically rumah aisyang bersuhu sejuk. Dengan keluasan 1,700 persegi, Ice Dome mempunyai kira-kira 10,000 replika dan objek yang diperbuat daripada ais.

Lebih mengujakan, setiap kawasan mempunyai tema-tema tersendiri dengan hiasan yang indah. Untuk mencantikkan lagi landskap, cahaya lampu berwarna-warni dipancarkan pada replika. Ini sekaligus menghasilkan pantulan cahaya yang cantik.



Kanak-kanak pasti akan teruja jika berpeluang bermain di taman permainan dalam suhu rendah ini.

Untuk pakaian tebal pula, pengunjung akan disediakan baju sejuk berserta dengan but yang sesuai.

Harga tiket: Dewasa 300 baht | Kanak-kanak 200 baht
Tiket termasuk: Baju tebal, kasut, dan sarung tangan

Alamat: 445 Petchakasem Rd Tambon Kho Hong, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

9. Thale Noi Waterbird Park


Lokasi memerhati burung ini juga salah satu tarikan pelancong di Hatyai. Apa lagi aktiviti best kalau bukan melihat lebih 180 spesis burung yang bermigrasi dari pelbagai negara. Tempat ini dijadikan sebagai habitat sementara mereka untuk mendapatkan perlindungan serta makanan.


Terdapat pelantar dan laluan pejalan kaki untuk orang ramai. Paling best jika berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana burung yang sedang terbang menjunam ke permukaan air untuk memakan ikan!

Terdapat perkhidmatan bot untuk anda menyusuri tasik. Pastikan juga anda bergambar di sini terutamanya pada waktu pagi.

Harga tiket: Percuma | Bot 500 Baht
Alamat: Khaorup Rd., Khao Rup Chang, Muang Songkhla, Songkhla 90000 Thailand

10. Steel Pagoda


Sebuah lagi tempat suci agama Budha di Hatyai adalah Steel Pagoda. Apa yang membezakannya dengan pagoda lain adalah ia diperbuat daripada besi tahan karat. Disekelilingnya terapat seramik, loceng, dan gong.


Dari jauh lagi pengunjung boleh melihat keindahan Steel Pagoda ini kerana binaan agak tinggi. Menariknya, pada waktu malam pagoda ini dilimpahi dengan cahaya berwarna warni yang indah. Sehinggakan anda boleh melihatkan jika memandu di bawah bukit.

Alamat: Punnakan Road | Ko Hong subdistrict, Hat Yai, Thailand

11. Chang Puak Champ


Kata orang, pergi ke negara Thailand tidak sah kalau tak menunggang gajah. Walaupun gajah bukan haiwan untuk ditunggang, ramai je yang melakukannya.

Kalau anda nak merasai pengalaman menunggang gajah, berkunjunglah ke Chang Puak Champ. Di sini anda hanya perlu membayar 500 baht untuk 30 minit tunggangan. Seekor gajah boleh dinaikki oleh dua orang sahaja.


Anda akan melalui trek yang disediakan termasuklah meredah anak sungai. Mencabar bukan? Sepanjang menunggang, akan ada photographer yang ditugaskan mengambil gambar. In case kalau nak beli, boleh buat bayaran di kaunter.

Selain menunggang gajah, banyak lagi tarikan yang ada di Chang Puak Champ. Antaranya pertunjukkan gajah, memanah, menaiki ATV, pertunjukkan buaya, dan menembak.

Harga tiket: 500 baht
Alamat: Nam Noi, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

12. Terowong Khao Nam Khan


Untuk mereka yang sukakan sejarah, jangan lepaskan peluang untuk ke Terowong Khao Nam Khan. Terowong sepanjang 1 kilometer ini dipercayai yang terpanjang di Thailand. Ia adalah tempat persembunyian bekas komunis.

Menariknya, terowong 3 tingkat ini menempatkan 100 bilik, bilik mesyuarat, hospital dan kilang senjata, bilik menembak, dapur, bilik komunikasi dan dewan latihan.


Pengunjung boleh lihat sendiri bagaimana sempitnya terowong ini tetapi penuh dengan kemudahan asas. Di bahagian luar terdapat muzium mini yang mengumpul semua sejarah berkaitannya. Terowong ini terletak di dalam kawasan Taman Negara Khao Nam Khang.

Harga tiket: Percuma
Alamat: Samnak Taeo, Sadao District, Songkhla 90160, Thailand

13. Asean Night Bazaar


Tempat menarik di Hatyai yang seterusnya anda Asean Night Bazaar. Ini juga salah satu lokasi yang wajib anda singgah. Ia lebih kurang seperti pasar malam atau pun uptown di mana semua barangan boleh dibeli dengan harga murah.

Banyak barangan yang boleh anda dapadi di sini seperti pakaian, aksesori, permainan, gadget, minyak wangi, dan banyak lagi. Gerai makanan pun banyak disediakan. Sama ada makanan Thai mahupun Western.


Tak susah nak cari makanan Halal di sini, paling selamat anda pergi sahaja ke kedai di mana penjualnya memakai tudung. Selatan Thai memang ramai penduduk beragama Islam.

Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

14. Taman Negara Khao Nam Khang


Hutan yang belum diteroka ini berkeluasan kira kira 200 km persegi hinggalah ke sempadan Malaysia. Gunung Khao Mai, Gunung Nam Kang dan Gunung Sya adalah antara khazanah alam sekitar yang ada di sini.



Ia sering menjadi tumpuan pelancong Barat. Mereka datang dengan tujuan untuk melihat keindahan flora dan fauna. Jambatan gantung dan menara tinjau menjadi lokasi pilihan untuk bergambar.

Alamat: Khlong Kwang, Na Thawi District, Songkhla 90000, Thailand

15. Kim Yong Market


Yang ini juga dikelaskan sebagai tempat shopping murah di Hatyai. Sentiasa menjadi tumpuan orang ramai baik penduduk tempatan mahupun pelancong. Banyak kedai pakaian, handbag, aksesori, cenderamata yang ada di sini.


Street food juga boleh tahan meriah. Kalau nak tengok orang juga kala jengking, cengkerik, dan ulat, jangan lepaskan peluang untuk ke Kim Yong Market yang terletak dekat dengan Lee Garden Hotel.

Saya juga sempat ke sini, memang best dan banyak cenderamata yang murah.

Alamat: Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

16.Greenway Food Station


Untuk kaki makan, jangan lepaskan peluang untuk ke Greenway Food Station. Terletak tidak jauh dari Asean Night Bazaar. Greenway hanya memfokuskan makanan sahaja. Jika anda nak tengok dan ambil gambar pelbagai makanan eksotik, kami cadangkan anda ke sini kerana ia lebih banyak pilihan.


Malah banyak tempat duduk dan meja yang disediakan. Konsepnya macam food court. Stall makanan halal juga tidak kurang banyaknya. Anda boleh ke stall yang mempamerkan logo Halal.

Senibina dan dekorasi dalamannya juga menarik dan moden.

Alamat: Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

17. Wat Hat Yai Nai


Sebuah lagi tempat suci agama Budha di Hatyai adalah Wat Hat Yai. Apa yang menarik di sini adalah di dalam bangunannya terdapat sebuah tokong yang sedang baring dalam keadaan mengiring.Tokong tersebut turut memberikan senyuman sini, inilah yang menambahkan lagi minat pelancong untuk ke sini.


Rata-rata tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar. Suasana kawasannya juga bersih dan terurus.

Alamat: 6/1 Soi Sakornmongkol, Tambon Khuan Lang, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

18. Masjid Pusat Songkhla


Selatan Thailang mempunyai ramai penduduk beragama Islam, oleh itu terdapat sebuah masjid besar yang tersegam indah yang digunakan oleh umat Islam di sini. Ia juga sering menjadi persinggahan para pelancong yang mengembara dari Malaysia.


Jika mempunyai kesempatan, singgahlah solat di sini untuk merasai pengalaman berbeza. Jangan lupa untuk bergambar di tasik buatannya ya?

19. Dim Sum Chabura


Salah satu tempat makan Halal di Hatyai yang popular adalah Dim Sum Chabura. Sentiasa menjadi tumpuan orang ramai terutama orang Islam kerana semua hidangan yang disediakan adalah Halal.

Buat peminat di sum, kami yakin anda akan rambang mata banyak pilihan yang ada. Sedap dan murah. Nak order pun senang, cuma ke meja mereka dan pilih hidangan yang anda nak. Mereka akan beri nombor dan hantar segala pesanan ke meja sebelum semua dim sum itu di kukus.


Menu lain yang ada di sini adalah tomyam, masakan panas, somtam, dan pencuci mulut seperti pulut mangga.

Usah risau, kerana majoriti pekerjannya fasih ber Bahasa Melayu.

Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla, Hat Yai, Thailand 90110

20. Central Festival Mall


Pusat membeli belah yang yang menjadi tempat shopping di Hatyai. Bertaraf antarabangsa dan memiliki pelbagai premis perniagaan. Sebut sahaja apa yang anda nak pasti boleh ditemui di sini. Dari butik berjenama, pasaraya, gajet, pusat hiburan, ice skating, dan food court, dan restoran rangkaian.


Saya berkesempatan berkunjung ke Central Festival. Sempat juga tengok wayang The Hunger Games Mockingjay Part 1. Hehe.

Alamat: Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

21. Songkhla Old Town


Bandar lama Songkhla ini mungkin kelihatan boring tetapi apa yang membuatkan ia menarik adalah bangunan-bangunan lamanya. Ia masih teguh berdiri dan masih digunakan hingga ke hari ini. Untuk menambahkan lagi keceriaan kawasan, dinding lorong belakang bangunan usang dijadikan mural.

Pelbagai lukisan menarik yang menceritakan keunikan dan identiti Songkhla. Bandar yang dulunya sepi kini bernyawa dengan kehadiran orang ramai khususnya pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar.


Jika anda seorang yang mementingkan kontent Instagram, street art di Songkhla Old Town ini adalah tempat yang wajib singgah!

Alamat: Raman, Tambon Bo Yang, Amphoe Mueang Songkhla, Chang Wat Songkhla 90000, Thailand.

22. Santisuk Market


Tempat shopping murah di Hatyai yang seterusnya adalah Santisuk Market. Ia merupakan kawasan membeli belah yang agak popular di kalangan pelancong. Ratusan jenis kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Dari pakaian, aksesori, gajet, dan banyak lagi.


Untuk kaum wanita yang bercadang nak beli handbag murah di Hatyai, di sinilah tempatnya. Banyak kedai yang menjual aksesori wanita termasuklah secara pukal.

Alamat: Nipatuthit 2 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

23. Siam Art Gallery


Untuk pencinta seni, luangkan masa untuk melawat Siam Art Gallery di Kho Hong. Galeri seni ini menempatkan ratusan lukisan serta item berasaskan seni untuk tatapan umum. Ia bukan sekadar lukisan dan ukiran biasa, tetapi setiap satunya mempunyai nilai kebudayaan dan seni Thailand.


Alamat: Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

24. Hat Yai Observatory


Terletak berdekatan Hatyai Municipal Park, Balai Cerap ini dibukan secara percuma kepada orang ramai untuk mempelajari tentang angkasa lepas. Lokasinya yang terletak di atas bukit amat sesuai sekali untuk aktiviti ini.

Apa yang boleh anda lihat di Hat Yai Observatory adalah informasi berkaitan galaksi, sistem solar, berserta dengan ilustrasi menarik.


Kalau anda seorang yang gemarkan sains dan angkasa lepas, anda pasti akan dapat membawa pulang ilmy baharu.

Harga tiket: Percuma
Alamat: Kanchanawanit, Hat Yai, Thailand 90110

25. Kolam Air Panas Khao Chaison


Banyak betul tempat menarik di Hatyai, kolam air panas pun ada! Terletak di atas Bukit Chaison, kolam air panas di sini bakal memberikan pengalaman baharu kepada anda. Kita semua tahu yang kolam air panas mampu merawat lenguh dan sakit sendi.

Kolamnya agak luas dan dibina seakan lagoon untuk menambahkan lagi keceriaan kawasan.  Memang seronok kalau dapat berendam. Perkhidmatan urut turut disediakan.


Apa kata anda datang ke sini setelah penat pengembara. Bukan itu sahaja, memandangkan hot spring ini terletak di atas bukit, pemandangannya cukup luar biasa.

Harga tiket: Percuma
Alamat: Khao Chaison, Khao Chaison District, Phatthalung 93130, Thailand

26. Big C


Siapa tidak suka akan snek atau kudapan dari luar negara? Jika anda ke Hatyai terdapat satu tempat khas untuk anda beli aneka jenis snek dari Thailand iaitu di Big C!

Big C merupakan sebuah pasaraya yang mengumpul pelbagai jenis snek, coklat, manisan, minuman, aneka keropok dari Thailand. Banyak sangat pilihan makanan, pasti rambang mata dibuatnya.


Inilah masanya untuk anda beli buah tangan untuk dibawa pulang. Pastikan juga anda perhatikan label Halal ya?

Alamat: Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

27. Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum


Namanya agak panjang dan sukar untuk disebut. Pelancong asing hanya menggelarkannya sebagai Natural Museum. Muzium ini yang merupakan sebahagian daripada Universiti Songkhla ini menempatkan ribuan item dan artifak berasaskan haiwan, alam semula jadi dan sains.

Muzium ini menempatkan lebih daripada 25,000 jenis spesimen tumbuhan dan lebih daripada 35,000 spesimen haiwan.


Pamerannya juga menarik, informative, dan membuakan pengunjung seronok mempelajari benda ilmu baharu. Sebuah tempat yang menarik untuk menimba pengetahuan am. 

Harga tiket: Percuma
Alamat:15, Kanjanawanich Road | Prince of Songkla University, Hat Yai 90110, Thailand

28. Big Bee Farm


Tempat menarik di Hatyai yang seterusnya adalah ladang lebah Big Bee Farm. Kawasan menternak lebah sentiasa menerima kehadiran pelancong kerana agak sukar untuk kita melihat haiwan ini dengan dekat.

Kesemua pameran di persembahkan dalam cara yang unik dan berkualiti. Ini adalah supaya pengunjung lebih berminat dan memahami info yang ingin disampaikan.


Di sini, pengunjung berpeluang mempelajari tentang lebah dan bagaimana madu lebah diproses. Malah, anda juga dapat menyaksikan bagaimana madu lebah dikutip. Jangan lupa untuk beli madu asli di sini sebagai buah tangan.

Harga tiket: Percuma
Alamat: Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

29. Kilang Gajus Ranu Kohyo


Kilang Gajus ini juga mendapat sambutan hangat dari kalangan pelancong. Yelah, kacang gajus memang sedap dijadikan sebagai kudapan bukan? Namun harganya di Malaysia sangat mahal sekitar RM60 untuk 1kg.

Kalau anda penggemar kacang gajus, datanglah ke Ranu Kohyo kerana anda boleh mendapatkan snek ini pada harga rendah. Bukan sekadar gajus, pelbagai jenis snek seperti kacang pedas, kacang tumbuk, jeruk, kerepek, dan mi segera juga boleh didapati di sini.

Alamat:  490/8-10 Thumnoonvithi Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

30. Nora Plaza


Terletak berdekatan dengan Ranu Kohyo, Nora Plaza adalah tempat terbaik kalau anda bercadang untuk membeli pakaian, aksesori, dan barangan kulit.

Ramai juga yang menjadikan Nora Plaza sebagai tempat beli handbag murah di Hatyai.

Alamat: 328 Thumnoonvithi Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

31.  Bukit Tang Kuan


 Rugi kalau bercuti di Hatyai tetapi tidak berkunjung ke Bukit Tang Kuan. Tidak jauh dari Samila Beach, dari puncak Tang Kuan Hill anda boleh melihat pemandangan seluruh bandar Songkhla. Termasuklah Pulau Kucing dan Pulau Tikus yang boleh dilihat dari jauh.

Usah risau, anda tidak perlu mendaki untuk ke puncak kerana lift sudah tersedia untuk orang ramai.


Pemandangan dari puncak bukit sungguh mengasyikkan. Ditambah pula dengan pelbagai kemudahan yang terdapat di atas sana. Kawasan 'love locks' turut disediakan, untuk mereka yang ingin mengukir kenangan menggunakan mangga kunci ala-ala di Paris

Harga tiket lift: Dewasa 30 Baht | Kanak-kanak 20 Baht
Alamat: Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

32. Songkhla Zoo


Zoo Songkhla memang sangat menarik dan berbaloi untuk dilawati bersama keluarga. Pamerannya berkualiti dan keadaan zoo ini juga bersih dan terurus. Kalau nak tahu, zoo ini membenarkan pengunjung memandu di dalam kawasannya. Ini kerana zoo ini terlalu luas.

Terdapat persembahan haiwan pada waktu waktu tertentu, yang itu anda kena rujuk panduan yang diberi bersama tiket masuk.

Dari segi jumlah haiwan, memang ribuan binatang dari pelbagai spesis yang boleh dilihat. Termasuklah haiwan liar seperti harimau dan singa.


Menariknya Songkhla Zoo mempunyai sebuah taman tema air. Rupanya ada juga tempat mandi manda di Songkhla. Nak mandi di sini percuma, tetapi kena patuhi kod pakaian.

Harga tiket: Dewasa 150 Baht | Kanak kanak 70 Baht
Alamat: Khao Rup Chang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Hotel di Hatyai yang menarik untuk anda inap



Nah, bercakap tentang penginapan pula, banyak hotel menarik di Hatyai yang boleh anda pilih. Maklumlah, bandar tarikan pelancong. Dari hotel mewah hinggalah ke hotel bajet serta homestay.

Untuk penginapan yang selesa dan bajet bawah RM200, saya cadangkan anda menginap di Tonaoi Grand Hotel.

Tonaoi Grand Hotel


Hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Petkaserm Road ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding hotel lain setarafnya. Iaitu menang dari segi dekorasi dalaman yang elegan dan moden. Bilik-biliknya juga dihias indah dengan perabot minimal dan dipadankan dengan katil empuk.

Hiasan dalaman bilik yang indah serta selesa sudah pasti dapat mengurangkan kepenatan selepas seharian berjalan.


Kemudahan hotel: Swimming pool, Wifi, restoran, breakfast, parking,

Jarak dengan tempat menarik:
  • KimYong Market - 2.7 km
  • Hatyai Magic Eye 3D Museum  - 3.1 km
  • Central Festival Mall - 3.7 km
  • Floating Market - 3.7 km

Alamat:  Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Harga bilik Tonaoi Grand Hotel
Memandangkan ia dikategorikan sebagai hotel bajet, anda boleh menempah bilik dengan harga serendah RM167. Untuk harga rendah ini, saya cadangkan anda menempah di Agoda kerana lebih rendah berbanding laman seumpamanya yang lain. Tempah di sini - https://goo.gl/xV8KyX

Kalau sebelum ini anda sering dengar kawan-kawan bercuti di Hatyai bukan? Kali ini apa kata anda sendiri ke sana. Sebab banyak sangat tempat menarik di Hatyai yang boleh anda terokai. Lagi pula, kini sudah banyak pakej percutian ke Hatyai yang ada. Malah harganya agak murah kerana pergi dengan van dan bas sahaja.