Memaparkan catatan dengan label beauty. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beauty. Papar semua catatan

4 Mac 2018

REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence review


Cosrx Advanced Snail Mucin Power Essence Review. Kalau sebelum ini saya pernah review Cosrx Good Morning Cleanser, kali ini saya nak kongsi pengalaman menggunakan satu lagi produk dari rangkaian Cosrx iaitu Advanced Snail 96 Mucin Power Essence.

Snail? Ya. Produk ini berasaskan lendir siput. Untuk pengetahuan lendir siput sudah lama digunakan dalam dunia penjagaan wajah kerana mengandungi protein & antioksida yang mampu mengekalkan kelembapan, menghilangkan parut jerawat, dan merawat kulit.

Bacaj juga:  Skin Food Black Sugar Mask Review

Lendir siput sudah banyak dijadikan sebagai bahan utama produk kecantikan terutama produk dari Korea. So, tak perlu risau tentang hal ini.


Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
  • Menyediakan Nutrien untuk kulit yang lebih sihat & kuat
  • Meremajakan kulit formulasi anti-kedut
  • Melembab tanpa iritasi
  • Merawat kulit rosak
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Sesuai itu semua jenis kulit
Kandungan
Snail Secretion Filtrate (96%), Betaine, Butylene Glycol,1,2-Hexanediol, Sodium Hyaluronate, Panthenol, Arginine, Allantoin, Ethyl Hexanediol, Sodium Polyacrylate, Carbomer, Phenoxyethanol

Packaging
100ml, hadir dalam bentuk botol plastik transparent yang boleh dipam dan kukuh. Penutup disediakan.

Cara penggunaan:
  • 1 - 2 kali pam
  • Di dahi dan hidung, sentuh ringan supaya tidak menyebabkan rasa sedih.
  • Pada pipi, sapu dan gosok supaya meresap dalam kulit.
  • Bawah mata, bagaikan bermain piano, 'tap' dengan lembut supaya ia menyerap.
Ini bukan sponsored post tetapi merupakan pengalaman peribadi selepas menggunakannya selama beberapa minggu. 

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence Review

I think I'm a big fan of Cosrx now. Kedua-kedua produk yang saya cuba memberi kesan positif. Seperti yang tertera pada botol iaitu "snail" teksturnya jelas berlendir seperti lendir siput.

Walaupun berlendir, ia tidak melekit sama sekali. Bahkan tidak berminyak selepas disapu pada wajah sebab ia cepat menyerap pada kulit. Actually Snail Mucin ni sebenarnya melembabkan kulit. So, kalau yang ada masalah kulit berminyak sangat tu Snail Mucin ni sudah cukup dan tak perlu pakai moisturizer dah.

I have oily skin tetapi ia langsung tidak berminyak dan tak break out. 


Saya dah guna selama kira-kira dua bulan, seriously kulit jadi lembut dan parut jerawat cepat hilang. Snail Mucin ni ambil masa juga untuk kita tengok kesannya.

When to use?

Saya guna setiap pagi selepas pakai toner dan sebelum pakai sunscreen. Sometimes night time kalau rajin. Hehe!

Cons

- Kena beli on
- Mahal

Kat mana nak beli?

Saya beli di Lazada sebab masa tu hanya Lazada yang menjualnya dengan harga rendah. Tips untuk beli produk kecantikan dari Korea, kena banyak buat survey. Semak e-merchant mana yang jual paling murah. Rujuk review mereka yang pernah beli produk dan pastikan ia 100% original.

Harga Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence Malaysia

Harganya sekitar RM65-RM68. Saya tinggalkan direct link kat bawah supaya korang senang nak pilih.

- Lazada (RM65.60)
- Hermo (RM68.90)
- Zalora (RM 67)

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence review

Kalau sebelum ni korang pernah mengalami break out lepas guna produk berasaskan lendir siput, elak guna produk ni. Mungkin ada alergi dengan lendir siput. Kalau takut nak guna buat 'patch test' dengan sapu dulu kat tempat lain seperti lengan atau leher selama seminggu.

Okay, nantikan review Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask pulak.

Entry sebelum ini - Ulasan Filem lady Bird

Terima kasih kerana membaca REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

7 Februari 2018

Produk yang Menghilangkan Blackheads

Produk yang Menghilangkan Blackheads

Produk yang Menghilangkan Blackheads. Tidak kira perempuan mahupun lelaki, berlainan bangsa dan warna kulit, we have one thing in common... masalah blackheads!

Blackheads berpunca dari minyak, kotoran, dan sisa makeup yang tersumbat dalam liang pori. Terperangkap terlalu lama pada pori-pori wajah boleh menyebabkan timbulnya jerawat.

Berdepan dengan blackheads atau whiteheads bagaikan never ending battle. Walaupun kita mencuci muka setiap hari, ia pasti muncul dan boleh menyebabkan cela pada wajah.

Baca juga: Review COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser

Mengamalkan rutin penjagaan wajah dengan berdisiplin merupakan salah satu cara untuk menanganinya. Bahkan, banyak produk dipasaran yang mempunyai ramuan khas dalam  menghilangkan blackheads dengan berkesan dalam masa yang sama membersihkan liang pori.

Produk yang Menghilangkan Blackheads

#1 Biore Pore Pack

Siapa yang tidak pernah dengar akan produk ini? Jalur pelekat ini cukup popular dan mudah didapati dipasaran. Hasilnya terbukti berkesan menanggalkan blackheads dengan pantas. Basahkan kawasan hidung dengan air, tampal, dan biarkan kira-kira 10-15 minit.


Untuk hasil yang lebih satisfying macam video di Youtube tu, basahkan hidung dengan air suam untuk membuka liang pori.

Beli di sini >> http://ho.lazada.com.my/SHZZym

#2 Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask

Antara skincare dari Korea yang paling popular. Debu tanah liat asli mempunyai reputasi membuang kotoran dan minyak pada wajah. Gunakan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mencuci pori-pori.

Produk ini ada dua jenis iaitu Jeju Volcanic Pore Clay Mask dan Super Jeju Volcanic Pore Clay Mask. Versi 'Super' sangat sesuai buat mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

I have been planning on buying this mask. Tapi nak tunggu musim perayaan tamat untuk guna voucher Hermo. Heee! Lepas guna nanti saya terbitkan review. So, stay tuned!

Beli di sini >> https://goo.gl/R7PAfZ

#3 Clean & Clear Erase Face Scrub

Produk ini diformulasi khusus untuk membersihkan pori tersumbat dan menghilangkan blackhead dalam masa yang sama menaikkan seri wajah dalam masa dua hari. Mengandungi Salicylic Acid yang terkenal dengan fungsi mencegah jerawat.

Ia turut mengandungi alkohol yang baik untuk kulit berminyak tetapi tidak sesuai untuk kulit kering.

#4 Garnier Clean+Blackhead Eliminating Scrub

Bertekstur gel ringan dan mempunyai butiran halus yang berfungsi sebagai agen pembersih. Dikombinasikan dengan charcoal (arang), scrub ini mengeluarkan bintik hitam sekaligus menyegarkan kulit.


Oleh kerana turut mengandungi Salicylic Acid, ia juga mencegah jerawat dan menghalang dari timbulnya blackheads.
 
#5 Murad Blackhead and Pore Cleaning Duo 

Produk ini bukan sahaja mengeluarkan blackheads tetapi menutup liang roma dari terdedah kepada kotoran. Mengandungi asid Benzoic dan ekstrak herba yang membersih dan mencegah daripada berlakunya break out.
 

#6 St. Ives Apricot Scrub

Cukup popular di Amerika Syarikat kerana keberkesanannya dalam memerangi jerawat dan mengeluarkan sel kulit mati. Exfoliator ini mengecilkan pori wajah dan menghapuskan semua kotoran dan minyak berlebihan. Sangat sesuai untuk mereka mempunyai masalah kulit berminyak.

Produk yang Menghilangkan Blackheads

Saya sendiri guna scrub ni, rasa bersih & segar selepas guna. And love love love the smell!!! ๐Ÿ’œ

Beli di sini>> http://ho.lazada.com.my/SHZZxX

#7 BHA Blackhead Power Liquid Cosrx

Kalau anda rajin baca blog beauty blogger, BHA Blackhead Power Liquid Cosrx ni mesti ada dalam list mereka dalam mencegah blackheads. Produk dari Korea ini sangat efektif dalam mengawal minyak. Disebabkan ia mengandungi BHA, ia menyerap masuk dalam pori dan mencucinya dengan
berkesan.


Beli di sini>> http://ho.lazada.com.my/SHZZyC

#8 Aztec Secret Indian Healing Clay Deep Pore Cleansing Mask

Produk ini pernah viral suatu ketika dahulu kerana keberkesananya mengecutkan jerawat dan membersihkan pori wajah. Ia masih digunakan hingga ke hari ini. Bukan sahaja membersih tetapi melicinkan kulit wajah.

Ramai yang menyarankan jika mahu hasil yang lebih baik, campurkan dengan apple cider vinigar.

Beli di sini >> http://ho.lazada.com.my/SHZZyG

#9 Origins Clear Improvement Active Charcoal Mask

Saya dah banyak kali tengok Youtuber terkenal, Zoella, menggunakannya. Malah ramai lagi beauty Youtuber mengesyorkan produk ini. Diformulasi dari kebaikan arang, ia mampu membersihkan liang pori dan memelihara kulit daripada kemunculan bintik hitam yang baru.

Walaupun harga agak tinggi, namun ia berbaloi untuk penjagaan wajah.

Beli di sini >> http://ho.lazada.com.my/SHZZyJ

Terima kasih kerana membaca Produk yang Menghilangkan Blackheads

26 Januari 2018

REVIEW Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser

REVIEW Cosrx Low PH Good Morning Cleanser

REVIEW Cosrx Good Low PH Morning Gel Cleanser. For someone who has oily face like me, pastinya sukar untuk mencari pencuci muka yang sesuai. That being said, pencuci yang tidak membuatkan muka semakin berminyak.

Jadi saya cuba COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser, saja nak tengok sejauh mana keberkesanan produk ini memandangkan ia cukup popular. 

Saya yakin anda semua pernah dengan tentang jenama Cosrx. Jika ditanya pengguna produk kecantikan dari Korea (KBeauty) Cosrx mesti ada dalam list. So, saya dah cuba cleanser ni selama beberapa bulan, and here is my honest review about it.


COSRX LOW pH GOOD MORNING GEL CLEANSER

- 150ml
- Transparent gel
- Plastik tube
- Sesuai untuk semua jenis kulit 

Ingredients:

Water, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Lauroyl Methyl Isethionate, Polysorbate 20, Styrax japonicus (Japanese Snowbell) Branch/Fruit/Leaf Extract, Butylene Glycol, Saccharomyces Ferment Filtrate, Cryptomeria japonica (Japanese Cedar) Leaf Extract, Nelumbo nucifera (Sacred Lotus) Leaf Extract, Pinus palustris (Longleaf Pine) Leaf Extract, Ulmus davidiana (Father David Elm) Root Extract, Oenothera biennis (Evening Primrose) Flower Extract, Pueraria lobata (Kudzu) Root Extract, Melaleuca alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil, Allantoin, Caprylyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Betaine Salicylate, Citric Acid, Ethyl Hexanediol, 1,2-Hexanediol, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Sodium Benzoate, Disodium EDTA.

Deskripsi:
Mencuci, exfoliating, mengawal minyak, mengecilkan pori, menanggalkan makeup.


Penting ke 'low pH'?

Anda mahu kulit wajah terhindar dari bakteria, mengekalkan tahap kelembapan, dan mengawal penghasilan minyak semula jadi. Sebab itulah pentingnya menggunakan cleanser rendah pH. Cleanser yang mempunyai nilai pH tinggi boleh merosakkan kulit seperti breakout dan berjerawat.

Nilai pH Cosrx Low PH Good Morning Cleanser ni ni sekitar 5.0 - 6.0 sahaja, which is almost perfect untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Review

I love this product so much! Ia benar-benar mencuci kulit wajah dengan menanggalkan kotoran dan minyak. Pada masa yang sama mengekalkan kelembapan dan tidak membuatkan kulit terlalu kering. Selepas bilas muka rasa licin dan ringan. What a great product to use in the morning and to start your day.

REVIEW Cosrx Low PH Good Morning Cleanser

Oleh kerana ia turut mengandungi AHA dan BHA, cleanser ni turut berfungsi sebagai exfoliator yang bertujuan membuang sel kulit mati.

Kandungan utama cleanser ni adalah tea trea oil yang terkenal dengan sifatnya yang merawat jerawat dan mengecilkan pori. Tea tree oil menyebabkan cleanser ni berbau hapak. What a bummer!

Saya dah guna cleanser ni selama beberapa bulan, dan kulit muka dah tak berminyak macam dulu. So I guess the pH level, AHA dan BHA really does the job really well.

Walaupun namanya Good Morning Cleanser, tidak semestinya ia hanya boleh digunakan diwaktu pagi sahaja. Saya turut menggunakannnya di waktu malam. So far tak ada kesan negatif seperti break out atau iritasi. Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah jerawat.


It claims to remove your makeup, tapi jangan guna cleanser ni sebagai satu-satunya cara untuk membersihkan makeup. Anda kena guna proper makeup remover like Garnier Micellar (RM16) tu, kemudian baru guna cleanser ni.

Cons
- Bau hapak! Tapi bau akan hilang selepas dibilas.
- Kena beli online

Malangnya jenama Cosrx ni tidak dijual di drugstores seperti Watson atau Guardian. So kena beli online dalam harga sekitar RM35-39. Boleh dapatkan di Lazada, saya dah sediakan direct link di bawah:


- Lazada

Ini bukan satu-satunya produk Cosrx yang saya guna. I bought Cosrx Advance Snail 96 Mucin Power Essence, saya akan review dalam entry akan datang.

*This is NOT a sponsored post*

Baca juga:
- Skinfood Black Sugar Mask Review
- Pengalaman Beli Barang di Hermo

Entri sebelum ini - Traveloka Fly & Win CNY Contest - Menangi Percutian ke Seoul & Phuket

Terima kasih kerana membaca REVIEW Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser

28 Disember 2017

Skin Food Black Sugar Mask Review

Skin Food Black Sugar Mask Review

Skin Food Black Sugar Mask Review. Ketika mula-mula saya berminta untuk mencuba produk dari Korea, Skinfood Black Sugar Mask adalah produk pertama yang saya pakai.

Masa tu tengah cari face mask yang turut berfungsi sebagai exfoliator because everyone needs to exfoliate untuk buang sel kulit mati pada wajah. Jenama dari Amerika Syarikat dan Eropah agak pricey.

Terfikir pasal Korean beauty product yang kini menjadi pilihan ramai and I stumbled upon BLACK SUGAR MASK WASH OFF dari Skin Food. Apparently, paling popular dalam rangkaian jenama Skinfood. Malah, item best selling (paling laris) di peruncit kecantikan online seperti Hermo dan Althea.
Saya dah guna Black Sugar Mask ni dalam beberapa bulan. Kalau nak tau apa pendapat saya tentangnya, baca entri ni sampai habis.

Skin Food Black Sugar Mask Review

Black Sugar Mask Was Off

Merupakan masker yang berfungsi sebagai exfoliator untuk mengeluarkan sel kulit mati dan dalam masa yang sama melembut, melicin dan menambahkan seri wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Ingredients

Sucrose, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Glycerin, Euphorbia Cerifera (Candelilla) Wax, Macadamia Ternifolia Seed Oil, Lanolin, Caprylic/Capric Triglyceride, Cetyl Ethylhexanoate, Stearalkonium Hectorite, Butyrospermum Parkll (Shea Butter), Limnanthes Alba (Meadowfoam) Seed Oil, Sorbitan Laurate, BHT, Butylparaben, Fragrance, Caramel.

Berkaitan: Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Cara penggunaan

Selepas mencuci, sapukan pada muka dengan kadar yang sesuai/atau campurkan dengan air. Urut perlahan-lahan dan biarkan kira-kira 10 hingga 15 minit, kemudian bilas. Guna 1 hingga 2 kali seminggu.

Review

Black Sugar Mask Was Off benar-benar berkesan dan melakukan tugas exfoliate. Bahkan, sesudah membasuhnya anda boleh lihat kesan di mana wajah menjadi lembut dan segar. Kesan pencerahan hanya boleh dilihat selepas mencuci tetapi ia hanya sementara. Sebab ni bukan produk pencerah okay.

Skin Food Black Sugar Mask Review

It claims to remove blackheads/whiteheads dan jerawat as well. Yeah, I can see the difference. Tapi tak banyak.

Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit. I have oily skin, so mask ini TIDAK memberikan kesan negatif seperti menghasilkan minyak berlebihan. 
 
Dah nama pun Black Sugar, jadi tekstur mask ni adalah gula (macam brown sugar). Ia tidak terlalu kasar. So far takde iritasi atau pedih. Just smooth and soothing.

Pros

Exfoliate dengan effektif.
Melembut dan melicinkan muka.
Berbau wangi, segar, dan menenangkan.
Sesuai untuk kulit berminyak.

Cons

A bit pricey kalau nak dibandingkan dengan bekasnya yang kecil.
It would be better kalau ia hadir dengan spatula for hygiene purposes.

Berkaitan: Pengalaman Beli Barang di HERMO

Skin Food Black Sugar Mask Review

Harga / Kat mana nak beli?

Well, harga Skin Food Black Mask Sugar ni sekitar RM23. Saya cadangkan beli di outlet sah sekitar KL (I'm not too sure kat mana) sebab takde di drugstore seperti Watsons. Saya beli secara online melalui pengedar sah untuk memastikan ia 100% original. Saya tinggalkan direct link di bawah untuk anda bandingkan harga.

- Lazada
- Hermo
- Althea

*This is NOT a sponsored post*

Entri sebelum ini - Sinopsis Kisah Yang Hilang Tv3

Terima kasih kerana membaca Skin Food Black Sugar Mask Review

19 Disember 2017

Ini Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu



Ini Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu. Telah terbukti secara saintifik dan sejak turun-temurun yang pokok lidah buaya atau aloe vera mempunyai nilai khasiat yang tinggi.

Ekstrak lidah buaya menjadi sebahagian daripada rawatan alternatif kerana khasiatnya baik untuk bahagian dalaman mahupun luaran. Maka tidak hairanlah jika sudah banyak produk berasaskan aloe vera dihasilkan.

Saya yakin anda semua pernah dengar tentang gel aloe vera. Ia popular kerana memberi kesan positif dan sesuai untuk semua golongan. Tidak kira berdepan dengan merawat masalah kulit kering/berminyak, sunburn, atau jerawat, gel aloe vera sentiasa menjadi penyelamat.

Baca: Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Tapi tahukan anda yang gel aloe vera itu banyak kegunaannya? Setiap sen yang anda keluarkan untuk membeli gel aloe vera tu cukup berbaloi. Pepatah mat saleh ada menyebut "It's worth every penny!"

Ini Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu

1. Merawat rambut dan kulit kepala

Masalah rambut rosak, bercabang, kusam dan berminyak boleh diselesaikan dengan gel ini. Malah, ia juga melebatkan rambut kerana lidah buaya membuang sel kulit mati pada kulit kepala seterusnya merangsang pertumbuhan rambut.

2. Sunburn/selaran matahari

Merawat sunburn adalah antara kegunaan utama gel aloe vera. Sesuai sangat dengan cuaca di Malaysia yang panas sepanjang tahun. Ia bertindak memberikan kelembapan, menenangkan, dan meredakan keradangan.

Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu

3. Pelembab seluruh badan

Gel aloe vera mampu melembabkan kulit kering, mengurangkan minyak pada wajah. Ia meningkatkan kandungan air pada kulit tanpa membuatkan wajah anda berminyak. Saja nak ingatkan yang gel aloe vera ni tidak dikira sebagai daily moisturizer untuk muka okay? Anda kena guna pelembap khas untuk wajah.

Berkaitan: Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

4. After shave (selepas bercukur)

Anda perlu tahu, tidak kira lelaki atau perempuan kulit menjadi lebih sensitif selepas mencukur.
Gel aloe vera boleh digunakan sebagai rawatan aftershave kerana sifat penyembuhannya boleh merawat luka kecil yang disebabkan oleh pencukuran.

5. Makeup tahan lama

Untuk memastikan makeup yang dipakai tahan lebih lama, jadikan gel ini sebagai makeup-base. Sapukan gel sebelum memakai foundation.

Berkaitan: Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

6. Merawat jerawat

Aloe vera bersifat anti bakteria dan anti radang membolehkan ia merawat jerawat dengan cepat. Ia juga merangsang pertumbuhan sel baru dan mencegah parut bekas jerawat daripada menjadi lebih teruk.

Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu

7. Mengelak tanda awal penuaan

Kedutan dan garis halus akan muncul di saat umur semakin meningkat. Lidah buaya meningkatkan keanjalan kulit dan menjadikannya lebih licin dan lebih lembut.

8. Eye mask

Tidak cukup tidur dan sering menghadap skrin telefon/komputer menyebabkan wujudnya lingkaran gelap bawah mata. Ini menyebabkan anda nampak lesu dan tidak bermaya. Untuk mencegah, sapukan gel pada kapas, kemudian letakkan pada mata san biarkan selama 10-15 minit.

9. Kuku

Asyik menjaga wajah membuatkan kita lupa akan kesihatan kuku. Sapukan gel in pada kuku supaya ia nampak bersih, segar, dan bersinar. Ingat, kuku sering dinilai dan menjadi penanda aras tahap kebersihan seseorang.

Kat mana nak beli gel aloe vera?

Gel aloe vera dari jenama Nature Republic dari Korea Selatan memang tengah 'in' bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Aloe Vera 92% Soothing Gel antara yang terlaris di pasaran. Setakat ini saya belum pernah tengok gel aloe vera di drug store seperti Watsons dan Guardians. 


Jadi beli online lebih murah. Untuk memastikan anda beli 100% produk original, saya cadangkan beli di e-dagang kecantikan seperti Hermo. Saya tinggalkan link kat bawah.

- Soothing Gel 300ml
- Soothing Gel Mist

Entri sebelum ini - Filem Superhero Terbaik 2017

Terima kasih kerana membaca Ini Kegunaan Gel Aloe Vera yang Anda Tidak Tahu

9 Disember 2017

Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Ini Moisturizer Untuk Kulit Berminyak. Tanggapan muka akan lebih berminyak jika memakai moisturizer atau pelembab adalah salah sama sekali! Moisturizer sangat penting tanpa mengira apa jenis kulit.

Berkaitan: Jangan Percaya Mitos Pengajaan Muka Ini

Kulit menghasilkan minyak semula jadi dari mengelak ia terlalu kering. Walaupun wajah menghasilkan minyak, anda masih memerlukan pelembab untuk mengawal minyak berlebihan demi menjaga tahap kesihatan kulit.


Individu yang mempunyai masalah kulit berminyak pasti buntu dengan masalah ini. Yelah, siapa mahu T-Zone dan pipi bersinar sepanjang hari? Tidak memakai pelembab bukan penyelesaiannya, malah ia boleh mendatangkan masalah yang lebih serius seperti jerawat!

Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Apa yang perlu anda tahu bahawa terdapat pelbagai jenis moisturizer di pasaran dan anda perlu memilih produk yang mempunyai kandungan tertentu.

Terdapat 3 jenis moisturizer/pelembab iaitu

- Gel
- Krim
- Losyen

Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Bagi yang mengalami masalah kulit berminyak, anda perlu guna moisturizer jenis gel dan bukannya  krim. Ini kerana jenis gel mempunyai formula kelembapan air yang boleh mengawal penghasilan minyak berlebihan.

Berkaitan: Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

Banyak sangat jenama moisturizer yang bagus di pasaran. Anda perlu pilih jenis gel dan hydrating/hydration yang tertera pada packaging. Senaraikan antara produk yang sesuai dengan link sekali. Please leave a comment down below kalau anda ada cadangan lain.

Contoh moisturizer untuk kulit berminyak

- Clinelle Purifying Gel Moisturizer 30ml  
- B.liv Quench Me [moisturizing gel]
- BIO-ESSENCE Aqua Moisturizing Gel
- Neutrogena Hydro Boost Water Gel
- Cetaphil Daily Moisturizer 

BIO-ESSENCE Aqua Moisturizing Gel

Di drug store seperti Watson dan Guardian banyak menjual moisturizer pelbagai jenis jenama. Peruncit kecantikan atas talian seperti Hermo bahkan Lazada turut menawarkan pelbagai pilihan moisturizer bersama promosi menarik.

Mungkin pada entri seterusnya saya share tentang pelembab untuk kulit kering. Bye! ๐Ÿ’Ÿ

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Filem Titanic yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Terima kasih kerana membaca Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

5 Disember 2017

Teknik Dapatkan Jawline Tajam

Teknik Dapatkan Jawline Tajam

Teknik Dapatkan Jawline Tajam. Memiliki jawline tajam atau 'V' dianggap antara aset berharga dan menjadi idaman baik wanita mahupun kaum lelaki.

Apa itu jawline? Ia adalah tulang rahang (jaw) yang bermula dari tepi dan bawah telinga. I know, everyone has jawline, tapi jawline yang tajam lebih menarik dan kriteria ini sangat penting bagi mereka yang mementingkan penampilan.

Kenapa? Kerana memilik rahang tajam membuatkan wajah tampak cantik dalam gambar tidak kira diambil dari sudut mana sekalipun. Lihat sahaja selebriti-selebriti terkenal seperti Angelina Jolie, Robert Pattinson, dan Margot Robbie. Ketajaman jawline mereka menjadi penarik yang paling utama.


Walau bagaimanapun, tidak semua individu dilahirkan bentuk rahang yang menawan.Tetapi terdapat beberapa teknik senaman yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan jawline tajam. Paling best, anda tidak perlu keluarkan duit.

Saya kongsikan 8 cara / rutin senaman mudah untuk menonjolkan rahang!

Teknik Dapatkan Jawline Tajam

Buang double-chin

Jangan harap nak jawline cantik kalau ber double-chin! Jaga pemakanan dan jangan biarkan anda mendapat double-chin. Kemudian, ikut rutin yang bakal saya sebut di bawah.

Ketapkan gigi

Mengetap gigi sambil menegangkan bahagian bawah muka selama 10 saat. Ia mungkin membuatkan anda berasa kurang selesa dan lenguh. Cara ini sangat mudah untuk dijadikan rutin harian.


Berkaitan: Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

Buat bibir

Sama seperti cara kedua, muncungkan bibir seperti ikan juga boleh membentuk otot rahang.

Urutan wajah

Urutan wajah bagus untuk meningkatkan peredaran darah. Luangkan masa selama beberapa minit untuk mengurut seluruh wajah menggunakan jari dengan gerakan bulat.

Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam berlebihan bukan sahaja mengakibatkan buncit atau bloated, bahkan memberi kesan pada kulit. Elak dari makan makanan masin terutamanya junk food. Nak cantik, makan kena jaga!

Untuk dapatkan panduan pemakanan sihat yang lengkap, anda boleh rujuk link ini >> https://www.eratuku.com/piramid-makanan-malaysia-makanan-berkhasiat-dan-seimbang/

Teknik Dapatkan Jawline Tajam

Tidur yang mencukupi

Tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk mendapatkan badan dan minda yang sihat. Tidur lambat, bangun awal, itu bukan gaya hidup yang sihat. Kesan tidur tidak mencukupi seperti muka sembab dan lingkaran gelap bawah mata. Jawline? Forget about it.


Kunyah gula-gula getah

Bunyi macam remeh, tapi kunyah gula-gula getah merupakan teknik untuk mendapatkan jawline paling mudah dan menyeronokkan. Mengunyahnya melibatkan banyak pergerakan rahang sekaligus memberi senaman otot rahang. Jika and berada di Singapura, jangan ikut cara ini ๐Ÿ˜.

Senyum

Ternyata senyum bukan sahaja pembangkit mood dan memberikan impak kepada orang sekeliling. Bahkan, ia merupakan senaman otot!

Entri sebelum ini - Cara Delete Akaun Facebook

Terima kasih kerana membaca Teknik Dapatkan Jawline Tajam

16 Oktober 2017

Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini


Jangan Percaya Mitos Penjagaan Kulit Ini. When it comes to skincare, banyak kita dengar nasihat tentang 'buat & jangan buat' yang entah dari mana datangnya. Lebih-lebih lagi Melayu yang sentiasa banyak pantang larang dan suka menokok-tambah.

Mitos mengarut itu masih terbawa-bawa hinggalah ke hari ini. Percaya atau tidak pada tahun 2017 masih ada yang percaya mencukur mengakibatkan bulu tumbuh bertambah lebat.

Jika anda dengar mitos mengarut yang saya senaraikan di bawah ni, tolong JANGAN percaya!

Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Muka akan lebih berminyak jika menggunakan moisturizer (pelembab)

Tanggapan ini SALAH kerana tidak kira apa jenis kulit wajah (oily, dry, normal) anda perlu menggunakan moisturizer termasuklah kulit berminyak.

Baca: Kerusi Eames di Lazada 

Kulit menghasilkan minyak semula jadi untuk mengelak dari terlalu kering. Oleh itu anda perlu guna moisturizer untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihan. Guna moisturizer berkandungan lembut tertulis "light moisturizer, hydrating, atau oil free". Selain itu, untuk elak berminyak boleh guna no-sebum powder (works best for me).

Contoh produk: Simple Kind To Skin Hydrating, Clinelle Gel Moisturizer, Innisfree No-Sebum Powder


Sental scrub dengan kuat, lebih bagus

Scrub/exfoliate bertujuan mengeluarkan sel kulit mati akibat terdedah pada cuaca, habuk, dan peluh. Geram dengan sel kulit tu terus sental muka dengan kuat. Jangan, gosok dengan kuat boleh merosakkan kulit lebih-lebih la jika scrub yang ada biji-biji tu. Begitu juga dengan scrub bibir dan badan. Be gentle to your skin.

Guna scrub dalam 2-3 kali seminggu bergantung pada keadaan kulit. Jangan terlalu kerap kerana kulit kita juga memerlukan minyak semula jadi. A good balance is essential.

Contoh produk: Innisfree Lip Scrub, Naam Lip Scrub

Lebih tinggi SPF, lebih tinggi kadar perlindungan

Nilai SPF yang tertera pada kotak foundation atau lotion bukan menunjukkan ketinggian kadar perlindungan. Sebaliknya berapa lama ia bertahan. Jika lotion/foundation ber-SPF rendah, sapu dengan kerap. 

Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Lagi satu, SPF bukan untuk mengelak kulit jadi hitam tapi sebagai perlindungan ye.. Tapi untuk melindungi kulit dari sinar UV yang boleh merosakkan kulit. Sama ada anda berkulit gelap, cerah, mat saleh, atau Pan Asia, anda wajib pakai SPF setiap kali keluar rumah walaupun pada hari mendung.

Contoh produk:  Biore UV Perfect Milk

Guna produk penjagaan wajah dari jenama sama.

Jangan percaya penjagaan muka ini kerana ia adalah salah satu dari teknik pemasaran yang digunakan untuk menjerat anda supaya membeli produk mereka.

Baca: Ulasan Filem Mother! 

Jerawat tumbuh kerana sering memakai makeup

Mitos ini sering kita dengar dan ia tidak tepat. Tetapi tidur dengan memakai makeup boleh memberikan kesan buruk pada wajah kerana anda membiarkan kotoran, bahan makeup, dan minyak yang kulit anda hasilkan sepanjang hari.

Terdapat cara terbaik untuk hilangkan jerawat dan saya dah tulis dalam entri ini >> Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah


Jerawat tumbuh disebabkan faktor sel kulit, keradangan, bakteria dan liang pori tersumbat, bukannya kerana makeup. Pastikan anda membersihkan makeup dengan makeup remover dan mencuci muka dengan bersih sebelum tidur.

Contoh produk: Cosrx Acne Master Patch

Produk semula jadi & bebas bahan kimia lebih bagus

Jenis kulit menentukan ramuan apa yang sesuai dipakai. Tiada bukti kukuh yang menunjukkan produk yang mengandungi bahan pengawet boleh memudaratkan. Bahkan, tanpa bahan pengawet produk akan terdedah kepada pertumbuhan bakteria dan yis.

Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

Pakai makeup cepat tua

Ini juga salah satu mitos yang popular dan jangan sesekali percaya! Memakai makeup tidak membuatkan seseorang itu tampak tua. Bahkan, banyak produk kosmetik mengandungi ramuan yang menyihatkan kulit wajah sewaktu memakainya. Tapi pastikan anda membersihkan segala solekan sebelum tidur.

Entri sebelum ini - Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X

Terima kasih kerana membaca Jangan Percaya Mitos Penjagaan Muka Ini

19 September 2017

Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah. Kulit wajah yang bersih, mulus, dan berseri sememangnya menjadi idaman kerana berketerampilan menarik membuatkan seseorang itu lebih berkeyakinan.

Namun, jika mengalami kulit bermasalah seperti dipenuhi jerawat, ia sudah pasti menghakis keyakinan diri ketika berhadapan di khalayak. Anda juga boleh hilang fokus, kualiti kerja tidak memuaskan, dan mengalami tekanan. Ini sekaligus menjejaskan kehidupan seharian.

Walaupun jerawat yang tumbuh tidak begitu kritikal, ia tetap mempengaruhi hari anda.

Baca: Aiskrim Kegemaran Anthony Bourdain yang Pasti Anda Tidak Akan Percaya

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah jerawat. Banyak ubat-ubatan dan losyen dipasaran yang boleh merawatnya. Ada kaedah juga kaedah yang menggunakan bahan semula jadi yang memang ada di setiap isi rumah. 

Jadi dalam entri ini saya kongsikan 5 cara untuk menghilangkan jerawat dengan mudah dan cepat.

Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah dan Cepat


1. Ais

Ais mampu mengurangkan kemerahan dan bengka jerawat. Selain itu ia dapat mengecilkan liang pori sekaligus mengeluarkan kotoran, dan minyak yang terkumpul. 

2. Ubat gigi

Okay, ramai lagi yang masih belum tahu yang ubat gigi boleh menghilangkan jerawat. Bahan yang terkandung dalam ubat gigi seperti baking soda, hydrogen peroxide dan triclosan, boleh mengeringkan jerawat. Tapi, guna yang berwarna PUTIH sahaja. Ini kerana ubat gigi jenis jel atau berwarna selain dari putih mengandungi bahan yang boleh menyebabkan iritasi.

Saya sendiri guna cara ni and trust me, it works like magic!!!

3. Lemon

Antara cara yang untuk menghilangkan jerawat adalah menggunakan bahan yang kaya dengan Vitamin C seperti lemon. Gunakan buah lemon yang segar dan bukannya air lemon dari botol yang mengadungi bahan pengawet.

- Perah jus lemon dan celupkan kapas bersih dan tekankan pada jerawat sebelum tidur.

4. Bawang putih

Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

Bawang putih bukan sahaja menambahkan menaikkan aroma makanan, tetapi membunuh vampire ๐Ÿ˜‚, dan boleh merawat jerawat. Bawang putih mengandungi sulfur, antioksidan, dan antiseptik yang boleh merawat jerawat dengan cepat.

- Potong bawang putih dan sapukan pada jerawat selama 2 minit kemudian cuci dengan air suam.

Baca: Beli Kerusi Eames Lazada

5. Madu

Khasiat madu lebah untuk kesihatan sudah tidak boleh disangkal lagi. Ia disebut dalam Al-Quran dan terbukti secara saintifik. Sama seperti bawang putih, madu mengandungi antiseptik yang menhalang pertumbuhan bakteria.

- Titiskan madu ke atas kapas bersih dan sapu pada jerawat.


6. Baking soda

Baking soda atau serbuk penaik terkenal dengan kebolehan 'membersih'. Oleh kerana ia semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia, baking soda adalah antara cara terbaik untuk menghilangkan jerawat.

- Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air dan lumurkan pada muka seperti memakai 'mask'.

Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

7. Timun

Kandungan vitamin seperti Vitamin C, A, dan magnesium yang ada dalam timun sangat baik untuk kulit.

- Hiris timun segar dan tampalkan pada jerawat selama sekurang-kurangnya 20 minit, kemudian bilas.


Jangan picit jerawat!

Tumbuhnya jerawat pada wajah menimbulkan rasa kurang senang dan ini mendorong anda memicitnya. Henti picit jerawat kerana ia memberikan kesan negatif seperti luka, kudis, dan keradangan akan menjadi lebih teruk.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengatasi jerawat timbuh dengan cepat dengan membersihkan muka setiap kali sebelum tidur. Makeup, debu, dan minyak boleh menambahkan risiko tumbuhnya jerawat.

Artikel sebelum ini - Webe Tukar kepada Unifi

Terima kasih kerana membaca Cara Hilangkan Jerawat dengan Mudah

20 Mei 2017

Minyak Kelapa Dara Terbaik - D'Fera


Minyak Kelapa Dara Terbaik- D'Fera. Khasiat minyak kelapa dara sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Ia popular bukan sahaja di Asia Tenggara bahkan di serata dunia. Ini kerana khasiat dari buah serbaguna ini telah terbukti secara saintifik.

Kita sudah lihat banyak jenama yang berasaskan minyak kelapa dara di pasaran tapi antara yang terbaik adalah D'Fera. Ini kerana produk ini 100% asli, semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia seperti produk kebanyakkan produk lain di pasaran. Bahkan, bagi menghasilkan minyak kelapa dara berkualiti, D'Fera hanya menggunakan kelapa terbaik. 
 

Produk D'Fera merupakan 100% buatan tempatan dan turut  serta menepati piawaian dari segi Amalan Perkilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa yang menarik tentang D'Fera adalah ia memberi lebih pilihan kepada pengguna dengan menghasilkan beberapa jenis produk berasaskan kelapa dara yang setiap satunya mempunyai khasiat tersendiri. Antara produk keluaran D'Fera adalah...

Minyak Kelapa Dara Terbaik - D'Fera

BeautyFera. RM35 (SM) | RM40 (SS)
BeautyFera
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Merangsang metabolisme badan
  • Memperbaiki pencernaan
  • Mengurangkan kolestrol
  • Mengawal kencing manis & antioksidan semulajadi
  • Melancarkan peredaran darah
  • Baik untuk ibu mengandung bagi mempermudahkan proses bersalin 
  •  
Cara pengambilan  BeautyFera: Dua kali sehari. 1 sudu setiap lepas makan pagi dan malam.

Baby Oil: RM35 (SM) | RM40 (SS)
Essential Baby Oil 
  • Mengelakkan ruam panas, ruam lampin 
  • Menenangkan bayi supaya dapa tidur nyenyak
  • Sesuai digunakan oleh orang dewasa 


Bedak Sejuk: RM25 (SM) | RM30 (SS)
Rice Masker (Bedak Sejuk)
  • Dicampur dengan minyak kelapa dara dan bunga mawar. 
  • Boleh menghalus dan melembabkan kulit wajah 
  • Merawat kulit bermasalah. 

Minyak Angin: RM15 (SM) | RM20 (SS)
Magiferra (Minyak Angin)
  • Melegakan sakit kepala dan pening.
  • Melegekan sakit sendi lutut, terseliuh dan kekejangan.
  • Sesuai untuk bayi yang mengalami perut kembung, sakit tekak dan batuk

Sabun Muka: RM30 (SM) | RM35 (SS)
Facial Soap (Sabun Muka)
  • Diperkaya dengan minyak kelapa dara, madu dan vitamin T3
  • Mampu membersihkan kulit wajah 
  • Menghapuskan jerawat. 

shampoo minyak kelapa dara
Shampoo: RM25 (SM) | RM30 (SS)
Shampoo
  • Dirumus khas menggunakan minyak kelapa dara dan vitamin B5 
  • Menyuburkan rambut dari akar. 
  • Melebat dan melembutkan rambut
  • Mencegah rambut anda dari rosak dan gugur. 
  • Bebas SLS & SLES dan selemat digunakan.

Lotion: RM35 (SM) | RM40 (SS)
Lotion
  • Melembapkan kulit
  • Mencegah daripada kekeringan dan penggelupasan
  • Melambatkan kedutan
  • Menyihatkan kulit yang tidak bermaya 
  • Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk minyak kelapa dara dari D'Fera, sila hubungi:

HP: 017-3721815

Terima kasih kerana membaca Minyak Kelapa Dara Terbaik - D'Fera