Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan

21 Mac 2017

Cara Verifikasi PIN Adsense

Cara Verifikasi PIN Adsense. Bagi yang telah memiliki akaun Adsense buat pertama kali pasti tertunggu-tunggu pihak Google Adsense menghantar nombor PIN (Personal Identification Number) yang tiba dalam bentuk surat.

Memandangkan surat tersebut dihantar dari luar negara, ia memakan masa agak lama untuk tiba di Malaysia. Sesetengah pemilik akaun Adsense atau 'publisher' terpaksa menunggu berbulan-bulan sebelum menerima nombor PIN. But in my case, surat biasa berisi nombor PIN tiba dalam masa 3 minggu sahaja.

surat adsense pin

Untuk pengetahuan, nombor PIN tersebut merupakan pengesahan untuk memastikan anda adalah pemilik akaun Adsense yang sah dan pembayaran hanya akan dibuat setelah anda memasukka nombor PIN tersebut. Adsense akan menghantar nombor PIN melalui pos ke alamat yang didaftarkan pada akaun Adsense anda. 

PIN ini hanya akan diberikan sekiranya anda earnings telah melepasi USD$10. Setelah melepasi USD$10, dashboard Adsense anda akan muncul 'peringatan' berwarna mereah di bahagian atas. 

Cara Verifikasi Pin Adsense

Langkah 1:
Layari www.google.com/adsense. Kemudian sign in ke akaun anda.

Langkah 2:
Klik 'Setting' yang berlambang 'gear' dan pilih Payments.

Langkah 3:
Di sebelah kiri bar navigasi, pilih Account information, dan klik verify address.


Langkah 4:
Masukkan enam digit PIN yang tertera pada sura pada ruangan yang disediakan dan klik Submit.

Untuk langkah yang lebih mudah, klik Action pada bar 'peringatan' dan masukkan PIN anda.

Berkaitan: Belajar Buat Blog 

Anda perlu ingat yang PIN ini bertujuan supaya pembayaran dilakukan kepada pemilik akaun yang sah dan individu yang tidak bertanggungjawab cuba mendapatkan hasil Adsense anda. Pastikan alamat tempat tinggal yang diisi pada akaun Adsense adalah alamat yang benar bagi mengelak surat dihantar ke tempat lain.

Jika publisher tidak memasukkan PIN dalam masa enam bulan, iklan Adense tidak akan terpapar pada blog dan akaun anda akan dibatalkan.

Cara Verifikasi PIN Adsense

Jadi bila permohonan Adsense tu dah diluluskan, jaga elok-elok. Jangan sesekali klik iklan sendiri atau suruh kawan. Pastikan entri original dan bukannya 100% copy paste. Jangan cuba nak manipulasi iklan supaya dapat banyak incom. Kita kena ingat Google lagi bijak. Jangan sampai disenarai-hitamkan.

Good luck!

Entri sebelum ini - Lazada Surprise Box 2017

Terima kasih kerana membaca  Cara Verifikasi PIN Adsense

25 Januari 2017

Belajar Buat Blog

Belajar Buat Blog. Selepas mendengar ada yang berjaya jana income dengan blog, maka ramai yang mula cari jalan untuk belajar buat blog sendiri. Menulis blog bukan semudah yang disangka. Walaupun percuma, ia memerlukan minat dan kesabaran yang tinggi. 

Blog-blog anda anda baca pada hari ini, mereka juga bermula dari bawah. Tak ada jalan lain, anda kena belajar. Banyak elemen yang perlu difahami seperti platform apa, niche blog, gaya penulisan, cara untuk mendapatkan views tinggi, buat duit, template sesuai, dan paling penting ilmu SEO. 

Bagi yang berniat nak buat blog sendiri tapi tak tahu nak mula dari mana, saya cadangkan anda rujuk ebook Belajar Buat Blog yang ditulis oleh Anuar Marsib. 

Belajar Buat Blog

Ebook ini mengandungi panduan lengkap bagi mereka yang baru nak baru nak belajar buat blog sendiri. Secara ringkasnya, ebook ini mengandungi tips serta langkah dari A hingga Z tentang cara untuk buat blog dengan betul. Ia mengandungi bab penting seperti

Bab 1: Nak buat blog tentang apa?
Bab 2: Langkah-langkah buat blog dengan Blogspot
Bab 3: SEO nadi kekuatan blog
Bab 4: Buat duit dengan blog 
Bab 5: Rahsia buat duit dengan affiliate
Bab 6: Rahsia buat duit melebih 4 angka di internet
Bab 7 Rumusan dan penutup

Nah..... lengkap kan? Point di atas tu sudah cukup untuk anda mula belajar buat blog sendiri dan capai apa yang telah dicapai oleh blogger otai sekarang. 

Cara buat duit dengan blog

Saya sendiri mula blogging sejak 2009 lagi dan sepanjang 8 tahun itu banyak benda yang saya belajar and I'm still learning. Tahukah anda rugi kalau ada blog tapi tak ambil peluang buat duit darinya kerana blog adalah lubuk rezeki. Lebih-lebih lagi jika dibayar dalam USD!

Jadi saya nak kongsikan beberapa tips berdasarkan pengalaman sendiri bagaimana buat duit dengan blog. 

Letak iklan dalam blog - Cara paling popular dan berkesan. Hanya daftar dari syarikat pengiklanan, pasang kod, dan anda akan dibayar berdasarkan klik dan berapa kerap iklan muncul. Syarikat pengiklanan yang saya syorkan adalah Nuffnang, Mobicow, Revenuehits, Adsense, Innity, dan H12.


Advertorial / review - Katakan anda dah berjaya mengukuhkan blog dengan memiliki pengunjung ramai dan konsisten, akan ada syarikat yang berminat mendapatkan khidmat anda untuk menulis review tentang produk mereka. Anda akan dibayar dengan jumlah yang mengikut persetujuan bersama. Bila blog dah terkenal, RM500 untuk satu entri pun mereka sanggup bayar.

Sewa ruang iklan - Jumlah pengunjung yang ramai memberi minat kepada pengiklan untuk meletakkan iklan di blog anda. Bayaran ditentukan melalui jangka masa iklan berada dalam blog, lokasi, dan saiz banner.


Affiliate - Affiliate ni anda cuma perlu daftar dan buat promosi melalui banner dan link. Komisen akan dibayar sekiranya berjaya buat jualan melalui link anda. Antara program affiliate popular adalah Klikjer, Amazon, Lazada, dan Agoda. Syarikakt yang jual domain dan hosting macam NetKL pun ada affiliate.

Contest - Tak selalu menang, tapi banyak manfaatnya. Tapi kalau tak join tak menang langsung. Sama ada contest SEO, tulis artikel terbaik, ataupun top referral, kalau buat betul-betul anda boleh menang wang tunai atau produk. Saya pernah menang beberapa kali, boleh rujuk label Pencapaian.  

Banyak kelebihan ada blog ni kan? Ternyata ia bukan perkara sia sia. Pada saya menulis blog ni lebih kepada perkongsian maklumat. Setiap apa yang anda tulis akan dibaca oleh pengguna internet dan digunakan digunakan dalam kehidupan harian mereka.

Yang nak bergelar blogger, boleh rujuk ebook >>>  Belajar Buat Blog.

Contest ini turut disertai oleh: calrasepatrick.blogspot.com, nonasani.blogspot.my, missobsesi.blogspot.my, sayidahnapisah.com, mommyfiqa.com, bloggerlelaki.com, ciklapunyabelog.blogspot.my, dianarashid.com, susahsenangblogger.com, at-tarmizi.blogspot.my, myideakini.com, amirkhalis.blogspot.my, sayabukancikgu.com, messarah.blogspot.my, jangan-bukak.blogspot.my, fadzirazak.com, heroborneo.com, nikkhazami.com, misztrex.blogspot.my, ummizarra.com, infopelajar2u.com, sabreehussin.com, topseofriendly.blogspot.my, ummiseri.com, saidila.com, qiyasaad.com, kataubaid.com, belajarbuatblogpercuma.wordpress.com, iuzira.com, hiburansabah.com, nasitambah.com, aynorablogs.com, ohtiptop.com, jebengotai.com, sensasi2020.com, sayaazieera.blogspot.my, jambubatublog.com, adibsite.com, sishawa.blogspot.my, cikilamenari.blogspot.my, alongxp.com, elihjapahar.com, jiesusanos.com, sianangbumaya.com, bagiblogger.blogspot.com, vitamin-cerdik.com.

Terima kasih kerana membaca - Belajar Buat Blog

13 Disember 2016

Domain Terbaik di Malaysia

Domain Terbaik di Malaysia. Sudah menjadi impian setiap blogger untuk memiliki blog yang tampak profesional. Setelah menerbitkan entri secara berterusan dan mempunyai penbawa yang ramai, anda pasti ingin menaiktaraf blog ke level yang seterusnya.

Salah satu cara untuk menaiktaraf blog adalah dengan memiliki domain sendiri. Contohnya, alamat blog contohnya dan nikkhazami.blogspot.com kepada nikkhazami.com. Pengakhiran 'dotcom' dinamakan sebagai domain. Selain itu .net, .my, .org, .co, .us, juga dipanggil domain.

Artikel berkaitan: Beli Domain Murah Malaysia

Mempunyai domain sendiri bukanlah satu kemestian. Ia tidak menjamin masa depan blog anda. Akan tetapi, domain bagus untuk penjenamaan dan dilihat mempunyai ciri-ciri komersial dalam dunia blogging.

Tak ada cara lain untuk memiliki domain selain membelinya dari syarikat yang menawarkan pemilikan nama domain. Tak mahal pun sebab anda cuma perlu bayar sekali setahun. Tapi persoalannya, kat mana nak beli domain yang terbaik dan murah?

Domain dan Hosting Terbaik di Malaysia

Saya cadangkan anda beli dari NETKL sebab ia merupakan syarikat tempatan yang dah lama beroperasi dan dipercayai. Mereka menawarkan pelbagai jenis pakej domain, hosting dan servis lain untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Saya sendiri beli dari NetKL,

Harga domain berpatutan

Dah banyak syarikat tempatan yang menyediakan servis domain dan hosting. Yang membezakan mereka adalah harga yang ditawarkan. Masa saya beli pada 2014, harganya cuma RM35 setahun. Tapi sekarang dah meningkat kepada RM45. Tapi NetKL menjual domain termurah berbanding pesaingnya. Anda boleh semak syarikat lain yang menawarkan servis sama, ada yang mencecah RM60 setahun!

Khidmat pelanggan memuaskan

Satu lagi perkara yang saya suka tentang NetKL adalah customer service mereka yang cekap ketika berurusan. Laju je reply email bila bertanyakan soalan. Lepas buat pembayaran, tak sampai 5 minit blog dah ber-dotcom! Lagi pun mereka beroperasi 24jam sehari, 7 hari seminggu, dan 365 hari!


Disyorkan ramai blogger

Sebelum beli domain dulu saya dah buat research dan ramai blogger otai mencadangkan supaya beli dari NetKL. Banyak review positif mengatakan domain dari NetKL memang terbaik.


NetKl memang highly recommended. Jika berminat nak beli domain boleh beli di sini >> www.netkl.com

Entri sebelum ini - Waktu Terbaik Update Instagram

Terima kasih kerana membaca Domain Terbaik di Malaysia

5 Disember 2016

Permohonan Adsense Diluluskan Sepenuhnya


Permohonan Adsense Diluluskan Sepenuhnya. Setelah bertahun-tahun apply, akhirnya permohonan untuk memaparkan iklan Adsense diluluskan! Bukan senang nak approve sebab syarat yang ditetapkan oleh syarikat pengiklanan dari Google ni sangat ketat.

Banyak cabang untuk buat duit dengan blog antaranya Klikjer, Revenuehits, Mobicow, dan Agoda. Yang tu saya dah cerita panjang lebar dalam entri - Cara Buat Duit dengan Blog. Tapi  rata-rata blogger memasang impian untuk mendapatkannya kerana income Adsense agak lumayan, blogger akan menerima bayaran dalam matawang USD.

Saya sendiri mula memohon Adsense sekitar 2012 lagi tapi asyik kena reject atas faktor bahasa. Ini kerana pada waktu itu Adsense masih belum menyokong blog berbahasa Melayu. So, saya buat blog English.... pun kena reject.

Kemudian bila Adsense mula menyokong blog berbahasa Melayu pada 2015, maka ramai blogger tempatan mula memohon termasuk saya. Adsense ni kadang-kadang suka mainkan perasaan orang. Permohonan saya lulus peringkat pertama di mana saya perlu letak code dan tunggu arahan seterusnya. Tapi tu diorang senyap macam tu je. Lama jugak tunggu respon diorang hinggakan akaun saya dimatikan dengan alasan tidak aktif.

Permohonan Adsense Diluluskan Sepenuhnya

Saya apply balik dalam bulan Ogos 2016, ikut semua syarat dan langkah yang ditetapkan.... Selepas dua bulan akhirnya permohonan Adsense diluluskan sepenuhnya!! Apa lagi, terus pasang kod iklan dan ia mula terpapar pada blog.

Email dari Adsense

Relief sangat bila dah ada akaun penuh Adsense sebab dah bertahun apply, tak pernah lepas! Apa yang bestnya, kita akan mula dapat earnings walaupun tak sampai 24 jam letak iklan dalam blog.

Iklan yang relevant akan muncul. Contohnya macam gambar di bawah, iklan TM Unifi yang boleh menang tiket tengok bola di Old Trafford. Yang ada Unifi boleh join contest ni, saya tak boleh join sebab dah pernah  menang dulu.. Baca kat sini >> Pengalaman Menonton Aksi Man United di Old Trafford.



Bagaimana kiraan pembayaran Adsense?

Untuk info, Adsense membayar Cost-Per-Click (CPC) agak tinggi. Ia boleh mencecah USD1 setiap kali pengunjung klik pada iklan. Selain itu blogger akan menerima kira-kira USD0.50 untuk setiap 1000 paparan atau Cost-Per-Views (CPV).

Yang masih kena reject tu jangan give up, sementara tunggu aproval dari Adsense anda masih boleh buat duit dengan blog dengan beberapa cara lain seperti yang sebut kat atas. Bila dah approved, jangan langgar pantang larang!

Mungkin dalam entri akan datang saya akan kongsikan elemen yang perlu ada dalam blog untuk lulus Adsense.

3 Julai 2016

Cara Buat Rate Card untuk Blogger

rate card blogger

Cara Buat Rate Card untuk Blogger. Dah lama tak buat entry tips blogging. Okay kali ni saya nak kongsikan macam mana nak buat rate card atau sebut harga untuk seorang blogger. Jika blog anda sudah mendapat tempat dihati pembaca dan mendapat jumlah pengunjung yang memberangsangkan, pada satu tahap anda akan dihubungi syarikat untuk beriklan di blog.

Bagi seorang blogger, beriklan adalah salah satu sumber pendapatan blog. Menyediakan rate card merupakan cara untuk menyatakan jumlah bayaran atau kadar yang perlu dibayar oleh pengiklan. Iklan berbayar pada blog terdapat dua jenis iaitu:

Berkaitan: Tulis Entri Disukai Google

1. Banner- Iklan bergambar yang terdapat di bawah header, sidebar atau mana-mana lokasi dalam blog.
2. Advertorial - Juga disebut sebagai artikel berbayar di mana blogger menulis sebuah entri khas tentang sesuatu produk.

  
Tujuan buat rate card

Selain untuk menyatakan dengan jelas harga yang perlu dibayar oleh pengiklan, rate card juga dilihat sebagai dokumen persetujuan kedua-dua belah pihak. Ini kerana blogger telah menyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk beriklan dalam blog. Tambahan pula, rate card membuatkan blogger nampak lebih profesional dan bukan hanya sebuah blog cikai.

Cara Buat Rate Card untuk Blogger

Buat rate card/sebut harga ni sebenarnya mudah je. Anda hanya perlu masukkan beberapa informasi dengan terperinci, tersusun, dan mudah difahami pengiklan. Boleh buat dalam Microsoft Word atau Excel dan kemudian save dalam format PDF supaya mudah diakses pengiklan kelak.

Antara elemen yang perlu anda masukkan dalam rate card:

  • Logo blog - Jika tidak mempunyai logo, gunakan header blog buat sementara waktu
  • Pengenalan
  • Jenis, kedududukan, dan harga iklan
  • Syarat-syarat
  • Statistik blog - pageviews setiap bulan/3 bulan, unique views, bounce rate, ranking Alexa
  • Pengaruh di media sosial - Jumlah followers Instagram, Twitter, dan Facebook
  • Pencapaian - Jika blog anda pernah muncul di dada akhbar, atau pernah memenangi anugerah khas ntuk blogger dan dll.
  • Hubungi
  • Cara pembayaran

Contoh rate card


Berapa bayaran yang blogger kenakan untuk beriklan?

Tiada jumlah khusus berapa caj yang blogger kenakan bagi iklan banner atau advertorial. Segalanya bergantung kepada statistik blog dan... populariti blogger. Harga kena la logik, kalau blog baru dan pageviews kurang dari 50 sehari, takkan nak charge sampai RM150 kan? Kesian pengiklan bayar mahal tapi tak berbaloi sebab tade orang yang tengok iklan tu. 

Akan tetapi jika blog anda menerima ribuan pageviews setiap hari, jangan takut untuk negotiate harga kerana kadang kala pengiklan memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk buat promosi.

Berkaitan: Beli Domain Murah Malaysia

Saya pernah cerita dalam entri Cara Buat Duit dengan Blog di mana sewa iklan dan tulis advertorial merupakan salah satu lubuk rezeki dalam dunia blogging. Pengiklan dah mula nampak potensi blogger dalam mengiklankan produk mereka. Saya sendiri pernah dapat tawaran advertorial dari pengiklan antarabangsa. Seronok, sebab dibayar dalam USD. Hee!

Sebab sekarang ni ramai sangat blogger yang buat advertorial/review dalam blog mereka. Ada yang lebih banyak buat advertorial dari entri lain pun ada. Takpe lah, tu rezeki masing-masing. Sentiasa kemaskini blog dengan entri berkualiti, blog mesra pembaca, dan kuasai ilmu Search Engine Optimization (SEO). Lepas tu boleh la merasa hantar email rate card kepada pengiklan. Bye!

Entri sebelum ini - Sinopsis Mak Cun Pi New York
 
Terima kasih kerana membaca Cara Buat Rate Card untuk Blogger

1 April 2016

Happy Birthday NIKKHAZAMI.COM


Happy Birthday NIKKHAZAMI.COM. Seven years ago, today this blog was born. Blog yang pada asalnya sebahagian dari matapelajaran Internet for Journalistic Research kini berusia tujuh tahun! Fuhh, dah masuk darjah satu rupanya. 

I wouldn't be here today if I didn't click that "Create A Blog" button. Semestinya kredit harus diberikan kepada individu yang ajar kami buat blog iaitu lecturer, Puan Nora Karim, yang juga pemilik blog DialogUda. Thanks Madam!

Banyak kesilapan yang pernah saya buat dalam blog ni. Major mistakes yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang blogger. Contohnya entri tak ada paragraf, pointless, singkatan perkataan, guna template yang entah hape-hape. Tu tak cerita lagi yang saya pernah letak lagu autoplay pada sidebar! Kalau baca entri lama rasa nak lempang muka sendiri.


But I've learnt a lot. Sepanjang tempoh tujuh tahun banyak benda yang saya belajar mereka yang berkongsi panduan/tips, ada yang saya rujuk dari e-book, dan juga pemerhatian blog-blog yang berjaya menempa nama.

Dari blog yang dibina dalam kelas kini saya boleh buat duit melaluinya. Affiliate, iklan, dan advertorial menjadi antara cabang buat blog ini dan beberaa blog milik saya yang lain jana income. Lebih manis, birthday blog hari ni (1 April) dapat komisen dari NetKL dan Agoda. Woop! Woop!

Artikel berkaitan: Cara Buat Duit dengan Blog


I'm still learning, terutama ilmu Search Engine Optimization (SEO) banyak membantu blog dalam mendapat tempat terbaik di Google dan meningkatkan jumlah pengunjung. Tahun lepas saya upgrade dari .blogspot.com kepada dotcom. Tu pun nasib baik dapat tahu pasal NetKL yang jual domain murah.

Artikel berkaitan: Beli Domain Murah Malaysia

Seperti yang aya sebut dalam entri pertama >> Start BLOGGING, menulis blog is an ongoing process. You don't know what's going to happen in the future and what kind of opportunity might land ahead of you. Ada beberapa plan yang saya harap dapat buat dalam blog ni. Harap-harap akan jadi kenyataan. Bak kata Casey Neistat - without a goal, you can't score.

Terima kasih kerana membaca Happy Birthday NIKKHAZAMI.COM

25 Mac 2016

Cara Renew Domain NetKL


Cara Renew Domain NetKL. Nampaknya dah genap setahun blog ni mempunyai domain sendiri. Dari alamat nikkhazami.blogspot.com kini kepada nikkhazami.com. Domain ni saya beli dari NetKL iaitu syarikat tempatan yang menyediakan servis domain dan hosting.

Sebenarnya lupa nak renew, nasib baik pihak NetKL hantar email notifikasi mengatakan domain nikkhazami.com hampir tamat. Untuk mengelakkan dotcom blog ni hilang saya renew kira-kira 10 hari lebih awal dari tarikh expired dengan harga RM45 setahun.

Artikel berkaitan: Beli Domain Murah Malaysia

Masa saya beli domain di dulu harganya RM38 termasuk setup RM3. Namun bermula Oktober 2015, harga domain telah dinaikkan kepada RM45 setahun. Pada saya harganya masih berpatutan kerana syarikat lain yang menyediakan servis sama meletakkan harga hampir mencecah RM60.


Bagi yang dah guna domain NetKL dan bercadang nak renew, saya kongsikan panduannya dalam entri ini.. 

Cara Renew Domain NetKL

1. Login akaun http://billing.netkl.com/ 
2. Klik 'Domain Renewal' pada bahagian kanan skrin.
3. Klik 'Unpaid Invois'
4. Mereka telah sediakan invois yang masih belum dibayar. Anda hanya perlu rujuk untuk ambil nombor invois dan nombor akaun bank sahaja.

renew domain netkl
5. Anda akan diberi pilihan sama ada bayar menggunakan Bank Transfer atau PayPal. Pilih satu.
6. Buat pembayaran! 
7. Setelah selesai, hantarkan email bukti transaksi pembayaran kepada sales@netkl.com. Contoh email:

Customer service terbaik

Satu lagi benda yang saya suka dengan NetKL adalah khidmat pelanggan mereka. Cepat respon email, mesra, dan kalau tak faham mereka akan terangkan satu persatu. Proses renew domain pun ambil masa tak sampai 10 minit.

renew domain netkl

Selagi NetKL kekal menyediakan servis terbaik macam ni, saya akan setia dengan mereka. Bagi blogger yang tengah plan nak memiliki domain sendiri boleh beli dengan mereka di >> www.netkl.com

Entri sebelum ini - Harga dan Spesifikasi iPhone SE Malaysia

Terima kasih kerana membaca Cara Renew Domain NetKL

18 Mac 2016

Cara Buat Duit dengan Blog


Cara Buat Duit dengan Blog. Ada yang tanya, macam mana seorang blogger boleh buat duit dengan blog? Buat blog memang mudah, tapi tak semua tahu bagaimana cara nak jana income tambahan melaluinya terutamanya blogger baru.

Peluang untuk jana pendapatan sampingan terbuka luas dengan hanya sebuah blog. Ia boleh datang dari pelbagai cabang. Lebih banyak cara yang anda guna, lebih banyak income yang blogger boleh dapat. Ada yang dibayar dalam ringgit, ada yang dibayar dalam USD.

Dalam entri ni saya akan kongsikan beberapa tips jana income melalui blog berdasarkan pengalaman sendiri.

Cara Buat Duit dengan Blog

Jobdirumah

Ini cara yang paling saya recommend. Kenapa? Sebab mudah dan lumayan. Jobdirumah bukan scam dan diperakui oleh ramai blogger tempatan. Jobdirumah sebenarnya panduan untuk mereka yang nak cari kerja tambahan di internet. Dari kerja paling mudah di dunia contohnya re-type dan masukkan data dan like Facebook page hinggalah tugasan yang memerlukan kemahiran tertentu.


Disebabkan ramai yang dah mula join Jobdirumah, sebab itu lah sentiasa ada komisen setiap bulan. Dapat upah assignment, upah buat sales pun dapat. Boleh daftar di >> www.jobdirumah.com

Pasang iklan pada blog

Ini adalah cara yang paling popular dan berkesan. Setiap blogger boleh mendaftar dengan syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, PopAds, dan Adverlets. Apabila sudah mendaftar anda akan diberikan kod HTML untuk pasang pada blog . Blogger akan dibayar berdasarkan berapa kerap iklan keluar pada blog dan jumlah klik.


Untuk income yang lebih padu, daftar dengan medium pengiklanan yang bayar dalam USD seperti  Google Adsense, Mobicow, dan RevenueHits. Adsense adalah yang terbaik, tapi nak lulus memang cukup perit. Saya masih lagi tunggu permohonan peringkat kedua diluluskan. Manakala RevenueHits pulak senang lulus, seronok tengok earning berjalan, lebih-lebih lagi bila ringgit Malaysia tengah jatuh ni. Boleh daftar di >> www.revenuehits.com

Artikel berkaitan: Kelebihan Pengiklan RevenueHits

Advertorial / Review

Berdasarkan kualiti blog, kekuatan Search Engine Optimization (SEO), serta jumlah pengunjung, sebuah blog mampu menarik minat syarikat besar ataupun usahawan untuk menulis review tentang produk/servis mereka. Pengiklan akan bayar anda dengan jumlah yang telah dipersetujui untuk satu post.

Kenapa mereka sanggup bayar? Kerana orang akan Google produk mereka dan baca review yang anda tulis. Pengiklan sanggup bayar dari harga RM30 hinggalah ratusan ringgit untuk promosi. Blogger pulak dapat bayaran dan trafik organik. Saya sarankan sediakan rate-card atau sebut harga pengiklanan supaya nampak profesional. Contoh rate-card saya akan kongsikan dalam entri akan datang

8Share

Masih ramai lagi blogger tidak tahu tentang kewujudan 8Share. Dalam bahas mudah, anda akan mendapat ganjaran setiap kali ada orang klik link yang anda kongsi. Macam Churp Churp. Cuma anda akan dapat bayaran lebih awal dan terus masuk ke akaun bank. Cuma kongsi link di blog atau media sosial. Itu sahaja.


Saya dah cuba, memang berhasil. sLagipun ia percuma, boleh daftar di sini >> http://po.st/GR8Aso

Sewa ruang iklan

Sebelum buka ruang iklan pastikan blog anda terima ribuan trafik sehari. Saya ulang, ribuan. Berbaloi ke pengiklan sewa tapak iklan di blog anda? Ramai ke yang akan tengok iklan tu? Kalau hanya 30 views sehari, baik lupakan hasrat. Kesian pengiklan tak dapat pulangan.


Yakinkan mereka dengan traik blog harian, mingguan, dan bulanan. Tak cukup dengan tu bagi sekali ranking Alexa dan Google Pagerank. Pastikan pengiklan yakin sewa ruang iklan di blog anda benar-benar berbaloi dan dilihat ramai pengunjung. Jangan pulak penuhkan setiap ruang blog dengan iklan, nanti lambat loading blog terus hilang viewers. Orang tamak selalu rugi.

Affiliate

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni ramai yang bercakap tentang keuntungan main affiliate. Affiliate ni anda cuma perlu daftar dan buat promosi melalui banner dan link. Komisen akan dibayar sekiranya berjaya buat jualan melalui link anda. Antara program affiliate popular adalah Klikjer, Amazon, Lazada, dan Agoda. Syarikakt yang jual domain dan hosting macam NetKL pun ada affiliate.


Ramai blogger berjaya buat duit dengan blog melalui affiliate sebab terima komisen dalam 50% - 80%. Lagi banyak kalau main affiliate antarabangsa.

Contest

Okay, cara ni tak selalu dapat. Tapi bila dapat memang berbaloi. Ada yang menganggap sertai contest ni buang masa sebab belum tentu boleh menang. Betul. Tapi kalau tak join tak menang langsung. Sama ada contest SEO, tulis artikel terbaik, ataupun top referral, kalau buat betul-betul anda boleh menang wang tunai atau produk.

Saya sendiri dah banyak kali menang wang tunai. Segala bentuk kemenangan saya dah masukkan dalam label >> Pencapaian. Pergi baca.

Ada banyak lagi cabang untuk blogger buat duit. Saya punya favorite Jobdirumah sebab komisen 50%. Heee! Tapi kena ingat ia memerlukan masa, komitmen, dan kreativiti. Tak boleh la hari ni buat blog esok nak terus dapat income. Dalam dunia blogging, kalau hanya fikir duit dan populariti tanpa mengira perkongsian informasi bermanfaat, you are not going anywhere.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Batman V Superman: Dawn of Justice

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit dengan Blog

10 Mac 2016

Senarai Pemenang Anugerah MSMW2016


Senarai Pemenang Anugerah MSMW2016. Malam penghargaan buat blogger dan pengamal media sosial tempatan iaitu Malaysia Social Media Week Award 2016 (MSMW2016) telah berlangsung dengan jayanya semalam. Anugerah tahunan ini merupakan platform untuk mengiktiraf mereka yang aktif dalam menyampaikan maklumat di alam maya.

Apa yang saya suka tentang MSMW adalah sistem pengadilannya yang adil. Pemenang ditentukan dengan mengambil kira jumlah undian pembaca serta diadili juri profesional. Jadi, setiap pemenang mestilah menyampaikan maklumat yang berkualiti dan menarik serta mempunyai pengikut setia.

pemenang MSMW2016
Foto: https://www.facebook.com/sunwaypyramid/?fref=photo
Bagi kategori blogger, saingan memang sengit apatah lagi bersaing dengan blogger popular danpernah menang sebelum ini. 

Senarai Pemenang Anugerah MSMW2016 (Kategori Blogger)
Menurut laporan Utusan, bermula 28 Dec 2015 hingga 24 Jan 2015 pihak MSMW menerima kira-kira 17,000 undian melalui Facebook, Twitter, dan Instagram  lalu untuk menentukan penerima kategori penulis blog.

Kepada diri sendiri dan rakan blogger lain yang tidak pernah tercalon, jangan putus asa. Teruskan usaha dalam menulis content blog yang berkualiti dan tepat. Mana tahu, tahun depan boleh tercalon.

Entri sebelum ini - Kebab Sedap di Kota Bharu

Terima kasih kerana membaca Senarai Pemenang Anugerah MSMW2016

14 Februari 2016

Cara Tulis Entri Disukai Google

Cara Tulis Entri yang Disukai Google. Bagaimana nak jadikan entri blog anda mesra di enjin carian terutamanya Google? Ramai blogger yang berdepan masalah di mana artikel yang diterbitkan tidak muncul di laman carian.

Hal ini bukan sahaja menjejaskan prestasi blog malah, melunturkan semangat blogger. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan supaya artikel yang diterbitkan mendapat tempat terbaik dalam enjin carian..... jika kena caranya. Apa yang perlu anda lakukan adalah back to basic ---> Search Engine Optimization.
 
Tak susah, kalau kena dengan caranya, entri yang dihasilkan mampu menarik perhatian Google.

Cara Tulis Entri Disukai Google

Keywords, keywords, keywords - Bagi memastikan entri anda disukai Google, entri yang diterbitkan wajib mempunyai keywords atau kata kunci. Contohnya anda nak berkongsi entri berkaitan 'pengalaman guna oppo', oleh itu entri anda perlu diselitkan dengan beberapa ayat 'pengalaman guna oppo'.


Namun jangan terlalu mengulang ayat yang sama berkali-kali. Nanti entri anda akan ditendang ke halaman tujuh atau lapan di enjin carian. Anda akan dicop cuba untuk memanipulasi kata kunci.

Backlink berkualiti - Selitkan links/pautan entri terdahulu yang berkaitan. Ia boleh membantu menguatkan lagi entri baru. Selain itu, sediakan pautan laman rasmi produk atau info berkaitan. Ini menunjukkan blog anda boleh dipercayai kerana menyediakan informasi rasmi sebagai rujukan. Cari ini bukan sahaja boleh 'tackle' Google, malah memberikan trafik percuma kepada entri terdahulu.

Artikel berkaitan: Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

Letak tag ALT pada gambar - Ramai blogger ambil mudah soal ini. Gambar diletakkan dalam setiap entri bukan sekadar perhiasan. Memasukkan tag 'alt image' dan title description dengan keywords yang sama dengan tajuk boleh menguatkan lagi entri.

Cuba lihat gambar di bawah, gambar dari blog ini secara automatik muncul pada Google Image apabila memasukkan keywords berkaitan. Gambar tersebut sekaligus membawa pengunjung ke blog anda.

Search description - Jika menggunakan platform Blogspot, jangan lupa isi bahagian 'search description'. Search desription adalah ringkasan entri yang mengandungi kata kunci berkaitan dan ia akan terpapar pada laman carian. Tidak perlu panjang berjela, 3 - 4 baris sudah memadai.


Entri panjang dan berkualiti - Ingat, content is king. Google tidak pernah menetapkan syarat bilangan patah perkataan yang perlu ditulis. Tapi lebih selamat jika artikel anda tidak kurang dari 350 patah perkataan. Entri panjang dan berkualiti cukup disukai Google serta mudah untuk diindex oleh robot carian. Malas nak kira perkataan? C'mon guys, copy paste je dalam Words, jumlah perkataan akan tertera pada bahagian bawah sebelah kiri.

Baca: Beli Domain Murah malaysia

Semoga perkongsian ini dapat membantu. Bila artikel sentiasa berada di page pertama Google, baru la semangat sikit nak update blog. Untuk tips blogging sebelum ini boleh rujuk label  >>  Blogging

Entri sebelum ini - Gambar Jersi Kelantan TRW 2016

Terima kasih kerana membaca Cara Tulis Entri Disukai Google

16 November 2015

Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my

Contest Review Lynk.my 2015

Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my. Pernah tak mempunyai masalah sukar untuk berkongsi link laman web kerana ia terlalu panjang? Rimas bila tengok link itu memenuhi ruang sampai tak muat nak tulis description.

Link, URL (Uniform Resource Locator), atau dalam Bahasa Melayu 'pautan' adalah alamat/lokasi laman web. Link biasanya panjang berjela dan susah nak ingat. Jika tersalah taip anda akan dibawa ke lokasi lain atau keluar 'error'.

Kebanyakkan laman web menggunakan link yang panjang untuk tujuan SEO. Demi memastikan entri berada dikedudukan terbaik enjin carian, link entri harus mengandungi kata kunci. Akan tetapi link yang terlalu panjang menyukarkan anda untuk berkongsi. Tetapi anda boleh pendekkan dengan Lynk.my.

Artikel berkaitan: Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

Pendekkan Link dengan Lynk.my

Lynk.my adalah laman web yang menyediakan servis untuk memendekkan link. URL yang biasanya melebihi 80 aksara boleh disingkatkan kepada 20 aksara sahaja. Contohnya seperti di bawah, cuba lihat yang mana lebih ringkas:


Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my

Walaupun pendek, ia tetap membawa anda ke lokasi yang sama. Kalau tak percaya, cuba klik ttp://lynk.my/phr. Saya akan tunjukkan macam mana nak pendekkan link dengan Lynk.my:

  1. Layari http://lynk.my
  2. Paste kan link yang ingin dipendekkan
  3. Klik 'Lynk it' 


Tujuan pendekkan link

Kita mahu link menjadi ringkas supaya senang utk berkongsi di laman sosial terutama Twitter yang hanya membenarkan 140 aksara sahaja. Anda juga boleh sorokkan link iklan seperti ChurpChurp sebab tak ramai yang sudi klik. Hee! Kalau nak berniaga pun senang, lebih banyak ruang untuk anda masukkan ayat promosi. Anda juga boleh buat duit dengan Lynk.my. Caranya saya dah kongsikan dalam entri sebelum ini. Boleh rujuk entri >> INI

Memang banyak kelebihan laman web dari Malaysia ni. Mereka turut menganjurkan kontest hebat yang terbuka kepada semua blogger tempatan iaitu Contest Review Lynk.my 2015. Ramai yang join sebab sebab hadiah keseluruhan berjumlah RM4,000!

Entri sebelum ini - Sinopsis Tuan Anas Mikael di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Cara Pendekkan Link dengan Lynk.my

7 November 2015

Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog


Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog.  Kejayaan sebuah blog bergantung kepada jumlah pengunjungnya, oleh kerana itu setiap blogger ingin blog mereka mendapat jumlah trafik dan pengunjung yang tinggi. Ramai yang berjaya jana ribuan pageviews setiap hari dan lebih ramai blogger berhenti di tengah jalan kerana kecewa blog tiada pengunjung.

Jarang saya berkongsi tips blogging dalam blog ni. Bukan tak nak share, tapi saya rasa belum cukup bagus berbanding blogger lain. Apa yang bakal saya kongsikan dalam entri ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, perkara yang saya sering amalkan, dan dari pembacaan tutorial di internet.

Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

1. Hasilkan entry yang menarik dan bermanfaat - Kandungan blog adalah segalanya! Cara terbaik untuk menarik minat pengunjung adalah dengan menerbitkan kandungan yang bermanfaat, berinformasi, berkualiti, dan disukai. Dengan cara ini pengunjung akan entri anda yang lain.

2. Amalkan teknik SEO - Demi memastikan entri anda berada di top rank atau muka pertama Google, anda perlu terapkan teknik-teknik SEO (search engine optimization) pada entri dan template. Teknik ini merangkumi tajuk entri, permalink, keywords, meta descriptions, kelajuan blog,dan beberapa perkara lain. Menguasai SEO membantu blogger mendapat trafik tinggi selain hasilkan income melalui Adsense, Revenuehits, dan Nuffnang. Saya bukanlah orang yang tepat kalau nak bercerita tentang SEO. Untuk lebih lanjut boleh rujuk - Kitab SEO Merah Jambu


3. Sentiasa update blog - Ada entry baru, maka adalah trafik. Hasilkan entri yang berkualiti serta memberi informasi kerana pengguna internet sentiasa mencari bahan bacaan di Google. Contohnya update tentang isu yang sedang viral. Jika blog anda mempunyai niche tertentu lebih baik kerana pembaca setia akan sentiasa berkunjung untuk mendapatkan informasi terkini.

4. Blogwalking - Rajin-rajinkan diri singgah di blog blogger lain dan tinggalkan komen. Dengan cara ini anda mudah dikenali kerana kunjungan anda akan dibalas. Networking tu penting untuk menambah kenalan dan memperkenalkan diri kepada komuniti blogger Malaysia. Cara ini memang berkesan untuk tingkatkan trafik blog.

5. Kongsi entri di laman sosial - Blogger yang tidak pernah kongsi entri di laman sosial adalah blogger paling malang di dunia. Media sosial seperti Facebook dan Twitter adalah tempat paling mudah untuk mendapatkan trafik. Selesai update entri baru terus post di Facebook supaya mudah di indeks oleh Google. Join group popular seperti Sahabat Blogger dan Kelab Blogger Ben Ashaari dan promot entry baru dan lama kat sana.


6. Sertai contest dan giveaway - Menyertai atau menganjurkan contest atau giveaway sememangnya memberikan impak yang besar. Lebih-lebih lagi jika contest yang menawarkan hadiah lumayan. Ramai yang akan sertainya dan percaya atau tidak setiap peserta akan stalk entri peserta lain. Ambil kesempatan ini sebab secara tidak langsung memberi trafik percuma buat anda. Contohnya sekarang sedang berlangsung contest yang menawarkan hadiah RM4,000 iaitu - Contest Review Lynk.my 2015.

Artikel berkaitan: Menang Grand Prize Blogging Contest Mencari Ramli

7. Bermain dengan keywords - Gunakan kata kunci yang boleh mendorong banyak klik. Pastikan kata kunci itu terdapat pada tajuk, perenggan pertama, tengah dan terakhir. Namun jangan sekali-kali terlebih menggunakannya kerana Google dapat mengesan taktik licik ini dan menendang entri anda dari laman carian. Keywords yang berkesan menarik ramai pengunjung. Bila dah ramai pengunjung anda boleh jana lebih banyak income terutamanya dalam USD.

Artikel berkaitan - Kelebihan Pengiklanan Revenuehits

Apa yang saya sebutkan di atas berdasarkan pengalaman sendiri dan ternyata berkesan. Banyak persaingan dalam komuniti blogger Malaysia ni. Jadi anda kena kreatif sikit dari mereka jika mahukan trafik.

Entri sebelum ini - Harga Tambang KTM Komuter Disember 2015

Terima kasih kerana membaca Cara Terbaik Tingkatkan Trafik Blog

7 Oktober 2015

Fungsi HTTPS Untuk Keselamatan Blogspot



Fungsi HTTPS untuk keselamatan blogger Blogspot. Sebelum ini Google telah pun memperkenalkan sokongan HTTPS terhadap beberapa produknya seperti Gmail, Drive, Youtube, dan Search. Kini ia turut diperkenalkan kepada Blogspot. 

Pasti ada blogger tertanya-tanya apa maksud HTTPS dan apa bezanya dengan HTTP? Bagi yang dah tahu, abaikan sahaja bahagian ini. 


Maksud HTTP: Hyper Text Transfer Protocol Secure adalah protokol untuk menghantar dokumen/halaman dalam world wide web (www). HTTP berperanan mengatur apa yang harus dilakukan oleh web server/browser sebagai respon di atas perintah yang ada pada protokol HTTP.

Maksud HTTPS: Hyper Text Transfer Protocol Secure (HTTPS) adalah versi yang lebih selamat dari HTTP. Huruf 'S' adalah secure (selamat). Ini bermakna segala aktiviti di antara browser dan laman web adalah sulit. 

Fungsi HTTPS

1. Menyukarkan penjenayah cyber untuk mencuri maklumat atau mengesan aktiviti penulis blog dan pengunjung.
2. Membantu anda melayari laman web yang tepat dan tidak dibawa ke laman yang tidak selamat.
3. Membantu mengesan jika ada penjenayah cyber cuba untuk mengubah data yang dihantar dari Blogger kepada pengunjung.

Walaubagaimanapun, HTTPS ni tidak menyokong custom domain seperti  dotcom, dotnet, dan sebagainya. Ia hanya untuk blog yang menggunakan .blogspot.com.

Artikel berkaitan  - Beli Domain Murah Malaysia

Cara aktifkan HTTPS pada blogspot


!!! Namun sebelum anda setkan kepada HTTPS, anda perlu tahu yang ia bakal memberi kesan terhadap beberapa elemen pada blog anda. Ia mungkin mengakibatkan template, gajet, dan blog post tidak akan berfungsi dengan baik. !!!

Kalau kita perhatikan laman web perbankan semuanya menggunakan HTTPS begitu juga dengan laman rasmi kerajaan. Dalam bahasa mudah, HTTPS adalah lebih selamat.

Sebenarnya dah lama tunggu fungsi ini diaktifkan Blogspot. Tapi malangnya blog ini sudah berdomain. Tapi takpe, kita tunggu. Mana tahu kot-kot nanti ia turut menyokong semua blog yang menggunakan platform Blogspot termasuklah yang berdomain.

Entri sebelum ini - Beme: Aplikasi Perkongsian Video Terbaharu

Terima kasih kerana membaca Fungsi HTTPS Untuk Keselamatan Blogspot.