Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan

Ahad, 13 Januari 2019

,
Domainesia Jual Hosting Murah Untuk Blogger | Matlamat seorang blogger adalah untuk membawa blog mereka ke level yang lebih tinggi. Ini membolehkan blog yang diusahakan selama ini menerima jumlah yang tinggi dan tampak profesional di mata pembaca. Anda dah ada blog dan konten. Langkah seterusnya adalah dengan mendapatkan domain dan hosting.

Jika anda biasa singgah ke blog ini pastinya anda tahu yang saya memang gemar berkongsi harga domain dan hosting yang berbaloi untuk blogger beli. Bukan apa, sebagai blogger anda perlu pastikan yang blog memiliki tunjang yang bagus supaya ia dapat diakses dengan baik dan selamat.


Sebelum itu, buat blogger baru yang masih belum jelas lagi apa itu domain dan hosting.. Meh saya terangkan.

Domain - Domain adalah alamat blog anda. Contohnya, alamat blog contohnya dan nikkhazami.blogspot.com kepada nikkhazami.com. Pengakhiran 'dotcom' dinamakan sebagai domain. Selain itu .net, .my, .org, .co, .us, juga dipanggil domain.

Hosting - Hosting pula adalah tempat tersimpannya semua data seperti text, gambar, rekabentuk, cara ia beroperasi, dan berhubung. Jadi, amatlah penting untuk anda memiliki hosting berkualiti supaya dapat membawa masuk trafik ke website.

Salah satu syarikat yang menawarkan servis hosting terbaik adalah Domainesia. Sebuah syarikat yang berpengkalan di Indonesia.


Memang banyak hosting murah di Malaysia, tetapi tidak salah sekiranya kita cuba servis ini dari negara seberang iaitu Indonesia.

Sebab kenapa anda perlu beli web hosting dari Domainesia


1. Menawarkan harga terendah. Anda boleh lihat sendiri senarai harga dan tukar dengan matawang Ringgit. Murah bukan? Malah, setiap pakej mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri.


2. Prestasi laman web juga lancar dan stabil kerana Domainesia menggunakan Enterprise-grade SSD. Ciri ini turut boleh didapati pada pakej murah
.
3. Semua pakej yang disediakan lengkap dengan Anti-virus & Anti-malware. Blog anda akan mendapat perlindungan serangan virus.

4. Usah bimbang jika kehilangan data dan file, kerana semua pakej menawarkan backup data secara automatik setiap 24 jam.

5. Domainesia memberikan bandwidth tanpa had untuk semua pakej. Anda tidak perlu berdepan dengan masalah "Error Bandwidth Limit Exceeded" jika blog menerima jumlah trafik yang tinggi.

6. Beberapa pakej khas menawarkan 1 domain percuma. Untuk blogger baru, tak payah fikir lagi tentang nak beli domain.

7. Setiap pakej juga merangkumi email hosting. Banyak email hosting murah di pasaran, tetapi jika anda beli hosting di Domainesia, anda bakal menerima unlimited email hosting secara percuma.

8. Sekiranya anda menggunakan platform Wordpress, Domainesia menawarkan pakej hosting Wordpress murah.


Domain murah


Selain hosting, Domainesia turut menawarkan servis domain murah untuk pelanggannya. Domain paling popular, 'dotcom', dijua pada harga RM29 setahun sahaja. Ini adalah antara domain yang termurah yang pernah saya jumpa setakat ini.

Inilah kelebihannya jika beli web hosting dan domain dari syarikat Indonesia!

Banyak variasi domain yang boleh anda pilih seperti:
  • .com
  • .org
  • .net
  • .website
  • .site
  • .tech
  • .store
  • .online

Layanan / support 24 jam


Ini adalah salah satu ciri penting yang perlu anda ambil kira sekiranya ingin beli cheap hosting. Pastikan penyedia servis ini menyediakan support 24 jam.

Cuba bayangkan jika website anda berdepan masalah, pasti tak senang duduk dibuatnya. Jadi anda memerlukan khidmat pelanggan yang mampu memberikan respon dengan pantas.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.domainesia.com/hosting/

Kesimpulannya, Domainesia merupakan salah satu penyedia domain dan jual hosting murah di rantau ini. Servis yang mereka tawarkan sangat memuaskan sehingga dinilai tinggi di laman Google. Jika anda sedang merancang untuk mendapatkan doman atau hosting, please consider Domainesia okay? 

Rabu, 14 November 2018

,
Setiap blogger atau pemilik laman web pastinya mahukan servis web hosting terbaik dan murah. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka menggunakan website tersebut untuk tujuan bisnes dan menjadi punca pendapatan. Jadi untuk memastikan website berjalan lancar, anda perlu menggunakan hosting dan domain yang terbaik.

Domain adalah alamat blog anda. Contohnya, alamat blog contohnya dan nikkhazami.blogspot.com kepada nikkhazami.com. Pengakhiran 'dotcom' dinamakan sebagai domain. Selain itu .net, .my, .org, .co, .us, juga dipanggil domain.


Manakala hosting pula adalah tempat tersimpannya semua data seperti text, gambar, rekabentuk, cara ia beroperasi, dan berhubung. Jadi, amatlah penting untuk anda memiliki hosting berkualiti supaya dapat membawa masuk trafik ke website.

IDwebhost Web Hosting Terbaik dan Murah


Banyak syarikat yang memberikan servis hosting dan domain di Asia. Rasanya tak salah kalau saya recommend antara web hosting terbaik di rantau ini, iaitu IDwebhost.

Kalau nak tahu, IDwebhost beroperasi sejak 2013 lagi. Oleh kerana harga dan servis yang memuaskan, mereka menjadi web hosting popular Indonesia dan menjadi pilihan di rantau Asia.

Kenapa tak guna web hosting Malaysia sahaja? Memang boleh, anda kena tengok pros & cons nya juga. Bandingkan dengan servis yang ditawarkan oleh semua syarikat dan pilih yang terbaik.

Kelebihan domain IDwebhost


Murah - Kalau nak dibandingkan dengan syarikat seumpamannya yang lain, IDwebhost dikategorikan sebagai antara yang termurah. Lihat sahaja harganya melalui gambar di bawah. Domain 'dotcom' cuma Rp 114.900 bersamaan RM32.63 setahun sahaja. Anda boleh rujuk https://idwebhost.com/domain-murah untuk semak harga domain.


Khidmat pelanggan memuaskan - Kita sering berdepan dengan support yang lambat balas email di saat terdesak. Untuk pengetahuan, IDwebhost berkerja 24/7 untuk memastikan masalah pelanggan dapat diselesaikan secepat mungkin. Anda boleh chat secara terus dengan staff mereka.

Banyak kemudahan dan keselamatan - Kebanyakkan syarikat seumpamanya cuma menawarkan domain sahaja. Apa yang menjadikan IDwebhost sebagai domain Indonesia terbaik adalah, pelanggan dapat menikmati banyak kemudahan seperti:
  1. Domain lock
  2. Managed DNS 
  3. Domain secrets
  4. Domain fowarding 
  5. Email forwarding
  6. DNS Sec
  7. Theft protection

Berpengalaman dan dipercayai - Biarpun mula beroperasi pada 2013, ratusan ribu domain telah didaftarkan dengan IDwebhost. Untuk pengetahuan, mereka adalah syarikat pertaman di Indonesia yang mendapat akreditasi Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN)

Kelebihan hosting IDwebhost


Apabila bercakap soal hosting, semestinya kita mahukan tunjang yang kuat untuk membolehkan websiter beroperasi dengan baik. Tak nak pula nanti ada masalah seperti bandwidth tak cukup, website perlahan, keselamatan terancam, dan lain-lain.


Sebagai penyedia hosting Indonesia terbaik, IDwebhost menyediakan fungsi seperti:

Hosting murah - Sama seperti domain, harga hosting yang ditawarkan IDwebhost juga sangat berpatutan. Kalau tak percaya, anda boleh semak sendiri harga di https://idwebhost.com/hosting-murah

Pakej hadir dengan banyak ciri tambahan - Harga murah tidak bermakna servis yang ditawarkan cap ayam ya?  Setiap pakej yang anda ambil mempunyai ciri penting untuk sesebuah hosting seperti:
  1. Percuma 1 domain
  2. Percuma SSL Tier 1
  3. Web Accelator yang menjadikan website laju dan mesra pengunjung
  4. Percuma website builder. 
  5. percuma 300 template website premium. 
  6. Percuma bandwidth tanpa had
  7. Sistem keselamatan yang tinggi supaya bebas virus

Banyak lagi kelebihan servis mereka. Malah, IDwebhost berada di tempat pertama dalam senarai Top 10 Web Hosting Terbaik laman web Pengamat Hosting.

Itulah antara kelebihan web hosting IDwebhost. Ia bukan sahaja murah tetapi menawarkan servis berkualiti dalam melancarkan operasi website anda. Kalau anda tengah plan nak bina atau upgrade website, saya syorkan anda memilih IDwebhost.  

Isnin, 19 Mac 2018

,
NiagaHoster Hosting/Domain Termurah Asia

NiagaHoster - Penyedia Web Hosting Termurah Asia. Tidak kira apa jenis website yang anda miliki, sama ada blog, e-commerce, peribadi, bisnes, atau berita, pastinya anda mahu kesemua data disimpan dengan selamat dan mempunyai domain sendiri.

Saya tak expect semua orang tahu maksud web hosting dan domain ni. Jadi bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dan merancang untuk lebih serius dalam mengendalikan website, anda wajib tahu tentang dua perkara ini.


Apa itu WEB HOSTING
Dalam bahasa mudah, web hosting bermaksud 'rumah' untuk menyimpan data seperti gambar, file, text, dan segala yang diperlukan untuk sesebuah website sehingga dapat diakses diinternet.

Apa itu DOMAIN
Domain adalah alamat yang ditulis dipelayar laman web. Jika menggunakan platform Blogger, alamat blog akan jadi "inibloganda.blogspot.com". Jika sudah berdomain, maka alamat akan bertukar kepada "www.inibloganda.com". Nama domain bergantung pada pengakhiran yang anda mahu seperti dot.my, dot.net, dan dot.com.



Kedua-dua perkara ini banyak kelebihan jika anda memilikinya lebih-lebih lagi domain. Blog anda akan nampak lebih profesional dan lebih matang berbanding blog lain.

Tetapi tidak ada cara lain untuk memiliki hosting dan domain selain membelinya dari syarikat yang menawarkan servis ini.

Dengan lambakan syarikat yang menawarkan servis ini, agak sukar untuk kita memilik yang terbaik. Sebagai pelanggan sudah tentu kita mahukan syarikat yang memberikan servis seimbang dari segi kualiti, keselamatan, sokongan pelanggan, dan harga yang murah.

Antara penyedia servis web hosting dan domain terbaik Asia adalah NIAGAHOSTER. Syarikat yang berpengkalan di Indonesia ini tersenarai sebagai salah satu syarikat yang menawarkan servis terbaik di Indonesia (rujuk WHTOP).

Kenapa kena pilih penyedia dari Indonesia? Okay, here is why.

NiagaHoster - Penyedia Web Hosting/Domain Termurah Asia

Menawarkan pelbagai servis

Selain hosting dan domain, NiagaHoster turut menyediakan servis:
  • Virtual Private Server (VPS) dengan teknologi 'cloud computing' yang melindungi website anda dari downtime, overload, selamat dari ancaman hackers, dan malware.
  • Membina website. NiagaHoster akan membina laman web impian anda. Hanya perlu Order dan Bayar, mereka akan sediakan website tanpa anda perlu pening kepala.
  • Affiliate. Seperti sistem affiliate lain, NiagaHoster turut menyediakan komisen sekiranya berjaya membawa pelanggan membeli servis melalui link/kod kupon anda. Menariknya anda bakal menerima komisen sebanyak 70% dari setiap jualan! Banyak bukan?
NiagaHoster lebih MURAH berbanding pesaingnya

Perkara utama yang perlu dititik beratkan untuk membeli  web hosting/domain adalah harganya. Percayalah, NiagaHoster bukan sahaja memberi servis berkualiti tetapi turut menawarkan harga hosting termurah di Asia.

Bayangkan, harga domain cuma Rp 105.000 bersamaan RM29.85. Inilah yang membezakan NiagaHoster dengan pesaingnya. Anda boleh semak harga di https://www.niagahoster.co.id/hosting-murah.

Jangan risau, rakyat Malaysia boleh membelinya dengan mudah dan selamat.

Pilihan pakej menarik

Untuk memberi lebih banyak pilihan NiagaHoster menyediakan beberapa pakej menarik yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Berikut antara pakej yang ditawarkan.

NiagaHoster Web Hosting/Domain Termurah Asia

Data center

NiagaHoster turut memiliki data center moden iaitu Green Data Center Tier-4 DCI Indonesia di bawah kendalian Equinix iaitu penyedia data terbaik dunia dengan jaminan 99.99% masa uptime. Ia merangkumi:


Jaminan wang dikembalikan

Bagusnya di NiagaHoster, jika anda tidak berpuas hati dengan sevis mereka setelah menggunakannya selama 30 hari wang anda akan dikembalikan.

Support & Khidmat pelanggan 24/7

Apa yang saya cukup teruja adalah khidmat pelanggan yang beroperasi selama 24/7! Ini bermakna jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kesulitan, mereka akan memberikan respon pantas.

Menariknya, anda boleh menggunakan fungsi 'chat' yang disediakan di laman web mereka.
Tak perlu menunggu balasan email kerana anda boleh berbual secara terus dengan staff mereka.

NiagaHoster menyediakan segala apa yang diperlukan bagi sesebuah website untuk beroperasi dengan lancar. Semuanya cukup lengkap dari segi kualiti, keselamatan, khidmat pelanggan, dan harga murah.

Entri sebelum ini - Sinopsis Mona Lisa di Astro Prima

Terima kasih kerana membaca NiagaHoster Penyedia Web Hosting/Domain Terbaik Asia

Isnin, 19 Februari 2018

,

Punca Trafik Blog Turun Mendadak. Nadi kepada sesebuah laman web atau blog terletak pada jumlah trafik yang diperolehi. Apalah nilai sebuah blog tanpa jumlah pengunjung yang tinggi?

Bagi blogger yang menjadikan blog sebagai salah satu punca pendapatan, kekurangan trafik semestinya menjejaskan sumber kewangan. Ini kerana tanpa pengunjung, Adsense, Nuffnang, Innity, tidak bermakna apa-apa.

Baca: Cara Buat Duit dengan Blog

Begitu juga dengan blogger yang buat duit dengan menulis advertorial/paid review. Macam mana pengiklan mahu mengupah anda sekiranya blog tak ada pembaca?


Sebab itulah blogger tidak akan senang duduk sekiranya trafik blog kendalian mereka mengalami penurunan.

Jika sebelum ini jumlah pengunjung dalam lingkungan 3,000 sehari, tiba-tiba turun secara mendadak kira-kira 400 sehari. Panik bukan? Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Punca Trafik Blog Turun Mendadak

1. Tukar template baru
Penukaran temlate baru sudah pasti memberi kesan terhadap pageviews sesebuah laman web. Ini kerana search engine yang sebelum ini sudah menghafal blog anda terpaksa bermula dari bawah untuk mengindeks. Lebih-lebih lagi jika anda bertukar kepada template yang tidak mesra SEO. Ia biasa memakan masa untuk blog anda diindeks semula.


2. Template yang telah di-edit semula
Ya, memang betul anda tidak pernah tukar template. Tapi anda baru sahaja menambah kod baru dalam template dan mengubahsuainya secara tidak sengaja. Pengubahsuaian ini memberi impak besar terhadap kedudukan blog di enjin carian seperti Google.

3. Malas update blog
Mungkin penurunan trafik adalah hukuman bagi mereka yang malas update blog. Update lah sekurang-kurangnya hingga tiga entri seminggu supaya spiders dalam enjin carian dapat crawl blog dengan baik. Ingat, tiada entri baru, tiada pembaca.

Baca: Beli Domain Murah Malaysia

4. Terkena sandbox atau penalti
Hati-hati, kerana perkara ini sering berlaku terhadap blog yang terlalu menekankan teknik SEO sehingga memanipulasi search enjin. Tindakan seperti ini akan dihidu oleh Google yang akhirnya menyebabkan blog anda ditendang dan tidak akan diindeks oleh SERP.


5. Terlalu kerap update blog
Sentiasa kemas kini blog ada juga keburukannya. Jangan salah faham, kerap update di sini bermakna mengemas kini blog

6. Google mengemas kini algoritma
Enjin carian seperti Google setiasa mengemas kini algoritma mereka dan perkara ini akan mengubah ranking blog anda. Untuk pengetahuan, Google sentiasa melakukan kemas kini secara senyap dan blog anda mungkin terkena tempiasnya.

7. Kandungan blog tidak berkualiti
Konten adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan oleh setiap blogger. Jika kandungan blog tidak berkualiti seperti menulis entri terlalu pendek atau sambil lewa, pembaca tidak akan 'engage' dengan blog anda. Google dapat membaca perbuatan ini dan kemudian memberi laluan kepada blog lain untuk berada ranking terbaik.

8. Tukar domain
Tukar domain dari blogspot.com kepada dotcom kebiasaannya akan menjejaskan jumlah pageviews.Ini kerana robot carian Google perlu bekerja keras untuk mencari alamat baru blog anda. Jangan risau, ia hanya sementara sahaja dan trafik akan pulih seperti sedia kala.

sumber: Forbes

Entry sebelum ini - McNuggets Dijual Secara Online, Jangan Mudah Terpedaya

Terima kasih kerana membaca Punca Trafik Blog Turun Mendadak

Rabu, 13 Disember 2017

,

Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid. Dah lama tak terbitkan entri tentang buat duit online. Seperti yang anda tahu, setiap pengguna platfom sosial media dan blog mampu jana pendapatan melaluinya.

Untuk blogger, saya dah cerita panjang lebar mengenainya dalam entri INI. Di mana penulis blog boleh buat duit melalui pelbagai cabang seperti pasang iklan, program affiliate, dan advertorial.

Saya sendiri dah merasa income dari tulis blog selepas mendaftar dengan:

- Klikjer
- Jobdirumah
- 8Share
- RevenueHits
- Adsense

Income yang diterima memang tinggi dan sangat berbaloi.

Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid

Bagi yang menggunakan plaform sosial media popular seperti Instagram, mengambil upah review produk atau servis pengiklanan sudah tidak asing lagi. Sekarang ni bukan artis je yang buat job review. Orang biasa yang mempunyai ribuan pengikut pun boleh buat duit. Begitu juga dengan Youtube, penerbit kandungan juga boleh menjana wang melaluinya.

Berkaitan: Cara Berniaga di Instagram

Kalau anda ada blog, Instagram, atau channel Youtube, jangan biarkan macam tu je. Sebab anda boleh job review dan dibayar dalam mata wang USD dengan platform tersebut.

Tapi persoalannya, macam mana nak dapatkan job review di blog, Instagram, dan Youtube ni? Senang je, daftar percuma dengan SUSHIVID.

Dapatkan Job Review di Blog, Instagram, Youtube dengan Sushivid

Apa itu Sushivid?
Dalam bahasa mudah, SushiVid berperanan sebagai platform untuk influencers yang aktif dalam 3 sosial media paling popular iaitu BLOG, INSTAGRAM, DAN FACEBOOK untuk mendapatkan job review atau tugasan berbayar.


SushiVid ni kira orang tengah yang menghubungkan influencers kepada syarikat/pemilik produk yang mencari seseorang untuk menghebahkan produk dan servis mereka.

Syarat daftar SushiVid

Daftar SushiVid adalah percuma. Tak perlu modal dan tak akan rugi. Tapi kena penuhi mana-mana syarat di bawah:

YouTubers: 250 subscribers
Instagrammers: 2,000 followers
Bloggers: 2,000 visits every month

Pilih salah satu yang anda rasakan layak. Macam saya, lebih kepada blog. Kalau anda ada ribuan pengikut di Instagram, sila daftar! Begitu juga dengan Youtuber.


Buat Duit USD dengan SUSHIVID

Apa yang paling best tentang SushiVid ni adalah anda boleh dapat upah bermula USD20 hingga USD700 untuk satu job.

Di SushiVid, terdapat banyak kempen atau tugasan yang sedang berjalan. Anda cuma pilih yang mana anda rasa boleh buat, kemudian klik PROPOSE dan SUBMIT. Contoh tugasan seperti di bawah:

Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid

Jika terpilih, siapkan tugasan yang diberikan dan anda akan dibayar dalam masa terdekat.

Kalau anda blogger power yang mampu dapat ribuan views untuk satu post atau banyak Likes pada gambar Instagram, boleh la demand lebih. Tapi janganlah letak harga terlalu tinggi. Takut tak padan dengan potensi blog. Tak pasal-pasal kena reject.


Yang ada followers IG dan trafik blog 2,000 sebulan tu boleh daftar sekarang kalau nak merasa buat paid review. Jangan sia-siakan IG dan blog anda. DAFTAR DI SINI >> https://www.sushivid.com/

Lepas ni tak payah tunggu email job advertorial dari pengiklan. Masuk je Sushivid > lihat job/kempen yang berkenan di hati > propose > submit.

Senangkan?

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

Terima kasih kerana membaca Cara Dapatkan Job Review di Blog, Instagram dengan Sushivid