,
Belajar Buat Blog. Selepas mendengar ada yang berjaya jana income dengan blog, maka ramai yang mula cari jalan untuk belajar buat blog sendiri. Menulis blog bukan semudah yang disangka. Walaupun percuma, ia memerlukan minat dan kesabaran yang tinggi.
Blog-blog anda anda baca pada hari ini, mereka juga bermula dari bawah. Tak ada jalan lain, anda kena belajar. Banyak elemen yang perlu difahami seperti platform apa, niche blog, gaya penulisan, cara untuk mendapatkan views tinggi, buat duit, template sesuai, dan paling penting ilmu SEO.
Bagi yang berniat nak buat blog sendiri tapi tak tahu nak mula dari mana, saya cadangkan anda rujuk ebook Belajar Buat Blog yang ditulis oleh Anuar Marsib.
Belajar Buat Blog
Ebook ini mengandungi panduan lengkap bagi mereka yang baru nak baru nak belajar buat blog sendiri. Secara ringkasnya, ebook ini mengandungi tips serta langkah dari A hingga Z tentang cara untuk buat blog dengan betul. Ia mengandungi bab penting seperti
Bab 1: Nak buat blog tentang apa?
Bab 2: Langkah-langkah buat blog dengan Blogspot
Bab 3: SEO nadi kekuatan blog
Bab 4: Buat duit dengan blog
Bab 5: Rahsia buat duit dengan affiliate
Bab 6: Rahsia buat duit melebih 4 angka di internet
Bab 7 Rumusan dan penutup
Nah..... lengkap kan? Point di atas tu sudah cukup untuk anda mula belajar buat blog sendiri dan capai apa yang telah dicapai oleh blogger otai sekarang.
Cara buat duit dengan blog
Saya sendiri mula blogging sejak 2009 lagi dan sepanjang 8 tahun itu banyak benda yang saya belajar and I'm still learning. Tahukah anda rugi kalau ada blog tapi tak ambil peluang buat duit darinya kerana blog adalah lubuk rezeki. Lebih-lebih lagi jika dibayar dalam USD!
Jadi saya nak kongsikan beberapa tips berdasarkan pengalaman sendiri bagaimana buat duit dengan blog.
Letak iklan dalam blog - Cara paling popular dan berkesan. Hanya daftar dari syarikat pengiklanan, pasang kod, dan anda akan dibayar berdasarkan klik dan berapa kerap iklan muncul. Syarikat pengiklanan yang saya syorkan adalah Nuffnang, Mobicow, Revenuehits, Adsense, Innity, dan H12.
Advertorial / review - Katakan anda dah berjaya mengukuhkan blog dengan memiliki pengunjung ramai dan konsisten, akan ada syarikat yang berminat mendapatkan khidmat anda untuk menulis review tentang produk mereka. Anda akan dibayar dengan jumlah yang mengikut persetujuan bersama. Bila blog dah terkenal, RM500 untuk satu entri pun mereka sanggup bayar.
Sewa ruang iklan - Jumlah pengunjung yang ramai memberi minat kepada pengiklan untuk meletakkan iklan di blog anda. Bayaran ditentukan melalui jangka masa iklan berada dalam blog, lokasi, dan saiz banner.
Affiliate - Affiliate ni anda cuma perlu daftar dan buat promosi melalui banner dan
link. Komisen akan dibayar sekiranya berjaya buat jualan melalui link
anda. Antara program affiliate popular adalah Klikjer, Amazon, Lazada, dan Agoda. Syarikakt yang jual domain dan hosting macam NetKL pun ada affiliate.
Contest - Tak selalu menang, tapi banyak manfaatnya. Tapi kalau tak join tak menang langsung. Sama ada contest SEO, tulis
artikel terbaik, ataupun top referral, kalau buat betul-betul anda boleh
menang wang tunai atau produk. Saya pernah menang beberapa kali, boleh rujuk label Pencapaian.
Banyak kelebihan ada blog ni kan? Ternyata ia bukan perkara sia sia. Pada saya menulis blog ni lebih kepada perkongsian maklumat. Setiap apa yang anda tulis akan dibaca oleh pengguna internet dan digunakan digunakan dalam kehidupan harian mereka.
Yang nak bergelar blogger, boleh rujuk ebook >>> Belajar Buat Blog.
Contest ini turut disertai oleh: calrasepatrick.blogspot.com, nonasani.blogspot.my, missobsesi.blogspot.my, sayidahnapisah.com, mommyfiqa.com, bloggerlelaki.com, ciklapunyabelog.blogspot.my, dianarashid.com, susahsenangblogger.com, at-tarmizi.blogspot.my, myideakini.com, amirkhalis.blogspot.my, sayabukancikgu.com, messarah.blogspot.my, jangan-bukak.blogspot.my, fadzirazak.com, heroborneo.com, nikkhazami.com, misztrex.blogspot.my, ummizarra.com, infopelajar2u.com, sabreehussin.com, topseofriendly.blogspot.my, ummiseri.com, saidila.com, qiyasaad.com, kataubaid.com, belajarbuatblogpercuma.wordpress.com, iuzira.com, hiburansabah.com, nasitambah.com, aynorablogs.com, ohtiptop.com, jebengotai.com, sensasi2020.com, sayaazieera.blogspot.my, jambubatublog.com, adibsite.com, sishawa.blogspot.my, cikilamenari.blogspot.my, alongxp.com, elihjapahar.com, jiesusanos.com, sianangbumaya.com, bagiblogger.blogspot.com, vitamin-cerdik.com.
Terima kasih kerana membaca - Belajar Buat Blog