Memaparkan catatan dengan label fakta filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fakta filem. Papar semua catatan

15 Mei 2018

Fakta Menarik Deadpool 2


Fakta Menarik Deadpool 2. 2018 merupakan tahun yang gemilang buat Marvel. Belum sampai sebulan Avengers: Infinity War ditayangkan, ia telah menjadi filem paling laris di dunia. Mana tidaknya, dalam masa 12 hari naskah ke-19 dalam francais Marvel Cinematic Universe (MCU) itu berjaya meraih kutipan AS$1 billion di seluruh dunia.

Demam Black Panther dan Avengers masih belum kebah lagi, dan kita bakal dihidangkan dengan sebuah lagi filem yang diadaptasi dari komik Marvel, iaitu Deadpool 2


Terdapat segelintir yang melihat trend menghasilkan filem superhero atau adaptasi komik ke layar perah ini membunuh industri filem. Ini kerana majoriti penonton sudah tidak mahu menonton filem bergenre berat. Menyebabkan kutipan filem lain kurang memberangsangkan.

Baca juga: Fakta Menarik Avengers: Infinity War

Saya tidak menafikannya. Siapa je yang nak tengok filem bergenre berat jika Avengers masih menguasi pawagam?

Berbalik kepada Deadpool 2, ia merupakan susulan kepada filem pertama Deadpool (2016) yang menerima respon positif yang luar biasa. Filem yang berada di dalam X-Men universe ini boleh dikatakan mempunyai rencah yang mencukupi.

Penonton bukan sahaja dihidangkan dengan aksi yang mind-blowing, tetapi mempunyai dialog bersahaja dan diselitkan dengan komedi gelap. Apa yang membuatkan Deadpool 'stand out' lawak sarcasm nya.


Sinopsis Deadpool 2
Kali ini Deadpool menrekrut sekumpulan mutant ganas untuk melindungi seorang budak lelaki yang mempunyai kebolehan luar biasa dari mutant yang datang dari masa hadapan, Cable.

Pengarah: David Leitch
Pelakon: Ryan Renolds, Josh Brolin, Morena Baccarin, Zazie Beetz, T.J Miller, Terry Crew, Julian Dennison, Brianna Hildebrand, Bill Skarsgard
Tarikh tayangan Malaysia: 15 May 2018

*Ingin saya ingatkan bahawa Deadpool 2 diklasifikasikan sebagai R (Larangan) kerana mengandungi mempunyai aksi ganas, bahasa dan babak tidak sopan. Ini bukan filem superhero. Jadi jangan memandai bawa anak-anak menontonnya di pawagam. You have been warned!

Fakta Menarik Deadpool 2

- Pada Ogos 2017, pelakon lagak aksi ngeri, Joi Harris, maut di set penggambaran. Harris yang melakonkan aksi ngeri bagi Domino maut di tempat kejadian.


- Filem ini diarahkan oleh David Leitch, yang merupakan pengarah koreografi untuk filem pertama. Portfolio Leitch cemerlang kerana tahun lalu beliau turut mengarahkan Atomic Blonde.

- Pengarah filem pertama, Tim Miller, mengumumkan beliau tidak akan menghasilkan filem kedua kerana berlakunya salah faham dengan Ryan Reynolds.

- Bukan sahaja Miller, penggubah muzik latar, Junkie XL juga tidak mahu menyambung kontrak.

- Deadpool 2 menjalani penggambaran selama empat bulan sekitar Kanada. 

- Ini merupakan watak kedua Josh Brolin dalam filem yang diadaptasi dari komik Marvel. Beliau sebelum ini berperanan sebagai Thanos dalam dunia MCU.


 - Dalam alah satu trailer, Deadpool ada menyebut "bring it on, One Eyed Willy". Ini merujuk kepada filem klasik The Goonies di mana dilakonkan oleh Brolin.

- Bukan itu sahaja, dalam trailer terakhir Deadpol turut mengatakan "Pump the hate breaks, Thanos". Ini juga merujuk kepada Brolin yang membawa watak Thanos, iaitu antagonis utama dalam Avengers: Infinity War.

- Pelakon Mary Elizabeth Winstead, Lizzy Caplan, Kerry Washington, Sienna Miller, Ruby Rose, Mackenzie Davis, Kelly Rohrbach, Eve Hewson, dan Sofia Boutella, menghadiri ujubakat untuk membawa watak Domino. Watak itu kemudia diberikan kepada Zazie Beetz.

- Nama-nama besar Hollywood seperti Mel Gibson, Michael Shanon, Kurt Russell, Bruce Willis, Alec Baldwin, Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, Stephen Lang, Ron Perlman, Pierce Brosnan and David Harbour dipertimbangkan untuk membawa watak Cable.


- Dalam trailer, Deadpool mempersenda lengan robotik Cable yang belum siap disunting dengan mengatakan, "Tidaklah sesusah untuk membuang misai". Ini merujuk kepada filem Justice League yang dilihat gagal untuk menghilangkan misai Henry Cavill (Superman) secara digital.

Baca juga: Fakta Menarik Justice League

- Dalam komik, Domino digambarkan sebagai wanita berkulit putih dan mempunyai lingkaran hitam pada mata kiri. Oleh kerana di dalam filem ia dimainkan oleh wanita berkulit hitam, lingkaran pada mata kiri ditukarkan kepada warna putih.

Semoga fakta menarik Deadpool 2 ini dapat membantu menambah keterujaan anda untuk menontonnya nanti!


Entri sebelum ini -Sinopsis Drama Nur di Tv3

23 April 2018

Fakta Menarik Avengers Infinity War


Fakta Menarik Avengers Infinity War


Fakta Menarik Avengers Infinity War. Dalam hanya beberapa hari lagi, filem yang paling dinanti-nantikan 2018 bakal ditayangkan. Filem arahan Anthony dan Joe Russo ini dijangka akan menjadi antara filem paling laris di dunia.

Ini kerana asas yang dibina selama 10 tahun yang bermula dengan Iron Man (2008) dan dalam tempoh itu sebanyak 18 buah filem telah dihasilkan. Kesemuanya menuju ke arah Infinity War.

Baca juga: Senarai Filem menarik 2018

Apa yang yang membuatkan penggemar filem tidak sabar untuk menonton Infinity War adalah kerana hampir kesemua watak superhero dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) digabungkan dalam satu filem.


Secara peribadi yang hanya ingin melihat Peter Quill kembali ke bumi dan reaksinya terhadap current music & pop culture memandangkan beliau sangat gemar akan muzik. Dalam masa sama saya turut menantikan kemunculan Captain Marvel walaupun peluang untuk melihat watak itu membuat cameo adalah tipis.

Sinopsis
Pasukan Avengers bergabung untuk menentang Thanos yang kini dalam misi mengumpul semua enam biji Inifinity Stones yang ingin menggunakannya untuk memusnahkan galaksi. Nasib planet dan galaksi kini bergantung kepada Avengers.

Pengarah Anthony dan Joe Russo
Pelakon: Robert Downey Jr, Chris Evans, Mark Ruffalo, Josh Brolin, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth, Chris Pratt, Benedict Cumberbatch, Tom Holland... omg everyone in the MCU!
Durasi: 2 jam 40 minit

Fakta Menarik Avengers Infinity War

- Marvel Studios dan Disney cukup berahsia sepanjang penghasilan Infinity War sehinggakan barisan pelakon sendiri tidak mengetahui plot filem. Mereka hanya diberikan skrip melibatkan babak mereka sahaja.

- Kebiasaanya sebelum menemubual pelakon dan pengarah, para wartawan dibenarkan menonton filem supaya mudah bagi mereka mengajukan soalan. Tapi bagi filem ini mereka hanya diberi peluang untuk menonton 20 minit daripada Infinity War bagi mengelak plot dikongsikan di media sosial.

- Setiap pelakon tidak dibenarkan bercerita lebih lanjut akan jalan cerita Infinity War selain daripada "gabungan superhero bersatu menentang Thanos."


- Adik-beradik Russo memberitahu ini merupakan perancangan Marvel Studios untuk masa 10 tahun. Infinity bakal menjadi pengakhiran kepada karakter tertentu, dan permulaan kepada kisah yang baharu. 

- Chris Evans memberi bayangan Infinity War dan Avengers yang akan datang mungkin merupakan penampilan terakhir beliau sebagai Captain America kerana beliau masih belum menyambung kontraknya.

- Infinity Gauntlet buat pertama kalinya muncul dalam Thor (2011) di mana ia tersimpan di dalam bilik kebal Odin. Namun, berpandukan Thor: Ragnarok (2017), itu adalah gauntlet palsu. 

Infinity Gauntlet dalam Thor (2011)
- Trailer pertama Infinity War mendapat sebanyak 200 juta tontonan dalam masa sehari. Ini menjadikannya sebagai trailer filem yang mendapat jumlah tontonan terbanyak dalam masa satu hari.

- Marvel Studios mengesahkan Avengers kali ini bakal mempunyai dua bahagian. Tetapi kedua-duanya tidak dipecahkan seperti bahagian terakhir francais Harry Potter, The Hunger Games atau Twilight. Tajuk Avengers 4 masih belum diputuskan.

Baca juga: Ulasan Stranger Things Season 2

- Filem ini menjalani penggambaran di New York, Georgia (USA) Durham Cathedral (UK), dan Scotland.

- Ini merupakan filem yang ke-19 dalam francais MCU.

Fakta Menarik Avengers Infinity War

- Bakal menjadi filem berdurasi paling panjang dalam sejarah MCU dengan 2 jam 40 minit.

- Infinity War menampilkan dua pemenang anugerah Oscar iaitu Gwyneth Paltrow dan Benicio Del Toro selain lapan bekas calon Oscar iaitu Bradley Cooper, Robert Downey Jr, Mark Ruffalo, Benedict Cumberbatch, Jeremy Renner, Angela Bassett, Don Cheadle, dan Josh Brolin.

- Ini merupakan filem pertama dalam MCU yang secara keseluruhannya dirakam menggunakan kamera IMAX (70mm). Penonton dapat menonton filem ini dengan skala lebih besar.


- Adik beradik Russo mengesahkan kira-kira 67 karakter bakal tampil dalam Avengers kali ini. 

- Sut Spiderman, Iron Man, dan War Machine dirakam menggunakan motion capture.

- Bajet keseluruhan Infinity War berjumlah kira-kira $400 juta.
sumber: IMDb

Entri sebelum ini - Beli Topup Prepaid Online di Lazada

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Avengers Infinity War

19 April 2018

Fakta Menarik A Quiet Place

Fakta Menarik A Quiet Place

Fakta Menarik A Quiet Place. Filem Hollywod yang paling mendapat perhatian pada waktu ini adalah A Quiet Place. Filem bertemakan 'post apocalypse/dystopian' ini sekali lagi tertumpu kepada sebuah keluarga yang berusaha untuk meneruskan hidup dalam dunia yang penuh bahaya.

Bunyinya seperti sesuatu yang pernah kita tonton sebelum ini, tetapi selaku pengarah dan penulis lakon layar, John Krasinski bijak mengolah idea itu dan menjadikan A Quiet Place filem yang lain dari yang lain.

Sinopsis
Mengisahkan sebuah keluarga yang kini hidup pada zaman bahaya di mana kehidupan manusia diburu oleh makhluk misteri yang tertarik kepada bunyi. Kehidupan mereka hanya bergantung kepada bahasa isyarat, kerana sebarang bunyi yang dihasilkan bakal mengancam nyawa mereka. 


Filem ini mendapat perhatian kerana ia memberi pengalaman berbeza kepada penonton tatkala menontonnya. Mana tidaknya, filem ini hampir tidak mempunyai dialog. Sunyi, hinggakan penonton nak kunyah popcorn pun risau sekiranya didengari orang sebelah di dalam panggung wayang. 

Fakta menarik filem A Quiet Place

- John Krasinski dan Emily Blunt merupakan pasangan suami isteri sebenar dan pertama kali bergandingan bersama dalam sebuah filem. Mereka pernah muncu dalam The Muppets (2011) tetapi tidak mempunyai babak yang sama.

- Pelakon kanak-kanak, Millicent Simmonds, bisu di luar filem. Simmonds tidak boleh bercakap sejak beliau masih bayi lagi.


- Skrip asal yang ditulis oleh Bryan Woods dan Scott Beck hanya mempunyai satu baris dialog sahaja.

- Bajet filem ini hanya berjumlah $17USD juta. 

- Krasinski turut memainkan peranan sebagai akhluk misteri menggunakan teknik 'motion capture' selama beberapa saat.

- Pihak produksi membeli benih jagung dan mengupah petani untuk menanamnya supaya ladang jagung kelihatan realistik.

Fakta Menarik A Quiet Place

- Scott Beck dan Bryan Woods mendedahkan Paramount Pictures pada awalnya bercadang menjadikan A Quiet Place sebagai sekuel kepada francais Cloverfield.

- Pada awalnya Blunt mencadangkan salah seorang rakan aktornya memainkan watak Evelyn. Namun selepas selesai membaca skrip, beliau memujuk suaminya supaya dia dapat berlakon dalam filem ini.

- Ini merupakan filem ketiga arahan Krasinski. Kransinski sebelum ini terkenal dengan siri komedi The Office dan merupakan salah seorang penerbit Manchester By The Sea (2016).


- Biarpun setiap karakter mempunyai nama, namun ia tidak pernah disebut sepanjang filem. Kecuali nama anak lelaki mereka, Beau. 

Entri sebelum ini - Sports Hijab by NURD Tudung Untuk Bersukan

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik A Quiet Place

10 Februari 2018

Fakta menarik Filem Black Panther

Fakta menarik Filem Black Panther

Fakta menarik Filem Black Panther. Marvel Entertainment membuka tirai 2018 dengan BLACK PANTHER sebagai filem pertama dari lima buah naskah yang bakal dihidangkan kepada anda tahun ini.

Jika anda bukan die-hard fans, anda pasti tidak begitu mengenali karakter ini. Walhal peranannya dalam dunia komik Marvel cukup penting.


Karakter T'Challa atau alter egonya, Black Panther, buat pertama kali diperkenalkan dalam dunia Marvel Cinematic Univers (MCU) dalam Capten America: Civil War. Aksinya bertarung dan mencakar perisai Captain America mencuri perhatian dan membuatkan penonton ingin melihat Raja negara Wakanda dalam filem solonya sendiri.

Sinopsis
Selepas kematian ayahnya dalam Capten America: Civil War, T'Challa kembali ke Wakanda untuk mengambil alih tugas sebagai seorang raja. Konfliknya dengan musuh menyebabkan Wakanda dan dunia kini berdepan bahaya. Sebagai seorang raja, T'Challa perlu berkerjasama dengan sekutu untuk menghapuska musuh.

Jika anda ternanti-nantikan Avengers: Infinity War pada May ini, anda pasti tidak mahu terlepas menonton Black Panther kerana filem ini cukup penting dan diibaratkan sebagai 'pintu' buat Inifinity War.

Pengarah: Ryan Coogler
Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong'O, Forest Whitaker, Daniel Kaluuya, Steerling K. Brown, Andy Serkis, Martin Freeman.
Tarikh tayangan Malaysia: 14 Februari 2018

Fakta menarik Filem Black Panther

- Filem MCU pertama yang didominasi oleh pelakon berkulit hitam. Malah, mereka turut mengambil beberapa orang pelakon dari Afrika Selatan.

- Ini merupakan filem ke-6 dalam Fasa Tiga; ke-18 dalam MCU dan kesemuanya berkait antara satu sama lain.  

- Negara Wakanda beberapa kali disebut dalam filem Iron Man, Captain America The First Avenger, dan The Avengers: Age Of Ultron. Perisai Captain America diperbuat daripada vibranium yang hanya didapati di Wakanda. 


- Bajet keseluruhan yang diperuntukkan untuk pembikinan Black Panther adalah sekita USD200 juta.

- Black Panther dibarisi dua pemenang Anugerah Akademi iaitu Lupita Nyong'O, dan Forest Whitaker ; pemenang Anugerah EMMY, Sterling K. Brown.

- Babak pertarungan dalam filem ini diinspirasikan dari seni mempertahankan diri Afrika. Gaya yang bakal diterjemahkan pada screen pula diambil dari filem Creed (2015) dan stail digunakan oleh filem Kingsman.

- Wakanda adalah negara yang direka dalam dunia Marvel semata-mata. ia diisnpirasikan dari puak Wakamba dari Kenya, yang juga dikenali sebagai 'Kamba'.


- John Boyega, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Anthony Mackie, Djimon Hounsou merupakan antara calon yang dipertimbangkan untuk memegang watak Black Panther. Namun tiga dari mereka kecuali Boyega diberikan watak lain dalam MCU.

- Ini bukan kali pertama Michael B. Jordan berlakon dalam filem Marvel. Beliau sebelum ini membintangi Fantastic Four 2015 sebagai Human Torch. Walau bagaimanapun filem itu tidak termasuk dalam MCU dan Fanastic Four dikategorikan sebagai filem gagal.

- Pihak Marvel memberi gambaran Black Panther mempuyai persamaan dengan francais The Godfather dan James Bond di mana drama kekeluargaan berpusat di dunia pengintipan antarabangsa. 

- Ryan Coogle membawa penasihat yang pakar dalam sejarah Afrika dalam mencipta sejarah politik Wakanda. Usaha ini adalah untuk memastikan sejarah Wakanda lebih realistik dari segi budaya, politik, dan berkait dengan negara-negara benua Afrika di dunia nyata.

Fakta menarik Filem Black Panther

- Ini merupakan filem solo kedua dari karakter yang buat pertama kali muncul dalam Captain America: Civil War.

- Dalam trailer, Black Panther berkata "I never freeze" kepada Okeye ketika terjun dari kapal terbang. Ini merupakan jenaka sinis buat Tony Stark yang membeku sewaktu penerbangan pertamanya menggunakan suit Iron Man.

- Kolaborasi pertama Andy Serkin dan Martin Freeman selepas The Hobbit: Unexpected Journey (2012).

- Pihak produksi mencipta budaya unik buat warga Wakanda supaya negara rekaan itu mempunyai nilai budaya berbeza dengan puak lain.

- Michael B. Jordan pada asalnya menghadiri ujibakat untuk memegang waltak Sam Wilson/Falcon pada 2013. Watak itu bagaimanapun diberikan kepada Anthony Mackie. Beliau kemudia dipanggil semula untuk watak villain Black Panther tiga tahun kemudian.

Entry sebelum ini - Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita Tv3

Terima kasih kerana membaca Fakta menarik Filem Black Panther

11 Disember 2017

Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi. Kita tidak boleh menafikan yang Star Wars merupakan filem francais yang paling berjaya dan berpengaruh di dunia. Tidak kira sama ada ia sebahagian daripada francais asal mahupun spin-off, ia pasti mendapat perhatian peminat seluruh dunia.

Selepas The Force Awakens pada 2015 mendapat kutipan lebih USD2 billion, LucasFilm dan Disney kembali dengan sequel terbaru iaitu Star Wars: The Last Jedi, di bawah arahan Rian Johnson.


Filem ke-8 dalam francais itu mendapat perhatian peminat tegar yang mengikuti Star Wars dari awal lagi. Setelah menonton trailer yang epik, mereka sudah tidak sabar lagi untuk menyaksikan kemunculan semula watak Luke Skywalker yang kini melatih Rey untuk bertarung dengan anak buahnya, Kylo Ren.

Star Wars bakal menemui penonton di Malaysia bermula 13 Disember ini

Pengarah: Rian Johnson
Genre: Aksi, pengembaraan, fantasi
Pelakon: Daisy Ridley, Mark Hamill, Adam Driver, Domnhall Gleeson, Carrie Fisher, Andy Serkis, Oscar Isaac, John Boyega.

Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

- Ini merupakan kali terakhir penonton dapat menyaksikan Carrie Fisher memegang watak Princess Leia kerana Fisher meninggal dunia pada akhir tahun lalu.


- Tayangan filem ini pada asalnya dijadualkan pada May lalu, namun melihat kepada The Force Awakens yang ditayangkan sekitar Hari Krismas mendapat sambutan luar biasa, pihak studio ingin mengulangi kejayaan itu.

- The Last Jedi berdurasi 2 jam 32 minit menjadikan filem terpanjang dalam francais Star Wars.

- Buat pertama kalinya logo Star Wars berwarna merah kerana selama ini berwarna kuning.

- Menurut koordinator lagak ngeri, Liang Yang, koreografi Lightsaber biasanya memakan masa selama 3 hari untuk pelakon mempelajarinya. Daisy Ridley melakukanya dalam masa 1 jam 30 minit sahaja.

Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

- Pada Disember 2015 pihak produksi bersetuju untuk menjadikan Iztapalapa dan Tlahuac yang terletak di Mexico untuk dijadikan lokasi penggambaran. Berdepan masalah dengan pihak berkuasa tempatan, ia terpaksa dibatalkan.

- Putera William, Harry, dan aktor Tom Hardy khabarnya membuat kemunculan khas sebagai stormtroopers.

- Bagi mengelak set penggambaran mendapat perhatian orang awam dan paparazzi, pihak produksi meletakkan tanda "filming Space Bear".

- Jika anda perhatikan pada poster filem ini, kedudukan watak disusun seperti bentuk topeng Darth Vader. Satu lagi gambaran bahawa Darth Vader akan memberikan peranan penting dalam filem ini.

the last jedi darth vader poster


- Pada 2016, pihak studi mengesahkan komposer John Williams akan kembali untuk mencipta skor bagi filem ini. Kesemua skor filem Star Wars mendapat sentuhan Williams termasuk lagu tema.

- Ditayangkan 40 tahun selepas filem pertama Star Wars: Episode IV - A New Hope (1977) dan ini  menandakan ulang tahun ke-40 filem francais Star Wars.

Entri sebelum ini - Sinopsis Syurga Yang Kedua di Astro Prima

Terima kasih kerana membaca - Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi

8 Disember 2017

Fakta Menarik Filem Titanic

Fakta Menarik Filem Titanic

Fakta Menarik Filem Titanic. Jika ditanya filem apakah yang paling diingati dan kerap diperkatakan hingga ke hari ini, sudah pasti Titanic muncul difikiran. Buktinya, biarpun sudah berusia dua dekad, Titanic tetap menarik perhatian setiap kali menontonya dan tidak pernah berasa bosan biarpun kerap diulang tayang.

Filem arahan James Cameron itu memecah industri perfileman dunia kerana berjaya mengangkat kisah benar tenggelamnya kapal RMS Titanic pada April 1912. Selain itu, kisah cinta fiksyen di antara Rose dan Jack turut mengimbangi naratif sekaligus menguatkan lagi kisah tragik Titanic.


*Spoiler alert* Walaupun ramai yang tidak berpuas hati (termasuk saya) dengan kematian Jack kerana Rose tidak berkongsi serpihan pintu. So Rose basically killed Jack! Padahal muat je kalau dia share dengan Jack. Pastu cakap "I'll never let go, Jack." Tahi kucing!!! @#$%&! Sorry sorry, emotional jap.

Fakta Menarik Filem Titanic

Anyways, pada 19 Disember ini, filem Titanic akan menyambut ulang tahun yang ke-20. It will certainly be a lot to celebrate. Ini kerana Titanic pernah memenangi 10 Anugerah Oscar dan menjadi antara filem paling laris pernah diterbitkan. Sehingga ke hari ini, Titanic mengutip kira-kira USD2.19 billion dan jumlah itu bakal meningkat kerana ia bakal ditayangkan semula di pawagam America Syarikat.

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-20, banyak perkara menarik yang mungkin anda tidak tahu tentang filem ini. As a movie geek, saya ingin berkongsi beberapa fakta tentang filem Titanic!

Titanic (1997)
Pengarah: James Cameron
Pelakon Kate Winslet, Leonardo DiCaprio, Bill Paxton, Billy Zane, Kathy Bates
Terbitan: Viacom’s Paramount Pictures and 20th Century Fox

Fakta Menarik Filem Titanic

- Leonardo DiCaprio bukanlah pilihan pertama untuk memegang watak Jack, tetapi aktor Matthew McConaughey. Kate Winstley bahkan menjalani ujibakat bersama McConaughey.

- Kate Winslet mendedahkan dalam rancangan temubual The Late Show with Stephen Colbert, lukisan yang dilakar oleh Jack (ehem!) adalah hasil lukisan James Cameron sendiri.

- Titanic menjadi filem paling laris dalam sejarah. Kemudian ditewaskan oleh Avatar (2009) yang turut diarahkan oleh Cameron. 


- Babak terakhir di mana Rose bertemu Jack di tangga, jam di belakang mereka menunjukkan pukul 2:20 pagi. Itu adalah waktu sebenar kapal Titanic tenggelam pada 14 April 1912.

- Filem ini mempunyai dua susur masa iaitu 'present-day' dan tahun 1912. Durasi keseluruhan babak tahun 1912 adalah dua jam 40 minit iaitu tempoh sama Titanic mengambil masa untuk tenggelam.

- Kolam renang yang dilihat sebagai laut dalam filem ini hanya berkedalaman 3 kaki.

Fakta Menarik Filem Titanic

- Bajet keseluruhan filem ini berjumlah USD200 juta.

- Watak Jack Dawson hanya rekaan semata-mata. Walau bagaimanapun terdapat penumpang Titanic sebenar bernama J. Dawson yang maut. Cameron tidak mengetahui hal ini sehinggalah mereka tamat penggambaran.

Baca: Lokasi yang Dikaburkan Pada Google Earth

- Gloria Stuart yang melakonan watak Rose versi tua satu-satunya individu yang terlibat dengan filem ini hidup pada tahun kapal Titanic tenggelam. Stuart juga dicalonkan Pelakon Pembantu Terbaik dalam Anugerah Oscar dan menjadi indivitu tertua menerima pencalonan Oscar.

- Kebanyakan pelakon tambahan diinspirasikan dari mangsa kapal karam yang sebenar.

Fakta Menarik Filem Titanic

- Nama-nama besar seperti Uma Thurman, Gwyneth Paltrow, Wynona Ryder, Charlize Theron, Nicole Kidman, dan Rachel Weisz merupakan antara pelakon yang dipertimbangkan untuk watak Rose.

- Christian Bale menjalani ujibakat watak Jack. Namun Cameron tidak mahu dua orang pelakon British memainkan dua watak utama sebagai rakyat America.

- Titanic menjadi filem kedua dalam sejarah yang mendapat 14 pencalonan Anugerah Oscar selepas All About Eve. Kemudian La La Land pada tahun lalu.

Berkaitan: Fakta Menarik La La Land

- Serpihan pintu yang digunakan Rose dalam salah satu babak terkenal diinspirasikan dari serpihan pintu sebenar Titanic. Artifak asal disimpan di Muzeum Maritim di Nova Scotia. 

- Lagu tema My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion pada asal tidak dirancang. Cameron mahu sebuah lagu balada tanpa nyanyian. Namun komposer Cameron tertarik dengan lirik dan nyanyian Dion yang dalam diam merakam demo.

- Selepas tamat penggambaran, kapal yang dibina pihak produksi dijual sebagai besi buruk.

Entri sebelum ini -

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem Titanic

13 November 2017

Fakta Menarik Justice League 2017


Fakta Menarik Filem Justice League 2017. Filem terbaru dari komik DC membariskan karakter ikonik seperti Batman, Superman, Wonder Woman, The Flash, Cyborg, dan Aquaman bergabung dalam dunia DC Extended Universe (DCEU) untuk menentang kejahatan.

DC dilihat berkerja keras untuk menarik perhatian peminat. Ini kerana majoriti audience lebih meminati Marvel yang sering tampil dengan karya relaks dan sesuai untuk golongan remaja. Berbanding DC yang lebih gelap dan menyelitkan elemen politik.

Berkaitan: Fakta Menarik Wonder Woman

Di bawah arahan Zack Snyder, yang namanya sudah tidak asing lagi dalam pembikinan filem superhero DC, ramai berharap Justice League dapat menebus kekecewaan Suicide Squad. Bagi Batman V Superman: Dawn of Justice pula, saya secara peribadi berpendapat filem itu tidak sepatutnya dikecam. It has its own flaws but it was not that bad and I loved it.


Bagi Justice League, rata-rata teruja dan memberi harapan tinggi. Apatah lagi selepas kejayaan filem Wonder Woman yang telah berjaya menzahirkan karakter ikonik itu ke layar perak dan telah memberikan penghormatan yang selayaknya.

Sinopsis Justice League

Ingin menyelamatkan umat manusia dan didorong oleh pengorbanan Superman, Bruce Wayne dan sekutu terbarunya, Diana Prince, mengumpul beberapa individu yang mempunyai kuasa luar biasa untuk menghadapi ancaman musuh paling berkuasa.

Pengarah: Zack Snyder & Josh Whedon
Terbitan: Warner Bros
Pelakon: Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Ezra Miller, Jason Mamoa, Ray Fisher, Amy Adams, Amber Heard, J.K Simmons, Jeremy Irons.

Fakta Menarik Justice League 2017

- Beberapa babak tambahan melibatkan Superman perlu dilakonkan semula dan memerlukan Henry Cavill kembali ke set. Beliau yang mempunyai misai kerana terikat dengan filem Mission Impossible (MI) tidak boleh mencukur misainya kerana ia boleh menjejaskan jadual penggambaran MI. Maka produksi Justice League terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak USD 25juta untuk membuang misai Cavill secara digital tanpa perlu mencukurnya.  

- Mengambil tempat beberapa bulan selepas kejadian yang berlaku dalam Batman V. Superman.

- Merupakan filem ke-5 dalam dunia DCEU.

- Walaupun kelibat Superman tidak kelihatan pada poster Justice League berikutan kematiannya dalam Batman V Superman, nama Henry Cavill tersenarai dalam barisan pelakon dan beliau terlibat dalam mempromosikan filem ini dibeberapa negara.


- DC Studios mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk merealisasikan filem ini. Tayangan Justice League pada asalnya dijadualkan pada 2007 dengan tajuk 'Mortal'.

- Ini merupakan kali ketiga Justice League diterbitkan secara live-action selepas tampil dalam siri tv Smallville dan Justice League of America yang gagal ditayangkan di US kerana tidak berkualiti.

- Pengarah francais Mad Max, George Miller, dinamakan sebagai pengarah pada 2007. Beliau kemudian meninggalkan projek ini pada 2010.

- Ini mungkin penampilan terakhir Gal Gadot sebagai Wonder Woman. Beliau khabarnya tidak akan menyambung kontrak selagi salah seorang penerbit, Brett Ratner, tidak disingkirkan dari terlibat dalam penerbitan filem Wonder Woman 2. Ini kerana Ratner terpalit dengan kontroversi melakukan gangguan seksual terhadap pelakon Ellen Page.


- Menjalani penggambaran sekitar United Kingdom, Los Angeles (USA), dan Iceland.

- Gadot hamil pada tiga bulan terakhir ketika penggambaran filem ini.

- Filem ini berdurasi 2 jam 1 minit termasuk kredit akhir kerana Warner Bros telah menetapkan syarat supaya tidak lebih dari 2 jam.

- Ini merupakan filem superhero kedua yang menggandingkan J.K. Simmons dan Willem Defoe selepas Spiderman (2002).

- Zack Snyder tidak sempat menghabiskan tugasnya sebagai pengarah kerana kematian anak perempuannya. Snyder memilih untuk bersama keluarga dan melepaskan tugas kepada Josh Whedon.


- Justice League dibintangi tiga pemenang Anugerah Oscar iaitu Ben Affleck, Jeremy Irons, dan J.K. Simmons.

- Pada 2007, Jason Reitman dikhabarkan mengarahkan filem ini. Namun Reitman melepaskan tawaran itu kerana menganggap dirinya sebagai pengarah filem bebas dan tidak mahu terlibat dengan filem superhero. Reitman mengarahkan Up In TheAir yang tercalon dalam kategori Filem Terbaik pada Anugerah Oscar.

-  Ciarán Hinds melakokan watak Steppenwolf secara 'motion-capture'. Tidak pernah melakukannya sebelum ini, beliau meminta nasihat dari Liam Neeson yang pernah berlakon menggunakan teknik motion-capture melalui filem A Monster Calls.


- Ben Affleck turut tersenarai antara calon pengarah filem ini.
 sumber: IMDb

Entri sebelum ini - iPhone X Mudah Pecah?

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Justice League 2017

24 Oktober 2017

Fakta Menarik Thor: Ragnarok

Fakta Menarik Thor: Ragnarok

Fakta Menarik Filem Thor: Ragnarok. Watak superhero dalam komik Marvel, Thor, sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kini francais itu akan tampil dengan filem solo ketiga iaitu Thor: Ragnarok yang bakalditayangkan di Malaysia bermula 26 Oktober 2017.

Menurut Marvel, Thor Ragnarok merupakan filem penting dalam fasa ketiga Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini akan memberi impak dan mempengaruhi filem-filem MCU akan datang terutamanya Avengers: Infinity War.

Seperti sudah menjadi trend di Hollywood, Marvel buat pertama kalinya menampilkan wanita sebagai watak antagonis utama yang dilakonkan oleh pemenang Oscar, Cate Blanchette.

Fakta Menarik Thor: Ragnarok
  
Sinopsis Thor Ragnarok

Mengisahkan Thor yang dihumban dan dijadikan tawanan Grandmaster. Di sana, dia terpaksa beradu tenaga dengan sekutunya sendiri, Hulk. Thor yang kini kehilangan tukulnya (Mjolnir) berdepan dengan cabaran berlumba dengan masa untuk melindungi Asgard dari dimusnahkan oleh musuh terbaru, Hela.

Pengarah: Taika Waititi
Pelakon: Chris Hemsworth, Cate Blanchette, Mark Rufallo, Tessa Thompson, Idris Elba, Jeff Goldblum, Tom Hiddleston, Anthony Hopkins, Benedict Cumberbatch,
Tarikh tayangan: 26 Oktober 2017 (Malaysia)

Fakta Menarik Filem Thor: Ragnarok

- Dialog yang mencuit hati "friend from work" yang Thor tujukan kepada Hulk dalam trailer dicadangkan oleh kanak-kanak dari yayasan Make-A-Wish yang melawat set penggambaran.

- Menurut salah seorang penerbit, Kevin Paige, filem ini memainkan peranan besar bagi Avengers: Infinity Wars.

Baca: Ulasan Filem Mother! 

- Mark Ruffalo memberi bayangan yan beliau lebih banyak tampil sebagai Hulk berbanding Bruce Banner.


- Charlize Theron pada awalnya disebut-sebut bakal memegang watak Hela.

- Thor Ragnarok menjalani penggambaran di Australia dan dalam studio di

- Hemsworth perlu kembali melakukan diet ketat untuk filem ini. Beliau perlu mengambil kira-kira 6000 kalori setiap hari berserta senamam yang lebih memfokuskan otot lengannya. Ini keranan Thor: Ragnarok menampilkan Thor tidak memakai lengan panjang.

- Cate Blanchette menerima tawaran ini demi anak lelakinya, yang meminati filem MCU. Anak lelakinya, membuat penampilan dalam filem ini.

Fakta Menarik Thor: Ragnarok

- Di Jepun, filem ini dipromosikan sebagai Thor: Batter Royale bagi memberi penghormatan kepada kisah Koushun Takami yang menceritakan mereka yang dikurung dan perlu bertarung untuk melepaskan diri.

Berkaitan: Fakta Menarik Francais The Hunger Games

- Bagi mempersiapkan diri melakonkan watak Hela, Blanchette mempelajari capoeira, iaiu seni mempertahankan diri dari Brazil.

- Memandangkan sarung tangan Infinity Gauntlet dilihat dalam Thor (2011), kemunculan Thanos dalam filem ini masih belum pasti kerana cukup penting selain mempengaruhi Infinity War.

- Pengarah, Taika Waititi ingin mempamerkan sisi humor Thor kerana beliau tahu Hemsworth itu mempunyai bakat dalam komedi.

Fakta Menarik Thor: Ragnarok

- Trailer filem ini berjaya mengumpul lebih 136 juta tontonan dalam masa kurang 24 jam.

- Ini merupakan filem ketiga Marvel yang ditayangkan pada 2017 selepas Guardians Of The Galaxy Vol 2 dan Spiderman: Homecoming.

Berkaitan: Fakta Menarik Spiderman: Homecoming

- Waititi membuat penampilan khas dalam filem ini sebagai makhluk asing, Korg.

- Filem pertama Thor yang tidak menampilkan watak Jane Foster, Darcy, dan Eric Selvig.


Entri sebelum ini - Sinopsis Red Velvet di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem Thor: Ragnarok

8 September 2017

Fakta Menarik Filem IT 2017

Fakta Menarik Filem IT 2017

Fakta Menarik Filem IT 2017. Buat penggemar genre seram, sudah pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem IT yang bakal ditayangkan pada 8 September ini. Lebih mengujakan, ia diadaptasi dari novel penulis popular, Stephen King.

Nama King sudah tidak asing lagi baik bagi pencinta buku mahupun mereka yan gemar filem seram atau thriller. Ini kerana karya King sudah banyak diadaptasi ke layar perak antaranya The Green Mile, Carrie, The Shining, Secret Window, The Mist, dan banyak lagi.


Walaubagaimanapun, novel IT yang diterbitkan pada 1986 dinamakan novel King yang paling seram dan dianggap sebagai mahakarya Stephen King.

Ini bukan kali pertama IT difilemkan, ia pernah mencipta fenomena tersendiri pada 1990 dan dijadikan siri televisyen pada tahun yang sama. Berikutan permintaan peminat serta terikut-ikut dengan trend 'remake/reboot' yang diamalkan Hollywood pada hari ini, filem badut puaka sekali lagi dihasilkan. Tetapi kali ini dengan visual yang lebih menarik.

Sinopsis filem IT

Diarahkan oleh Andy Muschietti, IT misteri yang menghantui penduduk Derry apabila seorang demi seorang kanak-kanak hilang. 27 tahun kemudian, sekumpulan kanak-kanak yang sering menjadi mangsa buli memulakan misi mencari siapa dalang disebalik kejadian ini.

Berpakaian warna-warni dan berwajah kelakar, badut mungkin menghiburan sewaktu meraikan hari jadi. Anda mungkin akan mengubah persepsi itu selepas menonton IT!

Fakta Menarik Filem IT 2017

- Watak badut seram, Pennywise,  dilakonkan oleh aktor yang berasal dari Sweden, Bill Skarsgard. Bill merupakan anak kepada aktor Stellan Skarsgard yang terkenal dengan watak Bootstrap (Pirates Of The Caribbean) dan Prof Erik Selvig (Thor) dan adik kepada Alexander Skarsgard (The Legend of Tarzan).


- Adik beradik Duffers pada asalnya berminat untuk mengarahkan IT, tetapi pada waktu itu portfolio mereka tidak begitu meyakinkan. Duffers kemudian mengarahkan Stranger Things yang kini menjadi salah sebuah siri yang paling berjaya.

Berkaitan: Ulasan Siri Stranger Things

- Nombor 27 berkait rapat dengan IT. Filem ini hadir 27 tahun selepas siri televisyen diterbitkan. Mengikut novel IT, badut ini akan muncul di perumahan Derry setiap 27 tahun. Jonathan Brandis, iaitu pelakon asal IT (1990) meninggal dunia pada usia 27 tahun. Manakala Bill Skarsgard kini berusia 27 tahun.

- Trailer pertama filem ini mendapat 197 juta tontonan dalam masa 24 jam mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh filem The Fate of The Furious.

- Warner Bros memberi keistimewaan kepadan Stephen King dengan membenarkan penulis itu menonton filem ini enam bulan lebih awal.

Fakta Menarik Filem IT 2017

- Skarsgard tidak bertemu dengan pelakon kanak-kanak sehinggalah pada hari penggambaran babak yang memerlukan kanak-kanak bersemuka dengan badut pertama kali.

- Selain badut, belon berwarna merah turut signifikasi filem IT. Untuk itu, belon berwarna merah diletakkan di beberapa bandar terkemuka dunia sebagai salah satu teknik pemasaran. 

Fakta Menarik Filem IT 2017


- Hugo Weaving dan Will Poulter antara calon terakhir pilihan Warner Bros untuk memegang watak badut. Watak itu kemudian diberikan kepada Skarsgard.

- Mengikut novel, kisah IT berlatarbelakangkan tahun 1958, namun untuk untuk filem ini ia diubah kepada tahun 1989.

- Beberapa filem popular yang ditayangkan pada musim panas 1989 seperti Lethal Weapon 2, Batman, dan Nightmare On The Elm Street 5. Poster filem-filem tersebut dilihat melatari beberapa babak IT.
- Penampilan Skarsgard memakai kostum dan makeup badut menjadi rahsia antara pengarah dan tiga jurusolek sahaja. Ini bertujuan untuk merakam reaksi pelakon lain disamping mengelak dari gambar tiris di media sosial.


- Patung badut dari siri televisyen 1990 boleh dilihat dalam salah satu babak filem ini.

- Berikutan sambutan yang luar biasa, IT disahkan bakal menerima sekuel yang akan ditayangkan pada 2019.

- Filem kali ini menjalani penggambaran di Ontario, Kanada. 

- Andy Muscheitti dan penerbit, Barbara Muschietti ingin melihat pelakon Jessica Chastain memainkan peranan sebagai Beverly versi dewasa dalam sekuel akan datang. Hanya Chastain pilihan utama mereka.
sumber: IMDb

Terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Filem IT 2017