Memaparkan catatan dengan label fakta filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fakta filem. Papar semua catatan

Isnin, 8 Oktober 2018

,
Marvel berhasrat untuk terus mengutip kutipan di pawagan tahun ini dengan menerbitkan sebuah lagi filem adaptasi dari komik, iaitu VENOM. Jika anda masih ingat, villain atau watak jahat dari filem Spiderman 3 (2007) dilihat agak menarik. Tetapi kali ini Marvel menghasilkan filem solo pertama karakter anti-hero tersebut. Venom sudahpun ditayangkan di pawagam Malaysia. Jom ketahui beberapa fakta menarik tentang filem Venom.

Tahukah anda yang filem Venom ada menyebut tentang Malaysia? Malah, anda boleh mendengar watak bertutur dalam Bahasa Melayu pada minit-minit awal filem ini. Sebuah perkampungan di Malaysia turut di highlight kan.

Fakta Menarik Filem Venom

Maka, rakyat Malaysia mula bersorak gembira yang negara ini muncul dalam filem Marvel. Don't get too excited. Babak penting yang kononnya merupakan sebuah pasar malam di Sibu itu tidak menjalankan penggambaran di Sarawak. Kalau tak percaya cuba cek di IMDb - https://www.imdb.com/title/tt1270797/locations?ref_=tt_dt_dt

Bagi anda yang tertanya-tanya, Venom tidak mempunyai kaitan dengan MCU. Bagaimanapun, ia berada di dalam dunia Marvel nya sendiri iaitu 'Spider-Man universe'.

Sinopsis filem Venom 2018


Mengisahkan seorang wartawan. Eddie Brock membua kajian tentang penemuan organisma luar biasa dari angkasa lepas yang diketuai oleh Dr. Carlton Drake. Tanpa diduga, Eddie diserang oleh organisma tersebut.


Organisma yang diberi nama Symbiote ini mempunyai kebolehan menumpang di badan manusia. Symbiote ini menjadikan Eddie kuat dan mempunyai kuasa luar biasa. Bukan itu sahaja, Symbiote ini ingin melakukan kemusnahan dan Eddie berusaha untuk menghentikannya.

Pengarah: Ruben Fleischer
Pelakon: Tom Hardy, Michelle Williams, Riz Ahmed, Jenny Slate.
Durasi: 1 jam 52 minit
Terbitan: Marvel Studios & Sony Pictures

Fakta Menarik Filem Venom


- Ini merupakan filem kedua yang menampilkan karakter Venom. Namun kedua-duanya tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

- Venom pada asalnya diklasifikasikan sebagai R-Rated (Larangan) sama seperti Logan dan Deadpool. Ia kemudian ditukarkan kepada PG-13. Ini memudahkan premis ini menghasilkan sequel dan menggabungkan beberapa karakter Marvel lain seperti Spider-Man di masa akan datang.


- 40 minit terpaksa dipotong demi mengikut klasifikasi PG-13. Babak-babak tersebut melibatkan unsur komedi gelap. Sama ada babak tersebut disertakan dalam Bluray atau DVD, ia masih belum diputuskan.

- Filem ini pada asalnya berdurasi 2 jam 20 minit. Namun selepas dipotong ia cuma 1 jam 52 minit sahaja.

- Hardy merakam suara Venom sebelum memasuki set penggambaran. Kemudian ketika berada di lokasi, beliau mendengar suara Venom yang dirakam sebelum ini melalui earpiece.


- Venom dibintangi tiga calon Anugerah Oscar iaitu Tom Hardy, Michelle Williams, dan Woody Harrelson.

- Karakter Venom adalah 100% CGI, dan tidak menggunakan teknik motion capture.

- Pengarah The Hunger Games dan Ocean's 8, Gary Ross, disebut-sebut untuk mengarahkan filem ini.

Baca juga: Fakta Menarik Avengers Infinity War

- Ini merupakan filem kedua Hardy berperanan sebagai watak jahat dalam karya adaptasi komik. Kali pertama adalah Bane dalam Dark Knight Rises.

- Watak Dora Skirth yang dibawa oleh Jenny Slate merupakan watak khas yang dicipta untuk filem ini. Skrith tidak pernah wujud dalam Venom Marvel comics.


- Nama apartment Eddie adalah Schueller. Ia diberi nama untuk memperingati peminat komik Spiderman yang mencadangkan Spiderman memakai kostume hitam.

- Hardy sebenarnya sudah tidak mempunyai keinginan untuk berlakon filem adaptasi komik. Tetapi beliau menerima tawaran Venom demi anak lelakinya yang cukup meminati watak villain itu.

- Venom menjalani penggambaran di sekitar California dan Georgia, Amerika Syarikat.

- Bajet untuk menghasilkan filem Venom adalah 100 juta USD

Semoga fakta menarik filem Venom ini dapat menambahkan lagi keterujaan anda untuk menontonnya.

Selasa, 21 Ogos 2018

,
Fakta Menarik Filem Crazy Rich Asians | Ini adalah filem pertama Hollywood yang majoritinya menampilkan pelakon Asia. Memandangkan Hollywood kini dilanda gelombang 'diversity', di mana mereka menerima dan mengiktiraf karya dari semua pihak. Tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Crazy Rich Asian hadir tepat pada masanya.

Filem ini mendapat perhatian ramai pihak kerana dilihat berani mengetengahkan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Penerimaan terhadap filem bergenre romantic-comedy sudah tidak seperti dahulu. Genre sebegini telah dipinggirkan kira-kira sedekad lalu sejak jumlah kutipan dipawagam 'dibunuh' oleh filem superhero dan karya yang berbajet besar.


Tetapi tidak bagi Crazy Rich Asians. Filem arahan Jon M. Chu ini diterima baik oleh semua pihak. Ia dapat dinikmati peminat dari semua latar belakang.

Lebih mengejutkan, Crazy Rich Asians berada di tempat pertama dalam carta kutipan tiket di Amerika Syarikat dan Kanada. Ini merupakan filem pertama yang tidak bergenre fantasi atau superhero.

Menariknya, Crazy Rich Asians menampilkan tiga orang rakyat Malaysia iaitu Henry Golding, Michelle Yeoh, dan Ronny Chieng. Bagus juga si Henry Golding ni. Senyap-senyap je. Lepas terus muncul dalam filem Hollywood, terbitan WarnerBros pulak tu. Ini tidak, baru terrima panggilan ujibakat, terus heboh satu dunia. *cough*

Sinopsis


Mengisahkan Rachel Chu, seorang warga AS berketurunan Asia dari New York pergi ke Singapura untuk bertemu keluarga teman lelakinya, Nick, yang mengekalkan tradisi Cina. Rachel mendapat tahu yang Nick berasal dari keluarga yang kaya-raya. Bukan itu sahaja, Nick dikelaskan sebagai jejaka bujang pujaan di Asia. Di Singapura, Rachel terpaksa berhadapan dengan golongan sosialis, dan lebih parah, ibu Nick yang tidak menyukainya.


Pengarah: Jon M. Chu
Pelakon: Michelle Yeoh, Henry Golding, Constance Wu, Awkwafina, Ken Jeong.
Genre: Romantic comedy
Durasi: 2 jam 1 minit

Fakta Menarik Crazy Rich Asians


-Merupakan filem Hollywood pertama dalam masa 25 tahun yang menampilkan pelakon Asia.

- Crazy Rich Asians diadaptasi dari novel terkenal dari tajuk yang sama karya Kevin Kwan.

- Filem ini dibarisi tiga pelakon kelahiran Malaysia iaitu Michelle Yeoh, Henry Golding, dan Ronny Chieng.


- Watak Nick yang dipegang oleh Golding, hampir diberikan kepada Harry Shum Jr.

- Buku Crazy Rich Asians diterbitkan dalam bentuk trilogi. Ini bermakna ada kemungkinan ia mempunyai sekuel kelak.

- Ini merupakan filem pertama lakonan Henry Golding. 

- Ditayangkan pada 17 Ogos 2018, tarikh ini memang dirancang produksi. Mengikut feng shui, nombor 8 membawa tuah dari kekayaan. 17hb pula adalah 1+7=8.


- Salah satu faktor kejayaan filem ini disumbangkan oleh directornya. Jon M. Chu pernah mengarahkan Now You See Me 2, G.I Joe Retaliation, Jem and The Hologram, dan Step Up 3D.

- Jon M. Chu memanggil mereka yang berketurunan Asia untuk menghadiri ujibakat sebagai pelakon tambahan. Jon membuat hebahan melalui Youtube.

Baca juga:  Fakta Menarik Avengers Infinity War

- Menelan belanja kira-kira $30 juta USD

- Menjalani penggambaran sekitar Singapura, Cheong Fatt Tze Mansion (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, dan Pulau Rawa (Langkawi).


- Rumah agam nenek Nick dalam filem ini adalah Tyersall Park, bangunan bersejarah di Singapura tetapi dimiliki oleh kerajaan negeri Johor.

Crazy Rich Asians mula ditayangkan di Malaysia pada 22 Ogos 2018. Diharap beberapa fakta menarik ini dapat menambahkan lagi keterujaan anda  untuk menonton filem ini.

Ahad, 29 Julai 2018

,
Senario industri Hollywood kini selesa dalam menjana keuntungan menerusi sekuel, prekuel, seangkatan dengannya. Francais popular, Mission: Impossible juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menghasilkan sekuel terbaharu iaitu Mission Impossible Fallout.

Walau bagaimanapu, bukan senang bagi sesebuah francais untuk menghasilkan filem berkualiti dan terus mengekalkan rentak positif.  Lebih-lebih francais gergasi seperti Mission Impossible yang mempunyai pengikut yang ramai. Ia harus kekal relevan di mata penonton. 


Terkini, Mission Impossible Fallout (MIF) yang mula ditayangkan di Malaysia bermula 27 Julai lalu dilihat menepati citarasa dan piawaian filem perisik. Sehingga kini MIF menerima  kritikan positif dari pengkritik filem dan wartawan antarabangsa.Tambahan pula, apabila mengetahui pelakon utamanya, Tom Cruise, terus sanggup melakonkan aksi ngeri tanpa bantuan CGI.

Untuk rekod, berikut merupakan senarai filem (mengikut urutan) dalam francais Mission Impossible:

  • Mission: Impossible (1996)
  • Mission: Impossible II (2000)
  • Mission: Impossible III (2006)
  • Mission: Impossible - Ghost Protocol (2011)
  • Mission: Impossible - Rouge Nation (2016)
  • Mission: Impossible - Fallout

Pada saat entri ini ditulis, MIF mendapat markah 97/100 di laman Rotten Tomatoes. Nilai itu cukup tinggi malah paling tinggi berbanding lima filem Mission Impossible sebelum ini.


Sinopsis Mission Impossible Fallout 

Mengisahkan Ethan Hunt dan pasukan IMF yang bergabung dengan pembunuh CIA, August Walker untuk mengelak dari berlakunya bencana yang bakal mengancan dunia. Pembekal senjata dan sekumpulan pengganas kini merancang untuk melancarkan serangan nuklear ke atas Jerulsalem dan Mekah secara serentak.

Baca juga: Fakta Filem A Quiet Place

Apabila mendapat senjata nuklear itu hilang, Hunt dan krewnya perlu mendapatkannya supaya ia tidak terjatuh ke tangan yang salah.

Pengarah: Christopher McQuarrie
Pelakon: Tom Cruise, Simon Pegg, Henry Cavill, Rebecca Furguson, Vanessa Kirby, Sean Harris.
Durasi: 2 jam 28 minit
Tarikh tayangan Malaysia: 27 Julai 2018

Jika anda merupakan peminat francais Mission Impossible, sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan kesinambungan kisah Ethan Hunt sebagai ejen perisik dalam misi menyelamatkan dunia. Sebelum itu, jom lihat antara fakta menarik filem ini.

Fakta Menarik Mission Impossible Fallout


- Ini merupakan filem ke enam dalam francais. 

- Penggambaran terpaksa dihentikan apabila pelakon utamanya, Tom Cruise, patah buku lali ketika melakonkan aksi ngeri. Lebih menarik, rakaman insiden itu digunakan dan boleh dilihat dalam filem dan trailer. Babak itu adalah sewaktu Cruise melompat di antara dua bangunan.



- Doktor menasihatkan Cruise supaya berehat selama enam bulan, tetapi beliau tetap meneruskan penggambaran lapan minggu kemudian.

- Akibat dari kecederaan Cruise, produksi terpaksa dihentikan selama beberapa minggu. Tetapi tarikh tayangan tidak berubah.

- Pelakon Rebecca Ferguson sedang hamil ketika menjalani penggambaran. Ketika filem ini tamat penggambaran, beliau hamil 7 bulan.


- Solomon Lane merupakan villain pertama dalam francais yang muncul dalam dua filem. 

- Christopher McQuarrie satu-satunya pengarah dalam francais yang mengarahkan lebih dari satu filem. McQuarrie sebelum ini mengarahkan M:I Rouge Nation.

Fakta Menarik Mission Impossible Fallout

- Jika sebelum ini Cruise benar-benar berpaut pada kapal terbang tanpa bantuan CGI dan stunt double. Kali ini beliau bertindak menerbangkan sendiri helikopter, lompatan HALO iaitu lompatan parachute pada altitud rendah, menunggang motosikal dengan bahaya tanpa memakai halmet, berpaut pada tali helikopter, dan melompat di antara dua bangunan.

- Jeremy Renner tidak dapat meneruskan wataknya pada MIF kerana terikat dengan jadual penggambaran Avengers 4.

Baca juga: Fakta Menarik Ant Man and The Wasp

- Cruise pernah menyebut dalam satu temubual, sekiranya filem ini mencatat kutipan memberangsangkan, mereka akan meneruskan sekuel. Cruise yang juga salah seorang penerbit, masih belum bersedia untuk berada di kerusi pengarah.

- Henry Cavill memberitahu, beliau melakukan lebih banyak aksi dalam filem ini berbanding karakter Superman.


- Babak pertarungan dalam tandas sepatutnya menjalani penggambaran selama 4 hari. Tetapi ia berlarutan selama 4 minggu kerana pengarah dan koreografi mahukan hasil yang terbaik.

- Filem ini menjalani penggambaran di Norway, New Zealand, United Kingdom, dan Perancis.

Mission Impossible Fallout sudah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Buat kaki movie khususnya peminat filem aksi, pastikan anda menonton filem ini.

Rabu, 4 Julai 2018

,
Marvel Studios meneruskan dominasi mereka dalam arena mengadaptasi komik ke layar perak dengan sebuah lagi filem terbaharu dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), Ant-Man and The Wasp.

Walaupun ada sesetengah pihak menganggap trend mengadapatasi komik ke layar perak sudah basi, Marvel membuktikan bahawa tanggapan itu salah. Saya sendiri yang bukan peminat tegar filem superhero terpaksa mengakui Marvel telah melakukan tugas cemerlang dalam membina empayar yang mampu berdiri teguh hingga ke hari ini.

Fakta Menarik Ant-Man and The Wasp


Ini terbukti apabila Avengers: Infinity War mengukir sejarah sebagai filem paling laris di dunia dengan mencatat kutipan sebanyak USD1.16 bilion hanya dalam masa 12 hari sahaja. Malah, filem-filem terdahulu mendapat respon dan ulasan positif daripada pengkritik filem Amerika Syarikat.

Untuk rekod ini filem susulan daripada filem pertama, Ant-Man (2015) dan filem ke 20 dalam francais MCU sejak diterbitkan pada 2008.

Sinopsis Ant-Man and The Wasp


Scott Lang terpaksa menerima kesan daripada tindakannya yang cuba untuk menyelamatkan dunia serta meluangkan masa dengan anaknya.  Lang, bagaimanapun sekali lagi Hope van Dyne dan Dr. Hank Pym yang meminta bantuannya untuk menyelesaikan misi baharu. tetapi kali ini Lang tidak bersendirian sebagai Ant-Man, berkerjasama dengan Hope sebagai The Wasp untuk membongkar rahsia lampau.


Pelakon: Paul Rudd, Evengeline Lilly, Michael Douglas, Hannah John Kamen, Michelle Pfeiffer, Michael Pena, Laurence Fishburne.
Pengarah: Payton Reed
Durasi: 2 jam 5 minit
Malaysia release date: 4 Julai 2018

Fakta Menarik Ant-Man and The Wasp


- Merupakan salah satu filem dalam Fasa Ketiga dalam MCU

- Ant-Man and The Wasp ini diumumkan 3 bulan selepas tayangan Ant-Man (2015), dan memandangkan senarai filem dalam Fasa Ketiga MCU terlalu padat, Marvel terpaksa meminda tarikh tarikh Black Panther dan Captain Marvel.

- Michelle Pfieffer memainkan peranan sebagai Janet van Dyne iaitu isteri Hank Pym Michael Douglas. Sebelum ini, Douglas pernah menyuarakan hasratnya suapaya mengambil isterinya Catherine Zeta-Jones untuk watak Janet.

 - Buat pertama kalinya MCU menampilkan superhero wanita sebagai watak utama. Menurut Kevin Feige selaku penerbit eksekutif, ini merupakan langkah awal MCU dalam memperkenalkan lebih ramai superhero wanita pada masa akan datang.


 - Ant-Man and The Wasp menjalani pengambaran di Amerika Syarikat sahaja iaitu sekitar San Fransisco, Atlanta, dan Georgia.

- Ini merupakan filem adaptasi dari komik kedua buat Pfieffer. Beliau sebelum ini pernah memegang watak ikonik Catwoman dan Batman Returns (1992).

- Pelakon Jessica Chastain merupakan pilihan utama Marvel Studios untuk memegang watak Hope, tetapi Chastain menolak tawaran itu.

- Menerusi trailer, Ant-Man kali ini berdepan dengan musuh baharu iaitu Ghost. Marvel mengubahnya kerana Ghost bukan musuh Ant-Man dalam komik.


- Selepas Thor: Ragnarok, ini merupakan kali kedua MCU menampilkan wanita sebagai villain (watak jahat) utama.

- Filem keempat dalam MCU yang mengambil tempat selepas insiden yang berlaku dalam Captain Americ: Civil War.

- Babak pada akhir kredit atau 'end credit scene' sudah tidak dapat dipisahkan dengan MCU. Untuk pengetahuan Ant-Man and The Wasp mempunyai DUA end credit scene. Jadi pastikan yang anda tidak berganjak dari tempat duduk.

Masing-masing tertanya ke mana hilangnya watak Ant-Man kerana beliau tidak muncul dalam Infinity War. Anyways, terima kasih kerana membaca Fakta Menarik Ant-Man and The Wasp.

Selasa, 15 Mei 2018

,

Fakta Menarik Deadpool 2. 2018 merupakan tahun yang gemilang buat Marvel. Belum sampai sebulan Avengers: Infinity War ditayangkan, ia telah menjadi filem paling laris di dunia. Mana tidaknya, dalam masa 12 hari naskah ke-19 dalam francais Marvel Cinematic Universe (MCU) itu berjaya meraih kutipan AS$1 billion di seluruh dunia.

Demam Black Panther dan Avengers masih belum kebah lagi, dan kita bakal dihidangkan dengan sebuah lagi filem yang diadaptasi dari komik Marvel, iaitu Deadpool 2


Terdapat segelintir yang melihat trend menghasilkan filem superhero atau adaptasi komik ke layar perah ini membunuh industri filem. Ini kerana majoriti penonton sudah tidak mahu menonton filem bergenre berat. Menyebabkan kutipan filem lain kurang memberangsangkan.

Baca juga: Fakta Menarik Avengers: Infinity War

Saya tidak menafikannya. Siapa je yang nak tengok filem bergenre berat jika Avengers masih menguasi pawagam?

Berbalik kepada Deadpool 2, ia merupakan susulan kepada filem pertama Deadpool (2016) yang menerima respon positif yang luar biasa. Filem yang berada di dalam X-Men universe ini boleh dikatakan mempunyai rencah yang mencukupi.

Penonton bukan sahaja dihidangkan dengan aksi yang mind-blowing, tetapi mempunyai dialog bersahaja dan diselitkan dengan komedi gelap. Apa yang membuatkan Deadpool 'stand out' lawak sarcasm nya.


Sinopsis Deadpool 2
Kali ini Deadpool menrekrut sekumpulan mutant ganas untuk melindungi seorang budak lelaki yang mempunyai kebolehan luar biasa dari mutant yang datang dari masa hadapan, Cable.

Pengarah: David Leitch
Pelakon: Ryan Renolds, Josh Brolin, Morena Baccarin, Zazie Beetz, T.J Miller, Terry Crew, Julian Dennison, Brianna Hildebrand, Bill Skarsgard
Tarikh tayangan Malaysia: 15 May 2018

*Ingin saya ingatkan bahawa Deadpool 2 diklasifikasikan sebagai R (Larangan) kerana mengandungi mempunyai aksi ganas, bahasa dan babak tidak sopan. Ini bukan filem superhero. Jadi jangan memandai bawa anak-anak menontonnya di pawagam. You have been warned!

Fakta Menarik Deadpool 2

- Pada Ogos 2017, pelakon lagak aksi ngeri, Joi Harris, maut di set penggambaran. Harris yang melakonkan aksi ngeri bagi Domino maut di tempat kejadian.


- Filem ini diarahkan oleh David Leitch, yang merupakan pengarah koreografi untuk filem pertama. Portfolio Leitch cemerlang kerana tahun lalu beliau turut mengarahkan Atomic Blonde.

- Pengarah filem pertama, Tim Miller, mengumumkan beliau tidak akan menghasilkan filem kedua kerana berlakunya salah faham dengan Ryan Reynolds.

- Bukan sahaja Miller, penggubah muzik latar, Junkie XL juga tidak mahu menyambung kontrak.

- Deadpool 2 menjalani penggambaran selama empat bulan sekitar Kanada. 

- Ini merupakan watak kedua Josh Brolin dalam filem yang diadaptasi dari komik Marvel. Beliau sebelum ini berperanan sebagai Thanos dalam dunia MCU.


 - Dalam alah satu trailer, Deadpool ada menyebut "bring it on, One Eyed Willy". Ini merujuk kepada filem klasik The Goonies di mana dilakonkan oleh Brolin.

- Bukan itu sahaja, dalam trailer terakhir Deadpol turut mengatakan "Pump the hate breaks, Thanos". Ini juga merujuk kepada Brolin yang membawa watak Thanos, iaitu antagonis utama dalam Avengers: Infinity War.

- Pelakon Mary Elizabeth Winstead, Lizzy Caplan, Kerry Washington, Sienna Miller, Ruby Rose, Mackenzie Davis, Kelly Rohrbach, Eve Hewson, dan Sofia Boutella, menghadiri ujubakat untuk membawa watak Domino. Watak itu kemudia diberikan kepada Zazie Beetz.

- Nama-nama besar Hollywood seperti Mel Gibson, Michael Shanon, Kurt Russell, Bruce Willis, Alec Baldwin, Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, Stephen Lang, Ron Perlman, Pierce Brosnan and David Harbour dipertimbangkan untuk membawa watak Cable.


- Dalam trailer, Deadpool mempersenda lengan robotik Cable yang belum siap disunting dengan mengatakan, "Tidaklah sesusah untuk membuang misai". Ini merujuk kepada filem Justice League yang dilihat gagal untuk menghilangkan misai Henry Cavill (Superman) secara digital.

Baca juga: Fakta Menarik Justice League

- Dalam komik, Domino digambarkan sebagai wanita berkulit putih dan mempunyai lingkaran hitam pada mata kiri. Oleh kerana di dalam filem ia dimainkan oleh wanita berkulit hitam, lingkaran pada mata kiri ditukarkan kepada warna putih.

Semoga fakta menarik Deadpool 2 ini dapat membantu menambah keterujaan anda untuk menontonnya nanti!


Entri sebelum ini -Sinopsis Drama Nur di Tv3