Memaparkan catatan dengan label food review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label food review. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Oktober 2018

,
Sajian steamboat memang menjadi kegemaran ramai. Makanan laut segar sedia dicelur di dalam tomyam. Lebih seronok sekiranya ia berkonsepkan buffet, di mana dengan sekali bayar pelanggan boleh makan sampai puas. Itulah konsep yang digunakan oleh Makette Steamboat & Grill yang saya kategorikan sebagai tempat makan sedap di Kota Bharu, Kelantan.

Makette Steamboat & Grill Panji, Kota Bharu menawarkan segala apa yang anda mahukan untuk sebuah restoran steamboat. Pelbagai pilihan makanan laut, daging, kuah tomyam yang sedap, hidangan sampingan, dan harganya juga berpatutan.

Makette Steamboat & Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu

Udang, kepah, ketam, sotong, kerang, lala, ikan, semua jenis makanan laut yang disediakan segar-segar belaka. Malah, pelanggan juga boleh memilih aneka jenis daging, ayam, dan kambing yang telah diperap dengan dengan rempah sedap.

Makette Steamboat & Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu Review


Pelanggan diberi 2 pilihan sup iaitu tomyam dan sup ayam. Pada saya tomyamnya agak pedas. Kalau datang bersama anak-anak kecil mungkin tidak sesuai. Jadi saya sarankan pilih sup ayam yang tidak kurang juga enaknya. Kalau nak campur pun boleh.


Banyak pilihan makanan berasaskan sumber dari laut yang boleh dipilih. Apa yang pasti, semuanya segar and you can even taste it. Ketam yang disediakan agak kecil, tetapi isinya banyak dan manis.

Pilihan bebola steamboat dan sayuran pun banyak. Hinggakan tidak sempat untuk merasa semua makanan yang ada.

Baca juga: KFC Zinger Waffle Burger Review

Makette steamboat Panji turut menyediakan beberapa pilihan daging lembu dan ayam yang diperap dengan rempah berbeza yang sedia untuk dipanggang (grill). Daging kambing juga pun ada. Peminat-peminat kambing, anda wajib datang ke sini. Daging kambing diperap sempurna membangkitkan selera sajian steamboat.
Sumber: Facebook
Pelanggan juga diberi pilihan beberapa jenis sos pencicah yang terdiri daripada brown sauce, black pepper, mayonis, dan banyak lagi.

Selain steamboat, Makette juga menawarkan nasi/mee/kueh tiaw goreng untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.


Antara yang menarik di Makette Steamboat adalah variasi air yang diletakkan di dalam balang tinggi. Saya pasti, ramai yang teruja melihat air balang berwarna warni. Walaupun ia hanyalah air kordial biasa, namun rasanya sungguh enak. You don't want cordial drink? Guess what, you can have hot coffee!

Untuk pencuci mulut, pelanggan boleh menikmati aiskrim dan jagung kukus manis. Mereka juga mempunyai hidangan smapingan seperti roti bakar, lokcing, dan cereal.


makette steamboat kota bharu harga

Pada saya Makette sangat sedap, tomyam dan aneka daging yang diperap cukup rasa. Lebih sedap dari steamboat Seoul Garden yang famous tu. Seoul Garden Malaysia price boleh mencecah RM49, tidak termasuk tax.  

Cuma restoran ini tidak berhawa dingin. Berpeluh-peluh juga ketika memanggang daging. Variasi makanan tidak mempunyai label. Agak sukar untuk membezakan jenis perapan kerana semuanya kelihatan sama sahaja.

Makette Steamboat ini mempunyai tiga buah cawangan iaitu di Kuala Terengganu, Tanah Merah, dan Kota Bharu. Saya ke cawangan Panji, Kota Bahru. Harga setia cawangan adalah sama.

Harga Makette Steambot & Grill


  • Dewasa: RM24.90 
  • Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) : RM9.90
  • Warga Emas: RM14.90
  • OKU: RM14.90

Murah kan? Susah nak cari steamboat buffet yang murah macam ni. Terdapat promosi khas pada hari-hari tertentu, pastikan anda mengikuti laman rasmi Makette di Facebook.

#NKFoodReview - 8/10

Makette Steambot & Grill Kota Bharu
Waktu operasi: 5pm - 12am
Nombor telefon: 019-6136973
Facebook: https://www.facebook.com/makette.hq/
Alamat: Wisma Hj Mohamed Zawawi Yusoff, Kg Pauh Panji, Jln Raja Perempuan Zainab 2, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Sabtu, 6 Oktober 2018

,
I have always wanted to try chicken waffles! Gabungan waffle dan ayam goreng ini bunyinya agak aneh tetapi ia menjadi salah satu menu popular di America Syarikat. Jadi, restoran rangkaian makanan segera terkemuka, KFC, mengambil konsep tersebut dengan memperkenalkan menu baru iaitu Zinger Waffle Burger. Nak tahu macam mana rasa burger baharu ini? Teruskan membaca KFC Zinger Waffle Burger Review!

Sebagai seorang yang sering terpengaruh dengan iklan di Tv dan Youtube, saya benar-benar ingin mencuba burger KFC yang baharu ini. Bahkan, for someone yang sering melihat chicken waffle muncul dalam filem Hollywood, it makes me want to eat it even more! Pathetic, I know.


Saya sempat merasa burger ini semalam... And I regret it. Meh saya terangkan apa perbezaan Zinger Waffle Burger ini berbanding burger KFC yang lain.

KFC Zinger Waffle Burger


Ia merupakan gabungan unik antara ayam goreng dan waffle. Berbanding burger biasa di mana filet ayam diapit dengan roti bun, Zinger Waffle Burger menggunakan Belgian Waffle yang mengapit filet ayam.

Ditengah-tengahnya pula ditambah dengan kepingan ayam rangup, mayonis, dan maple syrup (yang sudah menjadi tradisi dimakan bersama waffle).


KFC claims yang burger kali ini menampilkan kelazatan dalam setiap lapisan. Lol! 

Jika dilihat pada gambar di atas ia nampak menyelerakan. Bahkan gabungan kesemua bahan ini memang sedap. Tapi...

KFC Zinger Waffle Burger Review



Walaupun burger ini agak besar, saiz hidangan bukanlah segala-galanya. Waffle nya tebal, tetapi kering dan keras. Disebabkan itu, saya terpaksa memakannya secara berasingan dan bukan menikmatinya seperti burger lain.

Baca juga: KFC Malaysia Perkenal Chizza

Sos mayonis dan maple syrup langsung tidak membantu untuk menambahkan rasa. Ini kerana kuantitinya yang sedikit. Ia hampir tidak kelihatan apatah lagi merasainya.

KFC Zinger Waffle Burger

Bagi kepingan ayam rangup pula, saya berani katakan yang  ia cuma sepanjang 2 inci. Yup. Sayang sekali kerana kepingan ayam itu agak sedap.

Tetapi mujurlah mereka masih menggunakan filet ayam Zinger yang biasa. Rasa ayam bersalut tepung KFC yang enak mempunyai rasa yang sempurna. Rangup dan spicy.

Pada saya masalah utama pada Zinger Waffle Burger adalah pada waffle nya. Apa lagi yang tidak kena dengan burger ini? HARGA!

Harga KFC Zinger Waffle Burger



Zinger Waffle Burger boleh didapati secara àla carte bermula daripada RM13.50. Menu terhad bermula 2 Oktober ini juga boleh didapati dalam set Kombo yang didatangkan bersama kentang goreng dan minuman berkarbonat (RM17.90). Manakala set Mega Box pula didatangkan dengan dengan seketul ayam Hot & Spicy atau Original Recipe (RM20.90).

Macam tak percaya yang saya bayar harga burger RM18 untuk waffle keras dan setitis maple syrup. Total rip off.

#NKFoodRating: 4/10

Kalaulah burger ini sebuah filem, saya meletakkannya setaraf dengan Independence Day: Resurgence. Premis yang baik, menampilkan pelakon filem pertama, tetapi dirosakkan oleh storyline longgar dan lakonan kayu Liam Hemsworth. 

Semoga Zinger Waffle Burger review ini memberi gambaran kepada anda sebelum membelinya. Entahlah, KFC Double Down lagi sedap kot. Ataupun anda makan sahaja KFC Zinger Burger yang biasa tu.

Jumaat, 27 Julai 2018

,
Sejak kebelakangan ini McDonald's Malaysia sering hadir dengan menu menarik. Demam Burger Rio dan Aiskrim Durian masih belum kebah. Kini McDonalds memperkenalkan Mexicana Chicken Burger berserta Strawberry Custard Pie.

Ini kerana, McDonald's masih meneruskan kempen Discover The World yang citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia dan kali ini giliran Mexico. Jadi Mexicana Chicken Burger adalah menu kedua selepas Burger Rio (Brazil) tempoh hari.


Menu yang hanya hadir dalam tempoh terhad ini sering mendapat sambutan menggalakkan dari penggemar McDonald's. Adakah burger dari Mexico ini berjaya 'menangkap' selera orang Melayu?

Saya sempat cuba Mexicana Chicken Burger tempoh hari and I'd like to write a review.

Review McDonalds Mexicana Chicken Burger Strawberry Custard Pie


Burger ini hadir dengan kotak khas yang mempunyai design ala Mexico. Apa lagi kalau bukan lakaran topi sombrero, gitar, dan cili. Dari melihat lakaran ini sahaja kita sudah dapat merasakan aura Mexico dan muzik unik seakan filem terbitan Disney, Coco.

Sama seperti burger Smokey Grilled Beef, Mexicana Chicken Burger turut dibalut dengan kertas tambahan. I feel a feeling they are trying to protect the super smooth bun. Seriously, rotinya memang smooth dan nampak berkilat! Tidak seperti burger lain tapi rasanya masih sama.


Mexicana Chicken Burger (MCB) mempunyai kepingan ayam rangup bersaiz besar. Berbezaan ketara MCB dengan burger lain adalah mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno yang memberikan sentuhan masakan Mexico.

MCB turut ditambah dengan campuran ada benggala merah, salad, tomato dan white cheddar cheese.


Sedap ke? Yes. Sedap sebab sos jalapeno tu memang lain dari yang lain. Ia mempunyai rasa smokey dan berkrim serta tidak begitu pedas. Kepingan ayamnya sedap, rangup, tetapi.... I am not a fan of chicken burger.I would be nice kalau ada pilihan daging lembu.

Baca juga: McDonald's Smoky Grilled Beef - Burger McD Paling Sedap 

Mexicana Chicken Burger dijual pada harga RM15.95 untuk set medium kentang goreng dan minuman ringan. Hidangan ala carte pula berharga RM12.50. Harga burger McD Malaysia memang mahal kan?

Strawberry Custard Pie


Selain MCB,  McDonald’s buat pertama kalinya memperkenalkan pencuci mulut, pie, dengan dua jenis inti di dalamnya. Strawberry Custard Pie berkongsi jenis crust yang sama seperti pai McD lain tetapi berinti strawberi dan kastard berkrim. Serious sedap!!! Lagi sedap dari Apple Pie. Gabungan strawberi dan custard krim tu memang menjadi. Strawberry Custard Pie boleh didapati dengan harga RM3.30.


Dalam pada itu, anda boleh semak senarai harga McDonald's Malaysia di laman rasminya, di http://www.mcdonalds.com.my/.

Okay, Mexicana Chicken Burger dan Strawberry Custard Pie cuma dijual dalam masa terhad sahaja. Cepat-cepat ke cawangan McDonald's especially McD Kelana Jaya yang famous (wait, kenapa branch ni famous sangat?) kalau tak nak terlepas untuk rasa makanan dari Mexico!

Selasa, 3 April 2018

,
McDonald's Smoky Grilled Beef

McDonald's Malaysia memperkenalkan DUA burger baru iaitu Smokey Grilled Beef dan Hot N' Crispy Chicken. Kedua-dua menu ini sudah boleh didapati di semua cawangan McDonald's Malaysia sejak 26 Mac lagi.

Macam biasalah kalau rangkaian restoran ini menawarkan menu baru, pasti ramai yang ingin mencubanya. Kedua-dua burger ini mendapat sambutan menggalakkan sejak hari pertama diperkenalkan. Ramai yang mula berkongsi keenakannya di media sosial.


Baca juga: Menu Best di Hayaki Cafe

Me on the other hand baru berkesempatan cuba menu baru ini beberapa hari lepas. Saya pilih Smoky Grilled Beef because I am a carnivore.

Review McDonald's Smoky Grilled Beef (SGB)

Okay, secara jujurnya ini adalah burger McDonald's yang paling sedap. This is how a burger is supposed to be. Menawarkan rasa mengagumkan dengan kepingan daging lembu yang lebih tebal dari biasa dan digril sempurna. Diapit cheddar cheese, sos chipotle, bawang gril, salad segar dan ban bijan bakar.

Jika anda masih ingat burger Quater Pounder, setebal itulah patty SGB, sangat juicy! Keenakan SGB majoritinya disumbangkan oleh sos chipotle yang membangkitkan aroma 'smoky'. Burger ini hadir tanpa sos tomato dan pickle.

Sos chipotle dan saiz patty bukan satu-satunya kelainan SGB ini kerana packaging juga wajar diberi pujian. Kotaknya lain dari dari kotak Big Mac. Kali ini lebih eksklusif dengan design minimal dan burgernya juga dibalut kertas tambahan.

McDonald's Smoky Grilled Beef

Kedua-dua burger ini dijual pada harga RM14.95 untuk hidangan set berserta kentang goreng dan minuman ringan, dan RM12.95 untuk hidangan ala carte.

Saya masih belum cuba Hot N' Crispy Chicken, probably because I am not a fan of chicken burger.

Smoky Grilled Beef
9/10

Thank goodness kedua-dua menu ini tidak dijual dalam tempoh terhad. Smoky Grilled Beef dan Hot N' Crispy Chicken adalah MENU KEKAL. Take my money, McDonald's!!!

Entry sebelum ini -  Filem DUKUN Akhirnya Ditayangkan pada 5 April 2018

Ahad, 26 November 2017

,



McDonald's Fish and Fries Malaysia Review. Awal November lalu ia hanya dijual di beberapa kiosk sekitar Lembah Klang sahaja. Kini McDonalds Malaysia mula menjual menu terbaru iaitu Fish and Fries di seluruh Malaysia.

McDonalds Malaysia sering tampil dengan menu terhad menarik. Contohnya beberapa bulan lalu penggemar rangkaian makanan segera disajikan dengan Spicy Korean Burger, Thai Fish Burger dan Aiskrim Durian.


Tidak mahu kalah dengan pesaing terdekatnya, KFC, yang kini rancak dengan menu Chizza, McDonald's memperkenalkan sajian klasik British iaitu fish & chips. Memandangkan, rakyat British memanggil 'chips' untuk ubi kentang instead of  'fries', dan McDonald's sendiri menamakan kentang goreng mereka 'fries', maka terhasilah FISH AND FRIES.  

Berkaitan: KFC Perkenal Chizza

McDonald's Fish and Fries Malaysia Review

Hidangan Fish & Fries hadir bersama kepingan ikan yang bersalut tepung rangup, pilihan sos tartar atau green curry, kentang goreng, dan air berkarbonat.

Saya sempat mencubanya semalam. Sedap, rangup di luar dan isi ikannya sangat lembut apatah lagi apabila dicicah sos istimewa. It was a real fish, guys. Rasanya seakan-akan menu sama di Manhattan Fish Market.



Malangnya ia dijual pada harga yang agak mahal. Harga Fish and Fries adalah RM12.95 (1 keping ikan) dan RM17.95 (2 keping ikan). Sangat tidak berbaloi memandangkan ikan yang dihidangkan sangat kecil. Dengan harga semahal itu saya mengharapkan ia lebih besar dan hadir bersama hirisan lemon.

McFlurry Party

Selain itu,aiskrim McFlurry Party yang berharga RM9.95. Okay, tiada apa yang istimewanya dengan McFlurry Party. Ia hanyalah McFlurry Oreo + Sunday Strawberry. Cuma ia dihidangkan dalam bekas yang lebih besar. Sesuai jika dikongsi bersama 2 hingga 3 orang, saya kira kerana itulah ia diberi nama 'party'.


Entri sebelum ini - Sinopsis My Coffee Prince di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca McDonald's Fish and Fries Malaysia Review