Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

4 April 2017

Sinopsis Menanti Februari di Tv3

menanti februari

Sinopsis Menanti Februari di Tv3. Slot Samarinda Tv3 sekali lagi membawakan drama menarik bertajuk MENANTI FEBRUARI buat tontonan penonton setia saluran nombor satu Malaysia bermula 3 April 2017. 

Mendapat sentuhan pengarah Ayie Mustafa, drama Menanti Februari menampilkan pelakon terkenal seperti Zul Ariffin, Fathia Latiff, dan Afiq Muiz. Turut membantu Wan Nor Azlin, Riz Amin, Juedian Omar, dan Dato Rahim Razali.

menanti februari

Drama bersiri 16 episod ini bersiaran setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam di Tv3. 

Sinopsis drama Menanti Februari di Tv3

Mengisahkan Arie dan Fiza yang disatukan atas dasar cinta. Perkahwinan ini menyebab Edi, rakan memendam rasa kerana dia turut menaruh perasaan terhadap Fiza. Namun perkahwinan yang diimpikan Fiza tidak kesampaian kerana Arie terlalu taksub dengan kerjaya sehingga mengabaikan isterinya. 

drama menanti februari

Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku pada bulan Februari. Arie kemudian ditakdirkan hilang ketika kemalangan di lautan. 6 bulan kemudian, Fiza dan Edi menjadi semakin akrab dan mereka dinikahkan. 

Tidak semena-mena, Arie ditemui selamat dan terpaksa berdepan dengan isterinya yang telah berkahwin dengan kawan baiknya sendiri...

 Lagu tema/ OST: iam Neeta - Sakit

Artikel sebelum ini - Sinopsis SHH I Love You

Terima kasih kerana membaca - Sinopsis Menanti Februari di Tv3

3 April 2017

Sinopsis SHH I Love You di Tv3

shh i love you

Sinopsis SHH I Love You di Tv3. Bagi menggantikan Suamiku Paling Sweet yang telah menamatkan siarannya minggu lalu, Tv3 membawakan sebuah lagi drama bersiri terbaru yang bertajuk SHH I LOVE YOU bagi menghiasi Slot Akasia. 

Drama yang bersiaran sebanyak 28 episod terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd ini diarahkan oleh Nizam Zakaria. Diadaptasi dari novel dari tajuk yang sama, Shh I Love You menggandingkan Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama. Turut membantu, Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Nafiez Zaidi, dan Leeza Zain.


Shh I Love You telah pun bersiaran bermula 3 April 2017, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang di Tv3. 

Sinopsis drama SHH I Love You di Tv3

Nadia dan Aidan bertemu buat pertama kali di kedai pertemuan singkat itu membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana terdapat perkara yang perlu dia rahsiakan. 

Nadia disahkan menghidap miokarditis atau keradangan otot jantung sejak berusia 10 tahun. Saban tahun kesihatan Nadia semakin merosot kerana jantungnya gagal mengepam darah dan mengalami bengkak teruk.


Menjalani pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia. Sehinggalah usianya menginjak 18, akhirnya ada individu yang sesuai sudi mendermakan jantungnya kepada Nadia. Akan tetapi si penderma meminta identiti dirinya dirahsiakan. 

drama shh i love you

Setelah 10 berlalu, Nadia mampu menjalani kehidupan seperti biasa biarpun terpaksa bergantung kepadan ubat-ubatan yang dibekalkan hospital. 

Nadia  kini memiliki jantung bekas tunang Aidan, Sumayyah yang sudah tiada. Dek kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta. Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

Artikel sebelum ini - Spesifikasi dan Harga Samsung Galaxy S8 Malaysia

Terima kasih kerana membaca Sinopsis SHH I Love You di Tv3.

25 Mac 2017

Sinopsis Cik Serba Tahu di Astro Ria

sinopsis cik serba tahu

Sinopsis Cik Serba Tahu di Astro Ria. Menyusuli Dia Bidadariku yang melabuhkan tirainya minggu lalu, Astro membawakan sebuah lagi drama bersiri menarik buat tontonan anda iaitu CIK SERBA TAHU. 

Drama bersiri 16 episod ini merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel popular tulisan Syamnuriezmil. Diterbitkan oleh Orangetree Production dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli, mengisahkan misi Carl Adham dalam usaha memikat Aerna.

Cik Serba Tahu dibintangi oleh Sari Yanti dan Remy Ishak sebagai pelakon utama dan dibantu oleh Zarul Umbrella, Iedil Putra, Riana AF, Ilya Buang, Dynas Mokhtar, dan Nadia Brian. 

Drama ini bersiaran mulai 27 Mac 2017, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Maya HD. 

Sinopsis drama Cik Serba Tahu di Astro Ria

Bermacam-macam cara yang dilakukan Carl Adham untuk memikat Aerna. Mendapatkan hati gadis itu bukan semudah yang disangka. Sukar untuk Aerna menerima lelaki itu. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Rakan pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana segala gerak hati dan tekaannya sentiasa betul. Banyak rahsia yang dia tahu terutama tentang Encik Ben dan Encik Bun. 
Sikapnya itu membuatkan bapanya sendiri khuatir jika dia lupa akan kepentingan dirinya sendiri. Ini menyebabkan bapanya nekad untuk menerima siapa sahaja calon suami pilihan anaknya asalkan dia berkahwin.

cik serba tahu astro

Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?


6 Mac 2017

Sinopsis Dia Bidadariku di Astro Ria

dia bidadariku Astro

Sinopsis Dia Bidadariku di Astro Ria. Selepas berakhirnya Urusan Hati Cik Drama Queen, stesen televisyen berbayar, Astro, membawakan sebuah lagi drama hebat buat tontonan anda yang bertajuk DIA BIDADARIKU. 

Drama bersiri 13 episod terbitan Skop Production ini adalah dibawah arahan Aziz M. Osman. Penonton boleh menarik nafas lega kerana Dia Bidariku bukan drama yang diadaptasi dari novel cinta. 

Menggandingkan Erra Fazira dan Hisyam Hamid sebagai pelakon utama, drama ini dilihat mempunya peluang yang cerah untuk mencipta fenomena baru memandangkan ramai penonton rindu untuk melihat Erra Fazira kembali ke kaca tv. 

Sinopsis Dia Bidadariku di Astro Ria

Turut membantu menjayakan drama ini ialah  Norman Hakim, Tisha Shamsir, Raja Illya, Dian P.Ramlee, Wan Raja, Salina Saibi, dan ramai lagi. 

Dia Bidadariku bakal bersiara mulain 6 Mac 2017, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 

Sinopsis Drama Dia Bidadariku di Astro Ria

Mengisahkan Suri, anak dara tua yang telah putus asa dan menutup pintu hatinya selepas putus tunang 15 tahun lalu. Tidak semena-mena bekas tunangnya, Ridzal, kembali untuk mengaih kasihnya.

Dalam masa yang sama, Suri turut didekati Ammar yang ingin memenangi hatinya yang telah lama dingin. Berat untuk Suri menerima Ammar kerana hatinya sudah tidak mahu bercinta lagi. Selain itu, kehadiran Ridzal turut memeningkan kepala kerana baginya, Ridzal agak psiko.




Terima kasih kerana membaca Sinopsis Dia Bidadariku di Astro Ria

14 Februari 2017

Sinopsis Suamiku Paling Sweet di Tv3


Sinopsis Suamiku Paling Sweet di Tv3. Bagi menggantikan Biar Aku Jadi Penunggu yang telah tamat siarannya minggu lalu, Tv3 menyajikan sebuah lagi drama bersiri bagi menghiasi Slot Akasia buat penonton setianya bertajuk SUAMIKU PALING SWEET

Drama terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah berbakat iaitu Zul Huzami. Manakala skrip digarap oleh Mufid Suhaimi. Melalui Suamiku Paling Sweet ini, penonton bakal menyaksikan gandingan pelakon Syafiq Kyle dan Mawar Rashid serta dibantu oleh Nik Adam Mika, Natasya Mahyan, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Liza Abdullah, Fazlina Ahmad Daud,dan ramai lagi. 


Suamiku Paling Sweet telah pun mula bersiaran sejak 13 Feb 2017, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di Tv3. 


Sinopsis drama Suamiku Paling Sweet

Qisya Iriz, seorang graduan universti terpaksa menjadi pengasuh sementara kepada Hafiey, iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma. Sikap nakal Hafiey menyebabkan pengasuh-pengasuh sebelum ini tidak tahan dan sering bertukar ganti. Namun Qisya menerima kerja itu kerana yakin ia cuma sementara sahaja. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua ibu bapa Hafiey terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan menganggap bapa saudaranya, Izz Haikal seperti ayah kandung. Manakala Izz pula terlalu manjakan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Kedua-duanya masih tidak perasan akan perasaan tu hinggalah satu insiden mengubah nasib mereka. 

sinopsis Suamiku paling sweet

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal. Qisya yang masih muda dan mempunyai banyak perancangan dimasa hadapan cukup marah dan tidak dapat menerima kenyataan yang beliau akan menjadi isteri Izz. Apatah lagi terpaksa menjadi 'ibu' kepada Hafiey. Dia pernah terfikir, mungkin juga Izz memerangkap dirinya.

Selepas bernikah, Qisya lari meningglkan suaminya dan Izz. Izz pula faham dengan situasi Qisya dan memberi masa dan ruang untuk isterinya mencari ketenangan. Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey tetapi meletakkan syarat iaitu jangan sesekali mengungkit peristiwa kenapa mereka dinikahkan.

Namun peristiwa itu diungkit kembali. Qisya sekali lagi memberontak dan melarikan diri walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Suamiku Paling Sweet di Tv3

26 Januari 2017

Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen


Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen. Menyusul selepas 'Saya papa Saya Tak?' yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, sebuah drama bersiri terbaharu bakal menemani malam-malam bertajuk URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN. 

Drama terbitan Cube Film Sdn Bhd hasil garapan pengarah Michael Ang ini merupakan sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel cinta yang akan ditayangkan pada Februari ini. Ia bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria dan Maya HD. 


Urusan Hati Cik Drama Queen bakal menampilkan gandingan Scha Alyahya dan Aiman Hakim sebagai pelakon utama. Turut membantu menjayakan drama ini ialah pelakon dari Indosesia, Randy Pangalila, serta Shalma Ainaa, Adriana Adnan, Ozlynn, dan Ungku Hariz. 


Sinopsis drama Urusan Hati Drama Queen

Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya saling membenci antara satu sam lain, akhirnya menimbulkan bibit cinta.
Biarlah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun kerana Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Dia perlu meluahkan isi hatinya. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. 
Ditaburnya bedak wangi pada surat, tapi renyuk hatinya apabila mengetahui Fadhlan sudah mempunyai kekasih hati. 

Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.


Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang? Muncul pula Nizam yang berambut Kpop.
Entri sebelum ini - Belajar Buat Blog

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen

9 Januari 2017

Sinopsis Kerana Anisa di Tv3


Sinopsis Kerana Anisa di Tv3. Menggantikan Lara Cinta Ameena yang telah tamat siarannya minggu lalu, Tv3 membawakan sebuah lagi drama menarik bertajuk KERANA ANISA buat tontonan anda bagi mengisi slot popular, Samarinda. 

Kerana Anisa adalah sebuah lagi drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd dibawah sentuhan pengarah Jamal Khan. 

drama kerana anisa

Drama yang bersiaran sebanyak 15 episod ini di bintangi oleh Zara Zya, Mustaqim Bahadon, dan Fahrin Ahmad. Turut membantu menjayakan drama ini ialah pelakon handalan Sura Sojangi, Uqasha Senrose, Syaffiq Sahli, Aman Graseka, Ellie Suriati, Ira ghani, Shaharudin Thamby.


Kerana Anisa bersiaran mulai 9 Januari 2017, setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam di Tv3.

Sinopsis drama Kerana Anisa di Tv3

Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan bari sejak dari bangku sekolah. Anisa bercita-cita besar iaitu ingin menjadu seorang peguan dan meminta Syukri menyokong impiannya itu. 

Bapa Anisa bagaimanapun tidak senang melihat keakraban mereka berdua. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, Syukri menyambung pelajaran di London. Biarpun terpisah beribu batu, mereka tetap berhubung melalui surat. 

Anisa dikejutkan dengan rombongan meminang dari Zahid. Zahid menggunakan pangkat dan kekayaannya untuk memenangi bapa Anisa. Dek kerana bercita-cita tinggi, Anisah berkeras tidak mahu berkahwin dengan Zahid untuk mengejar impiannya. Lagipun keputusan peperiksaannya begitu cemerlang. 

Anisa tetap dipaksa kahwin dengan Zahid dan sepanjang pernikahan mereka, Anisa diseksa zahir dan batin. Lebih memburukkan lagi keadaan, Zahid mendapati Anisa masih berhubung dengan Syukri. 

OST / Lagu tema Kerana Anisa: Elji - Bagaimana


4 Januari 2017

Sinopsis Papa Ricky di Astro Prima


Sinopsis Papa Ricky di Astro Prima. Menggantikan Lara Aishah yang menjadi kegilaan peminat drama Melayu, Astro Prima sekali lagi membawakan sebuah lagi drama bersiri ala telenovela terbaharu bertajuk PAPA RICKY buat tontonan anda.

Drama sebanyak 80 episod terbitan Global Station ini diarahkan oleh Harris Fadzilah bakal ditayangkan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang bermula 16 Januari ini.



Papa Ricky menggandingkan Fadlan Hazim dan Farah Nabilah sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Elizad Sharifuddin, Hafizul Kamal, Wafiy Ilhan, Nazmi Nordin, Mahmud Alibashah, Natasha Elyzza, Doria Rachel Jolly, dan Ewal.

Baca: Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2017

Sinopsis drama Papa Ricky di Astro Prima

Mengisahkan seorang duda, Ricky yang mempunyai seorang anak perempuanbernama Alisha menaruh perasaan terhadap seorang wanita bernama Zara. Namun, anaknya Alisha percaya yang Zara tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. (sinopsis akan dikemas kini)

Entri sebelum ini - Harga Minyak Petrol dan Diesel Januari 2017

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Papa Ricky di Astro Prima

30 November 2016

Sinopsis Lara Cinta Ameena di Tv3

drama lara cinta ameena

Sinopsis Lara Cinta Ameena di Tv3. Mengisi Slot Samarinda Tv3, stesen nombor satu negara itu membawakan sebuah lagi drama hebat buat penonton setianya. Terbaru, drama LARA CINTA AMEENA, bersiaran menggantikan Umairah yang tamat pada baru-baru ini. 

Lara Cinta Ameena terbitan Tanah Beris Film dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua ini mula bersiaran pada 30 November 2016, setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam. 

lara cinta ameena


Drama 15 episod ini diterajui Tiz Zaqyah dan Raja Afiq sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Fazlina Ahmad Daud, Zarina Zainoordin, Lia Natalia, Fazren Rafi, Danish Hazriq, Wilma Muhammad, dan ramai lagi. 

Sinopsis drama Lara Cinta Ameena di Tv3

Berkisarkan anak yatim piatu, Ameena, yang ditakdirkan jatuh cinta dan berkahwin dengan Radhuan si anak hartawan. Namun perkahwinan mereka tidak berkekalan akibat fitnah yang ditabur ibu Radhuan sendiri iaitu Puan Kirana.

Ameera diceraikan lalu membawa diri ke Sabah. Radhuan pula berkahwin dengan Ezaty yang tidak dicintainya pada masa yang sama memendam rindu terhadap bekas isteri.  Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. 


Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. 

Lagu tema / OST Lara Cinta Ameena: Haqiem Rusli - Segalanya


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Lara Cinta Ameena di Tv3

27 November 2016

Sinopsis Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria


Sinopsis Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria. Sejak kebelakangan ini drama bersiri yang ditayangkan di Astro Ria sering mendapat tempat di hati penonton. Selepas fenomena Suri hati Mr Pilot, stesen televisyen berbayar itu akan menyajikan sebua lagi drama terbaru bertajuk ISTERI TUAN IHSAN

Terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, drama rantaian 20 episod ini juga merupakan karya yang diadaptasi novel popular dari tajuk yang sama tulisan Sara Kyoko. 

isteri tuan ihsan

drama isteri tuan ihsan

Harris Baba pelakon isteri tuan ihsan

Isteri Tuan Ihsan dibintangi Amyra Rosli dan Aaron Aziz sebagai teraju utama dan turut dibantu oleh Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Nazia Mustafar, Livonia Ricky, Qazem Nor, dan Ruzana Ibrahim.

Saksikan drama yang mula bersiaran pada 5 Disember 2016 ini setiap Isnin hingga Khamis 10 malam di Astro Ria dan Maya HD.

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria

Seroja Irdina, gadis moden yang dibesarkan di Kuala Lumpur. Sering ke kelab malam, berbusana bak artis Hollywood, dan berhibur bersama rakan-rakan sudah sebati dengan jiwanya. Namun, tidak siapa yang tahu apa yang beliau pendam selama ini.
Manakala Tuan Ihsan, jejaka berkerjaya, kaya raya,. namun terlajak usia. Hidupnya dipenuhi kisah hitam yang menghantui dirinya menyebabkan Tuan Ihsan ingin lari dari cinta.
Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. 
Ibu Seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan.
Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni ke dalam hidup 'si tua' ni?

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria

29 Oktober 2016

Sinopsis 7 Hari Mencintaiku di Tv3


Sinopsis 7 Hari Mencintaiku di Tv3. Cinta Masam Manis bakal berakhir tidak lama lagi dan bakal digantikan dnegan sebuah lagi drama menarik bertajuk 7 HARI MENCINTAIKU bagi mengisi Slot Akasia Tv3.

Drama arahan pengarah berpengalaman, Jamal Khan ini diterbitkan oleh produksi Pena Kreatif Sdn Bhd. Produksi ini memang terkenal dengan karya hebat yang pernah diterbitkan sebelum ini. 7 Hari Mencintaiku adalah sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel popular dari tajuk yang sama tulisan Siti Rosmizah.

Menampilkan Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai teraju utama, drama ini turut dibintangi pelakon Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Liza Abdullah, Zarynn Min, dan ramai lagi.



7 Hari Mencintaiku bersiaran sebanyak 28 episod bermula 7 November 2016, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di Tv3.

Sinopsis drama 7 Mencintaiku di Tv3

Mengisahkan Khuzairi, jejaka biasa yang dalam diam mencintai Mia Adriana. Disebabkan sifat sombong dan angkuh Mia, tidak pernah terlintas difikirannya untuk memiliki gadis itu. Memuja kecantikkan gadis itu dari jauh sudah memadai baginya. 

Namun Mia lupa yang hidup ini bagaikan roda. Beliau tidak akan berada di atas buat selamanya. Keangkuhan dan kesombongannya akhirnya memakan diri sendiri. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri iaitu Khalil. Dek kerana terlalu mempercayai tunangnya, tanpa dia sedar Khalil telah menipu syarikat guaman milik bapanya. Khalili juga tidak muncul pada hari perkahwinan mereka sebaliknya menikahi Rita kerana harta.

Bapa Mia, Datuk Megat, diserang sakit jantung kemudia meminta Khuzairi menjadi menantunya. Demi menjaga maruah keluarga, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupu lelaki itu tidak setaraf dengannya. 

Selepas berkahwin, mereka menetap di kampung akan tetapi  Mia dibenci ibu tiri Khuzairi, Mak Leha. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi.

Perkahwinan mereka ada pasang surutnya, akan tetapi suatu peristiwa terjadi membuatkan Mia sedar yang dia mencintai suaminya dengan sepenuh hati dan hanya mempunyai 7 hari untuk meraih kembali cinta suaminya yang telah pudar. 

Lagu tema / OST: Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung


Terima kasih kerana membaca Sinopsis 7 Hari Mencintaiku di Tv3

2 Oktober 2016

Sinopsis Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria


Sinopsis Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria. 'Abang Bomba I Love You' bakal berakhir tidak lama lagi dan saluran Astro Ria akan menghidangkang penonton setianya dengan sebuah lagi drama menarik bertajuk SURI HATI MR PILOT

Drama bersiri 16 episod terbitan Cube Film Sdn Bhd ini adalah sebuah lagi karya arahan Michael Ang yang diadaptasi dari novel popular. Dibintangi Fattah Amin dan Neelofa sebagai pelakon utama, Suri Hati Mr Pilot turut dibantu oleh Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan, dan Nina Juren.


Suri Hati Mr Pilot bakal bersiaran mulai 10 Oktober 2016, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (123).


Sinopsis drama Suri Hati Mr Pilot di Astro Ria

Pertemuan antara Warda dengan Ejaz, seorang juruterbang, membuka lembaran baru dalam hidupnya setelah kecewa dengan cinta lamanya, Muslim. Warda pernah dibuang keluarga atas kebodohannya dalam dunia percintaan akibat terlalu taksub dengan cinta Muslim. 

Warda dan Ejaz saling menyintai, namun dalam masa yang sama Daniel dan Razif turut menyimpan menaruh hati terhadap Warda. Ejaz diasak rasa cemburu dan nekad untuk menjadikan Warda sebagai isterinya.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun,  Muslim kembali menuntut cinta Warda. Ejaz mula curiga terhadap isterinya sendiri. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? 



24 September 2016

Sinopsis Cinta Masam Manis di Tv3


Sinopsis Cinta Masam Manis di Tv3. Menggantikan Lara Terindah yang bakal menutup tirainya tidak lama lagi, Tv3 membawakan sebuah lagi drama menarik buat tontonan peminat setia drama Melayu. Drama bersiri CINTA MASAM MANIS akan menghiasi Slot Akasia bermula 26 September 2016.

Cinta Masam Manis menggandingkan Izara Aishah dan Zamarul Hisham sebagai teraju utama, agak berbeza dengan drama-drama sebelum ini kerana kali ini Tv3 pelakon baru sahaja. Pelakon seperti Shah Jaszle, Sweet Farhanna, Nur Alis Maria, Raja Ilya, Rahim Omar, Wan Nur Azlin, dan Liza Abdullah, turut membantu menjayakan drama ini.


Drama 24 episod ini mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Eoon Shuhaimi, serta skrip digarap oleh Shuhadatul Ain Zakaria. 


Diterbitkan oleh produksi OrangeTree Production, Cinta Masam Manis bakal menemui penonton pada 26 September ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di Tv3.

Sinopsis Drama Cinta Masam Manis

Hisham, seorang duda yang ditinggalkan isteri untuk meruskan kerjaya di luar negara. Mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18, dan Hanis, 12 , mereka menjadi keutamaan dalam hidup Hisham. Hisham telah menutup pintu hatinya untuk wanita kerana ingin menumpukan perhatian terhadap kerja dan anak-anak. Sehinggalah dia bertemu dengan Zaleha. 

Zaleha ialah seorang gadis muda, ceria dan 20 tahun lebih muda darinya. Mereka saling jatuh cinta namun dihalang oleh keluarga, anak-anak, dan bekas isteri Hisham.

Hanna menentang sekeras-kerasnya hubungan ayahnya dengan Zaleha. Dia menganggap Zaleha hanya inginkan harta semata-mata. Tambahan pula perbezaan umur antara mereka membuatkan Hanna berasa kurang selesa. Berbeza dengan Hanis yang cukup senang dengan perhubunga ayahnya. Bagi Hanis, sudah tiba masanya untuk ayahnya  mencari kebahagiaan.

Ibu Zaleha turut tidak bersetuju dengan hubungan mereka berdua kerana status Hisham serta ingin menjodohkan anaknya dengan Erman. Lebih memburukkan lagi keadaan, bekas isteri Hisham, Tasya, pulang ke Malaysia untuk menagih cinta. 


 OST / Lagu tema Cinta Masam Manis: KRU - Hingga ke Jannah

 Entri sebelum ini - Cara Beli Barang di 11Street

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Cinta Masam Manis di Tv3

16 Ogos 2016

Sinopsis Lara Terindah di Tv3


Sinopsis Lara Terindah di Tv3. Menggantikan Sayangku Kapten Mukhriz yang bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi, Tv3 membawakan sebuah lagi drama bersiri bertajuk LARA TERINDAH bagi menghiasi slot paling popular iaitu Slot Akasi.

Drama rantaian 14 episod ini diarahkan oleh Azmi Hata dan skrip digarap oleh Mohd Azmy Ariff, dan kali ini ia bukan diadaptasi dari novel cinta. 


Diterbitkan oleh Orangetree Production, Lara Terindah dibintangi pelakon Nelydia Senrose dan pendatang baru, Nazrief Nazri sebagai teraju utama. Turut membantu menjayakan drama ini ialah Hafeez Mikail, Nonny Nadirah, Ika Nabella, dan Bil Azali.



Lara Terindah bakal bersiaran mulai 31 Ogos 2016 setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam, di Tv3. 

Sinopsis drama Lara Terindah Tv3

Menganggap semua wanita lemah dan tidak boleh dipercayai menjadikan Razlan takut untuk mendekati kaum hawa. Kini Razlan mempunyai misi untuk menjatuhkan Elena kerana dia merasakan Elena lah punca syarikat terlepas projek besar. Ini semua gara-gara mereka terlibat dalam satu kemalangan. Lama kelamaan, setelah sering berhubung dengan gadis itu dia mula jatuh hati kepadanya.

OST / Lagu tema Lara Terindah: Seindah Mimpi nyanyian Jaclyn Victor.

Entri sebelum ini - Fakta Menarik Pokemon Go

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Lara Terindah di Tv3

29 Julai 2016

Sinopsis Si Kolot Suamiku di Astro Ria

drama si kolot suamiku

Sinopsis Si Kolot Suamiku di Astro Ria. Stesen televisyen berbayar, Astro membawakan sebuah lagi drama bersiri buat penonton setianya. Mendapat sentuhan pengarah Eyra Rahman, SI KOLOT SUAMIKU bakal menghiasi saluran Astro Ria Ogos ini. 

Menampilkan Amar Baharin dan Siti Elizad Sharifuddin sebagai pelakon utama, Si Kolot Suamiku memaparkan kisah perkahwinan Tengku Nur Edrina bersama jejaka kampung, Kudin, yang dirancang kedua-dua keluarga mereka. 

Drama bersiri yang di adaptasi dari novel tulisan Fazlyn Ridz di bawah terbitan MiG Production ini turut dibarisi Faizal Hussein, Kuza, Atikah Suhaime, Dania Azmi, Vicha Saywho, Waris, dan Epy Kodiang.



Si Kolot Suamiku bakal bersiaran di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 15 Ogos 2016 setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Sinopsis drama Si Kolot Suamiku Astro Ria

Dilahirkan dari golongan raya dan berdarah bangsawan menjadikan Tengku Nur Edrina angkuh dan bangga diri. Edrina menggammbarkan diriya sebagai seorang wanita sempurna dari segala segi. Dek keranan dibesarkan di bandar Kuala Lumpur, suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa Edrina. 

Edrina dipertemukan dengan Kudin, seorang lelaksi yang berasal dari kampung apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dapat diselesaikan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan Tengku Edrina dan Kudin memburukkan lagi keadaan. Edrina yang sudah terbiasa dengan kesenangan hidup di bandar sudah tidak tahan lagi bersama Kudin di kampung. Kudin pula lebih gemar hidup dalam serba sederhana dan kota besar Kuala Lumpur bukanlah untukknya. Apatah lagi mereka tidak mencintai.
Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Si Kolot Suamiku di Astro Ria

22 Julai 2016

Sinopsis Surah Buat Maisarah Tv3


Sinopsis Surah Buat Maisarah Tv3. Saksikan sebuah lagi drama terbaharu di Slot Zehra bertajuk SURAH BUAT MAISARAH yang telahpun mula bersiaran pada 20 Julai lalu di saluran nombor satu negara, Tv3.

Drama 25 episod yang diterbitkan oleh Layar Consultant dan mendapat sentuhan pengarah Khalid Nadzri serta skrip digarap oleh Rina Khan ini mengisahkan penghijrahan Maisarah yang hanyut dibuai budaya barat setelah lama menetap di New York.


Menampilkan pelakon hebat seperti Syatilla Melvin dan Shukri Yahaya sebagai pelakon utama dan turut dibantu oleh Bella Dally, Shah Iskandar, Azri Iskandar, Zarina Zainuddin, Beego, Abby Nadzri,dan ramai lagi. 



Surah Buat Maisarah bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di Tv3.

Sinopsis drama Surah Buat Maisarah Tv3

Mengisahkan mengenai Maisarah atau Sara lakonan Syatila Melvin yang mengagungkan budaya barat hanya kerana pernah menetap di New York,  Amerika selama beberapa tahun. Akibat terlalu lama berada di negara Uncle Sam, Maisarah lupa akan agama dan adat Melayu. 

Sekembalinya ke Malaysia, Sara terkejut melihat adiknya, Zalikha, telah bertudung. Bagi Sara, bertudung hanya untuk gadis kampung. Sara mempermainkan penampilan terbaru Zalikha.. Meskipun sakit hati, Zalika hanya bersabar karenah kakaknya. 

Merasakan dirinya hebat dan lebih moden seperti mat saleh, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja menjengkelkan orang disekelilingnya. Perangai kasar dan sombong Sara turut tidak menyenangkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu. 

Nazim tidak selesa melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara.

Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakah dia mengubah Sara?

Selamat menonton..


Terima kasih kerana membaca Sinopsis Surah Buat Maisarah Tv3

2 Julai 2016

Sinopsis Mak Cun Pi New York


Sinopsis Mak Cun Pi New York. Sempena Syawal ini Tv3 menghidangkan penonton setianya dengan kisah terkini usahawan bedak sejuk, Mak Cun, yang terbang ke New York, Amerika Syarikat. Oleh kerana drama bersirinya mendapat rating memberangsangkan setiap minggu, Rumah Karya Citra menerbitkan kesinambungan MAK CUN PI NEW YORK pada Aidilfitri ini. 

Diarahkan oleh Pali Yahya dan  Eirma Fatima, telemovie Mak Cun yang bersiaran selama dua jam ini dibintangi pelakon sama seperti Eirma Fatima, Balkisyh Semundur Khan, Nora Danish, Dato Rahim Razali, Datin Seri Umie Aida, serta bintang undangan, Saharul Ridzwan. 


Mok Cun Pi New York bakal bersiaran pada hari raya pertama jam 9 malam, di Tv3. 

Sinopsis Mak Cun Pi New York

Mak Cun bergegas ke New York setelah mendapat panggilan dari anak perempuannya yang menetap di Kuala Lumpur, Atun, yang ingin berkahwin di sana. Atun pula merahsiakan siapa bakal suaminya itu membuatkan Mak Cun lebih bimbang jika Atun berkahwin dengan 'mat saleh' yang tidak mengikut ajaran Islam. 

Keadaan menjadi kelam-kabut di Kodiang dan Mak Cun bukan sahaja risau akan anaknya, bahkan mendapat buah fikiran membawa produk bedak sejuknya untuk dipasarkan New York. 

Entri sebelum ini - Yopokki Tidak Halal

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Mak Cun Pi New York Tv3